Tuesday, November 9, 2010

Berdikari

Asben outstation. Maka dengan ini saya kena berdikari. Kecohkan, org lain laki outstation berbulan2 rilex jer, aku ni laki baru outstation baper hari lagi mau kecoh.

Maka sepeninggalan dia, aku kenalah handle Marissa sorang2. Mujur lah akak aku baik hati amik Marissa kat rmh. So, pagi2 aku tak yah rushing2 nak gi hantar Marissa kat rmh akak aku. Cuma aku gi amik Marissa waktu petang jer. Itu pun akak aku merajin nak hantar balik. Tapi sebagai adik yg takmo menyusahkan akak dia, maka aku bertegas kata nak gi jemput.




Masa amik Marissa

Amik pun dah malam. Apa nak buat kuar ofis hari masih terang, tapi dapat komuternya hari dah golap. Nak citer pasal komuter memang sakit hati lah. Tapi tah lah sekang ni rasa cam dah takde perasaan dah. Cam semalam, punyalah aku berdiri dekat line pintu terbukak boleh dia lajak ke dpn pulak. Sia2 jer aku berdiri lama2. Alih2 tak dapat masuk gak. Tunggu next train. Kalau cam LRT ke monorel ke tak pelah lagi kalau lepas tak lama tu sampai lagi, tapi kalau dah nama komuter, ko tak dapat naik ko tunggulah next train train sampai berjangguit.

Tu belum lagi bab rebut-merebut, tolak-menolak. Masing2 dah hilang pertimbangan. Yang jadi mangsa ibu2 mengandung. Baru2 nie train penuh giler, org dok tolak2 pastu ada lah sorang chinese ni dia jerit "sini ada org mengandung lah". Pastu ada pulak satu makcik tu balas "hah aku ni mengandung jugak".. padahal...so, sekarang pregnant bukan lagi privilege tuk mendapat kemudahan. Jadi bahan ada. Tingat zaman aku pregnant dulu. Huhu.

Eh apa pulak lajak citer komuter nie. Bosan.


So, aku pun amik lah anak dara aku semalam sorang2. Walaupun telah diingatkan oleh asben, dia suh aku balik rmh dulu, ajak mak or adik aku sekali. Sbb laluan ke rmh akak aku tu agak gelap skt. Tapi sbb nak tunjuk bini dia ni berani lagi boleh berdikari maka aku pergi jer sorang2. Dari stesen komuter stret ke rmh akak aku terus. Tapi dalam pada tu takut gak sbb aku tak dengar kata2 dia. Tingat dulu aku tak dengar cakap asben, dia suh aku balik terus, tapi aku degil, aku gi stesen minyak, padahal asben dah kata dia akan isikan. Tapi yelah nak jugak tunjuk diri proaktif konon nak senangkan asben, alih2 aku dengan perut yg sarat, dengan kete2 nak masuk kat dalam longkang. Sampai org ramai kena angkat kete aku. Alah aku ada citer kat previous entry. Malas nak link. Nak baca gi cari sendiri.

Haih panjang pulak aku kona. Nak citer lain, citer lain pulak jadinya. Takpelah leh panjang2kan entry ye tak?

Malam tanpa suami amatlah sesuatu. Ewah ayat tu kan... yelah sumer kena wat sendiri, nak tidokan anak lah, nak kemas kain baju lah, nak cuci botol lah, nak steril botol lah, serba-serbi kena wat sendiri. Dahlah dengan keadaan dan keletihan akibat menunggu tren tak kunjung tiba, kena pulak tidokan anak yg biasanya ditidokan oleh ayahnya. Mujur Marissa tak byk ragam. Lepas susukan dia terus dia tertido sampai pagi. Korang jangan tak tau, anak dara aku tu kalau nak tido, mesti kena ayah dia yg dodoikan. Tapi biasalah kalau dah nama aku tidokan anak, dengan2 aku aku sekali tertido. Kadang2 aku yg tertido dulu.

Disebabkan aku pun dah ketidoran, kul 3 pagi baru tersedar. Bangun2 terasa badan adalah sakit2 sekali. Sape yg menyusu anak tau lah camne sakit2 badan tuh. Barulah hegeh2 nak cuci botol segala. Pastu sambung tido balik.

Pukul 5 bangkit balik. Susukan Marissa. Walaupun time tu dia masih mamai2 lagi. Sambil susukan sambil mengepam. Tu memang tugas rasmi. Pam masa pagi2 memang best sekali. Kalau ada rezeki dapatlah byk nie.


sebelah punya hasil

Aku ni sebenarnya dah kelaut. Dari nak citer lain merebak pulak ke citer lain. Pastu dah tak tau dah nak citer apa dah. Nilah dia taip ikut sedap tangan jer.

Apapun aku bangga menjadi superwoman buat anakku dan suamiku. Halal lah yer closing aku yg tah apa2 ni. Kang aku taip lagi kang tah citer apa pulak yg keluar. Akhir kata "cepatlah pulang wahai suamiku, isteri dan anakmu menanti kepulanganmu".

Monday, November 8, 2010

Tak Sah!

Dengar ceramah kat surau ofis. Ceramah berkisarkan Haji dan Korban. Bersempena Hari Raya Aidiladha yg bakal menjelma.

Ustaz tu kata, nanti masa persembelihan korban tu nanti peratikan org yg sembelih. Make sure org tu tak pakai kasut. Kalau pakai kasut sembelihan tidak sah. Aku macam...???? biar betul??? first time aku dengar org sembelih tak leh pakai kasut. Mula lah aku flashback masa tgk korban dulu2.

Ustaz kata lagi. Tak sah sembelih pakai kasut. Sbb sembelih kena pakai pisau. Kalau pakai kasut mana nak lut. Kan dah terkena ngan ustaz.

Pastu kan ustaz tu kata lagi. Mana lebih afdal wat ibadah kurban kat tempat kita sendiri atau kat negara miskin kat luar sana. Ustaz kata, mana2 pun afdhal, based on keikhlasan hati hati org yg berbuat korban.

Cam mana nak tau ikhlas ke tak? Ikhlas kalau kita tak mengwar-warkan apa yg kita buat tuh, hanya kita jer yg tau apa yg kita buat tuh.. ikhlas ke kalau....

"Alhamdulillah, syukur.. tahun ni dah 15 tahun berturut2 wat korban ni" dalam pada warok2 tu ada gak unsur riak tu kan.

Keterlupaan

Hari Deepavali hari tu kan cuti. Aku mengambil kesempatan cuti itu tuk keluar sekejap. Kuar sorang2 jer. Anak tinggal kat rmh. Ada urusan persendirian. Hehe. Pastu masa nak balik adik aku call, dia kata mak aku suh singgah beli lauk. Apa nak buat anak2 pemalas lipas nak masak. Huhu.

Kedai yg mak aku suh beli lauk tu terletak berhampiran dengan masjid. Masa nak sampai kat kedai tu aku tgk org macam ramai jer. Pastu sumer pakai baju melayu, songkok segala. Kete penuh parking kat bahu2 jalan. Konpius aku seketika. "heh raya haji lambat lagi, ada apa meriah benar masjid nie" detik hati aku.

Tapi aku pelik, pesal org lelaki jer, takde org pompuan pun. Memang bermacam2 persoalan bermain di benak fikiran aku.

Tapi aku fokus gak lah dengan pesanan mak aku yg suh beli lauk. Nasib kat kedai tu tak ramai org. Kalau ramai org konfirm aku tak pergi.

"cik nak lauk ni, lauk ni, lauk ni, lauk ni, lauk nie.. " sambil moncong2 kat lauk2 tuh.

Kalau ikut ramah aku, nak jer aku tanya "cik ada apa event kat masjid ni", tapi tahlah tiba2 rasa terkelu pulak mulut nie..

Sekonyong-konyong aku masuk kereta dan beberapa saat memandu kereta, baru aku teringat....

"Lar Hari ni Hari Jumaat lah bai... org pi Sembahyang Jumaat lar... apa lah sengal sangat aku nie".. kata aku dalam hati..eh bukan kata dalam hati.. tapi aku cakap betul2, cakap dekat diri sendiri.

Fuh mujur lah aku tak ringan mulut tanya kat mak cik tu.. kalau tidak mau dia istighfar panjang...

p/s: yelah kan jarang2 benar cuti hari Jumaat, tu yg dok sangka hari Sabtu jer..

Thursday, November 4, 2010

Apa ke Hal Mahal Sangat?

Semalam adik lelaki aku yg offshore tu balik setelah sebulan lebih di Miri sana. Giler kan sebulan lebih duk mengadap laut sana. Cena lah kan? Suka lah mak aku kan, anak bongsu dia balik. Siap kemaskan bilik anak bujang dia tu. Siap kuarkan barang2 aku yg aku tumpang kat bilik adik aku. Hehe.

Adik aku biasalah kalau balik, tak lupa dia belikan buah tangan tuk keluarga dia. Antara yg dia beli ialah kek lapis Sarawak. Terkojut aku bila dia ckp harga kek yg dia beli tu RM18 satu. Mai aii.. mahalnya. Dah lah kecik pulak tuh. Dulu2 masa aku gi Kuching dulu harga RM10 jer. Pastu saiz lagi besar dari saiz adik aku beli tu. Pastu beli byk dapat free lagi.

Gambar hiasan

Adakah kek lapis Miri lebih mahal dari kek lapis Kuching? My fren kat Miri tu 'de amor' sila jawab eh. Kalo ko baca blog aku lagi lah yer.

Pergi Kenduri Kawen

Dah lama tak makan nasi minyak org kawen. Last pergi kenduri kawen masa tgh sarat dulu. Masa tu memang tingin sangat nak makan nasi minyak. Lepas2 tu bukan takde undangan tapi tak berkesempatan nak pergi. Baru2 ni jugak ada member kawen kat Kuantan sana, tapi tak dapat pergi sbb asben kena kerja. Apapun Selamat Pengantin Baru buat pasangan tersebut.

Tapi kali ni aku nak citer kenduri kawen kawan sekerja iaitu Marie & Boy (nama glamer). Pertama kali gak gi wedding bawak si kecik nie. Mula2 ingat cam takmo bawak jer anak, tapi bawak lah jugak since ada lah sorang tu yg sampai termimpi2 nak jumpa Marissa, so bawak lah jugak.

Majlis bertempat di Ijok sana. Erm.. kalau tak pernah pergi memang rasa jauhlah jugak. Tapi sebenarnya takdelah jauh sgt pun dari Sg. Buloh. Tapi sbb dah sesat barat memang lah rasa jauh. Apanya tak sesat. Dahlah kad jemputan tinggal kat ofis. So, ikut direction dari member thru phone jer. Direction oklah clear. Tapi sesat jugak. Bukan sesat lah actually. Tapi kiterang dah termasuk jauh ke dalam. Apa taknya si member aku ni pun satu, dia kata bila dah nampak loji air tu stret jer jalan sampai nampak pintu gerbang warna kuning. Kami pun ikut lah kata dia. Ada satu pintu gerbang tapi warna hijau. Kami pun terus. So, bajet kat depan sikit sana adalah pintu gerbang warna kuning, tapi sampai ke sudah batang hidung pintu gerbang pun tak nampak. Rasa macam eh napelah jauh sgt ni dulu 8 thn lps gi rmh dia ni takdelah jauh macam ni sekali. Rupa2nya.....

Member dah salah kasi info. Pintu gerbang kaler hijau dikatanya kuning. Memang sampai ke sudahlah tidak ketemu. Sudahnya berpatah balik lah kami.



Dimulai dengan gambar ini

Awas yer, entry ni memang penuh gambar2. Ingat nak letak sikit jer, tapi cam sayang jer. Gambar bapak punyak banyak.

Sesampai jer perut memang dah lapar giler. Waktu tu pun dah pukul 2 lebih. Ingatkan dah tak ramai org dah. Jangkaan meleset. Jemputan yg datang masih bertali arus. Yelah 2 pasang pengantin sekali kan, haruslah org meramai.

Sebelum jumpa pengantin aku terus makan dulu. Makan kena gilir2. Kalau makan serentak sapa pulak yg nak jaga anak kan. Padahal ada jer org yg amik Marissa. Bak org kata dari tangan ke tangan lah. Tapi yelah takkan suka2 jer kasi anak kat org mak pak sedap2 jer makan.

boleh tahan gelojoh

turn asben makan plak

Makanan dia memang terbaik lah. Tak macam menu org kawen biasa. Ni siap ada sayur campur, paprik, pecal bagai. Sedap memang sedap.

berlatar belakangkan pengantin


belatar belakangkan pelamin

Dua pasang pengantin yg bersanding kat situ. Pelamin ala2 garden gitu. Standardlah gi rmh org kawen, pas makan haruslah nak bergambar bagai. Marissa lah paling letih kot. Dari tangan ke tangan. Adatlah baby kan. Memasinglah nak bergambar ngan baby.



ketap mulut

untie bo - siap mimpi2 lagi ko kan farah

Si Farah ni dari Marissa lahir kata nak datang rmh aku nak tgk baby. Tapi sampai ke sudah tak datang2. Tu yg dia termimpi2 nak jumpa Marissa.

untie Jane

untie ros


untie Cim

with the unties


pengantin & frens


pengantin ceria

Sebelum pulang haruslah bergambar dengan pasangan pengantin sebagai kenang-kenangan.




luv this pica


Kepada Marie & Boy :- Selamat pengantin Baru. Moga bahagia selama-lamanya.

Wednesday, November 3, 2010

Baby Susu Ibu

Asal jumpa org tanya minum susu apa. Alhamdulillah rezeki Marissa menikmati susu ibu sepenuhnya hingga ke hari ini. Susu ibu memang tidak dinafikan kebaikan2nya. Walaupun ada gak segelintir yg menafikannya. Alhamdulillah Marissa takde allergi dan tak de masalah ruam. Ya, kajian membuktikan bayi minum susu ibu memiliki kulit yg sihat.

Ok entry ni bukan nak promote anak ke apa. Tapi nak promote tentang susu ibu. Kenapa susu ibu? Sila klik sini. Actually byk lagi sources berkaitan susu ibu ini.



si bulat saya



mata sinar2

"Buat pembaca blog mama saya, Marissa nak hadiahkan satu senyuman tuk anda semua. Terima kasih yg membaca, terima kasih pada yg meninggalkan komen. Mintak maaf jugak sbb mama saya jarang2 balas komen. Bukan mama tak suka, tapi mama sibuk jaga saya".

senyum sipu2

Ini Baru Betul2 Car Seat

Setelah difikirkan perlunya car seat utk Marissa, kami pun sepakat tuk membelikan sebuah car seat utknya. Nak kata kami ni selalu travel pun tak jugak. Kalau travel pun biasa aku pangku jer Marissa. Cuma masalah timbul bila aku or asben nak gi hantar or jemput Marissa ke rmh akak aku. Kalau jemput hantar sama2 takde masalah. Tu yg car seat ni pun jadi. Tapi sampai bila nak guna tilam kan. Sekang dia tgh tak lasak boleh lah.

So, setelah bersepakat, lepas jumpa doktor hari tu kami terus ke Manjaku. Memang nak terus beli dah. Takde nak survey2 lagi dah.


Mula2 cuba yg nie

Si kecik ni cam tau jer nak belikan dia barang. Elok jer dia jadi model car seat kat situ. Kebetulan pulak ada sorang couple kat sana pun nak beli car seat jugak.
Sampai si model kecik ni pun keletihan. Apa taknya kan sebelum tu, dia baru je lepas kena jab. Mama ayah dia pun satu tak sabar2 kan. Sian anak.

sampai tertido gamaknya

Cuba teka yg mana satu kami beli? Kalau ikut asben dia nak kaler pink or merah. Tapi stok nan ado. Maka amik jelah yang hitam nie. Lepas bayar terus suruh org tu pasangkan kat kereta. Since masa keluar hari tu naik kereta aku, maka buat sementara waktu car seat itu dipasangkan kat kereta itu.

Asben sudah tamak. Dia kata dia nak beli dua. Sbb nak letak kat kereta dia pulak. Nasib dapat bini yg tak tamak. Aku kata tak payahlah, lagipun bukan selalu sgt pun nak guna. Car seat tu kan boleh dibuka2, kang kalau nak guna kete satu lagi, tukarlah car seat tu kat situ. Tak yahlah nak beli sampai dua bagai.

Terus dirasmikan

Mem kecik duk depan. Mem besar duduk belakang lah jadinya. Punyalah selesa sampai begini jadinya....


terlentok-lentok

Sian anak aku dah kena berdikari. Duk sorang2. Tapi tapi tuk keselamatan lah jugakkan. So, tak dapatlah nak pangku2 macam ni lagi............



Lupa nak cakap aku beli car seat biasa2 jer. Brand Sweet Cherry jer. Murah jer. Harga sebelum diskaun RM299. Lepas diskaun dapatlah RM239. Tak mampulah nak beli yg mahal2. Jangan tak tau car seat pun sampai ribu raban.

Diam tak diam, dah byk gak barang2 si kecik nie. Ngan strollernya, ngan rockernya, ngan bumbo seat nya, ngan car seatnya. Kang tak lama lagi nak walker pulak... mentang2 lah first baby kan, sumer nak dibelinya. Takpelah boleh dipeturunkan kat adik2 Marissa pulak nanti kan.

Tuesday, November 2, 2010

Jumpa Doktor Lagi

Kalau hari tu jumpa doktor sbb ayahnya yg nak kena enjet. Kali ni jumpa doktor sbb anak pulak yg nak kene enjet. Ok kali ni nak citer baik2 jer. Sbb takut doktor baca blog nie. Eh bukan entry aku pun memang baik2 jer kan. Pasan.

Suka2 jer laki aku dok promote blog aku kat doktor hari tuh. ai malu u. Dia memang gituh. Aku yg penat memblog dia dia sibuk promote blog aku as dia punya blog. Aku ni nama nak promote blog, memang tidaklah. Aku kan low profile. Aku tak pernah paksa or invite pun sape nak baca blog ni kan? Korang sumer datang tanpa dipaksa kan. Kira macam kalau ko suka, ko bacalah, tapi kalau tak suka, nak baca, baca lah, tapi jangan pulak aku dengar besok "dia ni balik2 nak citer anak dia, bosan aku". Takpe2 kalau bosan sila berkunjung blog2 kawan saya yg lain. Confirm anda tidak bosan.

Apakah melalut pulak nie. Anyway, Dr. Rozaidah if you read this saya ucapkan welcome to my blog :)

Ok kita mulakan dengan penceritaan kita hari nie. Penceritaan katanya yer. Yelah tulis blog ni kan macam bercerita. Sambil bercerita sambil bergambar jadilah cerita bergambar. Selain menjadi cerita bergambar, ia juga boleh dijadikan sebagai diari bergambar. Menjadi sumber utk diri sendiri tuk masa depan.

ayah dan anak

anak dan ayah

Tah apa2 caption aku kan. Dah tentu lah korang pun tau tu gambar ayah dan anak. Lagi mau bagitau. Kes tak tau nak letak caption apa.

Appointment Marissa utk suntikan 5 bulan ni patutnya 29hb hari tuh, tapi hari tu kerja so, pergi hari Sabtu 30hb. Kali ni injection tuk injection tiga serangkai (last) sekali dengan 3rd injection utk hipatitis B. Bukan Marissa jer yg kena jab hari tuh. Aku pun kena gak sekali.


bukti aku kena jab

Bukan jab tuk family planning ke apa yer. Ni jab utk hipatitis B. Sbb apa aku pun kena enjet gak? Sbbnya dulu masa bersalinkan Marissa Dr. Zarul ada amik darah aku dan wat test. Dorang dapati yg aku ni tak de amik suntikan itu lagi. Maka dorang pun suntiklah aku. Suntikan ni kena amik 3 kali yer. Barulah berkesan. Ni yg kali ke-3 lah kiranya. Suntikan ni jugak boleh tahan gaklah rasanya.

explanation by doctor

Doktor kata enjet ni memang rasa sakit sikit. Tu pasal lah ramai yg wat suntikan ni doktor enjet kat bontot. Kat bontot kurang sikit rasanya. So korang yg takut nak kene enjet tu baik enjet kat bontot jer yer.

Marissa pun sama khusyuk gak dengar

Lepas aku kena enjet. Marissa punya turn pulak. Biasalah budak tu kecik lagi, mana tau dia nak kena enjet kan, besok besar sikit mau allergik nak gi klinik.

gud girl never cry one


lepas kena jab

Berat Marissa 5 bulan naik lah 200 gram dari bulan sebelumnya. Sekarang berat dia dah 7.2kg. Sebagai reference aku yg asik lupa jer berat anak ni, aku letak kat sini, senang aku nak ingat besok2.

Lahir: 2.95kg
1 bulan: 4kg
2 bulan: 5kg
3 bulan: 6kg
4 bulan: 7kg
5 bulan: 7.2kg

Aik bulan ni naik sikit jer. Sbb mama dan ayah dia suh diet. Hehe. Takdelah. Mungkin Marissa dah start nak melasak. Nak meniarap dah kot. Yelah berat2 kang payah nak meniarap.

Monday, November 1, 2010

Car Seat?


Org kata takde rotan, akar pun berguna. Takde car seat, tilam kecik ni pun jadi. Nilah dia kreativiti bapa Marissa. Kesian.. anak sapelah ni?

Jejak Tanah

Marissa belum pandai lagi meniarap apatah lagi merangkak aku dah sibuk ajar dia berjalan. Hehe.


mula2 kita pakai kasut


yeay sudah ready

bestnya

kalau camni marissa takmo merangkak, nak berjalan terus lah



dah panas moh masuk dalam

ok selesai latihan utk hari nie.

bye...jumpa di lain entry. Marissa nak gi cucuk pulak.