Mula-mula nak mintak maaf kalau ada undangan rumah terbuka yg dijemput selama ini ada yg aku tak dapat hadiri. Al-maklumlah aku ni kalau ke mana2 memang dengan lakiku sahaja. So, kalau time jemputan tu asben aku kerja, so tak dapatlah aku datang yer. Minta maaf byk2 bukan sombong atau apa yer.
Yang terbaru, minggu lepas gi beraya kat my good fren; Neena kat Ampang sana. Sepatutnya aku gi rmh dia awal2 dulu.. ingat tak masa rmh aku dimasuki tetamu tak diundang tu? pergi cari citer tu balik kalau tak tau.. Sepatutnya aku pergi time tulah, tapi apa nak buat, terpaksa dibatalkan dengan serta-merta.
Yang member aku ni, since ada member2 lain pun nak beraya kat rmh dia jugak, maka dia sekalikan sahaja. Ok jugak tu, pada masa yg sama aku leh gaklah jumpa member2 blogger yg lain. Dahlah suami2 masing2 pulak memang ada yg terdiri dari jurugambar professional, maka bermula ah sesi kelas photography di rmh Neena. Masing2 mengeluarkan gajet masing2. Kiranya masing2 berforum lah kat situ.
Kita mulakan dengan gambar kami. Gambar ni Lee yang amikkan menggunakan speed light baru asben aku. Tapi aku tak taulah ni teknik apa.
suami dan isteri
flash hanya menyuluh wajahku saja..
kami lagi
Malam tu selain kami, tetamu lain yg turut hadir adalah, Za & Lee & Darwisy, Awien & Rudy, Has, Yus & En. Shukri & Cousin. Sebelum tu ada gak school mate Neena datang, tapi aku lupa pulak nama2 mereka.
Neena & Darwish.
"Bila boleh makan ni tuan rmh?" Lama tunggu nie....
Eh takdelah tuan rmh tak kasi aku makan. Kiterang jer yg taknak makan dulu.. nak tunggu sumer kawan sampai dulu..
En. Shukri, Lee & Rudi; the hubbiesPandai yer En. Shukri tu bawak diri kan Yus. Bini dia sibuk melantak kat meja makan. So, biarlah kaum lelaki duk di situ diam2. Kami kaum pompuan mau makan, sambil berposing2.
" Ko pegang apa tu fren? gula kah?"
Sian member aku tu bz gak lah dia mlm tu melayan kami. Padan muka dia. Hehe. Tapi takpe ko beruntung sumer kawan2 ko ni pantang nampak dapur, so masing2 tau nak tolong ko apa2 yer.. Like Rudy said time Awien duk kacau sup kat dapur "takpe..takpe.. dia ni memang pantang nampak dapur". Bertuah Rudy sbb wifenya memang rajin memasak dan mencuba resipi2 baru dan juga suka modify sesuatu jenis masakan. Dan tukang rasanya tak lain tak bukan suami sendiri lah kan.
Neena, Yus, MeYus ni pun blogger jugak. Baru first time jumpa dia. Actually aku pernah jumpa sekali tapi time tu tak kenal pun dia & tak taulah dia blogger sbb dia ni sebenarnya pulak member sekolej ngan Watie. Respek kat Yus ni, walaupun first time teror dia cari rmh Neena nie. Aku yg dah beberapa kali pergi still perlukan direction. Hehe. Yelah aku sengal sikit bab jalan2 nie.
Dari mula kenal sampai sekarang nie.. kalau jumpa.. anak dia ni memang behave sekali.. tak pernah wat perangai. Bayangkan org bising2 pun dia diam jer.. Pastu takdelah nak nangis2 ke apa...
Eh lupa pulak apa menu yg disediakan oleh member aku ni pada malam tuh. Susah payah ok dia masak tuk kami tapi kami duk cakap yg dia beli kat kedai mamak. Hehehe. Jangan marah yer..
Sup AyamSup ayam itu dimakan bersama2 dengan mihun. Maka jadilah ia mihun sup. Fuh memang marbeles. Tambah lagi dia punya sambal kicap tuh. Aku siap belajar resipi dari dia.
Nasi himpit & kuah kacang. Yang hitam tu lah sambal kicap. Memang mantop.Fren, laki ko tak amik gambar masakan ko kan.. nasib baik laki aku ada gak amik gambar2 ni hah.. ada gaklah bukti masakan ko pada hari kejadian.. hehe
Ginilah keadaan di sana. Masing2 sibuk ngan kamera.
Sebelum pulang harus bergambar beramai2.
Tgk sape yg paling ceria?
tgk lagi sekali. Sape yg paling ceria sekali?
Tak lain tak bukan lelaki berbaju biru itu. Kemain lagi pose yer. Hehe. Jgn marah yer Rudy. Jangan marah yer Awien. U ols memang sporting.
All sporting husbandsGambar Yus and En. Shukri takde sbb derang dah balik awal nak beraya ke rmh lain pulak katanya.
Apapun, terima kasih kepada tuan rmh kerana menjamu kami sumer dengan hasil air tangan sendiri. "Fren, aku lupa nak wat kicap tu pakai kicap apa?"