The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today
Tuesday, April 21, 2009
Hujan, Ngantuk & Lapar
Tapi aku tak sampai hati nak wat camtuh, nanti akan menyusahkan org2 lain pulak. Lain lah kalau ada betul hal yg tak dapat dielakkan. Lagipun asben aku nak hantar aku sampai ofis.. See baik kan dia, walaupun dia off & dia boleh jer sambung tido sampai ke tengahari tapi dia tatap nak hantar aku gi kerja..yihaaa...
Pastu kan aku bila tgk jer gambar lauk yg aku masak tu, terus rasa lapar.
Cptlah lunch time aku nak gi dating ngan asben.
Kenapalah Aku Malas Sangat Nie?
Monday, April 20, 2009
Menu Hari Ahad Pulak
Apa yg aku masak? Ala masak sempoi2 jer pun. Aku masak udang galah masak lemak cili api. Actually udang ni asben aku bawak balik dari tempat kerja. Dia kata member dia gi memancing, pastu member dia kasi kat dia suh masakkan. Sbb bini dia jauh.
Nak masak lemak ni takdelah susah sgt pun. Memang lauk paling senanglah. Tapi kalau tak cukup bahan maka jadi rumit sikit lah.
Tu lah masalahnya stok santan kat rmh sudah abis. Aku mintak asben gi kedai tolong belikan tapi dia tertido, malas aku nak kejut dia aku pun gi sendirilah beli. Padahal kedai tu dekat jer ngan rmh aku. Tapi aku malas nak jalan kaki. Aku bwk gak kereta.
Sampai kedai aku tgk takde ruang nak park kereta, sepanjang bahu jalan penuh ngan kereta. Rupa-rupanya ada majlis kawen kat area situ. Haruslah bahu jalan sumer penuh. Aku pun balik ngan hampa tanpa membeli santan.
Aku masih tak puas hati, yelah cam sia2 jer usaha aku nak mendapatkan santan secara solo nya. Aku balik rmh letak kereta. Pastu jalan kaki gi kedai. Pastu balik. Kan senang kalau aku jalan kaki jer awal2. Bengong.
Lauk kedua. Ikan masak sambal. Lauk camni harus ada kat rmh. Laki aku memang suka ikan. Dia kurang suka makan ayam.
Dah tu jelah yg aku nak update. Mesti ada org kata eleh masak itu itu pun nak blog gak ker..
Yelah aku takde mende lain nak update pun... Janji ado kan?
Saturday, April 18, 2009
Menu Hari Sabtu
Ikan sumbat
Tu jer yg sempat aku masak hari nie. Walaupun 2 jenis sajer yg aku masak tapi penatnya kemain. Nak masak sambal ikan tu memang memerlukan masa yg agak lama utk menjadikan sambalnya garing.
Tambah lagi dari proses beli ikan, siang ikan, cuci ikan sumer aku wat sendiri. Biasanya nak masak senang jer amik dari peti ais sumer mak aku dah siap siang dah.
Thursday, April 16, 2009
Short Note Dari Dia
Tgk kat cermin aku dapati ada nota kecil....
Dia suh aku spray ngan tukar ubat nyamuk yg baru. Biasanya dia yg buat setiap petang or senja.
Bila dah tampal tu harus bertindak cepat. Bkn apa, sejak asben kena denggi hari tu dia memang fobia betul ngan nyamuk. Walaupun dia kena jangkitan tu dari tempat lain, tapi dia takut nyamuk kat rmh ni gigit dia pastu gigit aku pulak. Dia takut aku kena sama.
Marilah sama2 mencegah nyamuk aedes.
p/s: Thank u laling:)
Dah Lama Dia Tak Buat Perangai Nie
Tapi malam tadi percubaan dia nak mengejutkan aku adalah tidak berapa berjaya.
Gini kesahnya...
Balik kerja semalam aku lapar aku ajak asben gi beli burger. Balik rmh terus makan burger tersebut. Lps burger baru makan nasi pulak. Sambil tu lepak2 tgk tv. Nak mandi baru sgt lepas makan org kata tak elok pas makan mandi, nanti perut boncet. So rilex2 lah dulu. (intro yg tak relevan sungguh)
Sejam pastu aku pun mandilah. Cam biasa aku ni lama sikit kat bilik air tu.
Pas mandi bersiap lah cam biasa. Cuma yg luar biasanya aku tak terus bukak almari amik baju segala, aku terus berdiri kat dpn cermin duk belek2 muka. Time tu bertuala sajelah. Keadaan tak berapa sopan pun ye gak, kata aku sorang2 dalam bilik kan.
Suasana dalam bilik biasa sajer. Takdelah keadaan yg mencurigakan ke apa.
Tiba2... tanpa disangka-sangka keluar makhluk dari almari sambil mencungap-cungap. Terkejut beruk aku sambil membetulkan tuala. Ingatkan penyangak mana ke apa. Korang tau saper???
Sape lagi kalau bukan laki aku. Cea konon dia nak terkejutkan aku bila aku amik baju kat dalam almari tulah, tapi aku boleh lak buat benda lain . So, dia kat dalam tu sudah kelemasan dan kepanasan kat dalam almari tu, dahlah baju aku kat dalam tu penuh nak mampus. Ntah baper minit lah dia kat situ. Hahahahaha misi dia kali ni gagal. Dah lama dia tak wat pangai camtu. Dulu2 selalu gak.
Walaupun misi dia gagal tetapi terdapat kejayaan di situ bila dia mengejutkan aku bila tetiba je kuar dari almari tu. Terkejut lah jugak aku kan...
Pastu apa lagi gelak tak hengatlah kedua-duanya. Aku gelakkan dia sbb aku tak bukak pintu almari tu dan dia yg serender kuar dengan sendirinya.
Huahahahahaha kita gelakkan dia beramai-ramai. Eh lupa lak ada dulu pernah gak misi asben aku tak berjaya. Ni kira second timelah.
p/s: Maafkan aku balik2 citer aku ngan laki jer kan.. dah tu takkan nak citer pasal laki ko?
Petik Suis
Yelah2 effisyen lah sgt kan... memang membantu pun.. kalau tak asyik tersilap suis manjang
Tu korang lum tgk lagi gugusan kunci rmh yg setiap satu dilabel. Kunci Grill, kunci sliding, kunci stor, kunci dapur, kunci pagar, kunci Main Door, Kunci Bilik 1,kunci Bilik 2, kunci Bilik 3, kunci jamban...oppss terlebih sudah.. Semuanya ada...
Pendek kata sumer nak dilabelkannya. Biarlah.. utk kemudahan aku gak..
Wednesday, April 15, 2009
Kalau Pandai Sangat..
Apa kata korang wat test ni. Aku nak tgk berapa org yg dapat jawab ngan semuanya betul.
Sila klik di sini
Kalau betul semua korang memang pandai...apa ingat aku nak kasi hadiah?? biasa yer! sikit2 nak hadiah..