Tuesday, April 14, 2009

Ingatan Tulus Ikhlas

Bertambah lagi satu koleksi fridge magnet aku hari ni. Terima kasih bebanyak kepada insan yg bermurah hati yg mengingati memberi aku souvenir ini.

siap ada pesanan penaja sekali tu..

Akak ni baru balik Phuket.. gi hanimun.. mandai jer aku..

Sebenarnya akak nak kasi hadiah kat top commentor kat blog dia. Aku ni tak lah top pun, tapi termasuk senarai gaklah tu yg dapat tu.

"kak saya ikhlas selama ni, tak pernah mengharapkan balasan apatah lagi hadiah. Tapi kalau dah bagi saya amik jelah :)"

Aku memang pengumpul tegar key-chain dan magnet. Pasni korang klu tak reti nak belikan aku apa belikan jer aku tu.. isy tak malu main mintak2

Dengan ini pemberian dia telah menjadi sebahagian daripada koleksi aku. Nanti bila aku dah pindah betul2 aku nak bawak sumer collection aku ni. Nak letak kat peti ais aku yg tinggi tu.


Koleksi aku ni datang ngan tetiba jer. Yelah selama ni org balik oversea atau balik mana mesti kasi key-chain ataupun fridge magnet. Mula2 simpan jelah. Tulah yg kat dalam kotak ada, dalam laci ada, dalam cawan ada, pendek kata merata-ratalah. Pastu aku rasa cam tak menghargai pulak. That's why lah aku susunkan sedemikian sebagai tanda penghargaan. Lama kelamaan mcm syiok pulak collect benda2 nie.

p/s: Aku ada satu petua. Nak cubalah pasni. "Nape akak sengih?" Ditujukan utk seseorang.


Cuci Rambut

Takde wat apa pun sgt. Sekadar trim sikit2 pastu kaler sikit2 jer. Sebenarnya saje nak bawak asben gi cuci rambut. Memang sebelum ni aku je yg cucikan rambut dia tu sambil garu kuat2 ngan kuku panjang aku ni. Tapi kali ni aku saja kasi upah dia cuci rambut sbb dia teman aku. Gatal nak teman padahal salon tu berapa langkah jer dari rmh aku. Malas nak gi jauh2 lagipun mak aku bising suh gi salon anak kawan dia tuh.


Syok lah tu..org duk masage2 kepala dia..



gambar gegar tapi aku suka - bajet comel

gigih tak gigih dia amik gambar bini dia

semata-mata nak dapatkan shot nie..
Tu jer nak citer. Sebenarnya tujuan entry ini adalah utk tidak menghampakan asben yg bersusah payah ngambik gambar. Kang bila aku tak publish majuk pulak dia tak nak amik gambar lagi..


Monday, April 13, 2009

Takmo Sunat!

Satu hari akak aku bawak Adam ke klinik tuk buat injection. Tak taulah injection apa, tapi sape2 yg dah ada anak tu taulah injection apa. Si Adam ni baru dua thn lebih, bulan 9 ni genaplah 3 thn, tapi mulutnya leh tahan lar petah dia.

Sampai kat klinik dia rilex jer. Dia ni memang brutal sikit.

Tibalah turn dia. Si misi pun turunkan lah seluar dia ke bawah. Yelah kata nak enjet bontot kan. Tanpa semena-mena si Adam menjerit..

"Ibu..ibu adik tak nak cunat! tak nak cunat ibu!"

Akak aku apa lagi gelaklah kat situ. Misi tu pun gelak jer, sambil pujuk adam kata bkn nak sunat cuma setakat nak tengok kulit jer.. sambil2 tu misi tu duk usap2 lah punggung dia tu sambil cakap "cantik kulit adik..." sambil cakap tu misi tu apa lagi teruslah cucuk montot si Adam..

Adam apa lagi... menjeritlah dia "Ibu .. ibu adik cakit ibu! cakit ibu! adik cakeeeeettt!" kemain dia menjerit kat situ tapi takdelah menangis pun..

Anak buah aku ni memang pandai drama jer lebih.

Tapikan mana lah anak buah aku ni tak trauma pasal sunat. Hari tu asben aku beli mesin BOSCH alar mesin tuk tebuk2 dinding tu... sekali adam ternampak dia tanya kat laki aku.

"Apa tu Cik Cah?"

"Ini adalah mesin tuk sunat Adam!!"

Apa lagi mencecet lah si Adam tu berlari sambil jerit Takmo Cunat!

Jahatkan laki aku takut2kan anak buah aku. Tapi aku dah marah dah jangan takutkan dia lagi kang sampai ke besar takmo sunat sapa nak jawab??


Adam & kakaknya Ain.. Kalau pasan tu lesung pipit si Adam tu memang dalam...

Perlukan Helper?

Rasanya dah dekat sebulan rmh kami tak dibersihkan. Semalam plan nak lepak sana, tengok rmh lantai kemain berabuk. So, aktiviti semalam ada sesi mengemas rmh secara besar-besaran.

Asben aku dah ada helper dah tuk membersihkan rmh kami tu. Sapa lagi kalau bukan aku yg jadi helper. Patutlah beria dia ajak balik sana. Rupa2nya....

Aku dipaksa jadi amah..


khusyuk aku wat kerja tau..

tanpa toleh kiri kanan

bersihkan utk tempoh sebulan, tunggu bulan depan baru bersihkan balik

angkat kerusi, angkat tikar, segalanya aku angkat tau


Nasib pakai vakum kalau pakai penyapu aku malas, sbb nanti abuk terbang2 pastu nanti aku bersin tak benti2.

Keletihan melampau..


Lupa nak cakap.. rambut baru aku..benci fringe aku dipotong pendek.. pastu aku touch-up kaler sikit.. & trim2 sikit..

Pemalas lipas...tido jer tau.... eh tak tak.. dia pun wat kerja sama2 gak..

Statement tak boleh bla dari laki aku

"Ala Shah tau, deqna suka je balik sini.. sbb tak yah kena masak kan???"

kurang asssaammmm.. tapi memang betul pun.. Dia tau kalau kat rmh mak aku tak leh mengelat masak kalau weekend. hehehe

Sunday, April 12, 2009

Bangi Kopitiam



Selepas jalan2 kat Ekspo Thai tu kiterang pun lepak kat Kopitiam. Ntah bila masa pulak aku citer pasal pergi Ekspo Thai kat sini? Tak yah korang scroll down pun memang aku takde citer pun. Saje jer aku mulakan ayat aku camtu nak menunjukkan yg aku pergi Ekspo Thai sebelum aku singgah kat kopitiam tu. Citer pasal tu takde tapi nanti aku tunjukkan apa yg aku beli dar sana yer.





Saje jer nak lepak2 kat situ lagipun takdelah jauh sangat pun ngan rmh aku. Kopitiam ni kira baru bukaklah. Walaupun nama dia Bangi Kopitiam tetapi tidaklah ia terletak di Bangi yer tuan2 dan puan2. Asben aku yg sajer nak test power kat sana, yalah mana tau kalau ok tak yahlah sibuk2 nak ke Old Town lagi. Dah lah sekang aku rasa aku nak ban jer old town sbb pasal email aku dapat tempoh hari. Tapi takyahlah aku nak citer detail lak kat sini. Takde sebenarnya En. Arshad jiran kat rmh baru kami tu selalu kata dia minum2 kat situ.


Makan ringan2 jer sbb perut pun kenyang lagi time tu

Setakat makan telur separuh masak kat sini, aku pun leh buat kat rmh



Kepok lekor pun ada gak


Teh ais asben ngan teh tarik aku

Keseluruhannya bolehlah kalau setakat nak lepak2 ngan member2 kat situ. Tapi rasanya sedap lagi roti bakar kat old town.
Makan tu jer pun dah kena RM13. Kopok lekor 5 ketul tu harganya RM3 ok. Lebih puas kalau beli yg pasar malam punya.

Syok Sendiri Lagi

Dah lama tak bergedik berdua. Dulu gedik sorang2. Kali ni aku bawak geng sekali. Ala bukan selalu pun. Sekali-sekala je. Janganlah muntah hijau pulak. Tapi kalau nak muntah pun ada aku kesah?









Semenjak 2 menjak ni bkn senang nak dating2 cam dulu2. Sibuklah katakan. Ni ada masa ni marilah kita bergedik bersama...

Saturday, April 11, 2009

Apa Yg Berbaloi Sangat Tu?





Ni hah benda yg aku beli hari tu. Betul lah minyak wangi. Aku pun tak tau pesal sampai 3 botol aku amik padahal perfume yg ada kat rmh ni sampai hujung taun pun tak tentu abis.

Dah tu dia jual murah. Aku belilah. Walaupun aku tak pernah pakai perfume dari Alizabeth Arden. Tak kisahlah janji aku bau wangi.

Ok tajuk2 perfume di atas ialah:-
After Five: 75ml = RM100
Provacative Interlude: 50ml = RM60
Hummer (for men): 125ml = RM110

Tu harga selepas 70% off tak salah aku. Aku beli kat Sogo masa warehouse sale utk card member hari tu.

Mcm mana aku tak beli aku tgk org ramai2 rebut2 aku pun joinlah rebut2, sekali sampai 3 aku amik. Apa taknya utk 3 botol tu baru RM270 sama harga pulak dengan sebotol perfume yg aku tengah pakai sekang nie.

Mandi minyak wangilah aku. Siap bazir2 lagi sembur tak kira masa. Kat rmh pun sikit2 nak sembur. Kata banyak kan. Hehe.. wangi2 tuk asben. Pahala tu...

Friday, April 10, 2009

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Org tua2 ada berkata sediakan payung sebelum hujan. Tu maksudnya korang basah lencun lah kalau hujan tetiba turun dengan lebatnya kalau korang tak bawak payung. Dan mungkin juga korang kena beli payung baru walaupun korang tak bajet pun nak beli payung.

Nasib baik aku tak kuar lunch time nie. Sebenarnya hati ni melonjak jer nak kontiniu shopping semalam. Tapi rasa cam berat hati jer nak kuar. Rupa-rupanya hujan nak turun dengan lebatnya di kala ini. Bayangkan kalau aku kuar harus basah lencun balik ofis kang.

Memanglah boleh jer beli payung, tapi baper byk payung pulak yg aku nak simpan asal balik ofis hujan beli payung manjang. Yelah baru2 ni aku kuar makan kat sogo, cuaca suam2 kuku je. Elok abis makan nak melangkah ke ofis tgk hujan lebat mencurah-curah. Aku ngan member aku pun gi lah beli payung seorang sebatang eh silap penjodoh bilangan nie.. sekaki payunglah. Kenapa kaki? Sila tanya cikgu Latifah cikgu Bahasa Melayu aku masa sekolah rendah dulu.

Giler berebut masing2 membeli payung dah macam warehouse sale payung gamaknya. Walaupun sebelum ni payung2 tersebut di pandang sepi oleh pengunjung sogo (kalau cuaca oklah). Siap berebut nak pilih payung. Aku pilih yg murah2 ajer memandangkan kat dalam kete aku pun dah berkaki2 payung terletak. Dahlah harga paling murah pun 17 hengget. Payung kurnia aku dapat free jer. lagi payung tomei pun aku dapat free gak.. payung giordano pun aku dapat free gak. Tetiba yg ni ko jual mahal pulak yer.


Nilah dia payung merah yg aku beli tu. Ko agak2lah perlu ker payung pun ko nak sedondon ngan baju ngan henbeg bagai? Soalan tuk diri sendiri.


Dah tu jer aku nak citer. Kisah aku sebatang payung. eh Bukan.. aku sekaki payung. Tapi tak besh ar aku nak guna gak aku sebatang payung.

Lambat Pikap

Pada satu hari dia mengadu yg dia tak sedap perut. krurr krrarrr krrruurr krraa bunyi perut dia.

Dia: Nanti you tolong amikkan I carbon yer.
Aku: Ok. Berapa keping you nak??
Dia: Pandang aku ngan penuh konpius

ooo patutlah aku tersilap tafsir. Aku ingat kertas karbon. Rupanya chacoal tu hah. Alah ubat angin yg kaler hitam tu.

p/s: will be missing her

Thursday, April 9, 2009

Memang Berbaloi

Lunch time siang tadi aku gi Sogo. Niat di hati nak makan sajer. Tapi terjebak ke arena penyopingan.

Dengan RM270 aku dapat tiga botol. Dulu aku beli sebotol jer dah RM270. Best best..

Satu untuk ko... satu untuk aku... lagi satu untuk aku gak...

tamak.