The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today
Wednesday, March 18, 2009
SMS Yg Boleh Mengakibatkan Laki Bini Bergaduh
Baru jap ni aku sms lah kat dia:
Syg, macam mana keadaan syg? Miss U.
Tak lama pastu dia reply:
Sape ni?
Aiiii biar betul laki aku ni bini sendiri pun dah tak kenal?? kata aku dalam hati. Makin teruk ke demam dia niee?? Terus aku call asben aku.
"Syg nape tulis camtu?"
"Tulis apa?"
"Tu msg tu? takkan tak kenal deqna dah?"
"msg apa nie?"
Aku pun citer lah kat asben. Sah bkn dia yg kasi aku msg tu. Abih tu sape?? aku pun ceklah balik kat hp aku kat sapelah yg aku hantar msg tadi tu.
Rupanya aku tersalah tekan satu nombor daaa....
So, korang kalau ternampak ada sms yg mencurigakan kat hp suami or isteri or bf or gf tolong jangan nak mengamuk tak tentu pasal. Tlg selidik terlebih dahulu. Mungkin penghantar itu tersalah nombor mcm kes aku nie.
Aduh.. aku ke yg demam??
Tuesday, March 17, 2009
You Sick, I Sick
Update: Alhamdullillah result blood test asben tidak dijangkiti denggi ataupun penyakit nyamuk yg lain..
Monday, March 16, 2009
Happy Birthday
Semalam celebrate secara kecil2lan birthday si Ain ni. Kalau tak buat harus meroyan budak tu. Cerita2 lain menyusul kemudian.
p/s: Sekarang ni aku sibuk menjaga asben aku yg demam. Sian dia demam teruk dari semalam.
Sunday, March 15, 2009
Demam
Aku ni bukan boleh kalau org2 yg aku sayang jatuh demam, kalau boleh biar lah aku yg tanggung sekali.
Doktor kata suhu badan dia tinggi gaklah. Badan pun lemah. Harap demam biasa jelah. Takut gak kan sekarang ni mcm2 denggi lah, chikunya lah (wrong spelling), campaklah. Isy harap dijauhkan.
"Get well soon, syg!"
Saturday, March 14, 2009
Menu Hari Sabtu
Friday, March 13, 2009
Bolehlah dari Takde Citer
Breakfast aku pagi ni
Hari ni rasa cam nak makan western set jer. So, turun cafe tapau jer bersama-sama Ryn. Di cafe bertemu pula dengan Kak Piah. Begitu sekali dia mengerling ke aku. Mentang2lah dia bwk sekaki payung. Ingat aku takutlah payung dia tu. Hehe. Tanpa pertanyaan dia menjawab "hantar anak kat sekolah tadi". OOo sudah ada anak sekolah ker?
Oh ya hari ni saya pakai purple. Pemberian akak aku semasa dia pergi ke Bukit Tinggi hari tu. Purple adalah warna kegemaran aku satu tika dulu. Tapi sekarang masih menggemari jugak. Datuk Fadzilah Kamsah berkata jika ingin berjaya pakai baju purple. Hari tu aku dengar dia cakap kat radio masa pagi2 nak on the way ke office. Setiap kaler ada mood2 tertentu.
Sila saksikan keunguan aku di hari ini. Keungguan ok, bkn keayuan, tapi kalau nak kata keayuan pun aku terima ajer. Hiks.
isy... really not so me.. posing sengsorang tunjuk baju..
Akhir kata jgn mengharapkan aku mengedate blog dalam tempoh terdekat. Tapi kalau korang nak click byk kali kat blog ni pun takpe.. kasi nuffnang ku pun meningkat. Org lain sumer dah membuahkan hasil.
p/s: sila bawa pen sendiri kalau nak gi meeting.
Wednesday, March 11, 2009
Rajin Sikitlah
Jadinya, masakan2 yg aku masak di atas adalah hidangan yg dihidangkan buat mereka. Rezeki mereka. Kalau aku tau mereka nak datang harus aku masak byk2 & sedap2 lagi.
Tapi simple2 tu jer pun, masing2 makan bertambah. Abis nasi seperiuk. Tu maknanya apa? Takkan tak reti lagi.. tu maknanya masakan aku tu sedaplah... isy stetmen tak leh bla...
Lepas makan maka kami pun terus membawa mereka ke rmh kami. Takdelah makanan yg nak ditapau sbb dah siap2 makan. Cuma aku tapaukan kuih-muih & pisang goreng.
Nota: Tiada dalam gambar - sambal belacan & daging masak kicap. Sbb apa takde gambar sbb tu lauk beli. Cea konon byk sgt lah yg aku masak tu..
Random Things about Me
- Aku kurang suka time aku engaged ada org sibuk nak cakap ngan aku. Blh tunggu aku hang up tak? Pastu duk tercongok dpn aku tunggu aku abis cakap. Boleh tak ko gi tempat lain dulu?
- Aku kurang suka time aku tgh bercakap/berdiskus dengan org pastu org lain datang mencelah tanpa menunggu aku abis berckp ngan org yg aku tengah berckp tu.
- Aku kurang suka melayan benda remeh-temeh.
- Aku kurang suka kerja ngan org yg terhegeh-hegeh. I mean lambat & sengal.
- Aku kurang suka org yg pagi2 datang mengganggu aku mintak itu mintak ini. Walaupun waktu bekerja aku lambat lagi bermula. Tambah lagi kalau waktu tu aku tgh breakfast. Dahlah nak mintak tolong tapi tak reti2 tgk situasi org camne.
- Aku kurang suka bila printer jam. sorang pun wat tak tau. Pastu tanya aku, macam aku ni pernah amik kursus technician.
- Aku kurang suka berckp perkara yg sama. Contoh kalau aku dah tunjuk ajar sekali-dua tu cukuplah. Takkan lah setiap kali nak buat tu sikit2 nak tanya aku.
- Aku kurang suka bla...bla... bla...
Byk lagi yg aku kurang suka sebenarnya. Tapi cukup2lah, kang korang kurang suka pulak ngan aku. Yelah, aku tak nak blog ni jadi tempat aku nak melampiaskan perasaan aku.
In short, am not in a mood today.
p/s: Tapi aku suka kalau perkara2 yg berlawanan dari di atas.
Friday, March 6, 2009
Hadiah-Hadiah
Terima kasih kepada pemberi2 hadiah tersebut. Suka sangat. Hargai sangat.
Ada lagi sebahagian yg tak diangkut dari rmh mak aku lagi. Angkut naik kete jer mana leh nak sumbat sumer, lainlah ada lori harus angkut segala yg ada.