Wednesday, March 18, 2009

SMS Yg Boleh Mengakibatkan Laki Bini Bergaduh

Hari ni aku gi kerja, tgk asben cam dah ok sikit. Dari semasa ke semasa aku call or sms asben tanya dia dah makan ke belum dah makan ubat ke belum. Yelah risaulah kan tinggal kan dia sengsorang. Takdelah sorang pun family aku adalah kat rmh tu. Mana tak risau dia belum baik lagi. Kejap ok kejap tak.

Baru jap ni aku sms lah kat dia:

Syg, macam mana keadaan syg? Miss U.

Tak lama pastu dia reply:

Sape ni?

Aiiii biar betul laki aku ni bini sendiri pun dah tak kenal?? kata aku dalam hati. Makin teruk ke demam dia niee?? Terus aku call asben aku.

"Syg nape tulis camtu?"

"Tulis apa?"

"Tu msg tu? takkan tak kenal deqna dah?"

"msg apa nie?"

Aku pun citer lah kat asben. Sah bkn dia yg kasi aku msg tu. Abih tu sape?? aku pun ceklah balik kat hp aku kat sapelah yg aku hantar msg tadi tu.

Rupanya aku tersalah tekan satu nombor daaa....

So, korang kalau ternampak ada sms yg mencurigakan kat hp suami or isteri or bf or gf tolong jangan nak mengamuk tak tentu pasal. Tlg selidik terlebih dahulu. Mungkin penghantar itu tersalah nombor mcm kes aku nie.

Aduh.. aku ke yg demam??

Tuesday, March 17, 2009

You Sick, I Sick

Aku terpaksa amik cuti lagi hari ni. Kesian asben aku demam tak kebah lagi. Tadi bwk dia gi buat blood test. Masuk hari ni dah 3 kali aku ulang alik ke klinik. Harap2 takde papelah. Pagi tadi bangkit awal cam biasalah, ingat nak gi kerja, tapi tgk asben aku masih lemah lagi terus aku amik keputusan utk amik cuti lagi. Lagipun hampir sepanjang malam aku berjaga tengok dia. Aku nak jaga dia sebaik mungkin. Dulu masa aku demam gigih dia jaga aku ngan baik sekali.

Update: Alhamdullillah result blood test asben tidak dijangkiti denggi ataupun penyakit nyamuk yg lain..

Monday, March 16, 2009

Happy Birthday

Happy Birthday to you...

Happy Birthday to you...

Happy Birthday to you Ain...

Happy Birthday to you......

Tak kira birthday sesapa pun harus dua kenit ni yg akan meniup lilin

16 Mac adalah birthday Ain yg ke-6


Semalam celebrate secara kecil2lan birthday si Ain ni. Kalau tak buat harus meroyan budak tu. Cerita2 lain menyusul kemudian.

p/s: Sekarang ni aku sibuk menjaga asben aku yg demam. Sian dia demam teruk dari semalam.

Sunday, March 15, 2009

Demam

Kesian asben aku demam. Dia ni bukan jenis selalu demam. Tapi kalau sekali demam, cam aku nak demam sekali. Korang taulah kan lelaki kalau demam camne.

Aku ni bukan boleh kalau org2 yg aku sayang jatuh demam, kalau boleh biar lah aku yg tanggung sekali.

Doktor kata suhu badan dia tinggi gaklah. Badan pun lemah. Harap demam biasa jelah. Takut gak kan sekarang ni mcm2 denggi lah, chikunya lah (wrong spelling), campaklah. Isy harap dijauhkan.

"Get well soon, syg!"

Saturday, March 14, 2009

Menu Hari Sabtu

Cam biasa dalam seminggu atlis aku akan memasak sekali. Tapi minggu ni cam mood malas nak masak. Tak reti nak masak apa. Ni jelah yg aku masak. Bolehlah dari takde. hehe..


Tomyam putih ayam


Sambal telur hancur. Resipi ni aku tiru dari Big Mouth (akak si ceera)


Ikan goreng sajer

nilah dia tukang masak professional

walaupun masak sikit ke byk ker, dapur harus berselerak. Mak aku selalu bising kalau aku masak. Aku bkn apa, aku jenis time masak aku masak jer, takdelah sambil2 tu aku mencuci pinggan2 or barangan yg digunakan. Aku suka bila dah settle masak baru aku start mencuci & mengemas

Friday, March 13, 2009

Bolehlah dari Takde Citer

Selamat pagi semua. Semoga ceria2 hendaknya. Serius aku sekarang ni memang bukan mood tuk memblog. Tapi sebab tak nak hampakan korang yg rajin singgah sini maka aku wat lah gak entry ni. Yelah aku pun kalau masuk kat blog yg aku suka baca pastu takde update rasa cam kecewa jer..hehe.. cam lah pun ada org suka masuk blog ni pun. Takpe aku assume jer.

Breakfast aku pagi ni

Hari ni rasa cam nak makan western set jer. So, turun cafe tapau jer bersama-sama Ryn. Di cafe bertemu pula dengan Kak Piah. Begitu sekali dia mengerling ke aku. Mentang2lah dia bwk sekaki payung. Ingat aku takutlah payung dia tu. Hehe. Tanpa pertanyaan dia menjawab "hantar anak kat sekolah tadi". OOo sudah ada anak sekolah ker?

Oh ya hari ni saya pakai purple. Pemberian akak aku semasa dia pergi ke Bukit Tinggi hari tu. Purple adalah warna kegemaran aku satu tika dulu. Tapi sekarang masih menggemari jugak. Datuk Fadzilah Kamsah berkata jika ingin berjaya pakai baju purple. Hari tu aku dengar dia cakap kat radio masa pagi2 nak on the way ke office. Setiap kaler ada mood2 tertentu.

Sila saksikan keunguan aku di hari ini. Keungguan ok, bkn keayuan, tapi kalau nak kata keayuan pun aku terima ajer. Hiks.

isy... really not so me.. posing sengsorang tunjuk baju..

Akhir kata jgn mengharapkan aku mengedate blog dalam tempoh terdekat. Tapi kalau korang nak click byk kali kat blog ni pun takpe.. kasi nuffnang ku pun meningkat. Org lain sumer dah membuahkan hasil.

p/s: sila bawa pen sendiri kalau nak gi meeting.

Wednesday, March 11, 2009

Rajin Sikitlah

Kalau minggu sebelumnya aku masak tomyam ngan sambal ikan je minggu ni aku masak lebih sikit. Tetiba mood rajin datang menjelma. Lepas breakfast aku terus start memasak. Giler awal. Padahal kalau time malas selagi tak tengah hari takde lah aku start memasak. Takdelah sebenarnya aku masak awal2 sbb time cuti aku ingat nak lepak kat rmh kami. So, lps masak leh terus gi ke sana. Sambil tu leh tapau sekali makanan2 ni sumer.


Sambal tumis udang. Mula2 ingat nak buat udang goreng kunyit. Pastu bila dah goreng aku ubah fikiran nak wat sambal jer.

Telur dadar ni wat sampingan jer.. nak membanyakkan jenis lauk lah kaedahnya

yg ni spesel sikit. Kari Ayam. Bukan selalu ok aku nak masak kari2 ni... tapi rasanya mabeles.. mak aku yg request suh aku masak ni. aku rasa kari kalau makan ngan roti jalan mesti best. Aku nak belajar wat roti jala lah. Sape boleh ajar?

Sayur masak tiram. Pun sedap gak.

Elok jer aku abis memasak, asben gitau aku yg ayah & mama dia on the way ke rmh. Kira nak melawat anak menantu lah. Tapi sambil tu mereka sebenarnya nak tengok Buyeen yg kami jaga sekarang tu. Ala.. kucing yg kiterang amik dari rmh MIL & FIL. Sambil2 tu jugak mereka nak tgk rmh baru kami tu.

Jadinya, masakan2 yg aku masak di atas adalah hidangan yg dihidangkan buat mereka. Rezeki mereka. Kalau aku tau mereka nak datang harus aku masak byk2 & sedap2 lagi.

Tapi simple2 tu jer pun, masing2 makan bertambah. Abis nasi seperiuk. Tu maknanya apa? Takkan tak reti lagi.. tu maknanya masakan aku tu sedaplah... isy stetmen tak leh bla...

Lepas makan maka kami pun terus membawa mereka ke rmh kami. Takdelah makanan yg nak ditapau sbb dah siap2 makan. Cuma aku tapaukan kuih-muih & pisang goreng.


Nota: Tiada dalam gambar - sambal belacan & daging masak kicap. Sbb apa takde gambar sbb tu lauk beli. Cea konon byk sgt lah yg aku masak tu..

Random Things about Me

  1. Aku kurang suka time aku engaged ada org sibuk nak cakap ngan aku. Blh tunggu aku hang up tak? Pastu duk tercongok dpn aku tunggu aku abis cakap. Boleh tak ko gi tempat lain dulu?
  2. Aku kurang suka time aku tgh bercakap/berdiskus dengan org pastu org lain datang mencelah tanpa menunggu aku abis berckp ngan org yg aku tengah berckp tu.
  3. Aku kurang suka melayan benda remeh-temeh.
  4. Aku kurang suka kerja ngan org yg terhegeh-hegeh. I mean lambat & sengal.
  5. Aku kurang suka org yg pagi2 datang mengganggu aku mintak itu mintak ini. Walaupun waktu bekerja aku lambat lagi bermula. Tambah lagi kalau waktu tu aku tgh breakfast. Dahlah nak mintak tolong tapi tak reti2 tgk situasi org camne.
  6. Aku kurang suka bila printer jam. sorang pun wat tak tau. Pastu tanya aku, macam aku ni pernah amik kursus technician.
  7. Aku kurang suka berckp perkara yg sama. Contoh kalau aku dah tunjuk ajar sekali-dua tu cukuplah. Takkan lah setiap kali nak buat tu sikit2 nak tanya aku.
  8. Aku kurang suka bla...bla... bla...

Byk lagi yg aku kurang suka sebenarnya. Tapi cukup2lah, kang korang kurang suka pulak ngan aku. Yelah, aku tak nak blog ni jadi tempat aku nak melampiaskan perasaan aku.

In short, am not in a mood today.

p/s: Tapi aku suka kalau perkara2 yg berlawanan dari di atas.

Friday, March 6, 2009

Hadiah-Hadiah

Seronok.. seronok... tak yah beli barang2 lagi... Finally, after almost 2 years sumer barang2 yg aku dapat masa wedding aku dulu sekarang ni dah boleh digunakan....

Terima kasih kepada pemberi2 hadiah tersebut. Suka sangat. Hargai sangat.


Sebelum ni sumer barang2 ni terletak kat atas almari. Sampai nak roboh almari dibuatnya


Aku tau sape kasi ampaian nie.... pendek kata setiap hadiah yg aku terima tu aku ingat sape yg bagi... thank u so much :)

dalam2 kotak tu pulak hadiah kawen belah asben. kan hadiah belah dia hari tu simpan kat rmh MIL tapi diserang oleh anai2. Sudahnya kotak sume dah rosak, tapi barang selamat. Tu yg simpan dalam big box jer.


Periuk ni pun dah takde kotaknya..

Ada lagi sebahagian yg tak diangkut dari rmh mak aku lagi. Angkut naik kete jer mana leh nak sumbat sumer, lainlah ada lori harus angkut segala yg ada.

Makan Ais-Krim di Malam Jemaat

Hah jangan nak fikir lain lak yer. Blog aku ni belum lagi di x ratedkan ok. Masih dalam kategori U - sesuai utk semua lapisan masyarakat. Korang asal malam Jumaat jer fikir lain. Cuba lah tukar sedikit paradigma tu.. wah paradigma.. ni aku belajar masa attend course 7 habits hari tu.

Eskem cekelat beserta mangkuk dari hadiah perkahwinan. Syok wo.. sekang ni aku dah leh guna prezent2 yg org kasi time kawen dulu. Kalau tak elok jer terdampar sepi kat rmh mak aku. Yelah nak guna time bila pun.. dah tentu kat rmh mak aku dah byk pinggan mangkuk yg sedia ada.

cedok pakai sudu jer sbb takde scoop tu rupa tak berapa cantik..

rupa tak penting. yg penting rasanya lazat.

makan ais-krim sambil ditemani isteri terchenta


sambil bersilang kaki menonton citer kelewon (cam ni ke spelling?), benci tgk citer seram2 dahlah kat rmh kiterang berdua jer.. sunyi..

Habis tgk tv kami pun berkemas dan pulang semula ke rmh mak aku. Perut lapar nasi wo.. rmh aku ni kan takde dapur tu yg bantai makan eskem di malam yg sejuk tu. Dahtu tu jer yg ada dalam peti sejuk. Memanglah boleh jer mkn kat luar tapi cam tak patut jer, sbb aku tau mak aku masak lebih. Kalau kiterang tak makan sape lagi yg nak makan?