Friday, March 6, 2009

Tanamanku Sudah Menjadi

Balik kerja siang tadi singgah lepak kat rmh kami kejap. Dah lama tak jenguk. Nak gak tgk tanaman2 camne. Nak siram, sekarang ni hujan jer, tanah pun lembap jer, so tak yah lah siram.

Sonok tau bila tgk pokok2 yg kita tanam tu hidup subur jer. Eleh cam lah aku tanam sendiri. Padahal mak aku yg tolong. Tapi aku tanam gak ok.

Aku suka pokok bunga ni.. warna putih. Suci jer.. Hepi dia dah berbunga

Ni pokok dia. Aku pun tak tau apa nama saintifik dia. Tapi mak aku cakap pokok bawang. Memang daun dia cam daun bawang jer..pastu kat akar siap ada buah cam bawang. Tapi bukan bawanglah..

Ni pokok apa ntah aku pun tak tau.. pokok ni byk jenis.. yg ni jenis2 yg pendek





Yang ni pulak pokok kacang panjang. Bkn kacang panjang biasa. Kacang panjang ni warna purple. Manis jer rasanya. Sedap dibuat ulam. Sebenarnya nak letak kat belakang rmh so that dia leh jalar2 kat pagar belakang. Tapi hari tu aku letak kat depan rmh sbb lecehlah letak kat belakang, dahlah pintu belakang tu jarang aku bukak sbb malas, malas nak bukak pintu yg byk2 kunci. Bila aku letak kat depan tgk2 dia dah syok menjalar kat pagar depan. Aku biarkan jelah. Sayang pulang nak alih.


Ini pulak pokok limau kasturi.. ker limau nipis yer? sori aku selalu konpius antara limau nipis ngan limau kasturi. Dah berbuah engko. Eleh padahal masa aku beli pokok tu memang dah berbuah pun...


Pokok lalang... mandai jer korang kata lalang.. tu pokok serai lah

Pokok rambutan aku ni camtu jelah lagi rupanya. Belum lagi berbunga apatah lagi berbuah. Ek eleh baru tanam dah nak kecoh suh berbuah. Tak logik betul.


Pokok bawang lagi


kembang mekar... siap ada air2 lagi



Bunga biasanya dikaitkan ngan pompuan. So, aku letaklah gambar aku sekali...


Byk lagi aktiviti kami petang tadi, nanti aku citer citer lagi yer.....

Benarkah Blog Mencerminkan Personaliti Seseorang?

Adalah satu reader tu kira silent reader lah sbb tak pernah pun tinggal komen. Tapi kalau berjumpa tidaklah dia in silent mode, tapi kecoh mode tu adalah. Dia kata kat aku sekarang ni dia rajin mengikuti blog aku. Dia kata penulisan aku ada improvement. Improvement sudahnya? Walaupun aku wat blog ni suka2 jer dan tak pernah pun berazam nak improve ker nak upgrade ke apa ker pasal blog.. yg aku tau aku main tulis silap main taip ikut sedap jari jer.

Pastu dia kata dari blog gak dia kenal personaliti seseorang. Dia katalah bila dia baca blog x dia boleh tau perangai x tu camne. Bila dia baca blog y dia tau perangai y cam ne. Bila dia baca blog z dia tau perangai z pula dan begitulah seterusnya.

Aku sebenarnya petang tadi cam byk jer idea nak kupas pasal isu ni, tapi bila dah malam2 ni rasa idea cam tak berapa nak datang. Tetiba aku rasa mengantuk teramat sangat. Huargghhhh.

Kesimpulannya apa komen korang? Benarkah penulisan seseorang mencerminkan diri sendiri? Bila korang baca blog aku korang rasa korang boleh tak kenal aku?

Wednesday, March 4, 2009

Katakan Tidak kepada Jerawat






Dari dekat, dari jauh memang memantul-mantul jer jerawat aku ni. Tetiba adalak seketul jerawat tersesat kat pipi aku ni. Besar lak tu. Aku tahan jer tangan aku dari usik2 kat kawasan jerawat itu, kerana jika diusik dikhuatiri ia akan menjadi lebih besar dan besar.

Berkat kesabaran aku dari menyentuh ia, sekarang ini ia telah mengecut sehingga 70% tanpa perlu memicitnya. Ingat kalau nak hilang jerawat jgn suka picit2 nanti dia lambat elok.

Tips Rumah Tangga Bahagia

Petua 8P Ustaz ah Siti Nurbahyah

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Source: forwarded email (yg tukang forward adalah ryn)


Wah wah... ada forum perdana lak kat blog aku ni yer.. takpe aku sebenarnya nak relate kan dengan apa yg aku nak citerkan ni. Entry ni sebenarnya aku nak tuju kat asben aku sebagai penghargaan dan pujian (petua ustazah tu) dari aku atas apa yg dia lakukan semalam.

Semalam dia tak kerja. Yg bagusnya laki aku ni walaupun aku takde kat rmh maupun ada kat rmh dia jarang2 nak kuar berpoya-poya ngan kengkawan. Dia lebih suka duk kat rmh. Melayan anak bini. eh mana datang anak tu?? anak buah lah.. hehe. Kalau kuar nak lepak2 ker, mesti ajak aku punya.

Semalam tanpa disangka, tanpa disuruh beliau telah mengemas bilik tidur dengan sekemas-kemasnya. Maklumlah semenjak ada rmh baru, bilik sendiri (kat rmh mak) dah kurang diberi perhatian. Memang tak sempat nak kemas2, lap2, sapu2 atau apa saje yg sewaktu denganya, cuma sekadar kemas cadar jer.

Tapi semalam aku balik kerja, the moment aku bukak pintu bilik jer, aku rasa bilik aku lapang jer. Rupa2nya si suami telah bertungkus lumus mengemas & membuang barang yg menyemakkan bilik. Barang aku ngan barang dia memang byk sampai tak muat bilik. Takde sebutir habuk pun di atas lantai. Wah respek tul aku dibuatnya.

Selain itu, bakul pakaian juga kelihatan kosong. Wah cuci kain sekali... hebat... skius me aku tak suh ok laki aku wat tu sumer.. aku tau tu tugas aku, tapi dah dia nak buat, buat ajelah kan.. kang ada lak kata aku queen control lak. Baju putih kesayangan aku pun dia basuh gak. Seb baik takde kesan luntur ngan baju lain. Kalau idak mau meroyan aku. Maknanya pandai laki aku mengasingkan pakaian berwarna dan tidak. Good job dear:) Thank u so much & I appreciated it.

Dah tu jer sesi memuji laki sendiri. Korang pelagi gi lah puji laki memasing. Petua tu..... tapi aku cam suka P yg ke-7 tu lah..

Tuesday, March 3, 2009

Lepas Sorang .. Sorang

Hari tu Ain kena campak. Elok jer dia dah baik, adik dia Adam pulak yg kena. Kesian. Si Adam ni bila demam haruslah merengek manjang. Sian mak aku nak handle cucu2 dia nie.


Harap2 pas ni takde sapelah yg kena jangkit dah.


Harap2 aku pun tidak dijangkiti.. isy aku masih kenang lagi di saat aku diserang campak yg hebat pada tahun 2001 dulu. Sampai sekang ada gak parut yg tak hilang.


Tapi Alhamdulillah parut kat muka sumer hilang. Nantilah bila2 aku free atau takde mende nak citer aku citerkan pasal pengalaman aku diserang chicken pox yg kr0nik. Wah kronik katanya. Kalau aku lupa korang ingatkan yer.

Nasi Bungkus Saje

Kata takde dapur kan. Kebiasaanya inilah makanan yg kami tapau siap2 sekiranya kami ingin melepak di rumah.


Nasi Ayam yg sedap


Tapi makanan ringan byklah kat rmh kami contohnya keropok ikan, biskut, jajan, maggie, cekelat. Tapi stok makanan heavy2 harus dibawa siap dari rmh mak atau tapau jer dari kedai berhampiran.

So far, masak air jer lah yg boleh aku lakukan tu pun pakai kettle letrik

Sure korang pelik kan, patutnya kalau nak pindah rmh baru dapur harus diutamakan terlebih dahulu kan.. tapi kiterang ni terbalik lah pulak, dapur jer yg takde lagi...

Cam jiran belakang rmh aku ni, pasangan muda gaklah, dia citer laki dia belum apa2 lagi dah siap beli dapur tuk dia, sbb laki dia takut kebuluran... hahaha


p/s: Syg cpt2 lah beli dapur yer.. kang kata kita ni pemalas lipas nak masak..

Harapkan Besar Jer Lebih Tapi Kosong

Kalau laki aku sibuk nak tv beso, aku pulak sibuk nak peti ais beso. Aku memang dah request nak peti ais yg tinggi daripada aku. Sbb kat rmh MIL ada peti ais yg besar gabak. Dahlah tinggi gemuk pulak tu. Aku adalah suka peti ais besar2 sbb leh letak mcm2.


Idaklah besar benor tapi tinggi lah dari aku

Tapi kan kiterang bknnya dah duk sepenuhnya kat rmh tu, jadinya peti ais pun kosong ajerlah. Dulu lagi bagus tiap kali datang rmh sana baru on peti ais pastu bila nak balik off peti ais. Pastu akak langsir kata tak bagus wat camtu sbb nanti peti ais boleh rosak.

Ginilah keadaan di dalam aisbox yg super kosong

Jadinya sekang ni peti ais ni on lah 24 jam walaupun takde barang2 di dalamnya dan tiada sape yg menggunakan sekiranya kami tak balik sana.

Setakat dipenuhi ngan air minuman sajer

Makanan basah memang tiada kerana rmhku belum ada dapur lagi. Kalau lepak sana kami akan bawak bekalan makanan siap2. Tu pasal aku kata rmh kiterang tu rmh rehat, sbb tak perlu masak, tak perlu cuci kain, tak perlu bla bla, pendek kata tak perlu wat kerja lah... cuma sekadar sapu2 & mop lite2 jer.

kat freezer pulak sekadar ais krim2 sajer..


Nak jadi model samsung lah pulak..

Berbeza pulak ngan peti ais kat rmh mak aku nie.. sampai tak muat2...

Monday, March 2, 2009

Melayan Citer Hindustan

Sabtu petang hari tu aku tak kemana-mana cuba lepak kat rmh baru kami jer. Tetiba plak hari tu aku leh terjebak nonton citer Hindustan ni kat TV3. Asben aku lah ni dia kata citer tu best aku pun join lah tgk sekali. Aku tak tau tajuk dia apa, tapi pelakon dia Kajol. Citer lama lah kiranya sbb time ni Kajol masih cantik jelita lagi lah.

Kurus lagi si Kajol time ni.. suka jer aku tgk muka dia


Sebenarnya dah lama aku tak layan citer2 Hindustan ni. Time sekolah menengah dulu selalu gak lah layan hindustan sambil feeling2. Pastu bila dah meningkat dewasa aku cam kureng sikit nak nonton citer hindustan sbb citer terlalu panjang pastu sikit2 nak nyanyi. Sedih nyanyi, happy nyanyi...

Mula2 dia layan tenet sambil layan tv kejap2

Aku pulak sibuk baca majalah, time ni lah aku leh nak baca magazine2 tu sumer kalau tak terletak jerlah ia kat atas meja.


Asben plak boleh tinggal tenet terus layan TV. Best nar ker cita tuh?

Aku pun tinggalkan membaca join asben nonton Hindustan. Yer lah citer cam best jer.. tapi tak best sedap sedih siot..

sekali tgk Kajol ni ada iras2 dia ni ngan dia nie.


Aku ngaku aku ternanges tgk citer nie..

Citer ni mengisahkan Zooni (kajol) yg buta. Pastu dia wat operation mata. Pas selesai operation dia leh melihat, tapi sayang sekali dia dikhabarkan yg bf dia ke husband dia yg bernama Rehan mati kena bom sbb rusuhan. (aku tak berapa sure sbb time ni aku tak layan lagi citer tu).
Sehinggalah beberapa tahun kemudian yg si Rehan ni tersesat hingga sampai ke rmh Zooni. Masa tu Rehan cedera parah, sbb dia dalam misi ketenteraan. Tapi si Rehan ni merupakan seorang pengganas Kashmir dan menjadi buruan tentera India.

Zooni sebenarnya tak kenal dia, sbb masa dia bercinta dulu ngan Rehan ni dia buta so, dia tak taulah wajah sebenar si Rehan ni. Makanya, Zooni ngan family dia pun rawatlah Rehan yg cedera parah tu sehingga dia pulih. Tapi dalam masa yg sama si Zooni ni cam ada instinct yg org yg dia rawat tu merupakan kekasih dia. Tapi si Rehan ni cam wat2 tak kenal sbb dia dah berjanji utk melupakan Zooni demi misi ketenteraan dia walaupun sebenarnya dia amat sayang kat Zooni ni.

Dipendekkan citer akhirnya Zooni dan Rehan pun kawen. Oh ya lupa nak gitau si zooni ni dah ada anak, tapi bapak dia dah mati, Zooni namakan anak dia sebagai Rehan gak demi kasih dia kat kekasih dia tu. So, ada 2 Rehan lah dlm citer nie.
Tapi Zooni tak tau yg laki dia ni seorang pengganas dan merupakan seorang buruan sbb Rehan ni memiliki peranti yg ingin diberikan kepada datuknya. Peranti itu pula boleh membinasakan negara India sekiranya ia terlepas kepada pengganas.

... aduhai serius aku tak pandai nak citer balik lah.. aku memang fault bab2 ni tau... dah lah malas aku nak citer.. eh mana leh citer tergantung cam nie..

K lah aku abis kan gaklah... lastly zooni terpaksa menembak mati org yg dia kasihi ni demi kepentingan negara. Tapi dalam hatinya dia amat menyayangi Rehan dan begitu juga sebaliknya. Rehan juga amat menyayanginya walau pun dia kena tembak tapi dia suka sbb dia terasa bebas dari beban yg dia tanggung selama ini menjadi pengganas walaupun tanpa kerelaannya.
Lebih kurang camtulah citer nya.

Sunday, March 1, 2009

Menu Hari Ini

Hari ni ada sedikit semangat rajin utk memasak. Pagi tadi kuar jap gi beli barang2 dapur & barang2 keperluan. Seronok jer aku amik barang2 campak kat troli.. pastu bila nak byr tgk sampai 3 ratus. Giler lah.. terkojut makcik. Tu baru barang dapur jer tuh... Dulu2 300 dah leh dapat mcm2.. sekang ni... takdelah.

Ok apa aku masak hari nie? Ala masak simple2. Masak org malas.

Tomyam kung cendawan & bebola ayam

Sambal ikan


Ingat nak masak satu dua lagi lauk tapi tetiba aku jadi malas. Jadinya ni jelah yg aku sempat masak.. Sebenarnya aku menjeles di kala aku sibuk memasak laki aku sedap jer tido lam bilik siap pasang aircond padahal selama ni kalau aku bukak aircond mesti dia tutup.. siap jer aku masak aku pun menurut serta tido secara berjamaah. Bangkit tido lapar terus makan. Yg penting si dia suka dan mkn bertambah.

Dia memang Suka Dimanja & Dibelai

Aku lupa nak citerkan yg sekang ni kat rmh aku dah ada kucing. Yelah semenjak kehilangan kucing aku dulu, takdelah kucing kat rmh aku wat seketika. Sehinggalah kucing ni asben ambil dari rmh dia. Tapi kucing ni manja sesangat.

Siapakah yg landing baik punya nie??

Asal nak tido jer mesti berbantal. Pastu pandai2 jer kepala kat atas bantal..


Inilah dia Buyeen..

Nama kucing ni Buyeen. MIL aku kalau bela kucing mesti letak nama Buyeen. Dah berapa byk kucing mesti letak nama yg sama. Ain & Adam suka betul ngan Buyeen sbb dia ni manja sgt. Apa taknya kalau petang2 si Ain layan kartun si Buyeen ni harus tido kat sebelah, pastu si Ain ni mesti siap2 selimutkan dia.

Masa mula2 sampai dulu berapa kali derang tanya aku nama kucing nie. Aku cakap BUYEEN. Tapi bila aku dengar budak2 ni panggil kucing tu BUDEN. Buden sudahnya nama kucing tu. Patutlah kucing tak layan derang mula2. Hehe.

Lagi satu yg kelakar, pagi tadi aku bangun lewat sikit. Yelah dah tu Isnin sampai Jumaat dah bangun awal, kasi can lah weekend bangun lewat sikit. Tgh sedap2 tido, si Ain dah mengetuk pintu bilik aku. "Ayang cepat selamatkan kucing kat atas bumbung!".

Aku pun bangunlah jugak. Rupanya dua2 kenit sedang menjalankan misi menyelamatkan si Buyeen yg takut nak turun dari bumbung rmh. Cute jer aku tgk si Adam yg menghulurkan tangan konon nak sambut kucing tu. Dah macam citer wonder pet pulak. Kami tak besar kami tak kuat.. bila bekerjasama kami jadi kuat.......yg penting berkejasama.. lebih kurang lah lagunya

Aku tlg lah budak2 tu. Memang kucing ni penakut nak turun. Bukan tinggi nar pun. Buyeen hulur sebelah tangan eh kaki eh tangan ke kaki? Apa2 jelah yer... aku capai lah suh dia lompat, tapi dia undur balik. Byk kali gak percubaan dia nak lompat tak jadi.

Tetiba dapat satu akal satu jer akal ko?. Aku amik kusyen kerusi kat luar tu. Aku tampunglah dari bawah suh kucing tu lompat. Cuba teka dia lompat ke tidak? Yes.. akhirnya si Buyeem lompat kat atas kusyen tu. Terus dia berterima kasih ngan aku. Dia tak cakap tapi dia leser2 jer. Buyeen ni memang suka cium2 org pastu org tak panggil pun dia selamba jer lompat atas kita & duduk atas riba. Very the manja.. i loike...
p/s: Kesayangan asben aku tu... pergi balik kerja harus dia cium dulu.