Pagi ni cam biasa aku bangkit pagi2 utk pergi kerja. Cuma yg tak biasanya asben aku takde di sebelah. Dia kena kerja malam. Tak syuker...... tapi takpe demi masa depan aku turutkan juga..hehe
Masa mandi sakit perut. Gi toilet. Masa nak bersiap sakit perut gak. Gi toilet. Alamak aku kena cibir (cirit-birit). Lama gak aku memerut. Dalam pala otak time tu, masak aku ni dahlah kena gi kerja sendiri naik komuter, buatnya buat hal dalam komuter nanti camne.. Berfikir2 aku sama ada nak gi kerja atau pun mc sahaja.
Tapi aku tawakal ajer, teruskan bersiap-siap utk ke ofis. Aku memang tak retilah nak mc tetiba ni, unless memang dah tak larat sgt. Ni aku sihat, cuma tak larat asyik nak ke toilet ajer.
Dah siap sumer aku bukak handbag nak kuarkan duit siap2 utk byr duit parking & duit tiket komuter. What? My wallet takde dalam beg. Gosh.... fikir punya fikir rupanya wallet aku tertinggal kat ofis semalam. Seb baik aku cek awal2 buatnya bila dah sampai stesyen nanti baru gelabah nak cari duit semua.
... jap jap aku nak ke toilet jap. Panggilan cibir telah memanggil.
ok sambung balik..
Aku ni dahlah dah lama tak drive kete sendiri, asyiknya laki aku jer yg nak drive. Mula2 bawak dah rasa tak selesa. Apasal brek ni lain macam jer ketat nya. Takut gak kalau brek tak makan nanti. Aku pun testlah membrek byk kali. Seolah-olah baru dapat lesen kete. Mau org belakang menyumpah aku sbb ayik terbrek-brek, tapi tak, derang tak menyumpah kat aku sbb takde org pun belakang kete aku. Aku call asben tanya asben nape brek camtuh, dia kata biasa ajer tu cuma sbb aku dah lama tak drive. Banyaklah.
Masa on d way ke stesyen komuter tu, perut aku dah start dah meragam. Rasa cam nak patah balik rmh jer. Tapi kang lambat pulak sampai ofis nanti. Isy tak yah kerja lah hari nie. Tapi nak cakap camne ngan bos. Takkan nak citer satu2 masalah aku hari nie kat dia. Dalam pada berfikir2 tu tgk kat dpn JPJ buat road block. Ah sudah. Lesen, IC sumer takde ngan aku nie. Kalau aku kena tahan derang percaya ker ngan kata2 aku nie. Org kata kalau dalam kesulitan camtu elok baca ayat seribu dinar ker ayat apa ntah alah aku lupa lah pulak. sori yer. Tapi dalam panik camtu surah fatihah ngan ayat kursi jer aku ingat. Aku pun baca jer dalam hati. Sebijik2 kete derang cek siap suluh2 lagi. Kata pagi2 buta aku dah kuar rmh, memang gelap gelita lagi. Sampai turn aku. Aku menten jer. Buat muka selamba siap senyum lagi. Yes! aku lepas. Selamat.
Sampai stesyen parking kete kat bawah pokok biar kete tak berpanas. Tapi tgk ar balik kang mesti penuh ngan taik burung.
Kuarkan duit sepuluh ringgit yg aku amik siap2 dari rmh tadi, bayar duit parking pastu beli tiket komuter. Seb baik aku tak ketinggalan tren. Ngam ngam aku sampai tren pun sampai.
Tetapi tren adalah super penuh. Tapi still leh masuk gaklah cuma tak dapat duduk jer. Takpe aku masih lagi berupaya utk berdiri, daripada lelaki2 yg sedang duduk dan buat2 tido itu.
Perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 30 minit itu amat mendebarkan aku. Yelah mana tau kot2 tetiba perut aku wat hal. Mana aku nak buang? Memang tepat jangkaan aku kejap2 perut rasa memulas. Utk menghilangkan perasaan skt perut tu aku membzkan diri ngan sms asben.
ikutilah perbualan sms kami itu:-
aku: Syg deqna skt perutlah camne ni? Tadi kat rmh cirit.asben: syg dah sampai mana.. jangan syg.. sampai bank baru yak..aku: baru kat kepong. Syg doakan bini syg ni sampai bank dgn selamat dan selesa.asben: ok amin.. kepala bawah bontot atas, kemut *tut* kuat2.. syg gemuruh tukepala..bontot sudahnya asben aku nie.. but it works... apa taknya dengan melayan sms tersebut aku dapat melupakan hasrat utk membuang itu..Setelah menempuh onak dan duri akhirnya aku sampai gak kat tempat kerja yg aku kasihi ini. Menahan camne pun muka kena menten. Jumpa Dato' aku senyum, jumpa bla bla aku senyum. Menten seolah-olah takde apa yg berlaku.
Sampai kat workstation aku, on pc, letak barang sumer, baru terasa nak ke toilet.. bergegas ke toilet tapi toilet penuhlah pulak. isy korang pun cibir gak ker??
p/s: aku saspek nasi goreng paprik yg aku makan tgh hari semalam atau char kuew tiau yg aku makan petang semalam yg menjadi penyebab utama masalah aku hari ini.