The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today
Thursday, December 4, 2008
Masih
amboi suka2 jer asben aku nak suh aku update blog.. nampaknya laki sendiri addicted kat blog bini sendiri...hahahaha... kecoh jer tau, bkn sebulan pun baru sehari je pun..
Hari ni memang aku tak mampu nak mengadap blog. Gusi aku masih sakit lagi. Aku sakit kepala. Tak taulah sbb effect sakit gusi sampai menyebabkan kepala aku ni pening sekali. Niat di hati adalah jugak nak update blog, tapi otak aku tak leh nak fikir nak tulis apa. Pastu kamera lak dah abis bateri nak upload gambar pun tak leh. Kalau dah takde gmbr nak citer pun tak tau apa yg nak diciterkan.
So, sori byk2 yer korang...temporarily no more update ok. Tapi kalau ada adalah.. byeeeee
Wednesday, December 3, 2008
Bengkak
Apa taknya gusi aku ni membengkak ngan tiba2. Org kata nak tumbuh gigi bongsu.. entahlah. dah bape kali dah bengkak, surut, bengkak, surut, tapi takat tu gak gigi geraham bongsu aku nie, tak gak kuar2. Ada yg aku cabut gak gigi nie nanti.
Sakit jangan nak cakaplah, memang berdenyut-denyut, pipi aku pun cam nampak bengkak sikit. Lidah aku pun satu, dah tau sakit sibuk nak main2 gak kat tempat yg sakit tu. Jadi makin sakitlah ia. Bila dah sakit aku byk diam jelah, nak cakap pun sakit tau.. adoi.. bila dah sakit ni nak update blog pun cam tak berapa nak rajin...
Tuesday, December 2, 2008
Mari Kita Jawab Soalan Lagi
1.do u think u are HOT??
Saya tak hot, tapi saya cool… eh tetiba cam XFresh la pulak..
2. upload a fav pic of u
3. why do u like this picture
sebab pemandangannya yg indah. Menggamit kenangan manis antara aku dan dia.. ewah..
4. when was the last time u ate pizza
Lebih kurang 2 minggu lepas (Hari Sabtu). Masa tu tgh gi beli barang baby utk kawan aku. Sbb tetiba nak makan pizza? Masa lalu-lalang kat tepi pizza hut tu Nampak org tgh makan, terus terliur, pastu terus singgah makan…
5. the last song u listen to??
lagu Zakiah… call asben aku tadi asyik2 kuar lagu tuh.. boring.. nak2 kalau lambat angkat, terus dia angkat aku panggil dia Zakiah
6. what are u doing right now beside this
tgh menahan…. Sebenarnya nak gi toilet ni..
7. what name u prefer beside yours..
nama yg punyai makna yg cantik
8. people to tag..5
ala ni yg lemah nie.. ampun jgn marah aku yer…
ryn
K. Ila
Erin
Kak Piah
9. who is no 1
Dah kawen baru jer celebrate anniversary yg pertama baru2 ni & bakal jadi mummy.
10. no 3 is having relationship with?
ngan suaminyalah.. En. Adha.. eh betul ker? Seorang yg mengambil berat…
11. say something about no 5
Akak ni cam kelakar sikit… baik dari segi percakapan ngan penulisan memang cam kelakar2 gitu..
12. how about no 4
kenal since zaman2 belajar dulu2.. keje pun satu tempat.. husband dia pun satu tmpt keje gak..
13. who is no 2
seorang blogger gaklah kan.. menyukai kaler pink…pernah tumpang dia masa nak gi course beberapa tahun yg lalu…
Ok dah siap...
Belanja Makan
Semalam pas balik dari rmh MIL terus ke tempat yg dirancangkan. Takdelah specialnya pun. Cuma aku nak belanja dia makan kat tempat kiterang selalu pergi time masa belum kawen dulu. Pas kawen adalah jarang sekali pergi ke sana.
Ku Lihat Ia Tersenyum

Masa nak gerak kuar, aku duk pandang kat langit. Tetiba aku nampak bulan seakan tersenyum kepada aku. Siap ada 2 bintang di atas bulan.
Aku terpaku melihat kejadian itu.
Subhanallah...
p/s: Gambar di atas aku dapat dari forwarded email from my friend Neena. Credit to the person yg ngambik gambar itu. Aku pelik nape aku tak amik gambar, aku seolah-olah terpaku.
Monday, December 1, 2008
Conteng Tangan
Ini adalah tangan asben saya.
Asben aku ni ada tabiat yg pelik2 sikit.. kadang2 dia suka suruh aku conteng2 tangan dia ngan pen. Aku cam biasa akan patuh segala perintah dia itu.. Sambil aku conteng2 tangan dia tu, dia akan tetido.
Byk kali gak lah aku dah conteng tangan dia. Biasanya aku lukis2 gambar tah apa2 lah.. tapi kali ni aku nak menulis..
Inilah aktiviti kami bila kami masing2 sengal. Serius bila time2 cuti bila dah tak tau nak wat apa maka terjadilah aktiviti2 sedemikian. Bkn setakat tapak tangan sahaja yg aku conteng. Adalah part lain yg telah aku conteng dengan kreatifnya. Tetapi atas sbb2 tertentu hasil contengan tersebut tidak sesuai utk ditayangkan kepada umum.
Bertambah Setahun Lagi
Kami sebaya, tapi dia lahir dulu daripada aku. Bulan yg sama tapi hari lain2. Yg nyatanya dia tetap lebih tua dari aku..haha walaupun cuma 23 hari sajer... maknanya apa nie?? maknanya aku saja nak gitau korang lah yg tak lama lagi birthday aku pulak...takdelah aku sajer jer.. lagipun apa pekdahnya pun aku gi tau korang pun, bkn korang nak kirim hadiah ke apa kat aku nie.. lagipun aku pun tidaklah terminta-minta atau mengharapkan sesuatu. uwek.. loya dengar kan??
Oklah apa yg specialnya sempena birthday asben aku hari nie? Biasa2 ajer.. kami hanya menyambutnya secara sederhana tetapi meriah.. lar cam konsep hari raya la pulak.. haha takdelah, so far tak de apa2 sambutan bunga api ker apa2 ker lagi.. tunggu lah bila kami ada masa nanti..
Takpelah yang nyata malam tadi tepat jam 12.00 malam aku bangkit dari tido. Siap set alarm tu. Kebetulan tido awal lak malam tu sbb masing2 kekenyangan dan kemengantukan melampau. Kejutkan dia pastu wish Happy birthday kat dia. Mula2 ingat nak kasi dia birthday kad malam tu jugak, tapi aku pendamkan dulu, sbb yelah aku pun tgh ngantuk, dia pun sama, pastu cahaya lak samar2 nak baca kad pun nanti cam tak berapa konsentret. Bila dah tak konsentret nanti aku lak yg meroyan ingat dia tak appreciate.. tah apa2 betul aku ni kan?? pastu aku simpan jer dulu kad tu.. aku wish jer dulu pastu salam2 & kiss2 sikit... pastu sambung tido balik..
Pagi ni pulak, aku park baik punya kad tu betul kat side table belah dia, kat sebelah hp dia... Mula2 dia kurang perasan, cuma dia perasan masa nak amik hp masa nak kuar rmh gi keje.. Adoi ai.. dalam hati aku nak bagi terus jer.. tapi nak gak wat cam seperais2 walaupun seperais tah apa2 jer kan..
"Eh....eh.. sejak bila lak ada ni kat sini?'' asben aku konon2 wat terkejutlah tu..
aku pulak wat2 cam tak reti apa2, teruskan belek2 muka kat cermin..
Pastu asben pun bacalah kad yg aku beli 2 minggu sudah. See aku wat very early preparation apa... cumanya kali ni kad tak berserta hadiah... hadiah nanti2 aku saja nak tangguh2.. sbb?
sbb aku nak balas dendam.. thn lepas dia kasi aku hadiah pun tak sharp on my birthday.. lewat beberapa hari... ye aku sentap.. sampai sekang nie... haha
Apapun asben tetap gembira walaupun hanya sekeping kad. I know, dia pun takdelah mengharap apapun dari aku, tapi aku tetap ingin menghadiahkan sesuatu kepadanya. Kerana aku syg padanya....
p/s: Biar lambat asal ada.. hehe
Birthday Reward
Rupa2nya dia telah mendapat ini daripada Maxis:
Selamat Harijadi! Nikmati panggilan suara Maxis ke Maxis PERCUMA pada 01-12-08. Ganjaran Hotlink utk pelanggan setia kami. Caj biasa dikenakan utk servis lain.
Padanlah dapat panggilan percuma rupanya.
Tetapi adalah musykil kerana baru kejap ni aku pun turut mendapat msg seperti di atas daripada Maxis. Maknanya aku pun dapat panggilan percuma juga. Tetapi hari ni bkn birthday aku. Ler.. patutlah aku pun dapat rupa2nya asben aku register kan aku nyer hp dulu pakai dia nyer detail... tak aci ari ni bkn birthday aku, nanti time birthday aku, maxis dah tak nak bagi aku adiah lagi..
So, ada sape2 nak bercakap ngan aku?? Sila tinggalkan no. tipon anda.. Sbb dapat free ni pun aku tak taw nak call sape pun.. balik2 lakiku jua....
To My Husband
1 Dec - Happy Birthday to my Darling
Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to you Sayang / Shah (korang sebut shah lah takkan nak panggil syg gak..kang aku pang kang)
Tepuk tangan sama2..clap..clap..clap... silakan birthday boy meniup lilin...
ni gambar thn lepas.. thn ni nyer blm celebrate lagi.. ni kan baru tgh malam.. tunggulah siang2 sok tak pun tunggu birthday aku sekali, tiup lilin sesama..
