15 November bersamaan Hari Jumaat lepas, usia Inara genap setahun. Sbb terlampau lah sibuk hari Jumaat lepas tak sempat nak create special entry utk Inara sempena birthdaynya yg pertama. Ok sebelum, cerita lebih lanjut pasal sambutan birthday Inara ni, jangan pulak ada kengkawan yg sentap sbb tak jemput ker apa. Sbbnya harijadi Inara telahpun diraikan awal pada 3 November lepas bersempena adik aku buat akikah anak dia. So, disebabkan sumer family member pun ada berkumpul hari tu maka lets celebrate birthday Inara sekali. Celebrate sempena awal Muharram yg jatuh pada 5hb Nov. hari Selasa. Inara kan baby Awal Muharram. Harus lah nak celebrate sempena Awal Muharram tuh. So, takdelah rasa bersalah sgt nak celebrate awal.
 |
| Birthday girl with the family members; ayah, mama dan kakak |
Budak besar itu manalah reti pasal birhday2 ni kan. Biasa yg hover mak ayah je lah kan. Ayah pun mungkin tak lah seover mak kot. Hehe. Eh biasalah.. mak mak yg melahirkan kan.. haruslah dikenang seumur hidup.
 |
| See.. ayah ngan mama nye jelah yg excited nak celebrate.. birthday girl takde perasaan pun.. si kakak dah merimas tersepit kat situ..hehe |
Mana tak rimas, aku tak tukar kan lagi baju bdk time nie.. still berbaju kurung lagi.. yelah pagi tu ada marharban sumer kat rmh. Sajelah aku pakaikann baju kurung kat budak2 tuh.. kalau tak kang baju tu alamatnya pakai setahun sekali jelah.. alih2 nanti dah tak muat dah dorang nak pakai.
 |
| Belum sempat potong kek Inara dah cuit dah kek tu ngan jari dia..tangan dia memang laju jer |
 |
| Red velvet cake by Cupcake Chapter |
Memang terbaik lah kek ni. Kejap jer dah habis. Kek ni aku order kat cupcake chapter. Sesape nak order kek ker cupcake ke apa ker leh lah berkunjung kat cafenya yg terletak di Ulu Klang sana. Ataupun tak yah susah2 blh jer folo instagramnya @cupcakechapter #cupcake chapter. Member aku ni dulu seofis ngan aku tapi sbb ada talent dan bakat berniaga terus quit makan gaji and run own business with his fren.
 |
| Marissa makan nasi |
Bagus gak selit kat majlis akikah anak buah aku ni, dah tentu2 makanan sumer dah tersedia ada, tak payah aku nak susah payah lagi..hehehe tapi tulah, memang mula2 tu ada gak lah niat nak join sekali pastu nak arrange proper lah pastu nak jemput kengkawan sikit, tapi korang ingat tak seminggu sebelum tu kan kami sumer berkampung kat hospital sbb Inara tak sihat. So, langsung memang tak sempat pun nak arrange. Yang sempat cuma order kek jer. Hehe. Yang penting dpt diraikan bersama keluarga.
 |
| gambar kek lagi |
 |
| birthday girl with her mama |
 |
| tgk tangan tu nak mencapai jer |
 |
| lilin tu eksen jer.. takleh nak nyalakan pun.. baru nyala dah kena tiup ngan angin |
 |
| birhday girl with mama and nenek |
 |
| Inara with her ibu. Itulah babysitter Inara. |
Tu pun nasiblah ibu Inara free hari tuh. Hari tu majlis, hari tu baru nak jemput. Apa lah mama Inara nie sumernya lupa, nasib baiklah asben yg ingatkan. Hehe.
 |
| Dengan sepupu sepapat |
 |
| Inara dan Tihani. Lahir tahun yg sama. Tapi tihani tua 5 bulan |
 |
| Mcmkan reti sgt nak tiup |
 |
| si ciliks |
 |
| my princess |
 |
| tak putus asa nak main benda tu |
Gitulah cerita ringkas sempena birthday Inara yg setahun. Sebagai ibu, mama sentiasa doakan yg terbaik buat anak2 mama. Semoga Inara membesar dengan sihat, cerdik dan menjadi anak yg solehah. Bukan utk kebanggaan mama tetapi utk kebaikan dan kesejahteraan Inara dunia dan akhirat. Mama, ayah dan kakak sayang sgt kat adik.
Nanti kalau rajin dan ada masa aku citer lah pulak pasal majlis akikah Amni Dhamirah. Cousinnya si Inara.
5 comments:
Selamat harijadi Inara..semoga menjadi anak yg solehah, dan berjaya dunia dan akhirat.amen
kejap dah setahun kan?
Happy Birthday Inara
happy birthday inara!
Hepi besday 1st Inara..semoga jadi anak solehah..kejap je dah setahun tp tak jumpa lagi si kecik ni..
Sekejap je dah setahun. Happy birthday Inara, semoga Allah memberkati hidupmu.
Post a Comment