Hari ke-3 di Mekah bersamaan 20 Mac 2012, utk ziarah luar kami di bawa ke Jabal Rahmah dan Jabal Uhud.
Pagi selepas Subuh, cpt2 breakfast pastu semuanya berkumpul di lobi hotel utk menaiki bas ke Jabal Rahmah dan Jabal Uhud.
Kat bawah hotel tempat kami menginap ni adalah satu kedai tau. kat kedai dia adalah jual mainan2 budak. Biasalah Marissa kalau nampak mesti lah sibuk nak masuk dan pegang mainan2 tuh.
Tapi kan tokey kedai tu kan semacam sikit tau, aku kalau dari nak beli pun mungkin tak jadi nak beli... ada ke patut bila dia nampak jer budak2 masuk kat kedai dia, dia halau2 macam halau anak ayam jer, ... hampes jer....patutlah sunyi sepi jer kedai dia aku tengok, kedai lain aku tengok ramai org dari barang.
Ok takpelah... tapi aku bengang2 kat tokey kedai tu pun, hari last masa kat Mekah hari tu aku terbeli gak barang kat kedai dia. Emergency katanya. Kalau tak, koser aku nak beli kat dia. Ni sbb flask Marissa terjatuh lalu terpecah, so masa pun dah suntuk2 utk check out dan bergerak ke airport Jeddah, maka tekan lift turun bawah dan pergi jelah kedai tu tuk beli flask baru. Kalau tidak kang payah pulak nak cari air panas tuk bancuh susu utk anak.Tapi beli flask baru tu pun tak membantu jugak, bila petang tu sampai airport air dalam flask tu pun dah sejuk. Tensi tau, dua kali beli flask kat sana sumernya air tak tahan lama panas dia. Alih2 masa kat airport masa nak bancuh susu kena gak beli air masak kat sana. 2 riyal tuk sebotol susu. Mahal kan?
Eh dah tersasar pulak citer nie... ok kita mulakan perjalanan dengan menaiki bas.
teddy pink dia mesti tak tinggal punya
dah rupa anak palestin pulak anak aku ni
Belakang kami adalah jabal Rahmah
Jabal Rahmah adalah tempat pertemuan Nabi Allah Adam dan Hawa setelah mereka dikeluarkan dari Syurga. Walaupun mereka terpisah jauh semasa dikeluarkan ke dunia, mereka akhirnya bertemu semula di bukit ini.
Memulakan pendakian
Rilex jer naik bukit batu dengan berjubah bagai.. cer kalau kita kat sini nak naik bukit ke atau panjat gunung kemain dengan sport attirenya. Kat sana, org tua, org muda sama2 jer cergas panjat bukit tuh.
gambar tersenget plak - masa nak mendaki
di puncak bukit
yeay sampai di puncak
Ini pula adalah Jabal Uhud
Bukit ni lebih tinggi dari Jabal Rahmah, actually ada ramai yg yg mendaki Bukit Uhud ni. Nampak sayup2 org kat atas sana tengah mendaki. Utk sampai ke puncak mengambil masa lebih kurang 50 minit. Tapi disebabkan masa kami tidak lama, kami hanya melihat dari kejauhan sahaja.
Sebenarnya aku nak jugak lah cerita mengenai Sejarah Jabal Rahmah dan Jabal Uhud ni. Tapi buku (sumber) takde pulak dengan aku sekarang nie... jadinya kita share gambar je lah yer.
kami bertiga
atuk & nanny
Panjang lagi kisah perjalanan Umrah nie.... Walaupun lambat aku akan habiskan gak citer kat blog... sbb kalau tidak nanti hilang begitu sahaja kenangan yg indah ini. Inipun byk yg aku dah lupa nie....ok sambung lagi...
2 comments:
Like! :)
tak leh lupa cerita pengalaman korang disana! moga2 ade rezeki dan peluang utk ke sana jugak satu hari nanti! :)
Post a Comment