Aku memang tercari-cari jubah sebenarnya dari tahun lepas. Nak dijadikan rezeki, baru2 ni sempena sambutan Maulidurrasul peringkat kebangsaan kat Putrajaya aku telah menawarkan diri sendiri utk menjadi sebahagian daripada wakil tempat kerja aku. Bukan sbb nak dapat baju free ke apa, tapi memang teringin sangat nak tengok macama mana sambutan itu diadakan dan teringin sangat nak pergi Masjid Putrajaya sbb tak pernah2 sampai lagi ke sana. Bila diberitahu yg venue kali ini ialah Masjid Putrajaya, terus aku kasi nama cpt2. Rasanya first time kot wat kat sana, sebelum2 ni wat kat Stadium Bukil Jalil jer rasanya.
Tak tersangka pulak, masa tengah ukur baju tuk sambutan tuh, aku diberitahu yg tahun ini para peserta wanita akan diberikan sehelai jubah. Apa lagi memang syukur Alhamdulillah sgt lah aku time tuh.
pertama kali memakai jubah
Itulah dia rupa bentuk jubah aku dapat tuh. Jubah ni kiterang terima beberapa hari sebelum sambutan Maulidurrasul. Dapat satu set persalinan dari jubah sampai ke tudung hingga ke kerongsang. Punyalah tak sabar, balik2 rmh terus try. Memang ngam ngam coi sangat.
Bila pakai macam tu terus rasa nak jadi muslimah sejati. Serius.. tak caya cuba korang sarung jubah, otomatik perlakuan terus berubah ok... Marissa pun naik konpius masa aku pakai jubah tuh sbb mama dia tetiba jadi lemah gemalai. Haha.
Sbbkan aku rasa jubah ni cam dah sesuai sgt ukurannya dengan aku, maka aku telah menjadikan dia contoh utk jubah2 aku yg bakal menyusul. Ingat tak hari tu aku cakap balik dari zoo hari tu aku singgah Jakel kejap kan... aku gi beli kain tuk wat jubah. Now, kain2 tu dah selamat dah kat taylor aku. Harap2 hasilnya sama lah dengan jubah yg aku pakai ini.
Sekian.

10 comments:
akak pun ada jubah satu
(tapi dah tak muat..ha ha ha)
bila pakai tu
mmg otomatik jadi muslimah yang sejati ok...
betullah org kata
pakaian tu melambangkan orgnya...
baik pakaiannya
baiklah perilaku pemakainya...
na, aku dengar2 khabar angin kata lepas ni kat office tak boleh pakai jubah dah.
betul ke eh?
cantik je deqna pakai jubah..nanti kalo lelain tu dah siap, jgn lupas snap gamba tau
Derna,
spt yg Maya kata..pasni office takleh pakai jubah. tapi ko boleh la pakai wat gi kenduri ke apa2 function ke..memandangkan ko dah beli kain byk buat jubah kan..
Adanya Kau Untukku - kan kak... yelah takkan lah kan bila kita dah berjubah kita nak terkinja2 pulak kan.. very the tak sesuai..haha
mya - ye ker? nape ek? habis tu baju kurung leh tak?
atty's - tq kak... insyaAllah kak... kalau saya tak malu..haha
mamasyira - tulah nape yer dorang tak kasi pakai jubah? tapi takpe dun worry, aku wat jubah ni tuk majlis2/event2 tertentu jer...takde lah byk pun aku buat takat 2 helai jer pung..hehe
santek.....ini baru betul pakaian wanita muslimah..
mmg la deqna..kalau tinggi cam galah ni sgt susah nak cari jubah yang sepadan.ada yang lawa tapi senteng.kamu sah2 la lagi tinggi dr akak ni
x sabar nak tunggu hasil jubah2 yg dijahit tu... kalo cantik, nak tiru! :)
Salam akak,
Cantik la jubah akak...ngam2 tu..
saya nie kategori tggi mcm akak gak..
mmg susah nk cari jubah yg match ngan kita...nnt msti ada yg terkurang kain kt tgn la...hihihi...
Post a Comment