Friday, June 10, 2011

Tak Payah Nak Jadi Mcm Seth Tan... Amalkan Tips Ini.. InsyaAllah Bahagia Rumah Tangga

Sana-sini org duk citer pasal drama Nora Elena tuh. Sana-sini org duk citer pasal si Seth Tan tuh.. kena sebut betul2 kang tersalah sebut jadi setan lain pulak bunyinya. Bila org dok sibuk citer.. aku pun tak ketinggalan lah jugak tgk.. yelah kang org citer, takde lah aku nganga tak tau.  Tapi bila dah tgk..  tgk cam biasa jer.. takde apa luar biasa pun... laki aku pun cam tu jugak . Hahaha.

Oklah tak yah kita nak dambakan pasangan kita mcm itu atau pun mcm ini... jodoh kita dah ditentukan.. yg pasti dialah yg terbaik buat kita..  Yang kita ni pun tak tentunya terbaik pun utk pasangan kita kan.. yg penting kasih syg haruslah sentiasa erat dan ikhlas.  For me, aku sentiasa bersyukur dikurniakan suami yg begitu menyayangi dan memberi sokongan walau apa jua pun keadaan aku, yg menjaga aku sebaik-baiknya semasa sihat ataupun sakit. Alhamdulillah.

Ok dah lama tak kongsi2 kan tips yg berguna kat blog kan.. dulu2 masa pregnant, rajin gak kongsi tips.. kali ni nak kongsi tips utk pasangan yg dah kawen.. bagi yg belum kawen boleh baca gak wat knowledge.. 

Tips ni aku terjumpa kat my asben punya folder.. Agaknya tips ni kot yg dia amalkan.. bagus2.. i like... sila2 baca yer tuan2 dan puan2...

1. Anggap pasangan seperti diri sendiri

Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

2. Isteri bukan pembantu rumah

Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

3. Isteri adalah manusia

Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti ‘terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini’

5. Bantu ringankan tugas isteri

Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

6. Bawa isteri berehat

Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

7. Ciuman khas untuk isterimu

Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketiak dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

8. Beri pujian kepada isteri

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

9. Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui ‘gosip’ pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

10. Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

Dah baca sumer tips2 berguna di atas? Kalau sudah baguslah... so, aku rasa kalau sumer suami2 di luar sana mengamalkan tips2 ini, confirm korang lagi terbaik dari Seth Tan. 

Akhir kata, selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan seikhlasnya……….daaa..

6 comments:

Mak Izz said...

tips ni utk suami kak. sume kita amal kat dia, tp dia x amal kat kita. camne tuh? pd sy kebahagiaan bkn berlandaskan perkara2 ni tapi lebih daripada tu. cumanye kalo suami kita treat kita macam ni, kita akan rs lebih happy.

*psstt.. sy x tgk nora elena sbb x minat. org dok cite mmg nganga jelah :)

Mimy Hamid said...

tips yang sangat good job bebeh...heheh tapi selagi nora elena tak habis ni cannot la...fenomena menggila ni...aku pun takla keamruk seth tan..tapi cara dia treat bini dia kan boleh diikuti :))..walau itu hanyalah drama

InaAchik said...

yesss... saya setuju ngan deqna!
setuju 200% nyer ni...

pisssttt, langsung x idam laki cam seth tan sebab laki kite lg best! hehehheee

-anidaothman- said...

yeayeah setuju tuh sis......

Softtouch [Hanim] said...

mmg fenomena NE tu..suka tgk..suka sbb seth tu ensemm bkn aaron aziz yg ensem yer..hehehehe

Anonymous said...

Salam...

mau minta izin copy, boleh??
nak bg kat asben lah... >_<