Friday, October 8, 2010

Dari Petang Membawa Ke Malam

Kalau dah jumpa kengkawan, memang beginilah kaedahnya. Kata nak singgah kejap jer since ada a few open house, end up tersadai kat rmh Neena sampai lah ke tengah malam. Walaupun aku & family adalah member yg terpaling awal sampai. Sori eh aku tak tau yg kengkawan sumer plan nak datang malam. Tapi takpe gak, kiterang datang awal, dapat makan dengan aman damai. Tapi mujur tak balik awal jugak, sbb kalau balik awal confirm aku tak dapat rasa rendang cik Pn. Neena kita tuh. Maklumlah rendang limited edition katanya.

ladies group


mans group

Biasalah yg pompuan sambil makan, sambil bercerita. Yang lelaki pulak sibuk tgk bola kat tv. Helo raya ok.. apa kes nak tgk bola, lebih baik layan makan. Tapi laki aku pun sama gak tak ketinggalan.

Cik Ina Kaki dengan si Cilik Nabila

Kemain suka ko kan Ina dak Nabila ni panggil ko kakak. Pelik aku pesal ko sorang je kakak malam tu? Yang lelain dia panggil untie? Ko rasuah dia eh?

Pandai Nabila ni layan budak

Lagu cina, lagu arab sumer dia dendangkan. Nabila ni anak buah Neena & En. Teman. Ada lagi sorang Qaseh. Eh mana gambar Qaseh yer?

Oh dalam msg berjela kat fb yg sempat lah aku baca, tuan rmh meminta sumer jemputannya memakai baju raya complete. Termasuk lelaki kenalah berbaju melayu. Butang baju melayu abang mana Pah?
Tu pasal lah kami pun tak ketinggalan nak pakai baju raya termasuk dengan si Marissa. Bukan apa sayang kalau tidak Marissa pakai sekali jer baju kurung tuh. Tapi masa tu tak tak taulah yg tuan rmh ada wat contest baju sape yg paling meletop. Aku dah memang2 out from the list lah. Dah jadi mak nie takde maknanya dah nak meletop2 nie..
Time pemenang diumumkan. Sape menang? Cuba teka?


untuk kategori wanita Cida pemenang & utk kategori lelaki Acik (suami ina kaki) yg menang

Mesti korang pelik kan nama aku panggil dia Ina kaki. Korang tanyalah dia? Aku pun tak tau nape dia gelar diri dia cik kaki. Mungkin sbb suka berjalan kot. Anyway tahniah kepada pemenang? Dapat angpau kan? Berapa RM? hehehe kepochi..

Lepak punya lepak, makan punya makan, sedar tak sedar dah pukul 12 malam. Mak budak tak sedar diri. Mentang2 lah hari tu Marissa behaved jer. Langsung tak sedar nak balik. Sempatlah Marissa tido 2 kali dan tukar pampers sekali sepanjang di sana.

baik kan?

baiklah sgt

Balik malam tu Marissa oklah. Tido malam pun takde meragam. So, keesokannya kiterang pun dok lah bawak Marissa keluar beraya lagi. Pun sampai ke malam jugak. Ingatkan dia ok lah. Tapi....
hah merasalah mak ayah Marissa berjaga malam. Tak agak2 kan, bawak anak kecik keluar. Ok lesson learnt.

Eh lupa nak cakap, kepada tuan rmh terima kasih atas undangan. Air tangan ko memang hebat sekali. Mihun sup & rendang ayam ko memang mabeles. Sedap. Diakhiri dengan soalan maut dari aku. Bila ko belajar masak yer? Ko ingat tak dulu masa kita duk serumah, sekali pun ko tak pernah turun ke dapur kan? Opppss sori.. maaf zahir batin.

3 comments:

NeenaAnuar said...

uikkss!! ko lebih pantas dari aku daaa... hehehe.. takpe2.. no hal.. sbb kalau korang tunggu aku nyer entry.. jawabnye berjanggut lah silap haribulan! hehehe..

owhh.. sama2 kasih dan TQ sbb sudi dtg dan lepak sampai tengah malam! sib baik dah ade anak.. if not mau ko sampai ke subuh kottt! hahaha...

tang ko tak tahu about small contest tuu... nie aku nak habaqq... lain kali sila lah aktif di FB yer fren! aku dah deliver message panjang berjela-jela dah kat situ tauu.. penat aku tulis ko tak baca perabis and follow up! nak kene babapp nie mummy marissa nie! hehehe...

hahaha.. tang soklan cepu mas tu... aku waktu kat UitM dulu tak asah skill kat umah sewa.. tapi aku asah skill waktu balik umah mak aku sendiri.. time cuti semester tu lah arwah mak aku kerahh tenaga aku tuk belajar masak.. tapi time tu tak de lah belajar masak rendang pun.. masak makanan2 lain laa..

rendang nie merupakan kali ke-2 aku masak sendiri lepas arwah mak aku takde... tak sangka lak menjadik and alhamdulillah.. korang semua kata sedap aku punyer rendang.. terharu weiii! thanks a lot for the compliments! :D

CidaZam said...

hahaha... siapa pemenangnya??? saya ar... malu ler... thanks for upload pic... cilok gambar yer

azzey said...

Neena; meriah2!....rasa nak beraya je sepanjang masa...