Tuesday, June 29, 2010

Satu Penurunan dan Peningkatan Yg Agak Membanggakan



Masa mula2 disahkan aku pregnant berat aku 53kg. Lepas tu dari bulan ke bulan terus meningkat dengan jayanya.

Oct 2009 - 53kg (kandungan berusia 8 minggu time nie)
Nov 2009 - 55.5kg
Dec 2009 - 56.5kg
Jan 2010 - 60.5kg
Feb 2010 - 64kg
Mar 2010 - 66 kg
4 April 2010 - 68kg
25 April 2010 - 69kg
9 May 2010 - 69.5kg
23 May 2010 - 70kg (ni 5 hari sebelum deliver)

Secara keseluruhannya berat aku naik lebih kurang 17 kg. Ada org kata, badan aku tak berapa sgt naiknya masa pregnant tapi hakikatnya aku gain nak dkt 20kg ok. Tapi ada gak yg kata badan aku berisi time pregnant.

Selepas Marissa dilahirkan berat aku turun jadi 66kg. Tak byk sangat pun turunnya, baby pun keluar berat dia 2.95kg.

Tetapi adalah agak mengkagumkan selepas genap sebulan, berat aku kini adalah 57kg. Wah 13kg telah hilang? tanpa menggunakan produk Dr. Rozmey..hahaha...Yea sikit lagi nak sampai sasaran. Harap2 habis tempoh berpantang, aku dapat balik berat aku yg aku inginkan..

Tapi takut gak, elok jer abis pantang nanti, berat naik balik. Apa taknya time tu nanti, dah mcm2 dah boleh dibedal.

Marissa pulak masa lahir berat dia 2.95kg. Empat hari selepas itu berat dia bertambah ke 3.2kg. Dan sekarang genap sebulan berat dia naik sekilo lagi, menjadikan berat Marissa sekrg ini 4.2kg.

Kesimpulannya, breastfeeding membantu mengurangkan berat badan ibu, dan menaikkan berat badan bayi (walaupun kengkadang aku campur gak susu formula).
Masa tengah menggemuk lagi ni.. hari ke-6 lepas bersalin

8 comments:

misha.w said...

dlm masa sebulan turun 13kg? satu pencapaian yg membanggakan tuh. :)

Pepel BoNda AmaNi said...

cayok2..u can do it dear....

NeenaAnuar said...

syabaaasss beteehh!!! leh aku berguru ngan ko nanti! ahakkks!!!

Nur Irfan Juezrie said...

akak.. mmg BF buat badan kita turun.. ju sempat BF smpai baby ju 8 bulan ja.. tu pun bila dh keje cmpur susu formula n BF.. tp masa dlm pantang.. full BF coz baby tak mau susu formula.. dh masuk keje jenuh tkt dia tak mau susu formula.. mcm2 jenis puting beli utk nk bg dia minum botol..

Beautiful Disaster said...

wah congratulations. haha. yang penting tak makan jusmate 5. kahakha.

SURIA AMANDA said...

eleh..kak neena nak kurus amenda lagi...biorlah ibu lepas mengandung ni maintain jer..hehehe..ayat jeles kan...kak yus..next your turn...

Seri said...

congrat. comelnya baby

mama-syira said...

so, dinner leh la melaram sakan? hihi. aku seminggu lepas bersalin, gi follow up check up, turun 8kg. target 5kg to go..together lah kita hehe.