Aku bukanlah mengharap bila aku naik public transport (komuter especially) akan ada jer org yg nak offer aku tempat duduk kalau aku berdiri. Tapi kalau dah ada org offer, org kata rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari.
Tetapi aku adalah sakit mata dan sakit hati kalau org yg duduk di depan aku tu adalah barisan2 lelaki yg muda belia dan gagah perkasa. Lagi menambahkan kesakitan hati ni bila mereka berpura-pura tak nampak aku like buat2 tido sampai tersenggok2 (as ko tak tido malam tadi), padahal sebelum aku masuk train elok jer aku nampak mata ko segar-bugar. Tak kurang jugak, yg buat2 khusyuk baca paper sampai dah tak nampak org dah. Seolah-olah mereka ni takut bila nampak pompuan pregnant naik train, dan berdiri di hadapan mereka. Takut nanti derang pulak kena berdiri sbb terpaksa offer seat mereka. Tak kisahlah pada pregnant lady or org kurang upaya. Masing2 pentingkan diri sendiri.
Begitulah yg terjadi pada diri aku hari nie. Tapi aku berfikiran positif, sesungguhnya aku adalah lebih berupaya daripada mereka kerana aku mampu utk berdiri for almost 1 hour this morning. 20 minit kat stesyen dan 40 minit kat dalam train. Yang bagus sekali, no one offer me the seat. Thank you for the kindness. Train pulak delayed pagi tadi, dan cam biasa bila dah delay haruslah padat giler. So, just imagine camne lah keadaan aku time tu. Mujur tak pitam, risau gak kalau tetiba tak cukup oksigen pastu terpitam pulak. Tuk mengelakkan tu, aku just gerak2kan kaki lah. Bukan apa, cam kami2 yg berbadan dua nie, bukan lah hard up sgt nak dapatkan privilege tuh, tapi yelah kang kalau tetiba kami terpitam or terpengsan sape yg susah kan? Tapi kami memang berhak pun kan, dah terang2 tertampal kat dinding dalam train tu, gambar2 mereka yg patut diberikan keutamaan tempat duduk.
Tak kisahlah, selagi daya, kami tak kesah pun nak berdiri ke apa pun. Harus diingat perempuan mengandung bukanlah org sakit ataupun org yg kurang upaya tetapi mereka adalah insan yg menjadikan generasi manusia tidak pupus (aku tak leh ingat ayat sebenarnya - from 1 book that I read). Bila baca ni terasa semangat sekali. Nanti aku citer pasal buku tu yer dan buku2 yg sedang aku baca sekarang nie.
Eh, tapi taklah semua org bersikap pentingkan diri sendiri. Ada jugak yg masih mempunyai nilai2 murni ini. Macam sebelum2 nie, ada gak lah mereka2 yg offer aku seat mereka. Aku ucapkan terima kasih kepada mereka. Oh ya, lagi satu, yg kita ni pun bila org dah offer kita terima jelah, yg penting balas dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Sbb aku ada gak pengalaman (before pregnant), offer org duduk, tapi sikit pun org tu tak senyum maupun ucap terima kasih, terus menonong jer duduk. Rasa cam nak suh dia bangun balik jer. Hehehe

6 comments:
ala deqna kat dunia ni macam2 ragam orang la ,, payah nak cakap,,, yang ok tu mmg ok la kan, yang hampeh tu mmg la hampeh,, hihihihi... uihhh..
biasa lah frennn.... memang susah nak dpt org yg berbudi bahasa nowadays.. coz parents diaorg sendiri 'kurang ajar'.. so camner nak mendidik anak2 diaorg supaya tidak kurang hajar kan?
aku sentiasa ingatkan diri aku.. esok2 kalau ade anak.. aku akan sentiasa ajar nilai2 murni pada diaorg... adab sopan & santun.. coz ajaran nie bermula dari rumah.. contoh yg terbaik haruslah dtg dari their own parents rite...
pernah offer seat kat org peknen..masa tu walaupun jauh..semua buat tak tau...pastu org tu tolak dgn baik..sebab dia naik satu stesen je..tapi aku kesian...pastu paling je belakang dah ada org amik seat aku tuh...sedangkan dia elok je sihat walafiat..nak je ku lempang...
ala ciannya... tapi korang rasa boleh tak kalau kita sound balik org yg duduk tempat prvilege for special person tu " saya rasa tempat ni sesuai untuk saya la...?!!" Isk kalau time aku nanti camner le gamaknya... takpa nanti baby jadi org yg kuat dan bersabar macam mommy dia!AMIN!
aku hari2 naik tren.sampaikan berdoa biarlah dpt seat sbb aku tak nak org offer aku seat sebab terpaksa. selalunye aku rebut sendiri nak seat punya pasal. sebab kan aku tgk org2 yg tak concern ni kalo nampak org peknen macam takut. jahat kan.. takpe ni hari dia, esok lusa kena kat dia, bini dia..baru dia tau.
me penah ader xperience mcm tu..tp tu la org malaysia kan kurang prihatin..
dah sah2 ader gambar OKU (kiter ni kategory OKU kot time ngandung..hahaha)dorang wat derk ajer!
Post a Comment