Thursday, February 18, 2010

Rindu

Walaupun dia memang sentiasa bersama aku. Dua puluh empat jam bersama-sama dengan aku. Tapi aku tetap rindukan dia. Setiap bulan tak sabar nak gi jumpa doktor utk check-up. Sbb time ni lah kami boleh bersua muka dengan dia melalui mesin pengimbas.




Dapat melihat & mendengar pergerakannya adalah sesuatu yg indah sekali

Sementara menunggu next check up, gambar2 dan klip video bulan lepaslah yg mengubat kerinduan kami.

Ni gambar2 masa check up masa 27 Jan hari tu. Genap 5 bulan ataupun 20 minggu, time tuh. Masa tu sehari selepas balik dari cuti2 ke Langkawi.

Ermm no so good timinglah..sbb time tu kan baru balik bercuti haruslah makan dan makan sajelah di sana, tup2 masa timbang hari tu, terkejut aku naik sampai 4 kilo. Dari 56.5kg terus mencanak ke 60.5kg. Nasib doktor tak cakap apa. Dia kata biasalah balik bercuti, berat mesti naik punya. Dia takdelah pulak suh aku control makan ke apa.

tu kepala dia, tu kaki dia, tu tangan dia.. satu2 doktor tunjukkan


hah tu *tuut* dia.. tanpa malu2 lagi

Pasni boleh lah mummy & daddy nya cari nama tuk baby nie. Secara spontannya husband dah kasi nama E.....Q..... tapi belum confirm lagi lah. Still mencari lagi nama2 yg sesuai.

Doktor jugak memberitahu result darah yg diambil semasa check-up bulan ke empat hari tu. Alhamdulillah sumer nampaknya ok walaupun bacaan hb aku cukup2 makan dan doktor nasihatkan nasihatkan teruskan makan vitamin yg diberikan.

buku rekod kesihatanku


Seperti yg dijanjikan doktor juga telah memberikan aku satu suntikan di lengan. Suntikan titanus utk baby. Suntikan kena diambil sebanyak dua kali. Ini adalah first jab. Next check-up kena jab lagi.

Ermm sedapnya kene enjet..

Masa kene enjet tak sakit. Tapi esoknya baru terasa cam sengal2 sikit.

Tak sabar nak jumpa baby lagi pada Sabtu ni (20hb) for 6th month check-up & tak sabar jugak nak kena jab sekali lagi :(

3 comments:

NeenaAnuar said...

memang besttttt kene cucuk kannn.. hahaha.. takper lah.. demi kesihatan baby & ibu.. relakan jua lar..

dah nampak 'tut' baby... boy or gurl? Untie Nin dah excited nak taw nie.. huhuhu...

Pepel BoNda AmaNi said...

btoi tue..perasaan rindu tue sentiasa membuak2 kan..kita pun xsabar rasanya nak scan tgk bb lagi..bln 3 nie rasa macam lambat jerk masa berlalu...naluri ibu kot kan..hehhehehe wah bb dah tunjuk nyek 'tut' dia..suprise nie...

Deqna said...

NeenaAnuar - Haah memang 'best' sgt kan.... hehehehe.. tapi mulai sekrg ni memang kena biasakan diri dengan sakit2 ni supaya dapat menghadapi sakit time nak beranak nanti kan...

yea udah nampak... untie nin kan sudah tau...

purplelicious love - betul tu.. mungkin nilah dinamakan naluri seorang ibu...

wah awak pun tak sabar kan.. nak jumpa baby bulan 3 nanti.. tulah..

apapun jaga diri dan baby yer:)