Tuesday, February 2, 2010

Inilah Aktiviti Yang Paling Syok Sekali

Memandangkan tak dapat naik cable car pada hari tersebut. Maka kami menukar destinasi ke Pantai Tanjung Rhu. Sebenarnya asben aku lah beria nak ke sana. Katanya nak mengimbau kenangan 14 tahun lepas. Sesuatu ok. Mcm lah aku tak tau 14 thn lepas dia pergi ngan sape. Takpe aku pun ada gak kenangan kat Langkawi 12 thn lepas. Ok lupakan kisah lama. Yang lama biarkan ia menjadi sejarah sahaja.


Ni bukan kat Tanjung Rhu. Tapi aku lupa pulak apa nama pantai nie

Mula2 takdelah plan nak island hopping, naik bot sumer. Almaklumlah, situasi aku cam tak berapa sesuai tuk naik bot kan. Teringat pulak peristiwa masa naik bot masa kat sini dulu. Fuh rasa mcm menyerah nyawa di lautan.

Tapi bila dah sampai ke sana tetiba plan bertukar pulak. Lagipun org yg menguruskan pasal island hoping tu pun meyakinkan kami. Pastu dapat pulak pakej yg menarik sekali. Kami chartered 1 bot utk kami berempat sahaja. RM200 utk island hopping dan mangrove tour. Amik masa dekat 4 jam jugak lah.

Pantai Tanjung Rhu

Pasir putih tepi pantai.. awan pulak kemain biru. laut pun biru.. memang cantik



Menuju ke bot yg sedia menunggu




Seronoknya dapat naik bot

Kiterang memang dah pesan kat brother yg bawak bot tu, supaya tak bawak bot laju2. Yelah takmolah sampai nak langgar2 ombak sampai melambung2, membahayakan aku dan kandungan. Brother tu pun bwk smooth jer.. alah cam naik komuter jelah rasanya.

Adalah round beberapa pulau berhampiran. Tapi pulau yg paling aku ingat ialah Pulau Dangli. Cantik pulaunya. Air pun jernih. Ikutkan hati mau saje terjun wat snorkeling. Tapi masih sedar diri. Jgn over2 yer mak buyung.

cantik

Tapi takpe tak dapat snorkeling pun takpe, sbb dari atas bot nampak jer ikan2 berenang2 dan coral di dasar laut. Kami juga berhenti beberapa minit di Pulau Dangli ini utk memberikan ikan2 makan.

Ikan2 sedang makan

Sebelum naik bot tu, sebenarnya kami telah dibekalkan 2 bungkus keropok oleh org yg menguruskan island hopping itu utk fish feeding. Kira pakej sekali lah.

fish feeding

Tapi kan sungguh kelakar, sambil kasi ikan makan sambil suap keropok tu kat mulut masing2. Yelah kiterang pun lapar gak kan.

Husband jugak tidak melepaskan peluang utk mengemudikan bot sendiri.

ceceh.. mcm teror

Oklah adalah gaya sikit


Pasnie boleh lah wat part time bawak bot. Hehehe.

Tetapi inilah pemandu bot yg sebenar

u jump..i jump.. versi duduk

bestnya.. cam kita pulak yg hanimuning


padahal mereka

Selepas itu, kami dibawa ke sangkar ternakan ikan. Kat sana jugak ada Restoran terapung. Memang makan ikan atau makanan laut yg fresh lah. Pilih saje dari dalam sangkar. Macam2 ikan ada. Udang ada, sotong ada. Sumernya besar2 belaka.
Tgh tgk ikan pari yg besar



Memang besar ok.. memang takdelah aku nak makan ikan pari


Kat atas restoran terapung


nak pilih2 ikan

Kami pun tak nak lepaskan peluang tuk mencuba makanan segar di restoran itu. Lagipun perut pun dah super duper lapar dah. Menu kami pada hari itu ialah Ikan bawal masak stim (ikan pilih sendiri) dan tomyam campur. Fuh teringat2 aku kelazatan makanan tu sampai sekarang nie. Memang berbaloi2. Utk ikan setiap 100g berat adalah dikenakan RM10, kalau ikan ko sekilo, maknanya RM100 lah kena bayar.

Ikan stim yg dah dicuit. Dah separuh jalan makan baru tingat nak amik gambar.


tomyam campur yg byk isinya

Tomyam ni memang marbeles, aku sampai sekarang masih terkecur air liur tgk tomyam nie.


memang tak terkata apa dah. sgt2 sedap

Mungkin kerana kami ni org tempatan, kami tidak dicas dengan harga yg tinggi. Tak sampai seratus pun tuk kami makan berempat.

Sbb apa aku cakap camtuh. Adalah sepasang pasangan Arab nie, baru kawen kot, tgk inai penuh di jari dan tangan. Dorang makan berdua. Tak nampak lah apa menu yg derang makan tapi nampak lah ada seekor udang yg besar giler kat atas meja derang. Nak tau derang kena byr berapa? Tak salah aku adalah dalam RM250.. giler lah makan 2 org jer tapi sampai beratus2 gituh. Tapi yg bagusnya derang byr byk tu pun tanpa perasaan jer. Maklumlah org Arab kan.. duit berkepok2. Dah lah sewa bot satu tu tuk dorang berdua jer. Memang kaya lah org Arab nie.

Selepas makan kami teruskan penjelajahan kami. Mangrove tour pulak. Next entry yer.

5 comments:

nasaoji said...

suker r nengok pantai2 tuh..

impian, b4 baby kuar, nak gak p tepi pantai... ;)

Pepel BoNda AmaNi said...

wah memang best kan dapat makan makanan fresh2 camtue..memang lain sangat rasanya kan...teringat makanan kat kampung..memang fresh la...

Cik Yayang said...

Best tul nmpak makanan2 itu..:-)

Mya said...

gambar nie semua lawa2 ar. nak nak plak amik tepi pantai. cantik sangat

NeenaAnuar said...

addoiii.. percutian ko kali nie betol2 mengimbau kenangan aku gie langkawi beberapa tahun dahulu.. semua aktiviti2 yg ko lakukan nie dah pun aku lakkukan.. best kann? kann?? *wink*

rindu tol nak ke langkawi lagi sekali.. biler lar gamaknyer... haruslah kene tunggu aku sihat kan.. huhuhu...