Wednesday, December 2, 2009

Pencuri Masuk Rumah

Tak sampai sehari akak aku takde kat rmh, terus rmh dia dimasuki pencuri. Sebenarnya sebelum ni, dah beberapa kali dah pencuri cuba nak masuk rmh akak aku ni, tapi tak pernah berjaya. Percubaan kali ke-3 ni berjaya jugak buat pencuri2 tak guna itu.

Tak taulah bila masa yg sebenar pencuri2 tu pecah rmh akak aku. Tau2 petang masa abang ipar aku yg no.2 (merangkap jiran - akak aku yg pertama ngan kedua rmh dorang dekat2) nak gi jenguk2 rmh akak tu sambil nak kasi kucing akak aku makan dia perasan cam ada benda tak kena kat rmh tuh. Dia pelik kenapa ada beg laptop (yg kosong) dekat open wet kitchen kat belakang rmh. Pastu tgk gril kat tingkap dapur cam bengkok2 pastu tgk tingkap kat tepi rmh pulak terbukak. Sekali tengok.......



Gril tingkap telah tercabut

Confirm rmh akak aku kena pecah masuk. Memang tegar betul pencuri tu sampai dicabutnya gril tingkap tuh.



Pecah masuk rmh melalui tingkap ini

Mula2 pencuri tu umpil tingkap kaca ni, sampai tingkap ni terbukak. Gril kat belah dalam. Bila Tingkap dah bukak derang start pecahkan simen sekitar gril itu sampai tercabutlah gril itu. Dan selepas itu mereka pun meloloskan diri ke dalam rmh dan buat rmh org cam rmh mak bapak derang. Memang sakit hati bila tgk apa yg derang buat kat dalam rmh tuh. Abis rmh jadi cam tongkang pecah.


Hall tingkat atas. Segala laci abis diselongkar


Ruang iron baju

Citer pasal ruang iron baju nie. Masa hantar akak aku ke Airport hari tu akak aku ada pesan. Dia kata kalau ada apa2 kunci bilik aku, aku letak dekat ngan iron board kat ruang menggosok tuh. Masa tu aku endah2 tak endah lah apa yg akak aku cakap tuh. Set kunci rmh akak aku memang kiterang adalah, tapi bilik dia takde sbb bilik dia memang extra safety sikitlah. Akak aku kan selalu tinggal sorang2 bila husband dia outstation, pastu rmh dia pun pernah ada org pernah cuba masuk, so, sebagai langkah keselamatan tuk dia, akak aku pasang gril tuk pintu bilik dia. Mujur ada pintu keselamatan nie, sbb byk2 bilik, bilik ni sajelah yg penyamun2 tu tak berjaya masuk. Kalau dapat masuk tak tau lah nak cakap....

pintu bilik utama

Nampak gaya memang pencuri tu berhempas pulas cuba nak pecah masuk bilik tu, tapi mereka tak berjaya. Mujurlah jugak masa pencuri2 duk punggah bilik iron tu derang tak jumpa kunci yg betul2 diletakkan kat bawah pelapik iron board tuh. Kalau tak, memang senang lenang lah dia masuk. Mujur aku tingat apa yg akak aku pesan tuh, terus aku cek kat iron board tu memang ada 1 set kunci kat situ. Elok jer terletak. Syukur Alhamdulillah.


Bilik tamu



Bilik bacaan/sembahyang

Kat bilik ni tempat akak letak derang punya PC, laptop segala lah. Laptop memang dah takde confirm dah kena balun. Tapi mula2 kiterang tak kesah sgt sbb laptop tu memang dah rosak dah. Tapi tingat yg akak aku baru jer beli laptop baru, baru2 nie. Cari2 tak jumpa. Ingatkan hilang jugak. Tapi mujur akak aku pandai, laptop baru dia, dia simpan kat dapur. Byk2 tempat, dapur jer yg tidak diselongkar oleh mangkuk2 tuh.

Segala almari, laci, abis digeledah



Mungkin boleh dijadikan bahan bukti

Torch light yg telah kehabisan bateri ada kat atas sofa. Aku rasa ni pencuri tu punya.

Abis sumer kena selongkar
Citer pasal polis pun satu hal. Petang tu report polis, adalah polis biasa datang. Tapi just tgk jer lah, kata tak leh nak wat apa kena tunggu Pegawai Penyiasat sampai. Nak tunggu pegawai penyiasat sampai punyalah berjangguit. Pastu kiterang tak leh masuk pulak tu kat rmh tu selagi Pegawai Penyiasat tak sampai. Tu yg aku berembun kat luar tu sampai kena selesema sbb menunggukan polis tuh.

Tunggu punyalah bapak punya lama tapi boleh derang datang kat situ tak sampai pun 20 minit aku rasa. Pastu takde rupa nak menyiasat pun. Takde pun tanya soalan2 berunsurkan penyiasatan, balik2 yg ditanya apakah, berapakah anggaran barang2 yg telah hilang? Manalah kiterang nak tau kan.. kiterang ni bukan tuan rmh pun.

Pastu paling tak boleh blah.. konon2 nak amik cam jari penyamun tu lah.. tapi boleh punyalah byk2 bhn bukti yg ada kat dalam rmh tu hanya benda2 ni jer yg derang siasat.

Cermin tingkap, bekas tin cokelat ngan bekak barang kemas tah dari mana tah derang dapat (rasanya bukak akak punya)

Pastu ia2 jer dok sapu2 benda tu ngan tah lah aku pun tak tau lah apa org panggil tuh... tapi tak sampai berapa minit tgk derang dah balik. Ntah ia ntah tak jer derang dapat cap cari penyamun tuh.

Buat kat tempat cahaya gelap pulak tuh... nampak ke tak ker?

Walaupun mungkin mustahil nak dapat balik apa barang yg hilang tuh, tapi sekurang2nya kami report supaya polis lebih membuat siasatan dan rondaan kat kawasan situ kerana dah byk sgt kes2 kecurian. Ni ada rmh org dah kena pecah masuk tapi dok diam jer tak report polis. Mungkin takde apa yg hilang ke kan.. tapi eloklah kalau kita report, supaya byk sikit kerja polis2 tuh.

Modus operandi penyamun2 tu tiadalah kami ketahui. Tapi rasanya derang lebih tumpukan nak curi duit dan barang kemas. Sbb barang2 berharga lain kat rmh tu takdelah pulak diambilnya.

Aku yg sudah kepenatan menunggu

Apapun aku harap penjenayah2 tu sumer dapat ditangkap dan dikenakan hukuman yg setimpal maupun di dunia dan akhirat. Sakit hati tau.. org lain susah2 cari duit ko suka2 jer nak merompak. Setan punya pencuri!.

10 comments:

pearl'E.J said...

uihhhhhhhh..... nasib baik lagi pintu bilik utama tak boleh diumpil... kiranya kakak deqna dh tau laa tu kann, sebab tu dia ambil langkah berjaga-jaga tu.. hurmmmm... mcm2 hal la sekarang ni..

TiNiE said...

kesiannya na...
harap2 diorg tak taula kejadian ni kat sana kan..kalau tahu, tak senang dudukla mereka nanti..tak enjoy laa...takziah buat family ko na. ada hikmah di setiap apa yg terjadi. amin

NeenaAnuar said...

part yg mencurik... memang aku rasa diaorg dah aim lama dah umah akak ko nieee... so biler diaorg tengok umah bergelap... haruslah mereka mengambil kesempatan tuk melakukan kerja terkutuk tu kann... apa pun sib baik lah tak der banyak barang berharga yg hilang... sian gak akak ko.. kalau dia tau confirm dia sedih kat sana....

part yang menyiasat lak... huuuurrrmmm... memang NO COMMMENT jerk lar about them!! *annoyed*

Cik Yayang said...

Besar-besaran betul 'kerja' pencuri ni..mmg gaya nya dia dh lama 'aim' umah kakak deqna ni..
Alhamdulillah juga brg2 yang berharga dah disimpan di tpt yang tak diduga oleh pencuri...spare key bawah pelapik iron & lappy kt dapur-sesuatu yang mmg tak dijangka..

fazemy said...

Ni kena time cuti raya haji haritulah erk. Mesti lama diorg dok berpesta dlm rumah tu. Hbs smua disepahkan. Kurang hajar betulla pencuri ni. Risau lak nak beli umah bawah ni..sbb takut kes mcm nilah. tapi kat mana2 pun dh tak selamat skrg ni. biarlah pencuri tu..tak aman hidup diorg.

Unknown said...

polis-polis tu sebenarnya dorang wat syarat jer kak, rumah saye dulu habuk tadak, dok tanya baper ribu rugi, amik gambar sket, tros cabut, sampai skg tak tau aper2, setahun dah. Ntah ler polis2 nih, klu ikutkan komitmen dorang, dorang boleh buat lebih sampai dapat cari pencuri tuh. tapi habuk tadak

[z@ck] said...

mak aiii
first time kot tgok rumah kena rompak..

teruknya..

Queen said...

Polis Malaysia memang hampess......

entahla..macam nie ke boleh masukberita haritu kadar jenayah dah berkurangan....

Aku rasa bukan kadar jenayah yang kurang..tapi orang malas buat report polis...menyampah..huhu...

Hope ur sis and u tabahla...yang penting selamat diri kan...

Pepel BoNda AmaNi said...

takutnya kan..teringat umah ayah tiri kita kena masuk penyamun...memang habis bersepah la..bilik diorang selongkar...memang jahat kan manusia2 yang amik jalan senang nak dapat duit...memang daulat lah orang tue...jahat btoi kan..yang si polis tue pun yang bangang sangat napa..mana la kita taw..anggaran kerugian..yang diorang dok kalut2 tanya tue...napa diorang nak bayar ganti rugi ke..buat keja pun cam nak tanak jerk...isssshhhhhhhhhhh

hani said...

dekat area mana ni ye? kalau sekarang ni, bandar baru bangi mmg banyak kes.. almost semua rumah corner lot kena pecah masuk, even masa tuan rumah tgh tidur pun.. takut sungguh.