Friday, August 7, 2009

Sape Yang Kena?

Mula2 haruslah aku yg terkena dengan tag ini. Pastu aku nak mengenakan org lain pulak.. Aku dikenakan oleh si dia ini.

AKU GEMBIRA bila:

1- Hari ni hari Jumaat. Lalalala.. Senyum jer. Sebab? Ala paham2 jelah. Malam tadi kan malam Jemaat.. Eh yg korang senyum sekali nape? Aku senyum2 sbb sonok esok dah nak Sabtu daaa. Yeaa cutiii....

2- mendengar khabar2 angin yg mengatakan kami bakal mendapat... tuuuuttt.. Backdated pulak tu, tapi oleh kerana benda ni tak confim lagi aku tak leh gitau, kerana tidak ingin menambahkan lagi khabar angin tersebut. Khabar angin2 pun takpelah.. tapi kalau takde angin masakan pokok bergoyang kan? tapi boleh jadi jugak kalau ada org yg goncang pokok tu..Tapi tak kisahlah janji pokok tu bergoyang kan. Ni apa citer pokok pulak dah??


3-Lagi satu of course aku sedang happy sekarang ni sbb baru je balik dari bercuti2 kan..So mood gembira tu masih ada lagi lah.

Copy award untuk diletakkan di blog anda




Ok akan ditepekkan di sebelah kanan blog ini. Terima kasih kerana menganugerahkan award ini kepada saya yer..

Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini.

Alamak ni terpaksa wat homework dulu lah, yelah kenal melalui blog jer kan mana nak tau sgt kan, takkan nak main taram jer..

Tapi aku berjaya jugak mengumpulkan fakta2 tentang permberi award. Ini adalah fakta yer bukan auta..hehe

  1. Merupakan seorang isteri dan seorang ibu

  2. Ada sepasang cahayamata dan bakal mendapat seorang lagi awal tahun depan

  3. Merupakan seorang yg suka membaca, sampaikan kertas pembalut nasi lemak pun dia baca jugak. Blog aku pun dia suka baca gak. Hehe. Tq.

  4. Seorang yg happy2. tu sbb nama blog dia pun happyirfa.blogspot.com

  5. Seorang yg suka gak melayan jiwang sambil mendengar Sinar FM

  6. Juga suka melancong. Yang terbaru ni, baru balik dari New Zealand, bercuti satu keluarga kat sana. Sonok betul…


Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri
Sudah.. cam biodata pulak nak tau fakta/hobi diri sendiri pulak.. takpe senang jer..

  1. Aku suka berblog. Aku suka menulis. Aku tulis apa saje yg aku rasa nak tulis. Tapi aku malu bila dapat tau org baca blog aku. Camne tu yer?

  2. Camne aku leh dapat hobi blogging nie? Mulanya dari aku suka baca blog2 kawan yg dikenali dan tidak dikenali, pastu aku terfikir why not aku pun create satu blog..masa tu aku bukan reti sgt pun, tapi buat sendiri jer.. pada masa yg sama, tanya org gak, tapi konon2 tanya bagi pihak kawan, tapi padahal aku yg nak tau pun..

  3. Ada org kata aku ni nampak serius dan sombong (ni org2 tempat kerja aku cakaplah), tapi dalam blog nampak cam kelakar jer. Nampak cam friendly jer. Tapi sebenarnya, apa yg dalam blog tu cam tulah aku yg sebenarnya. Aku tak sombonglah woi. Henti2kan lah ckp aku sombong yer. Mungkin sbb kat tempat kerja korang jarang nampak aku berhuha2 dengan kawan2 kan.. yelah kawan2 aku byknya dari luar, tak sama kerja pun. So, aku hanya berhuha di luar, bukan di tempat kerja.

  4. Aku ni boleh gaklah dikategorikan sebagai seorang yg sensitif, cpt jer nak nangis.. ni laki aku taulah.. org lain tak tau sbb aku dpn org lain, aku nangis dalam hati jer. Dpn laki sendiri aku tak leh nak control2 dah, aku biar jer meleleh air mata nie..

  5. Aku ni jenis seorang yg suka worry tak bertempat. Selalu fikir yg negatif jer. Sekarang ni aku tgh membaca buku “The Power of Positive Thinking” utk mengimprovekan diri sendiri. Selain tu, aku jugak sekarang ni sedang menghabiskan satu buku hasil penulisan Ustaz Ismail Kamus yg berjudul “Indahnya Hidup Bersyariat”. Sebelum tido kena baca buku dulu.

  6. Aku ngan suami jarang bergaduh. Gaduh2 manja tu adalah. Alah sajer cari pasal. Kalau tak gaduh tak thrill lah kan. Tapi tak amik masa panjang pun. Tapi bila aku gaduh2 aku suka tunjuk protes dengan tutup pintu kuat2, hentak itu, hentak ini, pastu suka bebel. Tapi masalahnya laki aku ni jarang melawan, dia cool jerk, tu yg membuatkan kita sakit hati. Tapi yg sebenarnya itu yg bagus pun, kalau dua2 melawan, sampai bila nak baik kan?

  7. Aku seorang yg tak pandai nyanyi. Kalau aku nyanyi org akan tanya “lagu apa ko nyanyi tu?’ memang lari tempo segala..

  8. Aku tak leh kena habuk, kalau kena habuk alamatnya sampai ke sudah lah aku bersin tak henti. Tu pasal lah bab2 mengclear habuk di rmh di ambil alih si suami.

  9. Apa lagi yer?? Adoi byk nyer nak kena jawab nie... apa lagi yer fakta mengenai aku ni yer.. cukup jelah 8 yer..

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:

  1. Neena – kawan yg sekepala ngan aku, dan sesungguhnya terdapat byk persamaan antara kami. Lagi satu sajer nak tag dia, sbb rasanya dia tak pernah lagi wat tag2 nie. “Fren, kalau ko tak buat aku merajuk nanti”.

  2. Ryn – seorang mummy muda yg sgt selamba dan boleh dikategorikan seorang yg kuat.

  3. Purplelicous Love – Dia ni sebenarnya member aku nyer kawan. Tapi tetiba kami terjumpa di blog. Juga baru mendirikan rmh tangga bersama dengan En. Shukri.

  4. nasaoji – Memang suka dia nie, rajin tinggalkan komen kat blog. Tak kisah lah blog sape pun. Dia memang layak memenangi award.

  5. MamaQaseh – Seorang ibu yg penyayang…Pernah try resipi ikan sumbat aku…

Aku nak tag 5 org je.. boleh? Korang2 yg lain tunggu turn korang len kali yer…Actually ada lagi soalan2 lain dalam tag ni, tapi rasanya soalan2 tu aku dah buat..so, aku skip ajer...

6 comments:

Beautiful Disaster said...

kuat sudahnye. kuat tang manaaaa tu? hehe.

NeenaAnuar said...

Eh ye ker aku tak penah buat TAG?? ko biar benar frennnn.. ade tawww.. aku penah buat leww... hehehe... it's ok.. ko memang saja2 kannn... nak manja2 ngan aku kan?? kann?? sampai nak merajuk2 bagaiii... ala laaa laaa laaa laa.... aku tak buat boleh?? hahahaha....

Irfa said...

tq sudi jwb tag.
kita pun baru je kenal.manalah nak tahu latar blkg sgt kan..kira oklah sbb ko tulis yg baik2 je psl akak ;-)

Anonymous said...

Meqaseh Yang coz sudi mmberi homework lek2 dr brcoti nie hehe..hamboii gumbira jer kan setiap patah ayat yg d karang..

Pepel BoNda AmaNi said...

uit tershortlisted la pulak..heehhehe nantikan kemunculannyer...

Deqna said...

Beautiful Disaster - kuat segala..hahaha takde.. kuat dari segi semangat lah.. tambah lagi lepas kes eksiden tu kan.. pastu sekang ni ngan duk ulang alik dari seremban, pastu duk jauh pulak dengan husband.. tak ke kuat tu kan? hiks.

NeenaAnuar - ada2 pernah sekali dua kot ko buat tag. ni aku saje nak dera ko. hehehe...

tq ko buat gak kan..

HappyIrfa - sudi saje..eh mestilah tulis yg baik2 saje..kita kan kawan2..hehe

MamaQaseh - ok sila siapkan homework ni yer...hehehe..nanti kita kasi tag banyak2 lagi.. boleh?..hihi

purpleliciouslove - haah anda dishortlistedkan dengan sengajanya..haha jangan lupa wat yer..