Monday, June 15, 2009

Kereta Dia Pulak Rosak

Hari tu kan aku citer yg minggu lepas kereta aku tak leh start time nak gi kerja pasal bateri sudah kong. Oklah aku pun telah menggantikan kepada bateri yang baru. Kali ni beli bateri kering jer. Tak salah aku harganya RM160 selepas diskaun. Apek kat kedai tu kasi kami diskaun sebanyak RM5.

Selang beberapa hari lepas tu, secara tepatnya Hari Jumaat lepas, kereta asben aku lak yg wat pasal. Tetiba lak dia nak demam. Berjangkit ngan kereta aku kot. Kata sekarang ni kan penyakit senang jer nak berjangkit-jangkit.

Tapi yg siannya, dia bukan rosak kat rmh. Dia rosak masa asben aku tgh on the way nak ke tempat kerja. Asben aku citer masa dia tgh bawak kereta dia cam terbau hangit jer, pastu dia tgk temperature naik sampai merah. Tapi asben aku ni takde pilihan, dia teruskan gak perjalanan dia yg dah tak berapa jauh tu. Kalau aku ada kat sana dah tentu2 aku suh dia benti kat tang2 tu jugak. Isy... seb baik lah tak meletup kebabom kereta tuh.

So, sekarang kereta dia berada di bengkel. Tgh dibaiki. Mungkin hari ni siaplah kot kereta dia tuh. Entah berapa rat pulak yg nak melayang di tengah2 bulan nie. Pasrah.

Di kala sdg menghadapi masalah kereta rosak nie, akak no. 2 telah meracuni aku tuk beli kete baru. Ini kerana, aku dikhabarkan yg akak aku yg sulung tak lama lagi akan menukar kereta kepada kereta idamannya tak lama lagi. Semoga impiannya tercapai. Aku pun suka gak, sbb leh lah aku tmpg sekaki. Aku nak pakai kereta tu rasanya adalah amat mustahil.

Kami masih sayang dengan kereta2 kami nie. Hutang kereta dah nak abis, wat pe nak tambah hutang lagi. Tapi kalau ada rezeki di masa akan datang, mungkin boleh lah kalau nak tukar2 nie. Apa kereta idaman aku? Sekarang ni tak lain tak bukan hanyalah Toyota Caldina yg menjadi pujaan. Tapi kereta ni memang takde keluaran terbaru. Tak salah aku dia re-con ajer. Tapi aku tak kisah, aku suka sgt rupa paras dan bentuk badan dia. Ni sekarang lah aku suka, tapi tak taulah setahun dua ni aku beralih arah kat kete lain pulak. Takpe sekarang ni berangan jer. Tak rugi pon.

p/s: Nak ucap terima kasih kepada Am & Watie sbb tolong amik Shah pada malam hari tu. Aku nak amik, laki aku tak kasi. Dia kata membahaya, sudahnya terpaksa menyusahkan korang pulak.

9 comments:

Marlia said...

deqna... caldina.. wah suka gak!!! aritu masa family trip ke ganu, tgk bebudak caldina nih convoi, cantik-cantik belaka warna-warnanya. Masa berenti kat tempat rehat, diorang pun berenti gak, ingat semua muda-muda, rerupanya all malay siap dah beranak pinak..hehehe Next time maybe your turn... Insya-allah... hehehe

Beautiful Disaster said...

saya rasa bulan ni memang musim kereta akak meragam la. wah, caldina! best!

Beautiful Disaster said...

saya rasa bulan ni memang musim kereta akak meragam la. wah, caldina! best!

Hasra_Razali said...

Kalau dh sakit nya tu, serentak pulak yer....:-) nk bermanja la tuu :-)

NeenaAnuar said...

kereta pun cam tuan dia gak... nak berdua2an... sakit, susah & senang bersama tuu.... huhuhuhu... memang sehati sejiwa lar pendek kata kereta korang tuh!

apa pun aku doakan semoga impian ko memiliki kereta idaman ko tuh tercapai yerr... jgn lupa bawak aku ngan nuar tawww... kite gie jejalan lagi cam gie PD hari tuh... I likkeeee!!

Deqna said...

Liea - Cantik kan kete tu.. nampak ranggi jer..hehe.. InsyaAllah kalau ada rezeki.. tapi yg penting sekang nie berangang jelah kan..

Beautiful Disaster - tulah pasal. pas satu.. satu.. sbb apa suka kete tu tau? sbb nama kete tu sipi2 ngan nama akak..

HasraRazali - tu yg membuatkan kami2 ni pun terasa sakitnya..hehe

NeenaAnuar - tulah aku ingatkan tuan dia jer yg sehati sejiwa..hahaha

InsyaAllah fren.. tak taulah bilanya yer... ko memang dah dapat dah kete impian ko.. aku bila lah lagi..
of course bila ada kete baru, harus gi melancong ke sana sini bersama2..:)

Pepel BoNda AmaNi said...

salam...hai sorry la actually semalam just click jerk link nie kat blog peej..jap g tengok muka cam penah nampak...tue yang msg watie tanya..hehhehe kecil jerk kan dunia nie...selamat berkenalan..saya eida..member seumah watie masa zaman study dlu...saya add link deqna kat blog saya yer...

Suki Cida said...

itu namanya dia sayang bini... kereta dah rosak... kalau apa-apa jadi lak satu hal pulak dia nak cari siapa... tapi mesti kita risau giler2kan????

Deqna said...

Purplelicious love - hai..ye yer ingat ni member watie.. hari tu pernah berjumpaan... tak sangka berjumpa di sini yer..what a small world..

ok silah link.. takde masalah.. urs also linked already...tq..

CidaZamani - sape tak sayang bini yer tak? tak mo susahkan bini lar tu...sanggup tersusahkan member sudahnya..hehe