Wednesday, January 14, 2009

Excited!

Bila rmh dah almost ready ni rasa cam excited sgt. Akak aku lagilah lebih2 excited dari kami nie ha. Hampir hari2 gaklah dia duk melawat rmh kami tu. Di samping kasi2 idea apa yg patut kami buat.

So far, everything dah settle. Cuma nak tunggu perabot & barang2 masuk jer. Yg lain2 sumer dah siap.

Apa yg telah kami buat terhadap rmh baru kami tu since kami dapat kunci bulan October tahun lepas. Ya, agak perlahan sedikit perkembangan rmh kami nie. Yelah kiterang ni bkn org ado2 pun nak wat sekali zap sumernya. Sikit2 lama2 jadi bukit, eh silap lama2 baru siap...hehe

Mula dapat kunci dulu perkara pertama yg kiterang buat ialah ubah suai sikit bahagian wet kitchen. Nak kata ubah suai tu tak jugaklah sbb takde apa yg diubah pun cuma naikkan dinding sikit jer. Tu pun dah memakan kos sebanyak RM2800. Tak taulah kiterang kena tipu ker, atau memang harga dia camtu, sbb jiran sebelah buat tak sampai pun byk tu. Tapi redha jelah.

Dalam masa yg sama kami juga telah menempah gril. Walaupun belek byk kali katalog semata nak cari design, tapi tak terpilih jugak, alih2 tokey kedai tu tu rekomen satu design terus kiterang agreed. Tokey kedai adalah org melayu dan harganya berpatutan. Betul tak tipu. Jiran2 aku wat sumer sampai 3 ribu lebih kiterang kena cuma RM2800 jer. Wrought iron utk bahagian depan dan gril biasa utk bahagian belakang.

Lepas wat tu wat wiring pulak. Yelah nak tambah sikit2 lah point2, kalau nak harapkan yg standard dari pemaju manalah nak cukupkan. So, sebelum berpindah tu eloklah kiterang wat wiring dulu, sbb kalau dah pindah nanti leceh. Yelah dah tentu berabuk punya bila derang nak tanam wire kat dinding tu. Kerja2 wiring ni telah dilakukan oleh Uncle Ah Fatt. Asben aku panggil apek jer dia nie. Apek ni wat kerja sangat teratur dan kemas. Kalau dia kata nak wat kerja pukul 8.30am, kul 8.00 dia dah terpacak dah kat pagar rmh. Ok, Apek ni telah dipertanggungjawabkan utk menambah 10 plug point, 8 downlight point, 1 ac point & 3 fan point. Ni aku main ingat2 jelah. Utk kerja2 itu apek telah mengecas kami sebanyak RM1250 siap plaster & cat balik dinding2 tu.

Selepas itu, kami wat plaster syiling kat keseluruhan bahagian bawah rmh. Mula2 ingat nak buat kat ruang tamu ajer, tapi tuk ruang tamu jer kami dicas RM1800, tapi kalau nak wat kat keseluruhan tingkat bawah RM2000 jer. So, alang2 sikit jer lagi, kami pun zas jelah buat utk tingkat bawah termasuk ngan porch & toilet sekali. Yang ni aku tak berapa pastilah sama ada berbaloi ke tidak, sbb ada org kata murah & ada org lain kata pulak mahal. Aku tak berapa pasti pulak. Kalau kiterang kena tipu gak, kiterang redha jugaklah. Yang penting hasilnya kemas dan cantik.

Dalam masa yg sama tu jugak kami juga gigih mencari & mengumpul lampu2 dan kipas2yg hendak dipasang. Proses membeli barang2 ni jugak makan masa. Sbb bukan hanya satu tempat sahaja yg dituju, byk tempat sbb setiap kedai offer harga yg berlainan. Lagi pulak, bukan setakat seketul dua yg ingin dibeli, tapi berketul-ketul. Mana larat nak beli sekali sumer. Yg paling tak larat ialah pembelian down light. Down light tu kiterang beli awal2 lagi kat Jalan Pudu. Ceh konon murahlah tu pasal lah beli awal2. Memang murahlah compared dengan tempat2 lain. Apa taknya RM11 satu set termasuk bulb. citer pasal ni nanti aku citer balik kat perenggan yg seterusnya ya. Utk kipas & lampu kiterang beli dari 5 tempat & kedai yg berlainan.

Bila dah complete beli sumer, kiterang panggil balik Apek yg wat wiring tu tuk pasangkan lampu2 & kipas2 tu sumer. Utk 6 kipas dan 25 lampu, upah pasang adalah RM345. Setiap satu kipas dicas RM20 dan setiap lampu dicas sebanyak RM9. Tetapi, semasa proses pemasangan lampu ni byk lah insiden yg haru. Antaranya lampu downlight yg kiterang beli tu tak ngam ngan lubang kat plaster syiling kiterang tu, downlight tu panjang sgt, dan bila dipasang dia terjembul keluar, nak tak nak terpaksa lah kami menukar semula lampu2 itu sumer. Konon2 nak murah alih2 dari RM11 punya harga kena tukar ker RM35 sebiji tak termasuk bulb. Nak belinya 8 set pulak. Aduhai lari bajet kiterang. Ada pulak tu, lampu stor pun wat hal gak, mula2 try kat kedai ok jer, tapi bila siap pasang tak nak nyala pulak, terpaksa pergi balik kedai tu, rupa2 apek tu tak ejas. Aduhai penat tau kerja ulang alik nie.

.. and finally semalam gril yg kiterang tempah tu dah siap dipasang. phew lega rasanya. Sumer perkara dah siap. Bab2 perabot & isi rmh yg lain2 tu nanti2 lah yer.. kasi bernafas dulu..hehe...

Oklah apa yg aku citer kat atas tu adalah sekadar utk memberi panduan kepada sesapa jer yg bakal mendapat kunci rmh baru masing2 nanti tu. Tak gitu kak piah & mummysya? Mana yg aku blh rekomen akan aku rekomen kan. No hal punya....

Rumahku Syurgaku... segala penat lelah & jerih perih terubat bila melihat hasilnya.... syukur Alhamdulillah segalanya dipermudahkan

p/s: tak yah tunjuk gambar aci tak?

9 comments:

fazemy said...

Cantiknya rumah..Amboi toilet pun wat plaster syiling..dasyat...murah la klw total out 2k je..bestnya ada rumah besou..

Suki Cida said...

eh murah kot rasanya... kalau cida pun alang tambah 200 jekan... anyway bagus deqna wat awal2... sbb mmg murah...kalau lama duduk baru nak buat mmg mahal...

anyway cantik gril tu...

peej said...

serious cantik gile grill tu...
pening pulak tgk jumlah2 duit itu semua..
mcm takut je nak kawin..haha tetibe..

Hasra_Razali said...

cantik la grill tu, deqna..

tak aci...yg aci nyer kena letak gmbr bnyk2!

shah said...

kat area mana eh rmh

Deqna said...

Shah - Kat area Sg. Buloh jer. Quite distance gak lah from KL.

Deqna said...

fazemy - takde lah besau mana pun & taklah cantik mana pun biasa2 ajer..

Suki Cida - tulah cida, tu pasal kiterang pejam mata jer buat tu sumer sekang nie.. kalau tak, tak terbuatlah jawabnya..

peej - lar takde kene ngene ko takut nak kawin sbbkan gril tu..
hehe

HasraRazali - sempoi je tu hasra, byk lagi yg cantik2 lagi....

Unknown said...

cantik la grill tu...

nk no tepon org tu bleh?

Deqna said...

E.L.L.Y.N - boleh tak jadi masalah. ni no tipon org yg wat grill tu: 019-270 0030. Nama co dia ialah RM Dagang. memang specialist buat grill, wrought iron, awning dll... boleh tgk gak kat website dia..erk tak ingat lah tapi cuba try google RM dagang..