Tuesday, April 23, 2013

Anak Anugerah Allah.

Assalamualaikum. Lama tak update. Tapi hari ni berminat nak kongsikan satu artikel nie tuk para ibu2 semua. Thanks to my ofismet yg share kan this artikel to me.

Bacalah dah fahamilah... saya percaya sebagai ibu2 anda akan membaca ini dengan lelehan airmata tanpa disedari.

******************************************************************

Menjadi seorang ibu juga merupakan anugerahNya. Perasaan hati nurani seorang ibu begitu unik sekali. Saya fikir – Alhamdulillah – ia diberi kepada mereka yang terpilih. Namun tidak menjadi ibu atau tidak mempunyai anak bukan pula satu hukuman. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui tentang apa yang tidak kita ketahui. Allah SWT berfirman melalui ayat 49-50 surah Asy-Syura yang bermaksud,

Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendakiNya), dan Dia menjadikan mandul sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Kehadiran anak itu sendiri merupakan fenomena kehidupan yang mampu menceritakan kebesaran dan kehebatan Allah SWT. Hakikatnya, setiap kejadian di alam ini mampu mengukuhkan iman apabila dipandang melalui kaca mata Tauhid. Apabila manusia melihat dengan Tauhid –  memandang setiap perkara yang berlaku dengan kefahaman tentang keesaan Allah – manusia akan dapat melihat pelbagai nama dan sifat Allah terpampang di setiap kejadian dan makhluk.

Sesungguhnya Allahlah Yang Zahir dan Batin.

Begitulah bagaimana kaca mata Tauhid membolehkan kita mengerti tentang Kecantikan dan Kesempurnaan Allah. Malah jika diperluaskan pandangan dengan melihat secara universal, seseorang itu juga akan lebih memahami dan mendalami keagungan Allah SWT.

Anak dilahirkam. Ia disambut dengan penuh kegembiraan. Hubungan pertama antara ibu dan anak yang paling signifikan – saya fikir – berlaku apabila bayi diserahkan kepada ibunya. Sang ibu memandang tepat ke arah wajah bayi dengan penuh rasa kasih yang tidak dapat digambarkan. Lalu – barangkali dalam kesukaran – ibu akan memberi hidangan makanan yang pertama.

Susu ibu.

Itulah lambang kebesaran dan kehebatan Allah SWT. Ia percuma dan tidak perlu dibayar. Malah datangnya secara berperingkat-peringkat. Semakin kuat bayi menyusu semakin banyak susu yang keluar. Kilang susu ini sangat ajaib jika dilihat berdasarkan konsep Tauhid yang telah saya nyatakan.

Begitulah. Selepas seorang ibu mengandungkan anak selama sembilan bulan dan kemudian melahirkan bayi itu penuh kepayahan, ibu tersebut bertugas pula untuk menyusukan bayi itu selama dua tahun.  Di dalam tempoh penyusuan ini memang banyak ujiannya juga.

Ibu-ibu mungkin pernah berasa letih, sedih atau kecewa di dalam melaksanakan tugas ini. Mungkin terdapat ibu-ibu yang mengalami kesakitan dan keletihan kerana perlu menyusukan anak dan berkali-kali berjaga di tengah malam untuk tujuan tersebut.

Tidak kurang juga yang berasa kecewa kerana kekurangan susu atau mungkin tiada susu. Sebahagian yang lain mungkin menghadapi tekanan kerana tiada sokongan dan suntikan semangat daripada keluarga terdekat. Benar, menyusukan anak-anak dengan susu ibu bukan tugas mudah. Sebaliknya, ada ibu yang berasa gembira kerana dapat menyusukan anak sendiri dan menyimpan stok susu yang banyak.

Ma sha Allah!

Sesungguhnya ketenangan ibu dan rasa redha yang tinggi akan menjadikan penyusuan susu ibu sebagai kegiatani yang menggembirakan di antara ibu dan anak. In sya Allah.

 Mungkin juga di antara ibu-ibu berasa puas hati dan bersyukur dapat menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. Sehingga mungkin juga terselit rasa kagum dengan diri kerana berupaya menyusukan anak berbanding ibu-ibu yang lain.

Na'uzubillah...

Saya juga sedang berada di dalam peringkat menyusukan anak kecil yang baru lahir. Ada ketikanya saya didatangi perasaan gembira dan bersyukur. Pada ketika yang lain saya dihinggap keletihan dan susah hati. Malah ada pelbagai perasaan yang datang dan pergi.

Suatu hari ketika saya sedang menyusukan bayi saya, fikiran difokuskan dan saya cuba memahami hikmah di sebalik penyusuan menggunakan susu ibu ini sehinggakan ia amat disaran di dalam al-Qur’an. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah member makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya.

Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya).
Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

 Alangkah baiknya jika kita – saya dan ibu ibu-ibu yang menyusukan anak –cuba memahami sifat-sifat Allah yang tersembunyi di sebalik penyusuan anak-anak ini. Mudah-mudahan ia dapat melatih menajamkan pandangan Tauhid dalam melihat setiap kejadian di dalam kehidupan seharian.

Sekaligus kefahaman ini –In sha Allah – mampu menghilangkan ananiyah (keegoan), malah menambahkan rasa bersyukur serta kehambaan kepada Allah Ta’ala.

Sewaktu seorang ibu menyusukan anak kecilnya, pada ketika itu bukan dia seorang sahaja yang sedang menyusukan anak. Di sana, di seluruh dunia terdapat ribuan lagi ibu-ibu sedang melakukan perkara yang sama. Mereka sedang menyusukan dengan penuh kasih, memeluk anak kecil yang tidak berupaya. Anak kecil yang lemah itu hanya mampu menangis.

Ribuan perempuan atau ibu-ibu tadi sebenarnya hanyalah yang menurut perintah daripada Allah Yang Memberi Rezeki (Al-Razzaq). Allah yang mengatur seluruh sistem dalam tubuh ibu-ibu dan menukarkan segala makanan menjadi susu. Ibu itu tidak berbuat apa-apa pun, malah tidak pernah sedar tentang mesin-mesin canggih yang sedang beroperasi di dalam tubuhnya.

Allah, Tuhan yang memiliki khazanah rezeki yang melimpah ruah tidak pernah habis. Dia tidak membiarkan hambanya –seorang bayi – yang lemah, kecil dan tiada upaya bersendirian. Sewaktu anak kecil tadi kelaparan, Allah taskhirkan (tundukkan) ibunya sendiri untuk berkhidmat kepada si anak.

Ibu-ibu itu akan melakukan apa sahaja untuk memastikan bayi kecilnya selesa dan tidak menangis. Ibu-ibu seumpama malaikat yang dihantar oleh Allah untuk menjaga bayi kecil sebaik-baiknya. Hakikatnya ibu itu hanyalah menjalankan perintah menyampaikan rezeki Allah kepada seorang bayi. Ibu hanyalah wasilah. Ribuan anak kecil di seluruh dunia mendapat rezeki daripada Allah dari jalan yang tidak disangka-sangka, bukan daripada ibunya tetapi daripada Allah.

Ibunya hanyalah menurut perintah!

Ribuan anak kecil mendapat rezeki dengan penuh kelembutan. Rezeki mereka ialah air susu yang paling bersih dan terbaik daripada Tuhan Yang Satu, Yang Maha Memberi Rezeki. Tuhan yang Satu membahagikan rezeki penuh adil, saksama, indah dan seni. Kecantikan Allah dan Kesempurnaan Allah terjelma daripada pandangan Tauhid yang diperhatikan secara luas ini.

Andai ibu-ibu mengetahui, ketika menyusukan anak-anak mereka, sebenarnya mereka sedang menjalankan suatu tugas yang diamanahkan oleh Allah. Mereka sedang melakukan ibadah dalam bentuk salbiyah (negatif). Ibadah salbiyah sememangnya banyak melibatkan kaum ibu seperti mengandungkan anak, melahirkan anak, menjaga dan mendidik anak-anak, memasak untuk keluarga, ketaatan kepada suami, menjaga kehormatan diri dan sebagainya.

Ma sya Allah!

Ibadah seperti ini tidak diketahui manusia. Zahirnya hanyalah rutin biasa. Namun ibadah salbiyah seperti menyusukan anak yang dilakukan penuh redha akan bertukar menjadi pahala-pahala berganda. Mudah-mudahan ia memberatkan timbangan neraca kebaikan seorang ibu di akhirat nanti. Amin.

Penutup

Maha Suci Allah yang memberi ilmu pengetahuan melalui pandangan yang luas melalui kaca mata Tauhid di dalam penyusuan. Kaum ibu – In sya Allah – akan lebih faham keindahan dan kesempurnaan Allah. Dia yang Pengasih dan Penyayang begitu sempurna dalam pentadbirannNya. Ibu-ibu perlu berbangga dan bersyukur menjadi petugas yang menjalankan khidmat menyalurkan rezeki Allah kepada anak-anak kecil mereka.

Laailaha illallah, Muhammadur Rasulullah.   PENYUSUAN - http://muhdkamil.org/



Gambar sekadar hiasan

Saturday, April 6, 2013

My Cute Little Girls

Lagi baju sama dua beradik nie. Asal ada baju baru jer, mama dia memang tak sabar2 nak sarungkan kat anak2.




Best betul lah shopping baju budak2 nie...

Friday, April 5, 2013

Lagi Gambar Sekitar Majlis Kenduri Akikah Inara

Kalau dah nama kenduri akikah, haruslah ada kambing kan. Untuk bayi pompuan biasalah cuma seekor kambing sajer. Kambing aku tempah kat kawasan rmh mak aku. Kami plan nak wat bbq jer, so kambing biri2 lah yg sesuai. Nampak jelah besar dengan bulu gebu2 dia, tapi bila dah bakar jadi camnie..

kambing golek

 
dihidangkan sekali bersama dengan 3 jenis sos, salad, mushroom soup dan garlic bread

Yang bagusnya tempat aku beli kambing ni, memang menyediakan perkhidmatan catering dan bbq. Tapi kiterang just amik bbq pakej jer. Utk makan2 yg lain aku order kat akak caterer yg biasa aku order.


Makanan2 yg lain disusun kat kawasan porch jer

Meh kita tengok apakah makanan yg disajikan. Sbb jemputan utk makan tengahari, so kami serve nasi putih dan lauk pauk jelah. Actually plan nak serve nasi tomato, tapi org yg aku nak tempah tu tak available pulak on that day. Takpelah, maybe nasi tomato tuk kenduri next time lah.

barisan makanan

gulai nangka + ikan masin

 
ayam masak merah

sayur campur

 
ikan goreng

Ikan bilis petai masak tempoyak

 
ulam-ulaman

sambal belacan

buah oren

air anggur + limau mandarin (sbb time tu raya cina kan)

Yang bawah ni pulak, makanan yg ditaja oleh jiran2 tetangga ku. Hehe bukan aku mintak tajaanlah, a few days before kenduri, akak yg rmh dia hujung belah kiri dari rmh aku beritahu dia berniat nak sedekahkan kuih-muih. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Memang plan pun nak order kuih-muih sekali, tapi bila akak tu gitau awal2, so tak perlulah aku order kuih lagi.


karipap

kuih koci

Memang sedap kuih karipap dan kuih koci ni. Rupa paras dia pun elok jer lawa. Tengoklah saiz2 kuih dia sama besar jer.

tapai

Tapai ni pulak jiran aku belah kanan pulak yg sponsor. Baik hati sungguh jiran2 ku ini. Yang ni aku tak tau mula2 sape yg kasi tapai nie. Elok jer terletak kat setiap meja sebekas tapai. Sedap tapai dia, dan mendapat sambutan yg menggalakkan. Kejap jer dah licin. Terima kasih wahai jiran2 ku sekalian.
kids corner

Konon2 nak wat candy buffet lah... cuma takde cupcake segala lah, tapi kira oklah jgk percubaan aku yg pertama kali nie. Letak cokelat, gula2, biskut, lolipop. Lolipop aku borong kat cameron. Aku beli lolipop strawberi dan anggur. Yelah pink purple lah katakan kan. Lolipop tu pun aku ada letak kat dalam goodies bag. Selain tu aku bubuh, towel pink/puple, air kotak dan chocolate bytes cadbury. Blur giler nak letak apalah dalam goodies bag tuh. Sbb nak gak cari benda2 yg pink or purple. Hover kan mak budak nie.

Eh takkan tengok jer makanan2 tu kan.. sila2 jemput makan sumer..jgn segan2 yer..

dengan makanan masing2

 
Marissa pun tak ketinggalan. dia kalau makan secara ramai2 memang selera lah

 
layan2 tetamu



Aku appreciate pada sumer tetamu yg hadir. Yang bestnya member2 sekolej kenanga 3, uitm dulu pun datang gak. Kawan2 seopis pun ada datang gak. Kawan2 baik pun datang gak. Kawan2 blogger pun ada datang gak. Tq to all:)


with Maya

with puan purple & puan watie

 
antara kengkawan yg hadir

tuan rmh pun nak makan jugak

 
Inara with untie nin

member2 kolej

ayah selaku dj bertugas

tukang bakar kambing


husband's cousin


emak and the besans


with mereka dan anak2

with my ex-roommate

Marissa keletihan

Marissa sebelum tido keletihan. Main2 ngan kawan2

 
sedara-mara

Oklah cukuplah takat ini sahaja entri sempena majlis akikah puteri kedua kami. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan terlaksana tanggungjawab mama & ayah terhadap Inara. Moga Inara menjadi anak yg solehah dan insan yg bertakwa.

Wednesday, April 3, 2013

Pink Purple di Hari Kenduri Akikah Inara

Ok kita sambung balik cerita kenduri Inara pada 10hb Feb hari tuh. Time tu cuti panjang sekali dengan raya cina, makanya ramai gaklah kengkawan yg tak dapat menghadirkan diri kerana pulang ke kampung. Ahli kumpulan Marharban pun tak dapat semua yg turun, sbb ada yg balik kampung, tapi Alhamdulillah ramai jugak yg dapat hadir. Terima kasih kami ucapkan pada mereka yg hadir semua.

Ok biar gambar jelah yg bercerita yer.

Pagi2 tu majlis dimulai dengan bacaan yassin ramai2 diketuai oleh kumpulan marharban mak aku. Eh bukan mak aku punya kumpulan, mak aku adalah salah seorang ahli kumpulan. Kumpulan Yassin dan Marharban ini diberi nama Kumpulan Sri Tasek Sape2 berminat nak jemput ahli kumpulan ni leh lah contact aku, aku leh kasi nombor.

 dulu kawen tak puas duduk kat pelamin, so sambung duduk kat pelamin ngan anak2 pulak

 umpan dengan tab/hp eloklah Marissa duk dendiam kat situ

 tapi pastu selamba jer dia nak mengangkang kat situ.. very not gud

 tgk budak kecik yg mencelah kat tepi ni.. aku cubit gak budak ni kang

 baca yassin, selawat, nasyid dan segalanya lah

 sampai serak2 gaklah suara makcik2 tu

 Inara sedaplah didodoi di dalam buaian

Hah ko..seketul bunga kat kepala dia...hehehe.. mama dialah kan.. nak gak berkonsepkan pink purple kat anak. Dapat jumpa headband pun jadilah...hehe

 eh menguap tutup mulut nak

Inara elok jer behaved sepanjang kumpulan marharban mendendangkan bacaan2, tambah lagi duduk dalam buaian sedaplah dia tido kan. Tapi sebelum tu aku dah upah susu kat dia cukup2.


Lepas habis tu sumer, start pulak upacara cukur rambut. Tapi time tu takdelah cukur sumer rambut, just sorang2 potong rambut baby sikit. Petang tu baru kami gondolkan kepala Inara.
 kita kasi chance kumpulan marharban potong dulu


 pastu nenek Inara pulak

 pastu nanny Inara pulak

 pastu atuk Inara pulak

 pastu ayah Inara pulak

Haah, pastu aku yg sebagai mak ni pulak yg takde potong rambut anak dia. Huhu.. takpelah mama tukang dukung baby jer. Eh mana Marissa? Sian anak mama yg sorang tu, org sibuk kat baby jer yer... Marissa kan dah jadi kakak so, dia dah ada tugas dan tanggunjawab.

Ni tugas dia pada hari kejadian. Kasi goodies bag kepada ahli kumpulan marharban.

ni hah goodies bag dia

good job girl

 ala comel2, baju sama ngan mama dia

 satu lagi gambar kakak

Baju kami anak beranak ni dibawakan khas dari Bandung. Kebetulan asben Watie member aku baru balik dari Bandung, dia belikan kain ni. Sgt menepati citarasa aku yg peminat purple. Pastu kain tu bidangnya besar, taylor aku buatkan sekali dress baju utk Marissa. Nak buat tuk Inara sekali tak cukup pulak. Eh harus ke ni pun nak cerita.

gambar reramai dengan ahli kumpulan marharban

Dah ni jer nak citer wat masa ni, citer makan2 kita sambung kat entry seterusnya pulak yer... Jenuh pulak nak pilih2 gambar. Tapi sebelum tu kita letak gambar2 ni dulu.

dodoi si dodoi

mama dan Inara sayang

macamkan menyambut anak sulung

mama, Inara dan ayah. eh Marissa mana?

 
barulah lengkap kami berempat

Ok kita sambung lagi cerita warna warni ni di lain entry.