Monday, November 21, 2011

Tak Menahan Betul Aku Tengok Budak Kecik Ini Tau

Entry PD akan bersambung selepas entry ini. Panjang sangat entry tu, aku wat sekali harung jelah.. malas nak sambung2, lambakkan jer semua gambar2 kat dalam satu entry.

Aku kan semalam tengah pilih2 baju ngan tudung utk gi kerja, sambil si kecik ni menyibuk2 jer kat aku, pastu dia pun amik selai kain tudung aku. Aku tgk jer keletah dia. Kemain lah nak lilit2 kat kepala dia. Tapi kain tu licin kan, melurut ke bawah jelah kain tudung tu.

Aku pun apa lagi tolong lah dia pakaikan tudung ni. Budak ni kan suka cas2 ayu...

Inilah model muslimah kita tuk hari ini, mana tau mungkin juga bakal menjadi Ustazah Pilihan satu hari kelak. Amin.

gambar yg menjadi wallpaper hp aku sekarang ini

 

Hana Tajima?

Yuna?


alololo control senyum pulak... nampak lesung pipit dia

 

bukan Hana Tajima, bukan Yuna tapi Marissa Qaisara

Kelakar betul budak ini tau, kalau nak melawa tu memang nombor satu lah... dia ni sebenar agak payah lah nak amik gambar dia tanpa gegar2, sbb dia suka bergerak, tapi kali ni aku nak amik gambar, elok jer dia tegak diam2, sambil memberi kerjasama yg baik sebagai seorang model cilik.  Anak sape lah nie?

Kalau Dah Ke Sini Takde Aktiviti Lainlah Melainkan Mandi Kolam Sahaja

Sambungan dari entry yg sebelum ini.

Kami ke PD sahaja utk short vacation kali ini. Rasanya hampir tiap2 tahun jugaklah kalau berpeluang mesti datang ke sini. Saje nak bawak Marissa dan family spend masa bersama-sama sambil bermandi-mandi di swimming pool.


sudah sampai

Cam biasa menginap kat resort tempat kerja saje, nasib rezeki baik dapat dua unit chalet sekali. Chalet A dan Chalet B. Sangatlah selesa dan tidak perlu berebut bilik, sbb masing2 pun leh dapat bilik.
punggah barang2 dari bonet

mengangkut barang2 ke chalet

Walaupun pergi hanya satu malam sahaja, tapi barang2 mcm nak berpindah, alkmaklumlah ramai kan.

Ain dan Adam di atas katil masing2


Budak dua org ni cam iya2 jer nak tido bilik sendiri, padahal kat rmh masih lagi tido sama2 dengan ibu dan abah dorang. Tapi memang dorang tido pun kat dalam bilik tuh, itu pun akak aku kena temankan dorang sampai dorang tido.

Bila petang2 cuaca pun dah redup, apalagi... bersiap sedialah utk berendam.

Marissa dah sedia

apalagi berendam lah

yg asben ni time kita nak amik gambar time ni lah dia nak buat apa tah dengan lense kamera

 

mandi beramai-ramai

Yang bestnya, pada hari kejadian, kolam renang adalah kami yg punya. Sbb takde guest lain pun masa hari tuh, maybe sebab belum cuti sekolah kot, cuba sekarang kalau pergi, confirm penuh sesado.


"mama, let's join us"


Tak, bukan itu yg Marissa katakan sebenarnya, Marissa sekarang ni memang mewarisi sifat asben yg suka mengangkat tangan jika bertemu dengan kenalan ataupun sape2 sahaja lah. Tu Marissa tengah angkat tangat dekat petugas yg sedang bertugas kat kawasan resort tuh. 

hai.. nak mandi pun nak control hensem lagi ke??


Ok gambar di bawah ini sebenarnya dilarang oleh asben utk di post mana2 laman sosial, tapi bininya tak dengar kata, letak gak.. abislah aku.. takpe pasni aku mintak ijin dan mintak maaf....hehehe

 

pose terlampau
 
Lain kali sila bersenonoh bila nak amik gambar yer.. kalau tidak beginilah nasibnya ye..

Marissa with "mak n abah"

with Ucu

Ewah-ewah masing pun sibuk suh aku amik gambar sini-sana.. abis tu aku tak yah mandi??? takpe takpe kita layankan ajer...

 

suka-ria

Betapa amannya kami2 bersuka-ria di dalam pool tersebut. Takde org lain pun melainkan kami dan kami sahaja.

 

Mak cuma memerhati sahaja

pokok kelapak

Sbb sumer org dah basah, maka kamera bertukar tangan kepada mak aku. Aku pun nak join jugak, wah jangan tak caya nenek Marissa jadi photographer.. haha

wah boleh tahan gak mak aku amik gambar

 



Dan jangan tak caya, lepas mak aku jadi photographer, mak aku pun tak menahan tuk join berendam bersama-sama. Jangan tak tau mak aku pun teror berenang.

 

grrr ..grr.. kesejukan sudah

 

org bergoggle dia pun nak jugak


Malam harinya kiterang tak kemana-mana pun, sbb dah tau sgt takde mana tempat yg menarik tuk pergi pun, just stay kat chalet dan masak2 sendiri dan makan bersama-sama.



Saturday, November 19, 2011

Cuti-Cuti Bersama Keluarga Tersayang

Cuti-cuti yg tidak berplan-plan. Kali ni punya percutian semua family members pun ada. Yelah bukan senang nak kumpulkan sumer org dalam satu masa. Ewah camlah family besar sgt pun. Bukan apa, masing2 pun kerja kan, tambah lagi adik ngan abang ipar yg selalunya offshore.

Cer teka kami kat mana? Tgk gambar jelah dulu yer.

my familia

keluarga kecilku

ain, adam dan marissa tgh main bola

yayah pun nak main sama

 
ain yg semakin meninggi - tahun depan masuk darjah 3 dah

 
adam pulak nak masuk 6 tahun dah

Dah  besar dah anak2 buah aku nie. Dulu2 sebelum ada Marissa memang rajin sgt lah aku melayan dorang nie, sekarang ni layan tetap layan gak lah, tapi haruslah layan lebih kat Marissa kan. Apapun tatap sayang sama dengan budak dua org nie.


payah betul nak bergambar dengan dia, tgh sedap main lah tuh

singgah kejap beli float Marissa

Float yg sedia ada kat rmh, tak dijumpai pula kat mana letaknya. Time nak guna ni lah tak jumpa, ni asben lah nie, bab kemas2 barang sumer dia punya kerja, tapi alih2 lupa pulak mana letak. Maka terpaksalah jugak beli baru, walaupun kadang2 jer pun nak pakai.
wah feeling berduaan lah tu


yg pasti sudah bertigaan


Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke destinasi yg ingin dituju.  Ok sambung entry lain pulak lah.


Friday, November 18, 2011

Makan Malam Dengan Temanya Pesona Tradisional Kontemporari

Rasanya semenjak bekerja dari tahun 2002 tiap2 tahun aku belum pernah missed annual dinner. Ingat lagi tahun lepas punya dinner just right after aku habis berpantang.  Diam tak diam dah nak 10 tahun aku bekerja di sini. Alhamdulillah syukur nikmat

our table - no 69

Dinner kali ni bertempat di Sunway Convention Centre. Rasanya byk tahun pun wat kat sana, kalau tak kat sana venue adalah 1 world Hotel, Mandarin Oriental ataupun KL Convention Centre. Yelah mana nak cari ballroom yg besar yang nak muatkan lebih kurang 3000 org staff. Dengan spouses lagi. Ni pun dinner kena buat 2 malam. Kalau satu malam, memang langsung lah tak muat.

Kualiti gambar adalah tidak berapa best sbb pakai direct flash sahaja, kerana speed light asben telah kong baterinya. Tapi tak kisahlah janji ado gambar sudah. Tapi nampak muka agak gomak lah jugak. Eh salahkan kamera pulak.

saya dah dia

Memandangkan tema adalah berkonsepkan tradisional adalah tidak perlu tuk susah2 nak cari baju vogidavas utk ke dinner. Bukak jer lemari cari je lah baju kurung or baju melayu yg ada. Yang sebenarnya memang tak sempat pun nak kuar2 shopping cari baju. Masing2 pun bz tup2 eh nak dinner dah.. maka pakai je lah apa yg ada.

Kiterang pilih chinese food tuk dinner kali ini. eh bukan tiap tahun ke pun pilih chinese food. Actually staff leh lah pilih sama ada nak chinese or malay food. Those yg vegetarian pun ada gak menu khas tuk mereka. Cam biasa chinese food ni byklah dia punya course. Ni antara yg aku sempat snap lah. Yelah dia serve satu2, kadang2 terus makan langsung terlupa nak amik gambar.

sup bibir ikan - bila ditranslatekan ke bahasa

tak tau apa ke namanya.. tapi cam ala kerabu .. sedap gak

ikan apa ntah masak stim

butter prawn eh ke goreng biasa jer tah

Cam biasa sambil makan sambil dihiburkan oleh artis. Artis undangan adalah Faizal Tahir. Cam biasa nak gitau gak FT ni dulu satu sekolah menengah ngan aku. Senior aku lah.  So, macam tak berapa nak heranlah, tapi suka jer dengan lagu2 dia.  Pengacara pulak ialah si boboi i.e. Afdlin Shauki. Ada gak staff kiterang yg performed hari tuh. Dah mcm artis pun mereka2 tuh. Hehe.

tgh melihat mereka membuat persembahan

stage agak jauh, maka tgk kat big screen jelah

Faizal tahir dah keluar

Afdlin menjadi penari latar... lawak jer

cam michael jackson pun ada

oklah  mantopss lah suaranya... menyanyi boleh.. tapi entertain tu cam kureng sikit lah

Oh ya persembahan mask change adalah sgt memukau. Mula2 tgk cam takde pape. Tapi bila tgk topeng org tu tiba2 jer bertukar cam terpegun pulak. Byk tul topengnya, tapi tak nampak pun dia tanggal2 ke apa, tau2 jer topeng dah bertukar, cam megik pun ye. Gambar persembahan mask change adalah tiada. Sbb dah terpegun sgt kan, terus kelupaan.
sukalah dapat makan free kan
Tahun ni takde luck lah tuk kami to win any lucky draw. Takpelah tahun lepas dah dapat, tahun ni kasi kat org lain lah pulak kan. Tapi tahun ni punya prizes best2 wo.. ada pakej percutian, i-phone, i-pad, net book dan mcm lah.  Tahniah pada siapa yg berjaya, memang rezeki korang.

Kali ni abis jer dinner, terus balik, takde nak stay kejap huha huha amik2 gambar sumer, harus teringat anak yg ditinggalkan.

maka amik gambar dalam kete pun jadilah

syok sendiri


Masa nak kuar dari parking tu agak jammed sikit, tu yg aku dok snap2 tuh. Sampai2 rmh tgk Marissa dah tido. Sian dia kena tinggal.