Thursday, July 14, 2011

Hahaha.. Kan DahTermalu

Ok ni citer beberapa minggu lepas masa kat wad. Hari tu aku kena admit satu malam kat spital. Tapi aku bukan nak citer kisah aku sakit ke apa. Yang tu you olss jangan bimbang yer.. InsyaAllah aku ok.

Gini citernya, biasalah kalau aku kat wad, husband aku akan jadi peneman setia aku. Dia pun akan bermalam sekali kat wad. Memang suami mithali. Satu lagi award utk suami selain menjadi bapak mithali kepada Marissa. Alah kena lah bodek lebih sikit nie, katanya kan bulan anniversary ni kan.

Pagi tu asben bersiap dari wad utk ke tempat kerja. So, pagi2 tu dia pun mandilah kat bilik air wad tuh. Dan seperti biasa pagi2 juga nurse akan datang ke wad utk cek body temperature dan bp segala kan.

Asben kat dalam toilet memang tak perasan lah yg nurse ada kat dalam wad. Aku pun risau gak kalau asben tiba2 kuar dari toilet dan wat kelakuan tak senonoh. Knowing him kalau kat rmh ada jer perkara sengal yg dia buat. Risau gak aku kalau kelakuan tuh dia terbawak2 kat situ.  Dalam hati berdoalah jugak janganlah laki aku kuar time tuh.

Adoi hai....  aku nak taip ni pun terenti2.. tergelak sorang2 dibuatnya... abislah aku post kan citer ni kat sini, mesti laki aku marah nanti... Dia dah pesan jangan citer kat kat blog... kang aku citer kang engkar pulak arahan suami...tapi takpe kot.. nanti aku mintak izin dari dia yer..

Ok sambung balik. Masa nurse sibuk dok balut lengan aku ngan mesin tuk cek bp tuh, sekonyong2 asben kuar dari bilik air. Keadaan masa tu adalah agak samar2 sbb aku tak bukak sumer lampu. Dalam hati aku harap asben perasan lah yg nurse ada bersama aku waktu tuh.

Tapi tulah... nak dijadikan citer bila asben kuar bilik air ngan bertowelnya dengan selambanya dia melepaskan kentut angin. Kalau angin sepoi2 bahasa takpe lagi.. Ni memang sound effect terbaik dari ladang.... prooooootttttt...

Kalau dah memang niat tak baik tuh (dia memang suka mengenakan aku), akhirnya terima lah balasan jugak.. boleh dia tak perasan yg nurse ada kat sebelah aku sbb masa dia lepaskan angin tu, memang dia saje tak pandang kat arah aku, elok jer dah abis baru pandang kat aku. Taim tu baru dia pasan yg ada org lain kat dalam bilik tuh.

Aku dah tak dapat control dah, memang tergelak dah, gelak takde bunyi konon nak kontrol lah yelah cik misi kat sebelah kan.. tapi badan memang terhenjut2 lah gelak... yg asben ceh konon2 nak cover.. sikit pun takde reaction, ketawa tidak apa tidak, terkejut kot, tapi aku tau dalam hati dia mesti dah termalu giler.... pastu tanpa rasa bersalah, dia masuk bilik air balik. Aku bajet kat dalam bilik air tu mesti dia dok gelak sorang2.

Maafkan saya cik misi, suami saya tak bermaksud nak buat demikian, dia cuma nak bergurau dengan saya saje. Hahahaha. Tu pun mujur suami saya tak buat aksi lain, kalau tidak lagi haru....

Elok jer nurse tu kuar dari bilik aku, asben pun kuar dari bilik air. Time tu barulah dia gelak tak ingat2, siap cakap "nape tak gitau ada nurse masuk? harap2 dia tak dengar lah". Maunya tidak. Hahaha.

Hai lah... laki sapelah ni, kuntut bersepah2. Ni kalau mak mertua aku tau nie, tapi mesti lah tau sbb mama pun selalu jer baca blog ni kan.. mesti geleng kepala. Sbb mama adalah pantang kentut bersepah2 nie. Bak kata mama "muka lawa tapi kentut bersepah".

Wednesday, July 13, 2011

Inilah Kereta Baru Saya

Inilah dia kereta comel pemberian maksu Marissa sempena birthday Marissa hari tuh.

pose dulu dengan kereta pink purple yg cumel

ok pose cam ni pulak

eh nape tak gerak nie?

wow lajunya... laju lagi..


kemain eksennya muka tuh

Korang nampakkan tali2 yg diikat kat stereng kereta Marissa tu. Ada fungsinya tuh.


Korang ingat kete tu leh gerak sendiri. Terpaksalah ayahnya menjadi seorang penarik kereta. Nak harap Marissa guna kaki dia.. hurmmm  dia kan manja terlebey..

Video Kenangan Mengandungkan Marissa dan Video Seharian Si Ayah dan Anak.

Terharu pulak bila tgk video hasil kerja asben aku nie. Actually video ni dah lama dah. Tak salah aku dulu aku pernah janji nak share korang kan. Aku pun tak ingat kat entry mana ntah aku janji dulu. Tapi dulu aku pernah try upload tak boleh pulak. 

Video ni agak panjang sikit. Dimulai dengan saat aku mula mengandung, diikuti saat kelahiran Marissa. Pastu asben continue pulak dengan aktiviti dia bersama Marissa. Tak dinafikan dulu masa Marissa baby memang asben byk membantu aku jaga Marissa. Baik mandikan anak, siapkan anak, susukan anak, tidokan anak, sumer dia leh buat. Kira leh lah dapat anugerah bapak mithali. 

Tapi tak sangka pulak dalam pada jaga anak tuh, sempat jugak dia rakamkan aktiviti2 dia bersama anak. Masa rakaman dibuat aku takde di rmh. Kerja rasanya. Sempat pulak asben aku ni, setting videocam bagai. Yelah step by step tuh, dari mandikan anak sampailah tidokan anak. Lawak pun ye juga. Tapi bila tgk balik.. ok gak.. ada gak kenangan buat Marissa bila dah besar nanti supaya dia tak lupa jasa ayahnya. 

Bila tgk nie.... rasa rindu sangat pengalaman semasa preggy.






Thanks husband for this video. I love u and Marissa so much.

Tuesday, July 12, 2011

Meraikan Hari Ulangtahun Dengan Masakan Istimewa Dari En. Suami

Pada 7 Julai yg lepas kami menyambut ulangtahun perkahwinan kami secara sederhana. Ni kira pre-celebration lah. Yang betul2 punya nanti yer.

Maka pada hari kejadian, keluar lah kami anak beranak, plan mau makan2 dan shopping2 saje. Kita mulain dengan gambar budak yg suka terkangkang ni dulu ye.

 gaya pemalas

Marissa ni kalau letak dia kat dalam stroller ginilah gayanya. Kepala tu kalau tersenget camtu, camtulah keadaannya, takdelah inisiatif dia nak betul2kan kedudukan dia. Kaki tu memang feberet lah cam tuh satu kat atas satu kat bawah.

 ada aku kesah?

Tapi semenjak dia nak dapat kaki ni, tidaklah dia mau duduk lama2 kat stroller tuh. Mula lah dia amukan. Mintak keluar.

 Dukung lah jugak


 me and my noti baby

Takpe noti2 pun mama tatap sayang. Budak ni kan so manja terlebih sekarang nie. Perangai kemain lagi. Tapi kalau melampau sgt perangai tu, mendapat lah jugak.

Ntah kenapa hari tu Marissa ni wat hal pulak. Tak nak duk diam. Asiklah nak berdukung, takpun dia nak lepas berjalan. Kalau pandai jalan sendiri takpe, ni terpaksa pulak kena pegang dia. Letih mak nak. Ingat mama ko ni larat sgt ke. Pastu kalau tak ikut kehendak dia, tak ikut arah mana dia nak jalan, mula nangis jerit2.

Aiyoo, first time ok dia nangis2 jerit2 camtuh. Selalunya kalau kat luar dia behaved jer. Jarang wat kelaku. Siap sebelum tu aku ada cakap ngan asben "seb baik lah anak kita ni kalau kat luar baik je, senang kita". Sekali amek kau. Selalu tgk anak org jer teriak2, selalu kalau anak org teriak2 mula lah aku nak jeling2 kan, sekali anak sendiri pulak yg wat hal. Takpe2 new lesson for mama and ayah, macam mana nak memujuk anak yg tiba2 wat hal kat luar.

Maka layaaankan ajer...

"I want to walk lah mama"

 dalam pada nak berjalan tu, sempat gak nak sentap2

Nak jalan kemain lagi, tapi bila kita cuba lepaskan pegangan tangan, kemain dia brake. Nak jugaklah berpaut kat org. Kan aku cakap dia ni memang manja terlebih.

Eh, apa nie? Katanya citer anniversary, ni balik2 citer budak kecik nie. Apo nak buek, sekarang ni dia je lah yg lebih interprem kat blog nie.

 kita minum dulu lah yo


Eh tang mananya pulak citer asben masak special seperti tajuk di atas? cer citer.. cer citer...

Ada.. ada... ni nak citer lah nie. Eh tak yah citer, kita tunjuk bukti je senang. Ni hah gambar2 asben tgh memasak utk isteri terchenta.



 "ye puan2 kita pastikan air dah mendidih...

 ..... kemudian kita masukkan bahan2 tadi seperti udang, ayam... "
sgt lah tekun. hehe.

Aci tak? Oklah tu kira masak lah jugak kan.  Kami makan kat Johny's saje. Nak pekena steamboat pulak. Tapi tak nyesal lah, memang sedap.

Mula memang lah plan mcm2 nak beli kek, pastu nak makan tempat spesial2 sikit, tapi bila anak dah start wat hal, makanya terjah je lah apa yg ada kat dpn mata.  Tapi for me, ia tetap istimewa.

teruja tgk ayahnya 'memasak'

muka noti

memang noti

Kami makan hari tu pun gilir2, sbb kena pegang dan layan Marissa. Sabar jelah. Selalunya kiterang kalau time makan, makan je sama2 sbb dia leh jer duk diam2 kat baby chair, tapi hari tuh, duk kat baby chair pun dia takmo. Sajelah tu nak kasi hadiah kat mak bapak dia lah tuh agaknya.

Tapi yg sebenarnya, kenapa Marissa meragam hari tu adalah kerana gigi atas dia nak tumbuh. Dia tak selesa lah tuh. Baby lain dah berderet dah gigi, anak aku baru dua batang kat bawah.

Amacam sedap tak masakan saya?

Sambil tersenyum si isteri menjawab..

"sedap.. kalau begitu selalu2 lah memasak yer!"

Memandangkan mood Marissa pun tak berapa nak elok pada hari itu, maka selepas makan, kami pun pulang, agenda lain tidak dapat diteruskan. Huhu. Takpe2..  will continue at next celebration... oye.

Sebelum pulang marilah kita amik gambar anak beranak.

tgk lah marissa tuh.. start dah..





Sekian, ini saje kisah semasa hari anniversary kami yg ke-4 pada 7 Julai baru2 ini.. 
  
Hadiah anniversary?? cam biasalah... cam taun2 sudah gak..

Thursday, July 7, 2011

Sudah 4 Tahun. Alhamdulillah Kami Bahagia.

Eh terkojut pulak. Bukak2 blog ada entry ini pulak. Rupa2nya asben yg update di kala aku sedang tido malam tadi kot. Nak jugak tu wat seperais. Biasalah kami laki bini memang berlumba2 kalau bab2 seprais ni. Aku baru nak update pasal anniversary yg ke-4 ini, asben dah update dulu, oklah tu, tak yah aku susah2.  Apapun, thanks so much for the entry yer sayang...

So, tak nak cakap panjang lebar, takde madah2 cinta yg romentik dicopy paste, cuma aku nak panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Taala yg mengurniakan aku seorang suami yg baik dan menyayangi aku seadanya dan aku berdoa supaya kebahagiaan ini kekal di dunia dan akhirat. Tiada apa yg aku perlukan selain keredhaan dari suami.

Alhamdulliah, sudah 4 tahun usia perkahwinan kami. Semakin bertambah usia ikatan ini, semakin kami rasakan yg kami saling memerlukan satu sama lain dan segala ujian yg datang memantapkan lagi kasih sayang kami.

Kepada my darling asben... i know u love me so much... and u know i love u so much tooo.. selamat ulangtahun perkahwinan kita yg ke-4. Thanks for everything and I'm so happy with u sayang!!  :)

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Kita Sayang 070707


i luv u so much 
from hubby




Wednesday, June 29, 2011

Nak Jugak Ber Wordless Wednesday

Ni gara2 tak tau nak update ape.. kita wordless jelah...  wordless mendenye?? Ni pun dah 17 words dah.

Tuesday, June 28, 2011

Satu Tahun Satu Bulan

Dah 2 bulan skip update pasal perkembangan dia, so update bulan ni jelah. Apa progres Marissa sempena mencapai usia setahun sebulan ini? Utk ingatan diri sendiri ajer yer.. idaklah tuk banding2 kan ngan anak2 yg lain pulak yo.. yg pasti setiap anak adalah unik, tak sumer sama.

 

  • Belum pandai berjalan dengan sendiri lagi. Mesti nak berpaut. Tapi kalau ada org pegang dia, berlari pun boleh.  Takpe no hurry ye sayang.. kang kalau dah pandai jalan kang harus aku rasa jauh dengan dia, sbb mesti dia nak lepas dan bebas.
  • Merangkak aku rasa dia skip kot.. takat tonggeng2 bontot tu adalah.. pastu dia duduk balik.. tak pernah lagi aku nampak dia merangkak.. rugi lah aku tak dapat tgk anak merangkak.. tau2 dah nak berjalan.
  • Perkataan yg clear dia sebut adalah mama, kakak, nanny, nenek, buah, cat, buku n a few words lagi lah. Tapi tak berapa pandai sebut ayah, kadang2 jadi yaya.. oklah tu..
  • Duduk dah steady dah, tapi berdiri tanpa bantuan belum berapa steady lagi. Mesti dia nak tgk ada org kat sekeliling dia, kalau tak dia gayat sikit nak berdiri sorang. Sgt berhati2 lah kononnya. Ke kurang konfiden? hehe.


  • Gigi adalah baru tumbuh 2 batang belah bawah. Yang lain2 belum nampak bayang lagi.
  • Walaupun gigi baru byk itu, tapi makan serupa org yg dah banyak gigi. Apa yg kita makan dia pun nak jugak. Tapi takde lah sumernya pun aku sua kat dia. Cuba tuk jaga pemakanan dia, tak nak kasi dia kenal ngan jajan2 or makanan ringan.
  • Nasi dia kengkadang aku blender, kengkadang aku kepal2 kan jer. Tapi dia lebih suka kalau tak blender. Feeling dah besar lah tuh.
  • Yang tak tahan tuh sekarang ni, kalau kita kasi makanan pakai dia punya pinggan mangkuk, mesti dia geleng kepala siap2, pantang betul dia nampak mangkuk ngan sudu pink dia tuh, terpaksalah aku tuang kat dalam pinggan yg sama kiterang guna. Baru dia nak makan. Padan muka kena tipu.
  • Byk gak perangai budak ini. Tak leh pisah ngan teddy pink dia nie. Cer kalau aku amik, berusaha dia dapatkannya balik. Pergi mana2 kena hangkut ini teddy pink, kalau tidak konpom dia tak leh tido punya. Dulu tiap minggu aku basuh, sekarang ni 2 minggu sekali lah aku basuh, sbb takut lunyai cpt pulak. Tu pun kengkadang belum smpt kering terpaksa kasi gak kat dia. 
  • Dah tau harta benda sendiri. Org tak leh main amik jer barang dia. Contoh dia punya baju, mainan, buku dll. Pandai mintak balik.
  • Suka perasan. Biasalah gigirl kan. Pantang kita kata comel sikit, cantik sikit, mula sipu2. Pastu siap2 pegang baju. Nak sikat rambut pun kena dpn cermin. 
  • Sudah ada perasaan jugak. Pantang tinggi suara sikit mula lah cebik, mula lah teriak. Mula dah nak merajuk2. Tapi dia ingat dia jer leh merajuk, mama dia pun leh merajuk gak. Mana taknya, kengkadang tu suka2 hati jer dia tampar muka kita. Apa lagi merajuk lah mama dia, tapi pandai gak budak ni pujuk... dia pegang balik pipi kita, ataupun kadang dia kiss pipi. Terus syg balik sama dia.
  • Sebelum tido kena bacakan buku kat dia. Pastu baca Surah Fatihah, ayah kursi dan doa2... so, dia tau tu time tido lah tuh. Tepuk2 sikit dia pun tido. Tido malam memang senang. Takde ganggu mak pak dia. Tido sampai ke pagi. Subuh2 nanti baru bangkit nak susu.
  • Kalau dengar azan berkumandang, otomatik tangan dia letak kat mulut. Tanda suruh diam.. syyhhhh..
  • Suka attention lebih.. memang tak leh lah nak wat tak tau kat dia. Pantang dia kalau aku duk tercongok kat dpn pc nie. Time tido pun dia leh spot cek, dia bukak mata sikit, bila tgk org takde kat sebelah terus meniarap sambil merengek. Datang balik kat dia, dia sambung tido.

  • Manja, frenly, ceria. Dah pandai flying kiss.
  • Mula2 jer cam jual mahal sikit, tapi lama2 dia ok ngan org lain. Nak kata tak takut org pun tak, takut org pun tak. Kena gaya, letih lah org nak melayan.
  • Buang air besar pun sekarang ni konsisten lah jugak. Tapi hangen jer aku timenya adalah selepas mandi. Selalunya tengah hari.  Elok dah wangi2 time tulah dia membuang. Jarang dia membuang di waktu malam.
  • Suka sgt tanggalkan pelekat pampers bila time kita siapkan dia lepas mandi. Tapi kalau time nak mandikan dia, kita suh tanggalkan pampers takmo pulak dia.
  • Budak yg kuat berpeluh. Dalam aircond pun leh peluh2. Snow white sgt lah kononnya tuh.
  • Oh lupa pulak.. update berat dia.. berat dia adalah lebih kurang 9kg sekarang nie. Timbang masa gi injection hari tuh. Tinggi aku tak pasti. Tak pernah ukur pulak.

Cukup lah ni kot.. apapun tak kisah lah apa pun, lambat itu ker, cpt ini ker, yg penting mama harap Marissa membesar dengan sihat dan sempurna dengan sepenuh kasih sayang yg ayah dan mama curahkan. Mama harap dapat besarkan Marissa sebaik mungkin dan menjadi insan yg berjaya di dunia dan akhirat.

Monday, June 27, 2011

Good Night My Dear Baby


Gaya tido feberet my anak dara. Kaki tu mesti nak split. Ingat nak update blog jap, tapi bila dia dah tido, aku pun nak tido sama. Tomorrow Marissa turns to 1 year n 1 month old. Cptnya besar baby mama ni. Love u baby.

Friday, June 24, 2011

Baca Majalah Lah Pulak


Geram pulak aku tgk jari jemari dia ni. Elok pulak dia selak selai2 majalah tuh. Hai lah anak mama ni harap2 sampai besar lah Marissa suka ngan buku yer. Marissa ni memang suka ngan buku2 compared dengan mainan2. Buku2 dia jer dah sebakul.

Kalau nak leka kan dia atau takmo dia ganggu aku blogging wat keje, aku tabur jer buku kat atas katil.  Pastu pandai lah dia nak layan diri dia. Tapi kan, dia memang pantang kalau aku duk kat dpn meja komputer nie, menjeles jer dia pastu mula lah dia huk hek huk hek.. bila kita gi kat dia elok pulak dia diam or main sendiri2. Memanglah jenis nak attention lebih.  Hai lah anak.