Tuesday, February 2, 2010

Inilah Aktiviti Yang Paling Syok Sekali

Memandangkan tak dapat naik cable car pada hari tersebut. Maka kami menukar destinasi ke Pantai Tanjung Rhu. Sebenarnya asben aku lah beria nak ke sana. Katanya nak mengimbau kenangan 14 tahun lepas. Sesuatu ok. Mcm lah aku tak tau 14 thn lepas dia pergi ngan sape. Takpe aku pun ada gak kenangan kat Langkawi 12 thn lepas. Ok lupakan kisah lama. Yang lama biarkan ia menjadi sejarah sahaja.


Ni bukan kat Tanjung Rhu. Tapi aku lupa pulak apa nama pantai nie

Mula2 takdelah plan nak island hopping, naik bot sumer. Almaklumlah, situasi aku cam tak berapa sesuai tuk naik bot kan. Teringat pulak peristiwa masa naik bot masa kat sini dulu. Fuh rasa mcm menyerah nyawa di lautan.

Tapi bila dah sampai ke sana tetiba plan bertukar pulak. Lagipun org yg menguruskan pasal island hoping tu pun meyakinkan kami. Pastu dapat pulak pakej yg menarik sekali. Kami chartered 1 bot utk kami berempat sahaja. RM200 utk island hopping dan mangrove tour. Amik masa dekat 4 jam jugak lah.

Pantai Tanjung Rhu

Pasir putih tepi pantai.. awan pulak kemain biru. laut pun biru.. memang cantik



Menuju ke bot yg sedia menunggu




Seronoknya dapat naik bot

Kiterang memang dah pesan kat brother yg bawak bot tu, supaya tak bawak bot laju2. Yelah takmolah sampai nak langgar2 ombak sampai melambung2, membahayakan aku dan kandungan. Brother tu pun bwk smooth jer.. alah cam naik komuter jelah rasanya.

Adalah round beberapa pulau berhampiran. Tapi pulau yg paling aku ingat ialah Pulau Dangli. Cantik pulaunya. Air pun jernih. Ikutkan hati mau saje terjun wat snorkeling. Tapi masih sedar diri. Jgn over2 yer mak buyung.

cantik

Tapi takpe tak dapat snorkeling pun takpe, sbb dari atas bot nampak jer ikan2 berenang2 dan coral di dasar laut. Kami juga berhenti beberapa minit di Pulau Dangli ini utk memberikan ikan2 makan.

Ikan2 sedang makan

Sebelum naik bot tu, sebenarnya kami telah dibekalkan 2 bungkus keropok oleh org yg menguruskan island hopping itu utk fish feeding. Kira pakej sekali lah.

fish feeding

Tapi kan sungguh kelakar, sambil kasi ikan makan sambil suap keropok tu kat mulut masing2. Yelah kiterang pun lapar gak kan.

Husband jugak tidak melepaskan peluang utk mengemudikan bot sendiri.

ceceh.. mcm teror

Oklah adalah gaya sikit


Pasnie boleh lah wat part time bawak bot. Hehehe.

Tetapi inilah pemandu bot yg sebenar

u jump..i jump.. versi duduk

bestnya.. cam kita pulak yg hanimuning


padahal mereka

Selepas itu, kami dibawa ke sangkar ternakan ikan. Kat sana jugak ada Restoran terapung. Memang makan ikan atau makanan laut yg fresh lah. Pilih saje dari dalam sangkar. Macam2 ikan ada. Udang ada, sotong ada. Sumernya besar2 belaka.
Tgh tgk ikan pari yg besar



Memang besar ok.. memang takdelah aku nak makan ikan pari


Kat atas restoran terapung


nak pilih2 ikan

Kami pun tak nak lepaskan peluang tuk mencuba makanan segar di restoran itu. Lagipun perut pun dah super duper lapar dah. Menu kami pada hari itu ialah Ikan bawal masak stim (ikan pilih sendiri) dan tomyam campur. Fuh teringat2 aku kelazatan makanan tu sampai sekarang nie. Memang berbaloi2. Utk ikan setiap 100g berat adalah dikenakan RM10, kalau ikan ko sekilo, maknanya RM100 lah kena bayar.

Ikan stim yg dah dicuit. Dah separuh jalan makan baru tingat nak amik gambar.


tomyam campur yg byk isinya

Tomyam ni memang marbeles, aku sampai sekarang masih terkecur air liur tgk tomyam nie.


memang tak terkata apa dah. sgt2 sedap

Mungkin kerana kami ni org tempatan, kami tidak dicas dengan harga yg tinggi. Tak sampai seratus pun tuk kami makan berempat.

Sbb apa aku cakap camtuh. Adalah sepasang pasangan Arab nie, baru kawen kot, tgk inai penuh di jari dan tangan. Dorang makan berdua. Tak nampak lah apa menu yg derang makan tapi nampak lah ada seekor udang yg besar giler kat atas meja derang. Nak tau derang kena byr berapa? Tak salah aku adalah dalam RM250.. giler lah makan 2 org jer tapi sampai beratus2 gituh. Tapi yg bagusnya derang byr byk tu pun tanpa perasaan jer. Maklumlah org Arab kan.. duit berkepok2. Dah lah sewa bot satu tu tuk dorang berdua jer. Memang kaya lah org Arab nie.

Selepas makan kami teruskan penjelajahan kami. Mangrove tour pulak. Next entry yer.

Nak Naik Cable Car.. Tapi..

Akhirnya sampai juga kami ke Oriental village nie. Kat sini lah tempatnya utk menaiki kereta kabel ke Gunung Machinchang (spelling ni baru betul). Dari pantai Cenang adalah mengambil perjalanan lebih kurang 30-40 minit sahaja.



Tetapi adalah hampa kerana pada masa kami sampai kat sana, kereta kabel ditutup buat sementara waktu kerana cuaca berangin kuat. Kete kabel ni memang sensitip sikit, asal cuaca berangin jer derang akan tutup operasi. Kalau lah time sebelum tu ok, dan korang memang dah ada kat dalam cable car tu, pastu tetiba cuaca berangin, maka dengan otomatik kereta akan terbehenti begitu sajer dia atas gunung tu. Mak aii.. gayatnye... So, utk tidak menanggung risiko, cable car hanya akan dibuka pada cuaca baik sahaja.

Takpe sementara nak menunggu cable car beroperasi semula kami just jalan2 jelah kat sekitar park tu. Nasib baik lah ada mcm2 benda lain gak yg boleh dibuat di sana. Takdelah rasa frust sgt menunggu.


Bergambar dan bergedik bersama pasangan

terkujut aku.. tetiba pulak nak kiss2 kat tempat open begitu.. tapi takpe wat lah selalu


sorang di sini dan sorang di sinun


pasangan yg baru kawen



tempat membeli tiket - lengang sbb operasi ditutup sementara waktu


memberi ikan2 makan


memberi itik2 makan

Sampai habislah bekalan roti yg aku bawak tuk aku. Aku memang spare jer makanan kat dalam beg aku tuh, takut baby lapar kan. So, sebelum waktu makan ada lah benda2 yg boleh aku kunyah2. Tapi takpe roti2 tu aku kongsi jer dengan ikan2 dan itik2 tuh.

Amboi roti dah abis kemain korang blah yer..


main2 ngan rabbit
bagi rusa makan (eh rusa ker? ntahlah..apa2 jelah)

aii.. dgn ni pun nak kiss gak


mesra

ooo my husband memang pencinta haiwan. Kasi jelah apa2 binatang kat dia, memang laju jer dia nak membelai.

Adalah beberapa jam lah jugak kami spent kat sana. Dengan harapan cable car akan beroperasi semula. Tapi setelah puas menunggu kami masih diberitahu yg perkhidmatan kereta kabel masih tergendala dan diminta utk datang semula di lain waktu. Dan mereka juga menasihati kami supaya menelefon terlebih dahulu sebelum datang bagi mengelakkan kehampaan.

Memang hampalah. Jauh2 datang tak dpt naik pulak. Padahal dalam hati lega jugak tak dapat naik, sbb ada gak rasa gayat tu. So, plan nak naik cable car ditunda ke keesokannya.

Aktiviti Seterusnya...

Hari ketiga.. hari yg penuh dgn aktiviti2..

Pagi2 dah bangun. Semangat betul nak naik Langkawi Cable car. Tapi sebelum tu tersinggah pulak dekat Petronas Quay nie. Sbb nampak pemandangan mcm cantik jer kat situ. Kalau nak ke tempat Cable car tu mesti lalu punya kat kawasan ni.



Tempat kapal & bot berlabuh




tgk bot tingin lah pulak nak naik.. tunggu..






Nampak tak kat puncak gunung tu?

Kami nak naik kete kabel ke puncak gunung tulah. Gunung Mat Cincang tak salah aku. Boleh tahan tinggi gak. Teruja ada, gayat pun ada gak. Memang dari dulu lagi aku memang teringin nak sampai kat atas puncak tuh.

Adakah kami sampai juga ke puncak gunung itu?

Ke Dataran Helang

Kalau dah ke Langkawi rasa tak sah kalau tak pergi ke Dataran Lang. Walaupun takde apa2 lah kat sana, melainkan ko dapat tgk replika helang yg besar dan mendapat penat kerana berjalan di bawah panas terik matahari. Ingat gi petang2, redup lah sikit tapi takde maknanya. Fuh, Langkawi is very hot u know..

Tapi takpe dah alang2 berjalan, biar lah sampai penat camne pun.



Dataran Lang




Helang di atas Batu Kawi
Itulah asal-usul Langkawi yer.



aku kena paksa amik gambar camni sbb ramai org amik gambar camni

Kejam laki aku tau, suh aku amik gambar camnie, dah lah kena angkat kaki sebelah pulak tuh, adoi seksa tau, dah lah aku ni semakin memberat. Mujur tak tumbang. Masih boleh balance kan badan.




Sejarah mengenai Dataran Lang

Sejarah kami di sana (sejarah lah sgt)


Dah abis penat2 jalan kat situ, kami singgah kat Kompleks free duty kat jeti tu. Pastu terus balik resort, mandi2 dan rehat2. Pastu malam dalam kul 10 kiterang kuar balik. Jalan2 kat sepanjang jalan kat tepi pantai, sepanjang jalan tu byk gerai2. Ala2 cam kat Batu Feringgi pun ia jugak.

Yang paling byk dijual (nyaris nak beli satu..opps tipu)

teringin nak beli baju kat sini, tapi apakan daya takde yg muat buat masa ini

selipar yg very the colorful

Memang hari tu memang jalan2 cari penat jelah. Esoknya, ada macam2 aktiviti lagi yg nak dilakukan lagi. Jadi, balik resort jer terus tido.