Thursday, July 30, 2009

Jenjalan di Waktu Malam

Lepas check-in, kemas2 barang kat bilik, pastu keluar balik. Sajer jer nak jalan2 sekitar hotel. Jalan kaki sajer. Kete tinggal jer kat hotel. Saje nak biasakan ngan kawasan tu. Sambil2 tu nak amik angin sepanjang sungai Sarawak tuh. Yelah kalau jalan siang2 kan panas, so better jalan malam2. Walaupun dah tengah malam tu bukan ada org sangat pun. Ada pun org sibuk tgh wat persiapan wat khemah lah, wat stage lah tuk event2 besar yg bakal diadakan.

Malam tu jalan2 sampai ke kawasan sunyi sepi. Sebenarnya nak cari padang merdeka tempat budak2 AF punya konsert tuh tapi tersesat pulak tah sampai mana2 tah. Sampai kat satu kawasan tu gelap jer. Pastu aku ajak asben aku patah balik, takut nanti kena pau ker ragut ker, tak ker naya. Rupa2nya kiterang jalan kaki sampai ke kawasan tanah perkuburan. Patutlah sunyi sepi.

Ini adalah Sarawak Legislative Asssembly Complex yg dirasmikan oleh yg Di Pertuan Agong Sultan Sultan Mizan (time aku amik gambar ni belum rasmi lah)


Kapal yg dihiasi ngan kain kuning tuk para jemputan di raja rasanya


Tak nampak kan? ok aku tulis balik
Perarakan Kapal Berhias 2009
Bersempena dengan Perasmian Bangunan Dewan Negeri Sarawak
Dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja yg ke-208
pada 27 Julai 2009


Time kiterang ronda2 tu, para pekerja tgh sibuk bertungkus-lumus menyediakan pentas dan khemah2 di sepanjang Sungai.

Nilah pentas tuk konsert Re-union Akademi Fantasia di Padang Merdeka. Time kiterang sampai derang dah abis rehearsal dah. Tgh testing2 lighting jer.


Ni tak salah aku Jalan Masjid India, tapi aku pun musykil pesal pulak tulisan cina yer? atau aku yg tersilap? Apa2 jelah

Penat berjalan2 tanpa tujuan kami balik semula ke hotel. Lepak2 dulu kat lobi hotel, sambil tengok org kuar masuk. Especially artis.


amik nafas jap selepas sejam berjalan kaki


"jeling kat sape tu?"

Pastu bila rasa2 dah boring kami pun naik ke bilik. Ada sesuatu yg lebih menarik tuk dilakukan di dalam bilik. Wah. Jangan fikir lebih2 yer.

Apa lagi update blog lah...

Pastu berendam ngan air panas dan mandi buih. Oooh alangkahnya nikmatnya....Pastu tido lah.. badan sudah penat.. zzzzzzzzzzZZZZZ

Wednesday, July 29, 2009

Riverside Majestic Hotel

Juga dikenali sebagai Crowne Plaza Hotel. Tapi tu nama lamalah. Terletak betul2 kat tepi sungai ataupun dikenali Waterfront di bandar Kuching. Dari airport hanya lebih kurang 30 minit sajer.

Utk 2 malam pertama kami memilih utk stay di Riverside. Tak sangka pulak time tu ramai pulak artis ngan org tv3 pun menetap kat sana. Maklumlah time aku datang tu macam2 event yg ada kat Bandar Kuching.

Sampai2 pihak hotel kata bilik adalah penuh. Apakah? Aku book sikit punya awal. Tapi mungkin kami check-in agak lewat, dan mungkin bilik kami telah diberikan kepada artis2 or org2 tv3 kot. Tapi mana boleh kan? Dah tentu aku dah book awal.

Tapi bagus jugak, oleh kerana bilik biasa sudah penuh maka pihak hotel memberi kami up-grade room. Wah.. i loike it so much. Bilik di level executive di tingkat 17. Org hotel yg bawakan barang kami tu siap ckp yg bilik kami tu nice room with the nice view.


Tempat beradu
Sejadah, iron, sumer dah tersedia. Tak yah nak call2 mintak.

View malam dari bilik hotel

View malam dari bilik hotel menghadap sungai

Bilik kami di tingkat 17


Kat dalam bilik tu ada cam satu bilik. Bilik utk mentenet.

Tapi kami lebih prefer menggunakan broadband kami saje

View waktu siang pulak. Belah belakang.

Bilik ni best. Boleh pusing2 keliling tgk view.


Masa breakfast. Sibuk perhati artis. Aku pun feeling artis sekali lah. Haha

Bas tulah org2 tv3 ngan artis naik. Bas tu sedang tunggu derang abis breakfast


Antara artis / personaliti yg aku jumpa masa stay kat Riverside ialah, Zakiah Anas, I Nation MC, Amiza Adnan, Kumpulan Hujan, Danny, Azizah Arifin, Nas Ahmad, dan ramai lagi lah. Tapi aku biasalah slow sikit tak reti nama derang sape. Tapi ada gaklah amik kesempatan sikit amik gambar ngan derang. Bolehlah sekadar wat syarat jer. Lagipun byknya aku wat tak tau jer, siap sebelah2 jer masa amik makakan, tapi aku wat dek jer, bila org tu dah jauh barulah perasan "Eh eh tu si polan lah.. "

Gambar gegar Nas Ahmad abang rambut ketak


Dengan Azizah Ariffin - cantik sgt dia

Dengan Danny

Breakfast hari pertama

View dari bilik waktu siang pulak - mengadap sungai

Riverside Majestic dari seberang Sungai Sarawak



Keseluruhannya aku amat berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan dari Riverside Hotel ni. Memang 5 class. Oh, ya rate hotel utk satu malam tak silap aku RM253++.

Ketibaan Kami Disambut Mesra

Sampai jer Airport Kuching kami disambut oleh rakan2 asben yg bertugas di sana. Layanan mereka memang bagus sekali.

Sebelum ke hotel kami dibawa singgah di rmh mereka. Yang paling terharu sekali mereka siapkan hidangan makan malam special tuk kami. Ikan segar dari laut.

Terima kasih buat Edy dan keluarga juga kepada Arfian dan keluarga.

Dah lama mereka tidak bertemu



TV yg super besar kat rmh Edy
Masing2 dah punya anak walaupun nampak muda2 belaka

Kami juga singgah di rmh2 member asben yg berdekatan di situ


Lps makan2 & jumpa2 kami pun menuju ke hotel.
Oh ya, ketika di sana kami menyewa kereta. Mula2 kami dan booking kereta kancil utk disewa, tapi last minute, kereta kancil tu ada masalah, maka tuan kereta telah menggantikan dengan kereta lain pulak.

Kereta yg masih baru lagi
Sewa kereta tidaklah mahal, cuma RM70 sehari. Tapi ni harga kawan2 lah. Sbb org tu rasa guilty kot sbb dah janji nak kasi kancil alih2 kasi honda city pulak. Kalau kancil sewanya RM50 sajer.
Tapi kan kat Sarawak ni susah sikit nak jumpa sign-board lah. Kalau tak reti jalan memang susahlah.
Adakah kami menyewa kereta itu utk selama 5 hari 4 malam di sana?

Kami Dipisahkan

Pukul 4.45ptg dah sampai kat KLIA. Oklah ada masa lebih kurang sejam utk check-in. Flight kami pukul 6.05ptg dan dijangkakan sampai ke Kuching pukul 8.45mlm. Perjalanan tak lama dalam 1 jam 45 minit jer.


Ini sajer beg yg dibawa
KLIA ni penat sikit, sbb kena jalan jauh2 nasib ada benda ni kurang sikit penat. Kalau Air Asia senang jer tak yah nak jalan jauh2. Proses sumer senang jer.
Saat tu aku memang dah hangen dah ngan MAS nie, tu pasal ada jelah yg tak kena di mata aku. Nak tau sebab apa? Ada ke patut seat aku ngan husband aku tak sama. Dengan kata lain kami dipisahkan. How dare u MAS. Aku mana boleh duk sorang2. Nanti tangan sape aku nak pegang time flight nak take-off and landing. Takkan nak pegang tangan org yg tak dikenali pulak. Yer aku memang ngada2.
Tgh buat self check-in tuk dapatkan boarding pass
Time buat nilah, boarding pass aku tak keluar, tertera nama aku ngan husband termasuk dalam waiting list. Aku dah cuak dah. Pesal lak masuk waiting list pulak? Bukankah segalanya dah confirm 3, 4 bulan yg lepas.
So, kami dibantu oleh seorang petugas MAS. Katanya flight penuh. Tiada seat sebelah menyebelah tuk kami berdua. Makanya dapat lah aku tempat duduk bernombor 6E manakala husband mendapat seat bernombor 9F. Nasiblah tak sorang kat kepala sorang kat ekor.
Why? why? why?
Tapi kami pasrah jelah. Maka duduklah kami kat tempat yg ditentukan itu. Aku dapat seat tengah2. Aku pun ternanti2lah sapelah gerangan org yg bakal duduk kat sebelah aku ni. Tak lama pastu adalah seorang jejaka duk terpandang2 seat kat sebelah aku. Yes! pakwe rupanya.
Ada chance ni. Bukan nak nguratlah. Nak tukar tempat duduklah. Nak bersuara tak berani. Aku pun sms lah kat laki aku (time ni flight tak gerak lagi tgh menuggu penumpang ambil tempat) suh dia datang sendiri cakap kat mamat tu mintak tukar. Laki aku pun datang kat tempat aku. "Bang, saya Shahrizal (siap hulur tgn lagi), maaf yer bang, saya nak duduk ngan wife saya (saje jer laki aku nak jatuhkan saham aku) boleh tak kita tukar seat? Seat saya tak jauh selang 2 baris ni jer, tempat sama tepi tingkap". Lebih kurang gitu lah dialognya. Seb baik mamat tu ok sajer. Maka dapatlah kami duduk bersama2.
Kemarahan aku terhadap MAS tak lama pun. Bila dah dapat duk sama aku ok dah. Tambah lagi bila dah dapat makanan lagilah aku tak marah2 dah. Apa taknya makanannya best berbanding maggie jer kalau naik Air Asia. Tetiba nak main banding2 pulakkan aku ni.

presentation yg menarik
Siap ada cokelat lagi.. i loike..
Aku pilih set sate daging dan asben aku pulak amik set nasi beriani. Dihidangkan sekali dengan segelas air oren.
puas hati dah..
Tepat 8.45mlm kami selamat landing di Kuching Airport.



Boeng 737-400 yg membawa kami ke Kuching


Masa tgh tunggu nak amik luggage terjumpa balik mamat yg mula2 duk sebelah aku tuh. Laki aku kan ramah. Maka mereka berbual-bual lah. Rupa2nya mamat tu datang ke Kuching sempena Konsert Re-Union AF yg diadakan di Padang Merdeka. Aku lupa lah nama dia. Adakah mamat itu salah seorang artis AF? Sorilah aku memang dah lama tak mengikuti AF so, memang lah tak kenal langsung pun. Tapikan.. kalau aku tau tu budak AF mau aku tak nak tukar tempat ngan laki aku. Duduk jer ngan dia sampai ke Kuching. Hehehe. Gatal.

Monday, July 27, 2009

Update Secara Cepat

Baru balik dari Cultural Village. Org kata Cultural Village ni a World Class Cultural Paradise. Memang pun kot. Ramai jugak pelancong yg datang walaupun hari ni hari Isnin. Tapi nak masuk tu boleh tahan gak ar mahal dia tuh. Seorang kena bayar RM60. Akan diceritakan dengan lebih lanjut pada next entry yea. Tadi aku masuk Cultural Village bersama ngan anak sultan. Sempoi jer mereka sumer. Tapi polis jangan tak tau sikit punya ramailah.

Eh, lupa pulak nak gitau di mana aku bercuti ni yer? Utk kali ini kami memilih Kuching sebagai destinasi kami. Tapi aku tak gitau pun ada gak yg tinggalkan komen tau aku ke Sarawak kan. Korang memang pandai ar. Kalau ikutkan mau ke Sabah jer lagi, sbb tak puas2 lagi. Tapi takkan 3 thn berturut2 nak ke sana kan. Tapi bila dah sampai sini, rasa tak kesal lah memilih Kuching sebagai destinasi kali ini.

Kebetulan pulak sekarang ni kat Kuching macam2 event sedang dijalankan. Dengan Jom Hebohnya, Persidangan Raja2 lah, Kapal Berhias lah, Konsert Reunion AF lah dan macam2 lagi. Artis memang bersepah2 lah sana sini. Tambah lagi masa aku duk kat Riverside Majestic Hotel.

Semuanya kebetulan saja. Masa aku book flight beberapa bulan lepas aku tak tau pun ada apa2 event pun time ni.

Oklah sekarang ni aku nak gi mandi jap, badan dah melekit dan hitam legam. Jap lagi ada appointment. Nak ber-Ballinese massage jap.. badan sudah lenguh2.. enak jika bermassage-massage-an.

Ini hanyalah update secara pantas sahaja. Nanti aku akan wat entry lebih lanjut lagi setiap tempat yg aku pergi dan apa yg kami buat.


Gambar masa hari kedua.

Memulakan Perjalanan

Masih lagi di dalam percutian ini. Ada masa terluang ni baik aku update blog sikit2. Nanti balik ke KL kurang sikit kerja aku nak mengupdate.

Ni aku start dari mula lah kiranya.

Percutian kali ini kami memilih MAS sebagai penerbangan rasmi kami. Sesekali nak tukar angin gak, asyiknya Air Asia jer kan sebelum ni. Untuk ke KLIA kami memilih utk menaiki ERL sajer. Nak jugak dapatkan pengalaman naik keretapi laju tu. Tiket ke KLIA sehala adalah berharga RM35 seorang.

Apa2 hal gambar di dalam ERL haruslah ada



Ermm sonoknya


Utk sampai ke KLIA adalah hanya mengambil masa lebih kurang 28 minit sahaja daripada KL Sentral.


Suasana di dalam ERL

Betapa selesanya berada di dalam tren ini. Kalau lah train komuter berkeadaan seperti ini, dan laju seperti ini, frequent seperti ini, mesti sumer org kat KL prefer naik public transport jer dari driving. So, takdelah jam di bandaraya.


Tempat meletak bagasi

Kami tak bawak byk beg pun. Hanya sekadar satu luggage, satu beg galas tuk lappy, dan handbag aku. Tapi tak taulah nak balik nanti jadi berapa beg aku nanti. Wait & see.


Tren berlepas lebih kurang waktu di atas

Dan sampai di KLIA lebih kurang waktu di atas.


Oklah nanti aku sambung lagi yer. Aku nak gi breakfast jap. Breakfast sampai kul 10.30 pagi jer. Harus melantak banyak2 time breakfast nie. Sbb di sini adalah susah nak cari makanan. Pas makan nak teruskan ngan aktiviti2 berjalan-jalan. Ingat nak pergi ke Cultural Village nie. Kul sebelas kang ada show. Don't want to miss it.

Nway, selamat bekerja buat korang2 sumer. Eh, hari ni kerja ke? Eh lupa pulak hari ni dah hari Isnin. Maklumlah tgh mode bercuti, hari2 dirasakan hari Ahad sajer.

Friday, July 24, 2009

Dimanakah Kami?

Salah satu dari destinasi di atas

Sempena bulan anniversary


Selamat sampai pukul 7.50ptg.
Daaaaa... mahu berseronok sebentar...