Sunday, April 26, 2009

Letih Sangat Lah Tu!


Hai tido lena nampak? Letih ker? menyangkul lalang tadi?

Takde maknanya ok. Dari padang bola tadi terus balik rmh kami. Sampai rmh terus aku ambil cangkul. Terus aku bersihkan rumput2 yg semaking panjang. Sian aku sorang2 cangkul.

Mana laki aku?

Ermmm.... boleh masa aku amik cangkul dia amik penyapu. Sapu2 porch. Sgt lah menggeramkan hati dan perasaan aku. Ini sudah terbalik dog. Selamba jer dia sapu2 kat luar sambil melihat aku bersusah payah menyangkul tanpa rasa bersalah.

Pastu dia main air. Buat2 basuh porch lar. Padahal tujuan balik rmh adalah utk membersihkan rumput. Yg menggeramkan aku lagi dari dulu mulut aku berbuih suruh basuh, tak dibasuhnya. Time ni pulak lah dia nak basuh.

Bila aku sudah penat, aku akan mengamuk (cea mengamuklah sgt kan??) Aku pun campak cangkul terus masuk rmh terus baring tgk tv. Sajer tunjuk protes.

Pastu baru tau nak pujuk aku. Hehe. Takdelah dia kejam tak tolong aku langsung. Akhirnya dia tolong gak lah. Tapi tinggal sikit je lah sbb aku dah settle kan byk.

Sian laki aku kena dera ngan bini. Dahlah dari semalam tak berehat. Malam minggu hari tu we all balik rmh kul 4 pagi. Ke mana? i story u later2 ok. Pastu siang tadi ajak gi beli barang2 dapur.

Alar kalau dia letih aku pun letih gak aper.. letih menunggu jer kerja..

Asyik Menunggu Jelah Kerja Aku Nie






Aku sekarang ni berada di padang bola dekat kawasan rmh akak aku. Patutnya aku nak balik rmh aku. Cadangannya nak menebas rumput2 kat rmh sbb dah panjang2. Takut nanti pokok rambutan yg aku tanam dulu tak nak naik pulak sbb rumbut dah panjang.

Masalahnya sekarang ni dah dekat pukul 6.00ptg asben aku boleh pulak singgah kat padang bolah ni sbb ada game. Walaupun dia tak main tapi nak gak menyibuk kat sini. Sibuk nak tgk org main.

Dia tak fikir bini dia ni asyik kerja menunggu sajer. Hari tu aku dok tunggu kat workshop. Hari ni duk tunggu kat padang bola. Semalam lagi bagus sepatutnya nak kuar tapi kena tunggu dia abis tgk bola (Selangor vs Kelantan). Citer pasal ni nanti aku story. Byk citer aku minggu ni. Tunggu jelah aku update. Akan aku wat Auto publish byk2 memandangkan minggu lepas pun entry aku pun cam ala2 jer kan. Muntahlah korang tgk gambar2 gedik aku yg banyak pasni. Hehe.

Sekian. Entry ni dipublishkan sewaktu aku kesangapan menunggu di dalam kereta. Terima kasih Celcom Broadband dan laptop kesayangan yg membolehkan aku ber on-line tanpa sepadan dan dapat menghilangkan rasa keboringan yg melanda.

"Yang!!!! cepatlah org nak menyangkul rumput nie!!! Bkn nak duduk melangut kat tepi padang nie!!"

Friday, April 24, 2009

Takde Apapun


Aku sibuk. Tu pasal tak update. Gi blog org lain. Sila datang lagi di lain hari. Terima kasih.

Thursday, April 23, 2009

Idea Please....

Aku sedang memikirkan....





Apakah gift yg bersesuaian? Help me... plsssss.


Nampak Biru










Gambar di atas bukanlah di ambil di studio yg ada latar belakang biru tu.

Kan aku citer aku cam org sewel snap sana sini masa tunggu kete siap masa kat bengkel tu. Actually masa tu dah senja dah. Langit pun dah gelap. Tapi bila aku snap, aku tengok langit nampak biru jer sekaler ngan baju aku.

Aku cam syiok sendiri pulak tengok. Tu aku snap puluh2 kali. Nasib tak kena sound ngan asben, kalau kena sound harus aku simpan terus kamera dalam beg. Pastu aku moncong. Dia tu kadang2 tak tentu, kadang2 tak suka aku amik gambar sebarangan. Kadang2 dia pulak lebih2 suh amik gambar.






Brek Tak Makan

Nasiblah tak tersondol kete org semalam. Tetiba keta asben brek tak makan. Tekan2 brek tapi kereta tak benti pun. Sebaik masa tu we all dah nak dekat sampai rmh. Elok pulak tu time tu betul2 kat depan workshop. Terus anta kete kat workshop itu.

Inilah workshopnya. Ownernya merupakan seorang yg OKU

Cam biasa asben akan turut serta menyibukkan diri


Setelah dikenalpasti punca masalah tersebut, para mekanik sedaya upaya cuba membaiki kereta tersebut. Ada apa ntah yg pecah. Aku tak sure pulak, sbb aku tak menyibuk-nyibuk cam asben turut serta nak bela keta. Aku cuma sibuk amik gambar dan amik gambar. Sungguh lah org lalu lalang kat situ ingat aku ni sewel, kat bengkel pun sibuk nak snappy2.




Nilah dia owner workshop tersebut yg kurang upaya itu. Dia takde kaki sebelah, sbb eksiden 18 thn lalu.

Walaupun kurang upaya tapi dia wat kerja laju dan cekap sajer. Setelah bercerita-cerita rupanya brother tu merupakan member kepada member asben.

Adalah amat lama berada di workshop tersebut. Aku sangat boring. Maka inilah yg terhasil..





Sehingga lah aku tertido dibuai mimpi yg indah.



Takdelah kalau tido sapa pulak yg amik gambar nie? Ternyata aku hanya berlakon sajer. Kalau tido betul2 harus muka aku lagi horror gitu..

Tetapi penantian ku tak berbaloi sbb kereta terpaksa kena admitted kerana ada spare part yg takde stok.

Ces.. penat aku tunggu lelama tau...

Mungkin hari ni kete siap. Seb baik ada dua kereta, kalau tak camne nak gi kerja??

Tuesday, April 21, 2009

Hujan, Ngantuk & Lapar

Selain daripada masalah malas, aku ni sekarang asyik ngantuk jer. Nak kata tak cukup tido, malam tadi kul 9.30 aku dah tido. Dah lah pagi tadi hujan turun ngan lebatnya lagi bertambah sedaplah aku tido. Rasa nak cuti jer. Dah lah asben aku off hari nie.

Tapi aku tak sampai hati nak wat camtuh, nanti akan menyusahkan org2 lain pulak. Lain lah kalau ada betul hal yg tak dapat dielakkan. Lagipun asben aku nak hantar aku sampai ofis.. See baik kan dia, walaupun dia off & dia boleh jer sambung tido sampai ke tengahari tapi dia tatap nak hantar aku gi kerja..yihaaa...

Pastu kan aku bila tgk jer gambar lauk yg aku masak tu, terus rasa lapar.

Cptlah lunch time aku nak gi dating ngan asben.

Kenapalah Aku Malas Sangat Nie?

Malas nak update blog. Boleh? Tapi aku rajin jer jelajah blog org. Hari2 bukak blog aku pastu create new entry, pastu delete. Malam2 pun sama ingat nak update tapi akhirnya aku tertido. Tulah org kata nak menulis perlukan mood2 tertentu.





Nanti bila idea & mood memblog kembali aku update lagi yer.. byeeee....

Monday, April 20, 2009

Menu Hari Ahad Pulak

Sorilah aku rasa aku ni malas nak update blog pulak. Tapi aku rajin masak pulak. Sabtu & Ahad aku masak. Biasanya seminggu sekali sajer tapi minggu ni terlebih rajin pulak.

Apa yg aku masak? Ala masak sempoi2 jer pun. Aku masak udang galah masak lemak cili api. Actually udang ni asben aku bawak balik dari tempat kerja. Dia kata member dia gi memancing, pastu member dia kasi kat dia suh masakkan. Sbb bini dia jauh.


sebelum masak udang tu besar, tapi aku dah togelkan dia jadi kecik..

Nak masak lemak ni takdelah susah sgt pun. Memang lauk paling senanglah. Tapi kalau tak cukup bahan maka jadi rumit sikit lah.

Tu lah masalahnya stok santan kat rmh sudah abis. Aku mintak asben gi kedai tolong belikan tapi dia tertido, malas aku nak kejut dia aku pun gi sendirilah beli. Padahal kedai tu dekat jer ngan rmh aku. Tapi aku malas nak jalan kaki. Aku bwk gak kereta.

Sampai kedai aku tgk takde ruang nak park kereta, sepanjang bahu jalan penuh ngan kereta. Rupa-rupanya ada majlis kawen kat area situ. Haruslah bahu jalan sumer penuh. Aku pun balik ngan hampa tanpa membeli santan.

Aku masih tak puas hati, yelah cam sia2 jer usaha aku nak mendapatkan santan secara solo nya. Aku balik rmh letak kereta. Pastu jalan kaki gi kedai. Pastu balik. Kan senang kalau aku jalan kaki jer awal2. Bengong.


Lauk kedua. Ikan masak sambal. Lauk camni harus ada kat rmh. Laki aku memang suka ikan. Dia kurang suka makan ayam.


Dah tu jelah yg aku nak update. Mesti ada org kata eleh masak itu itu pun nak blog gak ker..

Yelah aku takde mende lain nak update pun... Janji ado kan?

Saturday, April 18, 2009

Menu Hari Sabtu

Dah lama tak masak lauk kegemaran asben. Apa lagi kalau bukan ikan sumbat resipi mak mertua. Rasanya last aku masak lauk ni masa bulan puasa thn lps. Lauk ni memang feberet asben. Nak resipi? Sila lah tgk kat arhive yer.



Ikan sumbat

]'' Tauge goreng

Tu jer yg sempat aku masak hari nie. Walaupun 2 jenis sajer yg aku masak tapi penatnya kemain. Nak masak sambal ikan tu memang memerlukan masa yg agak lama utk menjadikan sambalnya garing.

Tambah lagi dari proses beli ikan, siang ikan, cuci ikan sumer aku wat sendiri. Biasanya nak masak senang jer amik dari peti ais sumer mak aku dah siap siang dah.