Monday, March 23, 2009

Terima Kasih

Buat pengetahuan korang asben dah discharged semalam. Alhamdulillah keadaan dia bertambah baik tapi badan masih lemah2 lagilah. Cuma doktor minta dia berehat byk2 kat rmh. Dia masih bercuti sakit. Next Saturday kena datang wat follow-up.

Anyway me and asben nak ucapkan terima kasih pada korang sumer yg mendoakan dan terima kasih juga kepada rakan2 yg datang melawat. Sesungguhnya rakan2 yg datang menceriakan kami berdua.

see.. my hubby dah leh senyum

with frens

my eldest sister

Apalah yg Nuar joke kan ni yer? yg nyata bukan tutup hidung sbb asben tak mandi lagi ye..


hubby's fren & family


Farid & Reza also came.. tq for the pegaga juice! berkeriut muka nak telan air tu taw..


sister & bro in law


mak aku


mak & adik pompuan aku




hubby's frens

seriusnya? cam doktor nak check patient jer

Mungkin ada gambar rakan2 lain yg aku tak sempat nak amik. Maafkan aku. Apapun kami amat hargai kunjungan korang sumer.

Tak lupa juga terima kasih kepada nurse2 yg comel2 & muda belia yg merawat asben ngan baik sekali. Korang jangan memain lelaki suka tau duk wad nie.. dapat layanan istimewa gitu...takpelah asalkan sihat.
Tgk kiri kanan diapit gitu..

Terima kasih tak terhingga kepada doktor yg merawat juga; Dr. Alan Teh. Doktor ni bagus sgt.. aku rekemen korang amik doktor ni kalau ada pape hal. Doktor ni merupakan pakar darah. Doktor yg baik sekali. I like him. Tetiba nak suka pulak.

Sunday, March 22, 2009

Pindah



Akhirnya dapat gak aku teman asben aku tido sini. Ada bilik single yg kosong. Maka tadi kami pun berpindah bilik. Dengan ini aku tak yah nak ulang alik lagi, duk jer kat spital nie ngan asben aku. Semalam takleh teman sbb dpt bilik 2 bedded. Seb baik kain baju aku memang dah standby kat dalam kereta.

Baguslah layanan misi2 kat sini.

p/s: Sejak aku tak leh nak transfer gambar dari kamera, syok pulak amik gambar pakai webcam nie, nak upload gambar pun senang.

Saturday, March 21, 2009

Sup Ketam

Gambar di hari kedua.

Org kata kalau kena denggi ni elok makan sup ketam. Tapi tak tau lah sejauh mana kebenaran tu. Tapi doktor tak pernah pulak cakap pasal ketam2 ni. Paling kuat pun doktor suh minum air byk2 jer.

Tapi aku wat gaklah sup ketam tu khas tuk laki kesayangan aku nie. Yelah selagi ada yg boleh aku wat, aku watlah.

Pagi tadi aku pun kuarlah mencari ketam. Bila taim nak ketam ni cam susah pulak nak cari. Tapi akhirnya aku berjumpalah jugak dengan ketam2 itu. Tapi ketam tak berapa fresh lah. Bolehlah dari takde.

Gigih aku masak sup ketam. Tapi gambar lupa nak amik. Tapi memang rupa sup lah. Rasa pun rasa sup ketamlah. Hehe.

Lepas siap masak, aku pun siap2 nak gi melawat asben kat wad. Aku gi ngan mak ngan adik pompuan aku.

Selain bekalkan ketam tuk dia, aku gak bawakkan dia nyer shaver. Asben terlupa bawak shaver hari tu. Asben ni aku kalau tak shave sehari dua mau jadi cam banduan terlepas jer nanti.

Berbalik pada sup ketam tu, tadi aku ngan asben makan sama2. Tapi masalahnya sup ketam yg aku bawak aku jer yg bedal lebih. Macam mana tu? Yelah org sakit, apa sangatlah nak makannya kan.. Jadi aku jerlah yg mengopek-ngopek ketam tu sampai licin. Asben hirup sup jer, tapi aku kopek kan gak isi tuk dia. Tapi dia tak makan byk, takut gatal pulak nanti.

Yelah aku pun konpius gak org kata makan sup ketam tu, makan sup jer ker atau boleh makan ketam sekali?

p/s: Thanks to Reza & Farid yg bawakkan jus pegaga ngan hempedu & Neena dan Nuar yg datang melawat.. siap buah tangan lagi.. Semalam Watie & Am pun datang gak melawat siap tumpangkan aku balik sekali.. Pastu kawan2 asben pun ramai gak yg melawat pagi tadi & semalam.. Sori nama sorang2 aku tak berapa ingatlah... Nanti aku wat entri bergambar tentang pelawat2 sekalian. Tapi ada gak time kawan2 datang aku lupa amik gambar.. sori yer kalau gambar korang tak ada. Aku kadang2 terlupa nak amik. Ada pulak time korang datang tu, aku takde kat wad, so takdelah org yg nak menyenap.

Friday, March 20, 2009

Kena Tahan

Wargh.... aku tak tau nak wat pe kat spital nie. Seb baik bawak laptop boleh gak mengurangkan tahap keboringan di sini. Oh ya asben aku akhirnya ditahan di wad (SJMC). Semalam asben wat 2nd blood test, baru dpt detect that he is on dengue. Patutlah lama semacam jer demam dia kali ni. So, pagi tadi bwk asben kat sini terus admitted.

Sedikit sebyk gambar2 di wad. Gambar pakai web cam jer. Sebenarnya aku dah byk amik gambar pakai kamera tapi kabel ngan card reader sumer tak bawak so tak leh nak transfer gmbr, alternatifnya pakai web cam jer.

sian dia.. pestaim kena tahan wad "get well soon syg".


aku layan blog, asben layan tv




kena masuk air



isteri yg sedang risau



Kalau boleh asben nak aku stay kat sini teman dia, tapi aku tak leh stay sampai malam sbb dapat bilik double bedded, paling latest pun sampai kul 9.30pm jer. Kalau single bedded leh lah aku stay. Tapi bilik single sumer full house. Masuk senarai waiting list jer.

Ok korang doakan semoga asben aku cpt2 sembuh dan cepat kuar dari wad ini yer. Thank u to u all :)

Wednesday, March 18, 2009

Goreng Pisang ke Goreng Plastik Nie?

Hari tu aku adalah beli pisang goreng kat tepi jalan kat tempat biasa aku beli nie. Pisang goreng dia & apa2 yg dijual tu memanglah sedap je selama ni.

Biasa kalau aku beli mesti aku mintak kerak lebih. Kerak dia sedap jer buat kunyah2. Tapi semalam masa aku tgh layan makan pisang goreng bersama keraknya itu aku ternampak cam ada serpihan plastik jer kat tepung yg dah jadi kerak tu.

Terus aku teringat yg aku pernah baca dalam paper yg org berniaga goreng2 nie suka letakkan plastik dalam minyak gorengan mereka utk memastikan hasil gorengan adalah rangup dan nampak sedap.

Masa aku baca berita tu kat paper aku rasa cam tak berapa caya jer.. tapi bila semalam aku dah nampak ngan mata kepala aku sendiri, baru aku percaya betul2.

So, korang berhati2lah bila membeli makanan yg goreng2 nie.

p/s: Tapi aku taknaklah wat fitnah kata peniaga tu memang saje letak plastik, ntah2 mungkin plastik tu kebetulan terlekat kat situ ker...

SMS Yg Boleh Mengakibatkan Laki Bini Bergaduh

Hari ni aku gi kerja, tgk asben cam dah ok sikit. Dari semasa ke semasa aku call or sms asben tanya dia dah makan ke belum dah makan ubat ke belum. Yelah risaulah kan tinggal kan dia sengsorang. Takdelah sorang pun family aku adalah kat rmh tu. Mana tak risau dia belum baik lagi. Kejap ok kejap tak.

Baru jap ni aku sms lah kat dia:

Syg, macam mana keadaan syg? Miss U.

Tak lama pastu dia reply:

Sape ni?

Aiiii biar betul laki aku ni bini sendiri pun dah tak kenal?? kata aku dalam hati. Makin teruk ke demam dia niee?? Terus aku call asben aku.

"Syg nape tulis camtu?"

"Tulis apa?"

"Tu msg tu? takkan tak kenal deqna dah?"

"msg apa nie?"

Aku pun citer lah kat asben. Sah bkn dia yg kasi aku msg tu. Abih tu sape?? aku pun ceklah balik kat hp aku kat sapelah yg aku hantar msg tadi tu.

Rupanya aku tersalah tekan satu nombor daaa....

So, korang kalau ternampak ada sms yg mencurigakan kat hp suami or isteri or bf or gf tolong jangan nak mengamuk tak tentu pasal. Tlg selidik terlebih dahulu. Mungkin penghantar itu tersalah nombor mcm kes aku nie.

Aduh.. aku ke yg demam??

Tuesday, March 17, 2009

You Sick, I Sick

Aku terpaksa amik cuti lagi hari ni. Kesian asben aku demam tak kebah lagi. Tadi bwk dia gi buat blood test. Masuk hari ni dah 3 kali aku ulang alik ke klinik. Harap2 takde papelah. Pagi tadi bangkit awal cam biasalah, ingat nak gi kerja, tapi tgk asben aku masih lemah lagi terus aku amik keputusan utk amik cuti lagi. Lagipun hampir sepanjang malam aku berjaga tengok dia. Aku nak jaga dia sebaik mungkin. Dulu masa aku demam gigih dia jaga aku ngan baik sekali.

Update: Alhamdullillah result blood test asben tidak dijangkiti denggi ataupun penyakit nyamuk yg lain..

Monday, March 16, 2009

Happy Birthday

Happy Birthday to you...

Happy Birthday to you...

Happy Birthday to you Ain...

Happy Birthday to you......

Tak kira birthday sesapa pun harus dua kenit ni yg akan meniup lilin

16 Mac adalah birthday Ain yg ke-6


Semalam celebrate secara kecil2lan birthday si Ain ni. Kalau tak buat harus meroyan budak tu. Cerita2 lain menyusul kemudian.

p/s: Sekarang ni aku sibuk menjaga asben aku yg demam. Sian dia demam teruk dari semalam.

Sunday, March 15, 2009

Demam

Kesian asben aku demam. Dia ni bukan jenis selalu demam. Tapi kalau sekali demam, cam aku nak demam sekali. Korang taulah kan lelaki kalau demam camne.

Aku ni bukan boleh kalau org2 yg aku sayang jatuh demam, kalau boleh biar lah aku yg tanggung sekali.

Doktor kata suhu badan dia tinggi gaklah. Badan pun lemah. Harap demam biasa jelah. Takut gak kan sekarang ni mcm2 denggi lah, chikunya lah (wrong spelling), campaklah. Isy harap dijauhkan.

"Get well soon, syg!"

Saturday, March 14, 2009

Menu Hari Sabtu

Cam biasa dalam seminggu atlis aku akan memasak sekali. Tapi minggu ni cam mood malas nak masak. Tak reti nak masak apa. Ni jelah yg aku masak. Bolehlah dari takde. hehe..


Tomyam putih ayam


Sambal telur hancur. Resipi ni aku tiru dari Big Mouth (akak si ceera)


Ikan goreng sajer

nilah dia tukang masak professional

walaupun masak sikit ke byk ker, dapur harus berselerak. Mak aku selalu bising kalau aku masak. Aku bkn apa, aku jenis time masak aku masak jer, takdelah sambil2 tu aku mencuci pinggan2 or barangan yg digunakan. Aku suka bila dah settle masak baru aku start mencuci & mengemas