Friday, July 11, 2008

Gilo Aper?

Motif bergambar cenggini?


Tau lah nak try spec baru kan, tapi tak perlu lah tgh2 malam buta pun.. tak ke sengal kami ni??

Thursday, July 10, 2008

Tetiba Pulak

Pesal font size kat blog aku ni tiba2 jadi besar2? isy musykil aku. Tak syiok lah cam nie. Aku takde ejas apa2 pun tadi. Ke pc aku yg problem? Tadi pc aku hang, pastu aku restart balik, aku bukak blog, tetiba semua jadi cam lain. Nape yer?

Korang tengok cam biasa jer ke atau ada perubahan?.. kalau biasa jer korang abaikan je entry ni, maybe pc aku yg terbiol tiba2. Balik rumah kang aku nak check balik. Kalau still nampak besar2 sure something wrong goes somewhere eh cam ayat mak tiri zoela jer..

Nak Tau Jugak Ker?

Yelah yelah aku gitau lah apa yg aku dapat sempena ulangtahun tu. Korang kan, nak tau sangat, pastu jgn bila aku gitau ni kang korang kata aku sibuk menayang lak, kata aku poyo. Tapi tak kesahlah, peduliklah this is my territory, kalau tak suka boleh bla ok :)

Oh ya, sebelum tu korang ingat tak dulu kemainlah aku ada cakap kan, konon nak celebrate anniversary ngan dinner kat tempat special, tapi kerana mengikut saranan kerajaan supaya ubah cara hidup dan jgn membazir, so, aku decide tak nak lah gi special dinner tu, tambahan pulak aku ni bkn kaki makan pun..cea konon, padahal aku yg tamak, nak sesuatu yg lain :)

Ini adalah pemberian aku yg tak seberapa kepada asben aku. Aku offer dia mintak apa saja. Aku tau dia minat menda2 digital, tapi dia pilih ni sajer utk tidak menyusahkan aku.

Tapi aku pulak yg menyusahkan laki aku untuk memberikan aku ini. Sajer jer aku mintak barang kemas sebab kalau nak mintak barang2 lain, aku rasa aku blh beli sendiri. Tapi kalau aku semata nak beli barang kemas jgn haraplah, sbb aku ni bukan penggemar pun. Tetiba lak datang idea aku nak mintak emas sbb ia sentiasa berharga. Kalau setaun satu, kan aset tu..

Kedua-dua hadiah di atas telah pun dibeli dan dipilih bersama-sama. Takde kejutan2. Ok yg bawah ni pulak yg merupakan pemberian kejutan.


Kad beserta cokelat ni aku saje jer bagi di tengah malam anniversary hari tu. Ala yg aku sorok dalam almari tu..

Yang ni pulak kad dari asben aku, aku baru jer dapat. Rupanya dia tak puas hati sebab aku ada wat kejutan, dia pun nak wat kejutan jugak. Memang aku tak expect pun. Tapi agak2lah kan, aku kasi dia cokelat jer, ni dia siap kasi aku earing sekali... adoi hai... yg sungguh terharu tu, effort dia buat kad ucapan tu, siap dia print lagi gambar yg aku tepek kat blog ni, pastu kad dalam kad tu siap taip lagi, aku kasi dia tulis tangan jer. Kad dalam tu jugak siap dia tampal sebahagian kad jemputan kawen aku dulu.. wah blh tahan sentimental gak lakiku ini. Pastu hadiah yg comel tu pun dia balut sendiri.

Sekian itu sahaja. Anyway, aku nak ucap terima kasih tak terhingga buat suamiku kalau dia bacalah, tapi rasanya tentu dia baca ni. I really appreciate it & lebiu darling.. apapun sebenarnya kebendaan ini sumer tak penting, yg penting kejujuran & keikhlasan masing2. Tapi kalau nak bagi juga i rela terima ngan hati terbuka. :D

Wednesday, July 9, 2008

Work Life Balance

Yo sangat lah balance tu. Kalau setakat sekali sekala gi jogging tu. Takde maknelah nak balance. Tapi dari takde langsung sekali pun oklah kan. Tu kasut aku spt kat kat gambar kat bwh ni, baru 2 kali jer jejak tanah tau, first time dulu time time building. Sebelum tu adalah aku guna masa tgh rajin ke gym dulu, pastu nando dah. Kasut tu pun dulu aku yg merengek lebih mintak dari asben aku sebab konon bila dah ada kasut tu semangat lebih lah.. lagi satu sbb taknak pakai kasut power aku yg tak power tu konon2 seganlah kat gym tu sumer org pakai kasut ada tajuk. Tapi haram lepas ada kasut tu tak jugak semangat aku muncul2. Eh ke laut pulak citer nie....


So, hari tu balik dari wedding tu petang tu aku ajak asben gi jogging kat Taman Tasik Permaisuri. Jogging tu sebenarnya alasan kedua jer tuh, sebenarnya aku teringin nak makan sengkuang tu lagi. Mira adik asben pun nak follow.



Hah, tengok beria aku jogging tau.. asben aku tak larat nak kejar.. cea kononlah.. padahal aku jalan jer lebih, sambil tu makan sengkuang..


Lari sikit stop, lari sikit stop, pantang nampak view cantik jer bergambar.. posing2.. baru jer baju nak basah dek peluh dah kering balik.. aku nye peel memang syg nak lap2 peluh atau kasi peluh kering, sbb aku ni susah nak berpeluh...so, bila dah berpeluh tu kira hebatlah tu konon..

Pastu benti wat eksesais sikit.. tapi byk yg dah rosak lah alat2 kat situ.. tapi overall oklah dapat gak mengeluarkan sedikit peluh. InsyaAllah nanti kalau ada kelapangan nak eksesais lagi..

Hari pun makin, petang, so kami pun nak gerak baliklah.. kalau tak tau gak nak balik tak taulah sebab itik2 ngan angsa2 kat sana tu pun tau nak pulang.. Cau cin cau...



Tuesday, July 8, 2008

Alahai Cucu Nenek

Bila berjumpa ngan nenek, cengginilah perangainya... hai.. cucu sapalah tu?
p/s: Semoga nenek sihat sejahtera hendaknya

Monday, July 7, 2008

Wish

Just received SMS from FIL:

"Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan 07/07... ayah & mama sekeluarga ucapkan semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki disihatkan tubuh badan serta selamat dunia dan akhirat hendaknya".

Terima kasih ayah, mama & mak atas doa restu.

Terima kasih kepada rakan2 semua juga. Sayang korang sumer.. Mmmpphhh.

Syahdu lah Konon

Mana nak start yer. Sebenarnya byk mende nak citer pasal anniversary ni. Maklumlah pestaim kan.

Kan aku ada citer yg hari tu aku kuar gi beli sumting tuk asben aku, yg sebenarya aku tak beli apa pun, cuma sekeping kad dan sekotak coklat ferrero. Kiranya yang ni sebagai kejutan lah kan. Aku plan nak kasi mende2 ni pada tengah malam anniversary kiterang.

So, malam tadi gigihlah aku nak menunggu ke detik 12 malam. Siap sampai tertido-tido lagi. Sebenarnya letih sgt sbb siangnya tu byk sgt program gi weddinglah, pastu gi ziarah nenek asben pastu gi jogginglah citer2 pasal ni akan menyusul kemudian.

5 minit sebelum kul 12 aku terjaga, pastu mulalah cari idea camne nak suh asben aku kuar bilik, sbb aku plan nak letak kad ngan cekelat tu atas katil. Kata nak wat seperais kan.

Aku pun ngan spontan cakap ngan asben aku yg hp aku kat luar (ruang tamulah). Aku mintak dia amikkan konon nak set jam nak bgn pagi esoknya. Asben aku pun ngan lurusnya pergilah keluar.

Akupun ngan sepantas kilat keluarkan kad ngan cekelat yg aku sorok baik punya kat bawah kain kat dalam almari. Pastu aku letak atas katil, pastu aku tutup ngan bantal.

Pastu asben aku pun masuk bilik, cakap hp aku takde pun kat luar tu. Pastu aku cakap dah jumpa dah. Walaupun sebenarnya waktu aku mintak asben aku gi amik, alarm hp aku dah nyanyi gegar2 lagi kat dalam handbag aku asben set reminder, seb baik asben aku tak dengar. kalau tidak kantoi..

Pastu asben aku landing lah. Landing atas bantal tu. Pastu dia rasa cam ada sesuatu. Dia sedikit terkejutlah. Dia pun bukaklah kad tu dan baca kat dpn2 aku gak. He appreciated it.

Aku pulak tah nape emo tak tentu pasal hujan lak. Patutnya happy, tapi aku memang happy pun tapi tah nape aku leh nangis tersedu-sedan pulak ayat tak leh bla. Aku ni kadang2 susah gak nak control perasaan nie, aku leh lak teringat susah payah masa nak kawen dulu. Yang pasti perasaan tu sebenarnya perasaan gembira bercampur sebak di atas kurniaan yg diberikan. Bersyukur ke hadratNya.

Dah lah malas nak taip lagi, aku ni kengkadang emo tak tentu hala, kang sambil taip mata merah jer. Tu belum lagi masa aku tulis kad hari tu, jiwang hingga meruntun perasaan perasaan aku jelah Tulis kad sambil bergenang je mata. Ntah apa2 betul aku nie.

:P pompuan happy nanges, sedih pun nanges..

p/s: Hadiah ulangtahun telah bertukar tangan sehari sebelum anniversary. Me like it so much :D

Mas Kahwin


Aku ada sedikit kemusykilan di sini. Benarkah duit mas kahwin yg kita perolehi daripada suami kita harus dibelanja/digunakan? Atau boleh tak duit tu disimpan sahaja buat kenangan.


Sesuai ker?

One of my colleague commented pasal pakaian lelaki masa gi wedding my officemate's daughter yesterday. Dia kata ramai staff lelaki yg datang wedding tu tak pakai proper. Maksud tak proper kat sini, tak pakai batik or kemeja. Katanya lagi ramai yg pakai t-shirt sahaja. Pada aku normal je tuh. Korang rasa salah ker kalau gi wedding org hanya pakai t-shirt? Maksud aku nice t-shirt lah, takdelah pakai t-shirt yg dah luntur kaler atau pun dah comot2. Perlu ker nak berbatik bagai? Takkan lah nak expect org muda belia nak pakai cam tu. Kalau cam taraf bapak2 org (standard uncle2) tu boleh lah kan..

Aku cakaplah takkan nak pakai official kot, bkn majlis rasmi pun. Pastu dia kat majlis kahwin is majlis rasmi. Pastu dia tanya aku, aku bengang tak kalau org datang wedding aku pakai kasual jerk.. lar nak bengang apa nya suka hati deranglah nak pakai apa pun.. dah dtg tu pun dah cukup baik kan.. lainlah kalau aku wat kat hotel ker, pastu siap bertema bagai, haruslah aku sentap sentap sikit jelah kalau org tak ikut tema, kan..

Tak taulah mungkin majlis semalam tu sebab buat kat dewan kot.. tu yg kena pakai proper kot.. tapi apa masalahnya kalau wat kat dewan pun, bkn wat kat ballroom hotel ke pun. Kalau nak ikutkan masa aku kawen belah asben aku pun wat kat dewan gak, dewan yg ada kelas gak ar ni bkn ayat nak meriak taw, ada air-cond bagai..(according to MIL the best top 10 dewan kat KL nie - tak taulah fakta itu benar ke tidak) takde lak kiterang kesah apa org nak pakai.. nak pakai selipar pun pakailah, yg penting memenuhi jemputan itu wajib. Bkn pakaian menjadi ukuran.

Entahlah, mungkin tu persepsi org yang ado-ado kot kena jaga imej kot..

For ladies, takde masalah kot sbb dah tentu2 gi wedding pakai kurung or kebaya or apa2 pakaian kebangsaan yg lain.. tapi takkan lah had lelaki nak pakai baju melayu di tengah rembang matahari kot.. kang konfuse lah sape yg nak menikah..



Update: Malas nak buat new entry. Just tambah gambar jer kat sini. Lagi pun gambar ada kene ngena ngan majlis di atas.


Kami on d way nak ke kenduri kawen. Lakiku pakai t-shirt jer pun. ada aku kesah?? takde ok... nampak hencem jer pon.. cuba kalau pakai baju batik sure nampak tak hencem hehe

Gambar atas mula2 sekali yelah gambar dewan dari luar. Dewan belia kot, tak ingatlah.. kat Cheras nun.. Bawah gambar dewan lak gambar aku ngan asben, aku tengok takde masalah pun ngan pakaian kami laki bini, sedondon. sebelah gambar dewan tu pulak gambar tetamu tengah beratur nak amik makanan, ramai tul org.. & last sekali tu gambar pelamin.

Akhir kata, selamat pengantin baru kepada pengantin. Oh ye, yg komen pasal baju tak de kene mengena ngan keluarga pengantin, beliau adalah sebahagian daripada jemputan jugak.

Another Year


Another year to create precious memories together.

Another year to discover new things to enjoy about each other.

Another year to build a life rich in love and laughter.

Another year to strengthen a marriage that defines "forever."


Happy Anniversary!

7 July 2008