Showing posts with label Own Perception. Show all posts
Showing posts with label Own Perception. Show all posts

Monday, July 7, 2008

Sesuai ker?

One of my colleague commented pasal pakaian lelaki masa gi wedding my officemate's daughter yesterday. Dia kata ramai staff lelaki yg datang wedding tu tak pakai proper. Maksud tak proper kat sini, tak pakai batik or kemeja. Katanya lagi ramai yg pakai t-shirt sahaja. Pada aku normal je tuh. Korang rasa salah ker kalau gi wedding org hanya pakai t-shirt? Maksud aku nice t-shirt lah, takdelah pakai t-shirt yg dah luntur kaler atau pun dah comot2. Perlu ker nak berbatik bagai? Takkan lah nak expect org muda belia nak pakai cam tu. Kalau cam taraf bapak2 org (standard uncle2) tu boleh lah kan..

Aku cakaplah takkan nak pakai official kot, bkn majlis rasmi pun. Pastu dia kat majlis kahwin is majlis rasmi. Pastu dia tanya aku, aku bengang tak kalau org datang wedding aku pakai kasual jerk.. lar nak bengang apa nya suka hati deranglah nak pakai apa pun.. dah dtg tu pun dah cukup baik kan.. lainlah kalau aku wat kat hotel ker, pastu siap bertema bagai, haruslah aku sentap sentap sikit jelah kalau org tak ikut tema, kan..

Tak taulah mungkin majlis semalam tu sebab buat kat dewan kot.. tu yg kena pakai proper kot.. tapi apa masalahnya kalau wat kat dewan pun, bkn wat kat ballroom hotel ke pun. Kalau nak ikutkan masa aku kawen belah asben aku pun wat kat dewan gak, dewan yg ada kelas gak ar ni bkn ayat nak meriak taw, ada air-cond bagai..(according to MIL the best top 10 dewan kat KL nie - tak taulah fakta itu benar ke tidak) takde lak kiterang kesah apa org nak pakai.. nak pakai selipar pun pakailah, yg penting memenuhi jemputan itu wajib. Bkn pakaian menjadi ukuran.

Entahlah, mungkin tu persepsi org yang ado-ado kot kena jaga imej kot..

For ladies, takde masalah kot sbb dah tentu2 gi wedding pakai kurung or kebaya or apa2 pakaian kebangsaan yg lain.. tapi takkan lah had lelaki nak pakai baju melayu di tengah rembang matahari kot.. kang konfuse lah sape yg nak menikah..



Update: Malas nak buat new entry. Just tambah gambar jer kat sini. Lagi pun gambar ada kene ngena ngan majlis di atas.


Kami on d way nak ke kenduri kawen. Lakiku pakai t-shirt jer pun. ada aku kesah?? takde ok... nampak hencem jer pon.. cuba kalau pakai baju batik sure nampak tak hencem hehe

Gambar atas mula2 sekali yelah gambar dewan dari luar. Dewan belia kot, tak ingatlah.. kat Cheras nun.. Bawah gambar dewan lak gambar aku ngan asben, aku tengok takde masalah pun ngan pakaian kami laki bini, sedondon. sebelah gambar dewan tu pulak gambar tetamu tengah beratur nak amik makanan, ramai tul org.. & last sekali tu gambar pelamin.

Akhir kata, selamat pengantin baru kepada pengantin. Oh ye, yg komen pasal baju tak de kene mengena ngan keluarga pengantin, beliau adalah sebahagian daripada jemputan jugak.