Friday, November 7, 2014

Short Trip Sempena Cuti Deepavali

Bila anak2 dah semakin membesar nie, kemain macam2 dah pandai minta itu ini. Marissa lah, dari hari ke hari "ma.. bila nak cuti2.. lama dah kita tak cuti kat hotel, mandi swimming pool... bla.. bla.. bla... kemain lagi kan.  Maka bersempenaan cuti Deepavali pada 22 Oct hari tu, kami laki bini mengapply lah cuti straight sampai 24 Oct..Selagi anak belum sekolah ni elok gak bawak dorang berjalan taim bukan cuti sekolah kan...

Tak jalan jauh pun, sebab nak jimat masa dan tenaga, sbb motif utama adalah untuk rehat sesaje dan spend quality time with anak2, maka kami decide ke Genting Awana jer. Eh nama baru nya Resort World Hotel.

Kali ni pergi kami melalui Batang Kali, lagi lah terasa dekat sangat. Berapa minit jer dah sampai dah.

Di lobi

Tak taulah sejuk ke tak budak2 tu, dengan dress sleeveless nya... aku malas nak tukarkan dorang baju sbb sebelum kiterang gerak, dorang tengah tido. So, sebelum mood masing2 terganggu kita biar je lah baju apa yg dorang nak pakai. Tapi cuaca time tu memang sejuk lah, sbb masa minggu tu memang musim hujan. 

cutinya 3 hari 2 malam jer, tapi barang yg dibawak cam nak cuti sebulan


happy Marissa

kita wefie dulu kat dalam lift

Resort tempat kami menginap ni memang besar dan luas lah. Ada dua bilik.  Kalau datang ramai2 lagi best lah. Memang mula2 plan dengan our best fren nak holiday sama2 tapi last2 member takleh join sbb tak leh cuti. Tapi takpelah, kami tetap pergi gak, tak boleh tidak, kang Marissa sentap pulak.

2nd bedroom

master bedroom

Bilik pun kemain luas.  Boleh jer bentang toto tido ramai2 kat bawah tu, kalau tak cukup bilik.

pantry

kabus agak tebal pada petang itu


lama kan takde post gambar berduet 

kat living area

kami tetap seperti dulu tau...

layan anak2 main bubbles

Hari tu memang kami lepak kat dalam jer, memang malas nak keluar, makan malam pun tak keluar nasib lah kami ada bawak bekalan makanan. Memang kerjanya makan tido, makan tido je lah.... seronok sgt dapat relax gituh.

Next day tu baru lah keluar dari bilik.  Sebab Marissa actually dari semalamnya dah tak sabar nak main air. Ok layankan ajer. Eh bukan aku yg layan, biarnya ayahnya yg layan. Aku dok tepi je dahlah.




berjakuzi lah korang


Walaupun berendam dari pagi sampai tengahari takdelah rasa berjemur sgt, sbb cuaca fresh jer dan tak panas.


tengok kemain gedik lagi minah ni

Yelah mama paham, cuti pada Marissa adalah mandi swimming pool, agaknya kalau duk kondo/apartment ada swimming pool mesti dia feeling hari2 gi cuti kot.

adik dah kesejukan

Manakala lagi dua beranak tu masih tak abis berendam lagi. Yang si Marissa ni teringin pulak nak main slides tu. Tinggi gak slides tu, kalau aku tak berani kot.

get ready nak turun slides



Marissa dari atas lagi dah siap2 tutup hidung

nak gelak tengok gambar nie


Akhirnya gedebushhhh masuk ke dalam air... walaupun dah tutup hidung segala, air tetap masuk hidung.

Marissa terus serik tak nak naik dah...

Lepas mandi jalan2 sikit kat sekitar hotel, tengok2 ikan dan kura2 kat kolam.



me with anak2

InsyaAllah next time tambah lagi sorang. Lagi lah meriah percutian gamaknya.  Meriah ke huru-hara?? hehe

anak2 happy, mak gembira

Marissa tak nak masuk dalam ini gambar, dia duduk kat tepi tu


Marissa tu memang kalau tetiba time tu dia nak susu, memang tang2 tu jugak mood dia akan berubah...dah besar panjang pun masih bergantung kat susu gak. Makan, makan jugak, tapi susu tetap tak boleh dipisahkan.

Inara pulak ok, dia jenis boleh sabar, takdelah kalau dia nak time2 tu jugak dia nak... dia cool jer..tak sama cam akak dia... Tapi dalam cool2 dia ni leh tahan ganas gak ini budak. Selalu buli kakak dia. Dua karakter yg berbeza, tapi kedua-duanya ni adalah kesayangan kami.  Alhamdulillah.

Oklah nanti sambung lagi. Mood rajin tengah menyerang nie.. tetiba pulak rajin... layankan ajer...

Thursday, November 6, 2014

Anak Ayah Sakit Mata.. Kesian

Ok hari ni cam terajin pulak nak update blog. Husband whatsapp gambar ni. Ni yg aku suka kalau asben tak kerja atau dia jaga budak2 kat rmh, byk gmbr yg dia hantar. Terus hati ni rindu sgt sama mereka semua.

Inara dah beberapa hari diserang sakit mata. Sakit mata yg menyebabkan banyak taik mata. Especially time bangu pagi.. sian dia nak bukak mata pun tak boleh sebab melekat-lekat. Maka hari ini asben bawaklah si adik gi jumpa doktor.  Doktor nasihat kalu sakit mata kerapkan anak mandi. Mungkin sebab panas kot, so utk kurangkan kepanasan kena kerapkan mandi. Pastu doktor kasi ubat titis. Sian anak mama, mata dahlah sepet kena pulak sakit mata lagi lagi bertambah-tambah sepet mata tuh.


selfie anak beranak

over anak2 ku... marissa boleh pulak photo bomb kat situ

Ni gambar masa kat klinik pagi tadi.  Tengok gaya macam kat sekolah jer Inara ni, dengan baju kotak2 dia, sebijik cam budak sekolah tadika.



hai saya kat school nie... eh bukan saya kat klinik ni..

Ok dah tu jer nak update... semoga mata Inara cepat baik yer sayang... luv u.. muah muah muahhh...

Ragam Si Anak

Tengah belek2 gambar yg ada ni. Bila tgk balik rasa kelakar pun ada dengan perangai anak2 nie. Rasa nak letak kat blog lah.. biar dah besar nanti dorang tengok perangai dorang ni camne....

Si Inara ni memang suka sgt main ngan bedak. Pantang nampak botol bedak. Habis ditonggengnya botol bedak tuh. Cam kat gambar bawah nie.. kemain pesta bedak 2 beradik nie.


amboi khusyuk buat kerja tuh.. mau abis sebotol bedak kalau aku tak nampak

apa lagi akak pun turut serta lah..siap main slide2 kat atas tu.. 

dah dia lap2 kat lantai pastu dia sapu kat muka pulak.. 

Bila maknya nampak apa lagi... kena tempik lah memasing....terus jadi camnie...

alololo syian ia kena marah...

si kakak bajet tak bersalah sebab bukan dia yg buat... dia join main jer...

Walaubagaimanapun mereka tak pernah serik.. sampai sekarang ni pun, pantang nampak botol bedak. Whatever lah nak... korang main korang lap yer..

Ni pulak kisah di hari lain pulak. Mari kita saksikan tutorial memakai shawl oleh dua beradik nie.

Si Marissa sibuk nak bershawl.. tapi pakai skirt boleh?

Adik pulak pantang nampak apa yg kakak buat, mesti nak diikutnya.... adik pun tak nak kalah, nak gak pakai shawl, lantas dia pun amik selai shawl mama dia..

adik tengah cuba sedaya upaya

acane ni akak buat nie?

percubaan demi percubaan

tak putus asa


akhirnya... amacam?

boleh lah tu nak oiiii...

Aduhai.. dengan keletah anak2 ni memang buat mulut aku nak sengih jer.... mcm2 peel perangai anak2 nie...

Tuesday, October 21, 2014

Birthday Cucu-Cucu Atuk Jamil

Hai kengkawan... long time no see :P

Blog masih wujud lagi walaupun entry update mungkin sebulan sekali atau mungkin setahun sekali. Hehe. Memang respek lah member2 yg seangkatan dari dulu masih gigih mengupdate blog secara tetap. Hoi ingat senang ke nak update blog.

Ok, hari ni tetiba ada teringin pulak nak update blog. Ceritanya begini, handphone aku kebelakangan ni asiklah ter on- off sendiri. Fedap pulak aku. Pastu bila aku komplen kat member aku, dia kata mungkin hp tu dah penuh sgt, so dia suh aku transfer gambar yg ada kat hp. Haah memang byk sampai beribu raban. Patulah slow mcm siput hp aku nie. Dah transfer gambar baru perasan.. eh eh byknya gambar... so dah alang2 tu marilah kita letakkan gambar2 yg ada kat dalam blog utk kenangan di kemudian hari.

Ok ni gegambar masa pertengahan tahun hari tu. Gambar2 semasa sambutan harijadi cucu-cucu Atuk Jamil. This year, bapa mertuaku teringin nak buat birthday party utk cucu2nya. Maka dikumpulkan segala cucu yg ada utk diraikan walaupun harijadi masing2 berlainan bulan. Ada yg tercepat, ada yg terlewat dan ada yg just nice jer sambutannya.  Tak kisahlah bebudak apa tau, janji memasing ada kek dan ada belon2 dah seronok sgt dah mereka. Cam this year, aku rasa Marissa lah  yg paling byk sambut birthday. Berapa byk kek tah yg dah dipotongnya. Ada aku story kat entry sebelum ni, dan ada gak yg masih dipendam citernya.

Hello Kitty cake

Kek hello kitty ni utk Marissa Qaisara dan Marissa Inarah. Beli satu jer share dua org. Tak yah nak sampai sebijik sorang. Dorang bukan makan sgt pun kek tuh. Kiranya time celebrate ni, Marissa baru jer celeberate birthday dia yg ke-4. Yang si adik Inara pulak, celebrate in advance birthday yg ke -2 tahun walaupun birthdaynya jatuh pada bulan November. Alamak tak lama lagi baru birthday dia yg betul2. Tak yah celebrate lagi aci tak? hahaha..

Yang ni pulak birthday cake for Zhafran yg ke -3 tahun

Yang ni pulak birthday cake Irfan Faris yg ke 1- tahun

Hah kan dah sampai 3 biji kek dah

Tahun nie 4 cucu atuk Jamil and nanny. Next year Insyaallah akan bertambah jadi 6. Murah rezeki atuk and nanny. Kalau ada lagi celebration cam ni tentu lagi mariah nanti.

Budak2 yg tak abis2 sambut birthday

atuk siap buat banner tuk cucu2 kesayangan

siap khemah siap berback drop bagai

Tu sumer atuk yg uruskan. Atuk memang berniat nak buat majlis mcm ni utk cucu-cucunya. Terima kasih atuk :)


Ok time nak potong kek



anak2 yg diraikan bersama ibubapa memasing

jom nyanyi sesama

ok jom potong kek



Marissa, Inarah bersama ayah dan mamanya


adik bukan suka ada benda kat atas kepala dia

isy.. rimas betul lah topi2 party nie

party packs dan cup cakes utk budak2

Marissa dan rebennya

Antara menu yg ada

Terima kasih nanny yg bersusah payah menyediakan makanan pada hari tersebut. Kalau ikut kami nak order catering jer, tapi nanny bertegas gak nak masak sendiri. Thanks nanny.

sosej, salad dan dadih

minah selamba

sumer benda nak buat sendiri. jangan haraplah boleh suapkan dia

letak tisu kat dada dia abis dicabutnya... pastu abis comot dan melekit2

minah control ayu

yg kat belakang tu Amni, cousin Marissa belah aku

kemain sampai kembang2 lubang hidung tuh

peace yo!

Kejap jer dah besar dah anak2 ni. Marissa next year dah masuk 5 tahun. Next year aku start sekolah kan dia. Malas nak start awal2, biar dia enjoy masa kanak2 dia duk dpn tv layan kartun sambil minum susu. Esok dah sekolah dah tak boleh dah nak enjoy camnie. Dari sekarang aku dah start brainwash dia next year dah kena gi sekolah, kena bangun awal pagi dan mandi pagi2. Biar dia bersedia dari sekarang. 

Yang si adik pulak November depan dah nak masuk 2 tahun. Tapi kalau ikut tahun Islam, Awal Muharram hari Sabtu ni dia dah genap 2 tahun dah. Inara kan baby awal muharram. 1 Muharram detik permulaan....masih teringat lagi kenangan bersalinkan dia...tak lama nak tempuh another pengalaman lagi... Insyaallah. Yes, Inara akan naik pangkat next year :P.

Nak citer pasal perkembangan Inara, tapi nantilah update bila dia 2 tahun nanti lah. Tapi Inara memang sgt2 menghiburkan, keletah dan kerenah dia boleh buat aku senyum sorang2 kat ofis...luv all my kids... and their father too :)

Ok sehingga ketemu lagi in next entry... ba.. bai...