Thursday, May 30, 2013

Birthday Marissa Hari Tu

Hari Selasa lepas kan birthday Marissa. Memang takdelah plan nak celebrate ke apa on the day itself sbb plan nak celebrate hari lain. Tapi rasa cam tak syok pulak kalau harijadi dia berlalu camtu jer tanpa ada sepotong kek. Maka ayah Marissa pun beli lah sepotong kek sebagai buat syarat.

Nasib baik jugak lah kami ada beli gak kek tuh, sbb balik2 jer dari kerja si Marissa dah sibuk tanya mana bebeday to u ica.. maksud dia tu kek dengan lilin lah tuh. Nasib baik gaklah kami ada gak belikan dia lilin.

Tak sabar2 dia suh kita nyalakan lilin. Dia excited sgt bila ada kek ngan lilin. Yelah dah 3 tahun kan, kira dah paham lah jugak, dulu masa umur setahun dua masih tak berapa nak paham.

InsyaAllah malam esok baru nak sambut dengan ahli keluarga jer secara kecil-kecilan. Ok kita tengok dulu keterujaan Marissa dengan kek nan sepotongnya itu.

 Marissa happy sangat

 Duk lah dia mengadap kek tuh

Happy birthday to u...

Siap ada lagu tau lilin Marissa tu. Baru pestaim aku jumpa lilin berlagu ni. Apapun suka tengok anak2 gembira.


Tuesday, May 28, 2013

Selamat Harijadi Anakku Sayang

Baru lah sempat nak ngedate belog.  Hari ni tak boleh tidak, kena update gak sbb hari ni 28 Mei merupakan hari lahir permata sulungku Marissa Qaisara. Sudah 3 tahun usia Marissa. 

Alhamdulillah dapat membesarkan Marissa hingga hari ini. Marissa merupakan seorang anak yg baik dan mudah diajar. Budak yg cheeky juga.

Ok kata2 buat Marissa bila dia dah pandai membaca nanti:-

"Marissa sayang, sempena birthday sayang ini mama ucapkan selamat harijadi, mama doakan semoga Marissa membesar dengan sihat dan menjadi anak yg solehah, taat pada ibubapa dan agama. Jangan tinggal solat. Jangan kecik2 jer ye ye solat esok besar tinggal2 pulak... no gud yer sayang.. nanti Allah marah. Kasih sayang mama dengan adik tidak berbelah bagi, macam mana mama sayang Marissa macam tu jgklah mama sayang adik dan begitu lah sebaliknya. So, Marissa jangan nak jeles2 sgt, jgt nak protes2 sgt kalau mama kasi perhatian lebih sikit kat adik, sbb adik tu memang perlukan perhatian yg lebih sbb adik kan baby lagi. Marissa pun kadang2 pun mama layan macam baby jugak kan? Ingat pesan mama. Ingat pesan ayah jugak. Mama, ayah dan adik syg sgt kat Marissa yer. So, be a gud girl, gud daughter, gud sister & gud in everything yer sayang.. once again, luv u so much"

Jom sama2 kita nyanyikan bebeday to u to icah..

Happy birthday to u....
Happy bitthday to u...
Happy birthday to Marisssa...
Happy birthday to u......

Lets tepuk tangan dan potong kek.  Hehe malam ni tak dapat nak celebrate, InsyaAllah kita potong kek hari Jumaat nie. Mama is so busy, sampai tak dapat nak arrange kan birthday party tuk Marissa malam ni... tapi dun worry tatap ada kek for u dear...



Semoga menjadi anak yg solehah

jgn nak gedik sgt

eh mcm mana tak gedik maknya pun sama..hehe

mama & adik sayang kak so much ok...

Tak sabar rasanya nak persembahkan kek istimewa tuk Marissa hari Jumaat nie.... hadiah dah ada dah nie.. hari tu dah dapat in advance birthday present, hari ni ada lagi.. memang sentiasa dapat hadiah jer dari mama dia nie... suka tengok budak2 happy..

Wednesday, May 22, 2013

Apa Kena Lah Utusan Malaysia Ni Sekarang?

Tadi member aku whatsapp aku artikel nie... & aku rasa aku nak share ngan korang gak lah...

Cer korang cek paper hari nie, betul ker??



Can u spot the silly mistake??????



 
Memang patut kot Utusan ditukar menjadi Utusex...wahahahahahaha
 
p/s:  Tetiba rasa semacam pulak nak minum air suam pagi nie...kah kah kah

Tuesday, May 21, 2013

Abaikan Objek Di Belakang Itu

Satu malam tengah melipat kain yg menggunung tinggi si Marissa sibuk suruh aku amik gambar dia. Layankan ajer.
gedik2

buat2 pandang kat tempat lain
kakak dan adik

Masih belum rajin sgt tuk update blog, tapi takat post lite2 camnie boleh lah..belasah ajer... Gambar yg last tu just ignore the object behind yer...hahaha

Monday, May 20, 2013

Beza Selang 6 Bulan

3 babies in da house. Beza umur mereka lebih kurang 6 bulan. Dari kiri baby yg baru berusia 3 hari, inara 6 bulan dan tihani 11 bulan. Seorang anak adik, seorg anak saya dan sorang lagi anak akak.
Meriah.

So, sekarang Inara bukan lagi the youngest, Inara dah jadi kakak.  Bukan saya yg preggy lagi yer..hehehehe.  Apapun tq atas ucapan dari korang sumer.. mana tau kan...rezeki jangan ditolak..hehehe

Friday, May 17, 2013

Bakal Dapat Adik?

Inara bakal jadi kakak. Rasanya dapat adik girl ke adik boy??

dup dap dup dap dup dap..


Wednesday, May 15, 2013

Kisah Si Adik

Orait kali ni nak citer kisah si adik pulak.  Sian adik umur dah setengah tahun tapi mama dia kurang update pasal dia. Yelah dulu semangat blogging tinggi sekarang ni blogging ala kadar jer.

Ok mana nak mula yer.

Inara ni time aku bekerja aku hantar dia rmh babysitter. Bukan tak nak kasi mak jaga, tapi aku kalau boleh tak nak susahkan mak aku. Mak long Marissa pun ada gak offer nak jaga Inara, tapi aku fikir gak dia pun nak jaga anak kecik dia yg super manja tu. Anak akak aku ngan anak aku lahir pada tahun yg sama. Alah yg aku citer kat entry ni. Citer pasal babysitter ni, masa mula2 aku naik kerja aku hantar kat babysitter A. Oklah dia jaga Inara sbb sebelum ni pun babysitter A ni pun pernah kerja Taska dan ada pengalaman uruskan EBM dan dia memang looking forward nak jaga baby girl sbb anak2 dia semua lelaki.

Tapi rezeki Inara ngan dia tak lama sbb tak lama lepas tu, dia disahkan pregnant. Mula2 tu dia kata dia ok takde masalah nak jaga baby sbb dia takde alahan segala, tapi after a few weeks dia cakap ngan aku dia kena alahan teruk, dan tak daya nak jaga baby yg perlukan perhatian sepenuhnya. Ok takpelah, sementara cari babysitter lain aku terpaksalah letak Inara kat rmh mak. Nasib baik gak husband on shift, so kalau dia free tu memang dia jagalah anak2. Dua bulan jugaklah mak aku tolong jagakan Inara.

Hinggalah start awal bulan May lepas Inara aku dah start hantar ke babysitter B. So far, tengok babysitter pun Alhamdulillah ok. Yang babysitter ni pulak looking forward nak jaga baby boy sbb anak dia sumer pompuan, tapi takpelah dapat girl pun tak kisah. Ok dah cukup citer pasal babysitter. Bukan nak citer pasal babysitter sgt pun tapi cuma nak gitau yg Inara tinggal dengan babysitter time aku bekerja. Marissa pulak tinggal dengan nenek dia. Nak hantar sekali ngan adik dia kat babysitter tu dia takmo, dia yg request nak duduk ngan nenek. Yelah budak dah pandai cakap kan.. takpelah duklah ngan nenek leh kawankan nenek. Eh terciter pulak pasal si kakak.

Budak suka senyum

Ok supaya tak boring kita selang selikan dengan gambar2 budak ni yer. Budak yg suka senyum. Budak yg ramah. Ikut perangai apak dia kot. So far, Inara ni bukan budak yg byk perangai. Senang nak dihandle. Cukup susu, badan selesa, dia akan duk layan diri sendiri jer. Takde hal lah nak letak jer dia kat dpn tv sengsorang, takdelah kerja dia asik nak melekat ngan mama dia jer. Tido malam pun senang, dari pantang sampai sekarang dia ikut time mama dia, mama dia tido, dia pun tido, kengkadang aku pun tak tau sape yg tido dulu. Hehehe. Pastu kang sebelum Subuh nanti baru bangun mintak susu. Kengkadang kalau haus tu ada gak dia terjaga awal, tapi tak nangis pun just mulut tu macam tercari2, nasib lah mak dia alert, so just suakan nen kat dia pastu nanti dia tidolah balik.

budak yg suka bermain dengan jari & tangan sendiri

Bermain dengan jari dan tangan adalah salah satu kegemaran si kecil ini. Dengan cara ni lah dia menghiburkan diri sendiri. Letak lah rattles ker apa jenis mainan, kejap je dia pegang pastu kan dia buang, pastu dia main ngan tangan dia balik. Main tangan sendiri lagi bagus kot. Kengkadang tu, kalau rasa nak menyonyot dia hisap lah ibu jari dia.. alalala comey tgk budak hisap ibu jari dia.

ni gambar masa dia baby dulu eh sekarang pun baby lagi

Dulu Inara ni kalau nangis sedap jer bunyi dia. Sopan jer bunyi dia takdelah nyaring atau menjerit2.. ala2 sopan jer nangis. Tapi sekarang nie dia nangis masih sedap lagi, tapi sudah pandai nak jerit2. Aku saspek dia mesti belajar dari kakak dia. Korang taulah Marissa kalau menangis memang saje dibuat2, siap jerit2. Bila dia nangis, adik akan pandang sambil sengih2. Mesti dalam hati adik kata "oo mcm ni cara menangis". Dan sekarang Inara pun pandai berdrama jugak. Kemain lagi nangis jerit2 pastu kang kita datang depan dia, sengih2.

Main tangan lagi

Hah lupa nak citer Inara dah selamat disunatkan masa umur 5 bulan. Masa tu jumpa doktor tuk monthly imunisation dia jer, tup2 kena sunat sekali. Ayah dia lah tetiba tanya pasal sunat kat doktor terus doktor suggest sunatkan sekali. Aku tak ready lagi time tu sebenarnya. Eh anak yg nak sunat mama pulak nak kena ready..hehehe.. Inara yg nak sunat aku yg kecut2 perut. Hehe. padahal takde apa pun.. bukan apa risau kalau anak melalak. Tapi huh..Inara tak menjerit pun.. ala nangis manja jer..tepuk2 sikit diam dah. Mama nya jer yg over.

Inara pakai baju kakak

Kalau perasan baju yg Inara pakai ni sama ngan baju yg Marissa pakai dalam gambar kat side bar nie. Hah ni yg bestnya dapat girl lagi, boleh pakai baju2 kakak. Hehehe. Tapi takdelah aku kejam sumer nak pakai second hand, baju baru haruslah kena beli gak. Barulah adil dan saksama. Lagi adil kalau belikan dua2 orang sekali baju sama. Dah macam twin. Tak dapat anak twin pun takpe pakai baju sama pun dah ala2 twin.

alahai budak sepet

Inara aku dah start kasi dia makan hari Sabtu lepas. Tulah pertama kali dia makan sesuatu yg lain daripada susu ibu. Kejap jer rasa..eh eh dah boleh makan dah anak aku. Pasni jenuh lah aku fikir apa menu tuk anak aku nie. Baby cubes pun aku dah siap2 beli, konon nak buat frozen food dia, tapi tak start lagi, sbb peti ais kat rmh tu pun kosong jer, yg adapun EBM Inara jer. Pasni nak refer blog Mimy lah sbb dulu dia byk share pasal food baby dia.


si mulat

Oh ya Inara dah start meniarap. Start meniarap pun lepas 5 bulan. Sekarang ni pantang atas tilam meniaraplah dia. Tapi dia gigih sikit daripada kakak dia, Marissa dulu kalau meniarap sikit pastu tak lama tu nangis, sbb penat, tapi yg ni, dia leh tahan lama2. Kengkadang aku biar jer sampai aku rasa kesian sgt tgk dia cari jalan nak lepaskan tangan dia yg kena himpit ngan badan. Tapi dia gigih. Dia usaha sampai tangat dia lepas. Gigih cam mak dia. Nak jugak.

Ni lah mak dia

Tengok mak dia pun nak jugak interprem. Hehehe. Nama pun blog aku kan...

see.. masih lagi bermain dengan tangan dia

Ermm apalagi nak update yer... tu je lah kot... eh ada ni baru ingat, Inara belum tindik telinga lagi, tetiba rasa tak sampai hati nak tindikkan dia walaupun kakak dia dulu umur 5 bulan dah bersubang.

Klah, nanti kalau teringat yg lain aku add on jelah kat sini.

Inara Sudah 6 Bulan

Hari ni genap umur Inara 6 bulan. Enam bulan yg lalu 15 Nov. 2012 Inara dilahirkan. How time flies. Ok just a short entry to wish happy 6 months birthday to my lovely daughter, Inara.

These are the latest pic taken last nite.  Actually, nak amik gambar Inara jer, tak perasan pulak yg si kakak pun dok posing kat sana. So, sebagai tidak menghampakan si kakak kita letak lah gambar ini.




Kisah pasal si adik pula akan ku update lepas ni.  Daaaaa...

Tuesday, May 14, 2013

Kisah si Kakak

Marissa tak lama lagi nak masuk tiga tahun dah. Kelaku pun kemain lagi sekarang nie. Kadang2 rasa sayang teramat kat budak ni, kadang2 rasa geram teramat kat budak ni, kadang2 rasa marah teramat kat budak ni. Tulah dia budak yg sedang membesar ni. Memang bermacam2 ragam dan kerenah.

Dalam usia nak masuk tiga tahun ni, Marissa ni masih lagi membawa 'jamban' (read=pakai diapers). Padahal mulut kemain bertih jagung, kiranya dah boleh cakaplah kalau nak terkencing ke apa. Tapi tetap nak pakai pampers gak. Bila kita bukak pampers dia suh buang air, dia akan cakap "Ica tak tau... Ica budak kecik lagi".. yelah kecik lah sgt nak. Lagi makin besar lagi byk pampers digunakan. Yelah kencing pun dah byk, dah tu asik minum susu jer, pampers pun cpt lah penuh.

Sekarang masih minum susu anmum. Tapi dah tukar langkah 4 dah. Pernah gak try tukar susu lain, tapi dia taknak, tetap nak susu anmum gak. Sgt kuat minum susu, sekotak susu yg ada dua paket tu rasanya tahan seminggu jer.. Tapi bila dia kuat susu, makan pun kurang lah. Ikut mood, kalau hari ni dia dah balun makan nasi byk2, confirm 2, 3 hari pastu dia tak nak makan nasi.



Marissa yg gedik

Ooi kalau bab gedik2 ni leh kasilah kat dia. Kalau mood baik, suka posing2. Tak abis2 ngan peace dia. Budak ini jugak blh dikatakan gila gadget. Letak lah segala model hp kat dia, harus di explorenya.  Takat amik gambar2 sendiri tu dari dia kecik dulu dia dah buat dah.. sekarang ni tak menahan, dia leh send pic kat whatsapp. Risau gak kengkadang tu, takut dia whatsapp dengan sapa2 ntah. Tu belum lagi tgk dia berwechat. Aku tak pernah ajar pun. Dah pandai gak buat call kat ayah dia dan pandai gak menjawab phone. Kalau dulu phone ringing dia akan passkan aku, tapi sekarang ni phone berbunyi dia je lah jawab. Geram jer tengok jari halus dia menslide-slide kat phone. Hah lagi satu rajin sgt layan youtube. Cari sendiri ok apa yg dia nak.. time gwiyomi tgh hot dulu, kemain lagi minah ni... siap dia pun ada gak wat gwiyomi versi Marissa.


Comey tak kak ton?

Marissa senang tuk diajar. Cakap sekali InsyaAllah dia akan terus ingat. Bukan kata Marissa jer, budak2 lain pun camtu jugak,  kuasa serapan mereka macam sponge. Ikut jer apa yg di persekitaran mereka. Ikut benda baik takpe.

Sekarang ni kalau tanya dia:

Ica sayang sape?
Sayang Nabi

Ica cinta sape?
Cinta Allah

Ica hormat sape?
Orang tua

Ica kasih sape?
Ibu bapa

Suka sgt tanya soalan ni kat dia...

like father like doter

Marissa ni syg sgt kat adik dia. Boleh harap lah jugak kengkadang tolong pujuk adik kalau adik nangis. Tapi bila adik tak berhenti nangis, senang jer solution dia.. "mama adik nak nenen" tu dia malas nak layan lah tuh.. takpun kang nampak lah dia selak baju dia konon2 nak kasi nenen kat adik. Dalam pada sayang2 kat adik tu, boleh tahan gak berapa kali adik dia kena cakar kat muka. Ni lah peel si Marissa suka mencakar tak tentu pasal, tambah lagi kalau time dia lapar susu.

Marissa ni kalau dah buat salah atau buat kita marah dia akan datang mintak maaf. Dulu sukalah tengok dia mintak2 maaf ni, tapi sekarang ni rasa nak lepuk pun ada. Apa taknya buat salah suka2 hati, pastu suka2 hati mintak maaf, pastu tak sampai dua minit cari pasal lagi pastu minta maaf lagi.. aiyooo sampai ke sudah tak abis mintak maaf... naik letih dibuatnya. Selagi kita tak kata "oklah oklah... marissa takde salah kat mama, mama maafkan ica". Tu pun kena ckp elok2 kat dia cakap sambil polok2 dia, baru dia puas hati.. tapi kalau kita cakap sambil acuh tak acuh, sampai ke sudahlah dia dok mintak2 maaf ni.. daripada tak marah boleh jadi nak marah ok... pastu mula lah dia wat ayat sendu dia.."Ica nak salam mama... ica nak peluk mama"....  adoi kuat drama sgt anak aku nie...

Oklah nak ikutkan byk nak citer pasal si kakak, tapi cukup2 lah dulu wat kali ni. Pasni nak citer kisah si adik pulak. Okbai. Oh ya perkataan 'okbai' ni jugak adalah ayat feberet Marissa.

Monday, May 13, 2013

Kesayanganku

Assalamualaikum kengkawan semua.

Lama sangat tak update about my beloved family kat dalam blog ini. Sbb terlampau byk cerita sampai satu cerita pun tak sempat nak update kat blog.

My two anak dara dah semakin membesar. Marissa nak masuk 3 tahun dah 28 May ni, manakala adiknya Inara pulak dah nak masuk setengah tahun. 15 May ni genap usia dia 6 bulan. Dah boleh kasi makan dah...tentu Inara happy dapat makan. In fact, aku dah start kasi dia makan last Saturday. Alhamdulillah, Inara ekslusif bf hingga 6 bulan. Nanti lah wat entry pasal anak2 lah, dah lama sungguh tak update perkembangan anak2 kat blog ini. Rugi pulak rasa, nanti tengok2 anak dah besar dan hilang terus kenangan2 semasa mereka kecil.

Untuk entry kali ni nak letak gambar2 kesayanganku ini.

Inara sebijik muka ayah dia

 Terserlah ke'cheeky'an Marissa

Ni lah kerja 3 beranak ni bila kat rmh. Tambah lagi time bilamana ayah dorang yg ambil alih jaga anak2 time dia off day.  Alhamdulillah asben boleh diharap utk menjaga anak2. Start dari anak sorang sampai masuk dua nie, memang dia byk membantu. Budak2 pun sgt rapat dengan ayah mereka. Walaupun kengkadang ayah adalah seorang yg penggarang. Hehe.

Ok lah sambung lain kali kalau rajin yer... but before that saya pun nak tumpang sekaki gak..

Inara & mama

Marissa & mama

Love them so much!