Wednesday, May 30, 2012

Sambutan Harijadi Marissa Yang Ke-2

Rasa cam baru jer hari tu sambut birthday Marissa yg pertama tahun lepas. Tup2 dah 2 tahun dah Marissa sekarang nie. Cam tahun lepas jugak tahun ni punya sambutan pun ala kadar dan sederhana sahaja.

Ok kita mulain dengan gambar birthday girl dengan keknya.

teruja dengan angry birdnya

 
cute balloons on the cake

 
kek lagi

Kek bukan lah dari Secret Resipi ke apa, tapi ditempah khas dekat my ofismate yg memang berbakat besar dalam baking membaking nie. Sesape nak tempah leh tempah kat sini. Gerenti tidak menghampakan. Korang request jer nak deco camne. Cam kek Marissa ni aku request dia deco dengan patung2 angry bird sbb Marissa suka angry bird.

the red velvet cake turns to 'kelabu asap' hehe

Aku ni mujur lah tak reti buat2 kek atau apa2 jer yg perlu dibaking, kalau aku reti konpom aku buat sendiri birthday cake utk anak2. Untungkan sape pandai wat kek ni, nanti nak belajar lah jugak. Tapi kalau nak belajar ni kena ada minat, tapi aku tak berapa minat sangat baking2 ni... masak2 aku minatlah...

Marissa is 2

Sambutan hari tu kiterang buat malam, sbb siang tu kan masing2 bekerja, aku ngan asben pun keje cam biasa jer, padahal malam tu nak buat 'party' kat rmh. Makanya, merasalah balik kerja, sampai2 rmh terus duk kat dapur, buat kerja dengan pantas. Lepas Isyak para tetamu dijangka sampai. Kelam kelibut lah jugak.

Tengah prepare food - sila percaya yer

Tak sampai berapa minit everything is served on the table. Tadaaaa.....


macam2 ada


Sila lah jgn percaya, mana lah aku nak sempat nak masak sumer tuh, eh ada gak yg aku masak, aku masak tomyam hokey... tak tipu... hehe.. actually aku just panaskan balik tomyam jer... eh kira masak lah jugak tu kan...padahal sumer makanan adalah siap diorder sehari sebelum hari kejadian. Petang tu kami just amik jer makanan yg dah siap tuh. Selain daripada satay yg dibeli dari Satay station, let's see apa yg ada...


kembong masak stim

udang goreng tepung yg dah macam cekodok pulak rupanya

 
sotong goreng kunyit

 

Siakap sweet sour

sayur campur

 Gambar tomyam campur yg aku masak tidak lah pula diambil oleh asben. Gambar satay ngan kuah kacang pun nan ado. Gambar sambal belacan dan timun pun takdo. Tapi tu je lah kot makanan2 yg dihidangkan malam tuh. Jemputan malam tu adalah dianggarkan dalam 14 org. Ala keluarga terdekat jer pun, my family and asben's family. Alhamdulillah semuanya dapat meluangkan masa. Terima kasih semua.

kerabu mangga



Masa tunggu ketibaan tetamu yg lain

 
kemain Marissa menjemput nanny ngan pak ngah dia masuk dan tak sabar2 nak tunjukkan kek angry bird dia

 
ok sumer dah sampai marilah kita makan dulu

 
sila2 jangan segan2 yer




Bacaan doa oleh atuk Marissa


Lepas baca doa, barulah upacara potong kek.
Marissa to blow the candle

 

setelah berapa kali percubaan barulah lilin tu terpadam. Apetaknya Marissa tiup sangat lah lemah lembut angin pun sepoi2 bahasa jer..

 

Happy birthday Marissa sayang..


eh ayah teruja lebih

 
my in laws family


adik2 ipar & biras

birthday girl yg diraikan

 
dah besar panjang dah

 
Aku wat majlis ni sajer jer nak celebrate anak, sambil tu ingin wat makan2 tuk ahli keluarga, takdelah expect hadiah birthday ker kan... lagipun sumernya pun very last minute, tapi they were kind enough to bring the presents to Marissa. Atuk lagi sempoi, dia kasi duit jer kat Marissa. Apa lagi suka budak kecik tuh, memang dasar mata duitan, suka sgt dengan duit. Tah sape ajar ntah.

marilah kita bukak hadiah2

Doctor set from abah a.k.a pak long & lagi satu dalam box yg dibungkus dengan angry bird wrapper tu adalah helikopter mainan yg comel siap ada lampu2 dengan muzik from Ain & Adam


Ada lagi satu pemberian paklong iaitu sepasang baju, gambar takde lah pulak. Pandai paklong cari present tuk Marissa walaupun mak (mak long) takde. Yang Ain ngan Adam pulak sgt lah susah hati start dari aku jemput dorang datang rmh, susah hati sbb takut tak sempat nak belikan Marissa hadiah. Siang hari tu, masa kat rmh nenek, dorang paksanya ucu dorang bawak dorang keluar utk cari present tuk Marissa. Pastu bila dah balik siap sorok mainan tu daripada Marissa nampak. Mak aku sendiri pun dorang tak kasi tengok. Nak seperais lah kononnya tuh.
 

lepak2


Lepas makan, lepak2 kejap dan masing2 pun beransur pulang. Yelah besoknya hari bekerja kan. Kalau cuti boleh jer lepak sampai pagi.

Org lain dah sibuk nak balik, budak dua org ni yg lebih excited dengan hadiah2 Marissa. Hadiah yg dorang kasi Marissa tu pun dorang yg tak sabar suruh Marissa bukak. Tapi bila dah bukak dorang lah yg tukang main pun. Marissa tau apa sgt lah kan.
sorang doktor dan sorang pesakit

 

To all my family members, terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan memeriahkan majlis sambutan yg serba sederhana ini. Thanks to husband jugak yg rajin tolong kemas rmh sebelum dan selepas majlis. Gigih ayah Marissa tiup belon eh tak tiup pun just pakai pam jer dan gantungkan kat dinding. Belon2 adalah lebihan daripada tahun lepas punya sambutan. Yang paling tak menahan, belon tu kan plain jer, asben siaplah tulis2 dan lukis2 kat belon tu ngan marken pen. Tengoklah hasil kerja ayah Marissa.

 


wahahaha siap ada angry bird lagi


Sesungguhnya tiada apa yg menggembirakan hati ibubapa selain melihat anak2nya gembira. Marissa sgt happy on her big day. Sekali lagi ucapan tuk anakanda tersayang.. Selamat Hari lahir sayang, semoga sentiasa terpelihara olehNya dan membesar dengan sempurna.. ayah dan mama akan sentiasa doakan yg terbaik buat anak2 kami.


Tuesday, May 29, 2012

Marissa Dua Tahun

Semalam birthday Marissa yg ke-2 tahun. Birthday Marissa tahun ni jatuh pada hari Isnin iaitu semalam. Tapi mak dan ayah dia gigih jgk nak celebrate birthday anaknya semalam, tak mau awal atau pun lewat. Ni sumer last minute punya plan. Memang ada plan nak celebrate birthday dia jemput kawan2 sumer, tapi tulah buat masa ni payah sgt nak cari masa yg sesuai. Setiap minggu pun ada jer program.  Org lain birthday anak, beberapa bulan sebelum kemain gigih wat persiapan cam nak terima menantu. Tapi aku, sempoi ajer, malas nak pening kepala, nak penat2 badan, hari Isnin birthday dia, hari Sabtu lepas baru plan nak buat apa. 

Tapi kek aku dah order seminggu awal lah. Mula2 ingatkan just nak potong kek anak beranak jer. Tapi alang2 tu apa salahnya jemput sekali ahli keluarga yg terdekat. Alhamdulillah walaupun last minute je pun menjemput, tapi semua org pun dapat hadirkan diri jugak. Terima kasih kat semua kerana meluangkan masa walaupun hari bekerja semalam.
red velvet cake with angry birds decoration by Anna Alisya 

Menu2 lain

Amacam byk tak menu yg aku masak semalam? Sila jangan percaya, tang mana pulak aku nak memasak byk2 ni sumer, dahlah semalam pun aku bekerja hokey....tapi takpe, bekerja bukanlah halangan pun, nak mudah kita order jelah. Petang Ahad hari tu aku dah siap pergi order makanan kat kedai makan, yg kiterang selalu makan. Pastu set timing dengan org kedai tu kul baper we ols nak collect all the food. Balik rmh terus masuk pinggan mangkuk dan hidang. Satay tu pulak balik kerja, asben singgah satay station jap gi order.

Citer birthday party kat entry lain lah. Ni entry pembukaan sajer, sebabnya ada 2 gambar ni yg aku ada wat masa ni.

Ok actually, nak citer perkembangan Marissa bila dah jejak 2 tahun ni. Lama sgt tak citer pasal progress anak, dulu masa baru lahir hampir tiap bulan ada jer citer perkembangan dia, tiap hari ada citer pasal anak, tapi bila dia semakin membesar semakin kurang pulak nak bercerita...yelah dah besar lah katakan.. dulu masa baby memang lah kan...

Marissa sekarang dah leh lah kalau nak geng ngan dia.. dah boleh lah nak borak2 ngan dia... dia paham kita, tapi kadang2 kita yg tak paham words dia... dua tiga kata dia tu mula2 kita pahamlah, tapi bila dah hujung2 tu tah suka hati dia jer sebut apa2 ntah.

Perkataan yg aku paling suka dengar ialah "sayang mama". Cair hokey kalau dia cakap.. tapi dia cakap sayang mama jer tau, kalau kita suh cakap sayang ayah ker, sayang nenek ker, sayang ucu ker atau sayang sape2 ker dia takmo... dia nak cakap sayang mama ajer... wah terasa ekslusif di situ. Hahaha. Kadang2 cam pandai bodek gak budak nie, hari tu, masa kat manjaku beli susu & pampers dia, masa kat cashier, dia peluk kaki aku sambil tu cium2, pastu cakap sayang mama berulang kali... pastu bila kita pandang dia, dia amik mentos yg terletak kat area2 cashier tuh, dengan harapan aku belikanlah dia mentos tuh. Tah sape ajar dia makan mentos pun, tapi aku tak beli lah. Takut kang tercekik pulak.

Lagi satu, sekarang ni sibuklah dengan ayat "ayok tak tahu" kemainlah clear butir2 bunyinya, kalau dulu adalah pelat2 sikit, sekarang jelas nyata dan terang. Pastu kalau dia rasa tak nak atau tak puas hati atau pun nak bantah dia akan cakap "no..no..no..." sambil menggerakkan jari telunjuk sambil kepala tergeleng-geleng.

Marissa jugak adalah payah sgt nak telan nasi, melainkan kalau dia benar2 lapar. Kalau tidak dia hanya makan lauk je lah sama ada ayam atau ikan. Pastu dia jugak adalah penggemar sayur. Sayur tu dia makan camtu jer, lebih2 lagi sayur bayam. Kalau takde sayur sgt timun pun dia belasah jugak. Hari tu mak aku masak gulai pucuk ubi, marissa nampak ada hijau2 kat pinggan aku, kemain dia sibuk nak sayur.. nak sayur..aku kasi lah dia sikit... hah ko pucuk ubi pun anak aku telan. Haha. Asalkan ianya daun. Hari tu aku ulam pegaga pun dia sibuk gak mintak, tapi aku tak bagilah, sbb tak pernah lagi aku kasi dia sayur mentah. Satu lagi, Marissa suka sgt makan buah. Buah feberet adalah buah anggur. Kadang2 tu kalau dia memang tak nak makan apa2 aku kasi jer dia sepinggan buah, terus dia diam depan tv. Tgk2 abis licin dia makan. Tapi kita ni mak2 selagi dia tak makan nasi selagi tu lah rasa cam eh kenyang ke tak anak aku nie??  Sbbkan dia kureng sikit dengan nasi aku gantikan lah jugak dengan mee.. oklah kadang2 ok, kadang2 menolak jugak. Roti pun dia suka lah jugak, hari tu aku beli roti sweetie yg mini tuh... aku makan dua2 ketul jer, selebihnya dia makan sorang, tengok dah kosong dah plastik roti tuh.

Hah lagi satu, budak ini adalah suka mekap2. Pantang lah kalau nampak henbeg aku terbukak, akan digeledah dan dikeluarkan make up pouch aku. Pastu ko nampak lah yg tekap2 span bedak kat pipi dia. Pastu kang dia keluarkan pulak lipstik, pastu sibuk tenyeh2 kat bibir. Lar hai dah lipstick aku cuma nan sebatang, kalau patah kang? So, terpaksalah aku tipu2 pakai dia lipstick tuh, pastu kang nampaklah dia juihkan bibir dia tu, pastu sibuk keliling rmh nak tunjuk kat org.  Dia jugak tau lah fungsi2 satu benda tu nak pakai kat mana.. contoh cam deodran... kemain dia angkat ketiak dia pastu tonyoh deodran.. pastu suh org cium ketiak dia...

Oklah.. kalau nak citer pasal anak ni, seribu satu malam pun tak abis... sebenarnya dah malas nak update pun dah nie...hihi... ok sambung lagi lain kali yer...


Monday, May 28, 2012

Dua Tahun Sudah Berlalu

 Marissa dulu...

 masa kuar wad lepas kena tahan sebab jaundice

 si pinky mama

 Marissa 2 bulan

 budak debob.. anak susu ibu

 syeksinya dia

 si botak mama... ni rasanya masa dua bulan kot

 iklan pampers

 start solid food

 amboi sopannya duduk

 papaku pulang dari kota... papaku belikan kereta...

 umur setahun lebih

 9 bulan

 setahun

si cheeky mama


si comot mama

si princess mama

Sekejapan sungguh masa berlalu. Rasanya baru jer bersalinkan dia, baru jer membreastfeedkan dia, semuanyalah rasa cam baru2 jer.. tapi kenyataannya Marissa kini sudahpun genap berusia dua tahun. Syukur Alhamdulillah kerana meminjamkan anak yg sungguh membahagiakan hati kedua ibu-bapanya ini. Syukur Alhamdulillah kerana mengizinkan kami utk menjadi ibubapanya. Syukur Alhamdulillah kerana tiada sedikit kesulitan pun membesarkan anak ini dari kandungan hinggalah sekarang ini. Kalau Marissa baca ni, Marissa tau tak mama taip ni sambil sebak di hati kerana mama tak tahu bagaimana nak describekan perasaan mama sekarang ni, kerana mama sgt2 gembira dan bersyukur dengan kehadiran Marissa.  Mama dan ayah berjanji akan besarkan Marissa dengan didikan yg sempurna dan mama dan ayah doakan Marissa membesar menjadi anak yg solehah yg mampu mendoakan kesejahteraan ibubapanya kelak.

Oklah tak leh nak tulis panjang2 sbb aku ni emo tak pepasal pulak... penat nak tahan air mata ni... sambil taip sambil leleh...

Ok gambar2 kat atas ni, sumernya gambar lama yg ada dalam collection hp aku nie.... Ok pasni kita tengok wajah budak yg bukan lagi baby ni tapi selalu berlakon jadi baby okey.. memang tak menahan....

Marissa sekarang (gambar diambil seminggu lalu).


depan cermin

 

siap berdiri atas scale lagi


Marissa ni kan, agaknya selalu nampak aku duk timbang berat badan, dia pun dah terikut-ikut sama... pantang kalau dia nampak scale ni kat luar almari, kelam kabut dia pun nak timbang. Pastu siap tengok kat jarum kat scale tu, pastu nanti dengar lah dia cakap "sepuyuh". Read=10.  Sebab dulu2 aku selalu cakap berat dia 10kg.

siap baju kurung bagai, macam nak raya lah pulak..

Actually baju tu lebihan kain utk kenduri kawen adik aku minggu lepas. Walaupun aku dah siap beli sepasang gaun flower girl tuk dia, ingatkan nak tukarlah nanti, tapi2 alih2 sampai ke petang elok jer anak dara ni berbaju kurung, takdep plak dia merimas ke apa. Takpe gaun tu kita simpan tuk birthday party yer. Ada ker pun partinya mamanya?

payah nak amik gambar dia sekarang...asik nak mengelak ajer


Ok lah sempena 28 May ini, mama nak ucapkan Selamat Harijadi buat Marissa Qaisara, permata hati mama. Mama doakan Marissa membesar dengan sihat dan bijak, menjadi anak yg solehah dan semoga sentiasa dilindungi Allah S.W.T.  Amin...

Sempena birthday yg ke-2 tahun ini mama ada hadiah istimewa buat Marissa. Nanti Marissa jaga dan sayang hadiah ni baik2 yer!


Friday, May 25, 2012

Yer... Ni Boy Lah Nie...

Adoi kelakar betul lah...

Semalam masa on the way dari balik ofis, kat dalam kete, hp asben berbunyi. Kelihatan no telefon yg tidak dikenali.terpapar di skrin.

Korang kalau nak percaya dengan laki, tengoklah dorang akan jawab phone depan kita atau cakap jauh2 dari kita. Tapi aku tak syak apa pun ngan laki sendiri. Saling percaya-mempercayai gituh.

Kalau dalam kete, hp asben akan otomatik di blue tooth ke kereta. Kiranya kalau bercakap dalam tipon tu, sumer org dalam kete lah akan mendengar perbualan.

Setelah beberapa kali deringan asben pun jawablah call dari nombor yg tidak dikenali itu.

Asben:  Hello
Caller: Hello... ni Boy ke?
Asben: Yer.. Boy bercakap. Ni saper?
Caller:  Ni Umie lah...
Asben: Umie mana yer?
Calller:  Umie.... lar takkan tak kenal Umie kottt?? Ni umie lah Boy...
Asben:  Sorilah tak cam Umie mana yer??
Caller:  Ini boy ker?
Asben: Boy lah bercakap ni..
Caller:  Boy kat mana sekarang nie? Kat sekolah ker??
Asben: (konpius) saya rasa cik ni salah nombor kottt
Caller: Ni boy kan? Takkan tak kenal Umie?? Ni Umie Rawang nie...
Asben: Betul saya ni Boy.. errr..ok sape nama sebenar yg cik nak cakap nie??
Caller:  Umar Qaiyumm (ni aku belasah jer nama dia sbb aku pun lupa sape ke namanya yg sebenar)
Asben:  Confirm Cik ni salah nombor nie, betul saya ni Boy tapi nama sebenar saya Shahrizal Ikhmar..
Caller:  Oh yer ker... sori yer... (terus letak hp)


Aku duk kat sebelah penat menahan gelak ok...ye yer jer mula2 aku ingat nak wat bahan nak kantoikan dia nak tuduh dia curang dibelakangku... ewah... eish tak baik nak tuduh2 suami hokey... lagipun selama ni takde apa pun yg nak disyakwasangkakan... hp dia pun bersepah jer kat rmh tuh... nak cek sms, nak cek call keluar masuk..dipersilakan....


Oh ya pada yg tak tau nama manja asben adalah boy yer... eei dah tua2 pun nak berboy2 kan.... tu belum lagi org panggil dia uncle boy.... aku jer yg start panggil dia Shah masa mula2 kenal dulu..

Thursday, May 24, 2012

Good News

Gambar adalah sekadar hiasan - tapi comel kan baby nie??


Dapat msg ni awal pagi tadi:

Alhamdulillah. Shima selamat melahirkan baby boy jam 3:30 pagi. Now at KPJ Kajang. Wad ....


Congratulations to both Jeff & Shima on the arrival of their newborn baby. Aku tau korang berdua tentu happy sgt2 sekarang ni kan. Setelah 4 tahun akhirnya tiba juga masanya bergelar ibu dan ayah. Masa dorang kawen dulu aku ngan asben siap berkampung kat Pontian sana. Ada kat entry ini.

Eh lupa jugak nak wish congratulations dan selamat pengantin baru buat adik aku yg baru je kawen minggu lepas. See.. aku ni tersangat lah malas nak update blog sekarang nie.. citer pasal adik sendiri kawen pun takde.... hehe tengoklah nanti2 kot lah terajin nak update. Bukan citer tu jer, citer2 lain pun byk yg terpendam ajer... sampai cakap ngan asben nak tutup blog lah.... hehe tetiba pulak kan nak stop blogging... bukan sbb apa, sbb malas ajer.... series malas nak update.  Harap sikap malas ini takde lah lama2 sgt... malas update blog jer yer.... keje adalah tetap rajin yerr.... byeeee

Wednesday, May 16, 2012

Campur-Campur Je Lah

Hai lah.... makin hari makin tak reti pulak nak update blog... citer adalah byk yg pending... kadang2 rasa alah, tak yah tulis dalam blog pun takpelah.. simpan dalam otak jer dahlah, tapi sedar jugak keupayaan diri ni yg bukan lah sumer benda pun boleh nak diingat sampai bila2.

Oklah nak amik kesempatan ni nak ucap selamat hari guru buat sumer guru2 yg mendidik anak bangsa, tak kisahlah cikgu tadika ker, cikgu sekolah rendah ker, cikgu sekolah menengah ker asal kan saja memang kerjanya mengajar. Besar peranan guru ni tau, tanpa guru, takde lah kita sekarang nie.

Eh, tapi yg sebenarnya, tanpa ibu tiadalah kita sekarang ini. Jadi nak ucapkan jugak selamat hari ibu buat semua ibu2. Tak salah kot nak ucap. Pada aku, hari cikgu ada, hari buruh ada, hari nurse ada, hari polis ada, hari kanak2 ada, hari setiausaha ada, hari tentera ada, hari bapa ada, dan macam2 hari lagi ada, takkan tup2 utk ibu takde kot. Ini tidak adil.. tidak adil (opss termasuk pulak yuna kat sini). Selagi tidak lari dari akidah dan kepercayaan aku rasa ok je kot. Tapi bukanlah bermakna ada hari2 tertentu jer kita kena tunjukkan kasih sayang/penghargaan kita.

Apa lagi nak bebel yer? hah semalam kan aku pergi pasar malam. Eh tetiba pulak citer pasar malam. Lantak... janji ada jer benda yg aku nak taipkan ini. Pasar malam ni dekat je ngan rmh aku. So, setiap Selasa, memang aku takkan masak atau beli lauk sbb kami akan dapatkan juadah makanan dari pasar malam. Pergi pasar pun bukan nak beli ikan sayur ke, just nak beli makan malam jer, yg kengkadang cam nak beli juadah buka puasa. Eh puasa tak lama lagi.. U ols dah habis ganti ker??? eleh tanya org pulak, padahal diri sendiri???? Aku semenjak dua menjak ni jelah yg rajin ke pasar malam sebelum ni memang tak pernah pun, tapi bila sekali pergi... wallah... syoknya macam gi bazar ramadhan pulak, macam2 ado.

Yang aku nak citerkan sebenarnya bukan pasal pasar atau pasal puasa, tapi nak citer pasal belimbing buluh. korang kenal tak belimbing buluh? Alah belimbing yg kecik2 tu. kalau buat gulai ke masam asam ker masak tempoyak ker... fuh memang mabeless...

Asben adalah craving dengan belimbing buluh itu. Korang taulah kan bukan senang pun nak dapat belimbing tu unless kalau kat belakang rmh korang memang ada tanam pokok tuh. So, tiap kali kalau ke pasar asben akan gi kat tempat org jual sayur, especially org yg jugal sayur kampung, cari belimbing buluh tuh. Tapi most of the time memang jarang pun ada. Sbb dia cam ada musim sikit.

Last week, kiterang pun ada ke pasar, dan adalah bertanyakan dengan peniaga sayur kat situ pasal belimbing buluh tuh, dia kata takde, tapi dia kata next week (semalam lah) mungkin ada kot.

So, semalam kami pun jalan lah kat org yg jual sayur tuh, mula2 tak singgah just tengok2 sambil jalan jer, kot ye ker ada belimbing buluh tuh, tapi tengok takde puunnnn... agak hampa lah jugak sikit, tapi korang taulah asben aku kan very the ramah mesra gituh, haruslah dia singgah jap kat situ.... akak dan abang yg meniaga kat situ, nampak jer asben terus keluarkan sepelastik belimbing buluh tuh sambil hulurkan kat asben "hah ada pun, kiterang simpan ni utk abang, tadi memang ada letak kat meja ni tapi kejap jer nak habis, tu yg kami simpankan tuk abang sikit"

Alhamdulillah rezeki. Bagus kan peniaga tuh, aku respek kat dorang, walaupun dorang bukan tau pun sama ada kiterang akan datang ke tak ker kat gerai tuh, tapi dorang memang pegang pada janji dorang.

Dah tu jer cerita wat kali ini. Berjumpa lagi di lain entry :) hahaha very the terhapaa kan...

Wednesday, May 9, 2012

Pandang Je Pun Dapat Pahala

Ok dari aku letak entry terhapa-hapa lebih baiklah aku letakkan gambar2 Masjidilharam dan kaabah yg byk asben snap sepanjang berada di tanah suci. Melihat Kaabah juga adalah besar rahmatnya yer. So, marilah kita kongsi2 kan bersama.


 Masjidilharam dari luar

 Pintu masuk King Abdul Aziz

 Tersergam indah

 dari luar beginilah pemandangan di Masjidilharam
 cuaca berjerebu ketika ini




Apabila melangkah ke dalam masjidilharam, maka kelihatanlah kaabah yg sentiasa di kelilingi oleh para jemaah. Kalau tengok kat gambar kat bawah ni, kelihatan kawasan kaabah penuh seumpama waktu haji kan?

 Umat manusa mengelilingi kaabah

Mungkin ramai jemaah yg memilih waktu malam utk melakukan tawaf.


 melihat dari tingkat atas

 pelbagai bangsa dari pelusuk negara bersatu di depan kaabah




Tak dapat nak imeginkan kalau waktu umrah pun dah sebegini ramai, kalau time haji bagaimana pula keadaannya. MasyaAllah.

 tidak pernah surut dari dikelilingi manusia

Keadaan di waktu siang pula...







Terasa rindu serindu rindunya pula.

Dia Buat Lagi

Tengah solat semalam, nampak cam cahaya memancar2 kat belakang. Ni mesti Marissa tengah main2 hp aku.  Elok abis solat dia datang kat aku.. "mama... tek" sambil tunjukkan gambar yg dia tangkap tuh..

yelah nak memang cantik gambar yg anak snap nie.





kali ni punya percubaan dapat separuh jer gambar, tu pun dia dah cukup bangga kata "tek" (cantik). Iyekan saje. Hehehe

Utk memuaskan hati meh lah mama tolong amikkan gambar secara penuh yer....kemain siap berpose bagai....



Sori u ols... malas sgt nak update blog sekarang nie.... eh haruskepun nak say sorry pun, padahal takde org kesah pun...hehe. Ok saya try utk merajinkan diri semula.