Hujung bulan ni Marissa bakal menginjak ke 20 bulan iaitu bersamaan 1 tahun 8 bulan. Tak lama lagi dah nak masuk 2 tahun dah. Pantas masa berlalu. Dulu kenit jer, sekarang dah besar panjang. Dulu tak byk perangai, sekarang dah byk perangai, dulu tak pandai cakap, sekarang pok pek pok pek becok dia. Kadang2 tak paham satu benda pun apa yg dia bebelkan. Tapi suka jer dengar dia cakap bahasa dia tuh. Tapi sekarang dah byk words jugaklah yg dia sebut.
Word yg selalu disebut dah tentu lah mama or yayah. Selagi kita tak menyahut selagi tu lah dia ber mama.. mama..mama... mama.... kadang2 aku saje test dia buat2 tak dengar, pastu dari mama terus aku dengar dia panggil dena..dena.... hai lah anak, suka2 jer ko panggil mama ko ni ngan nama je yer...tu dia dengar org panggil aku lah tuh... dia kan suka mengikut je keje.
Kalau dulu susu aku bagi kat dia ikut time. Sekarang ni, takleh nak ikut time dah, sbb dia dah pandai mintak.. kadang tu baru sejam minum susu, pastu mintak lagi .."mama juju" (juju=susu) sambil wat mulut muncung2...takpun aku akan tanya dia "nak susu" kalau dia nak dia kata nak sambil angguk, kalau tak nak dia kata nanak sambil geleng. Senang keje.
Pastukan baru2 ni kan very funny, kiterang kat meja makan, kiterang duduk baca bismillah dalam hati pastu terus makan. Tgk Marissa tak makan lagi, tengah tadah tangan, sambil mulut kumat-kamit tapi tak tau apa yg dia baca, hujung2 dengar dia cakap "Aminnn".... terus mama ngan ayah dia termalu tapi bangga sbb sedikit sebanyak apa yg diajar kat dia, dipraktikkan. Maknanya dia paham sedikit sebyk tentang doa. Tu belum lagi tgk dia duk kat sejadah sambil pegang buku doa (buku yg memang tiap kali lepas solat aku baca), khusyuk jer dia baca, sambil selak2 bagai, tapi butir bicara tetap tak difahami, tapi last2 mesti dengar "Aminnnnnn" pastu tutup buku.
Kalau nak citer pasal keletah dia, memang tak abis lah... tambah lagi sekarang ni memang lah terlalu cpt perkembangan budak2 yg seusia dia. Kang citer lebih2, macam aku sorang jer yg ada anak pulak kan. Well, kalau anak first tu, memang excited lebih sikit lah nak citer gitu gini kan.
nilah dia budak yg semakin membesar itu
Panjang pulak intro aku nie, yg sebenarnya nak citer hari Isnin hari tu baru teringat nak bawak Marissa utk injection setahun setengah. Sori Marissa, mama terlewat sebulan. Tu pun mujur lah aku cek buku laporan kesihatan Marissa tuh, kalau tidak konpom sampai umur 2 tahun aku tak bawak dia gi injection. Sbb boleh terlupa adalah Marissa dulu skip utk cacar air punya vaksin. Sbb dulu Marissa masa umur 6+ bulan camtuh dia pernah kena demam campak. So, doktor kata tak perlu dah lagi utk dia disuntik, sbb antibodi sudah develop lepas kena campak. Kisah kena campak ada di sini. Sian sgt dia time tuh.
Nasib baiklah aku perasan awal, time tu pun still tgh cuti lagi, maka apa lagi bergegaslah kami ke klinik. Seb baik klinik pun bukak walaupun time tu public holiday. Mula2 gi klinik panel kami, tapi sbb peti ais kat klinik tu rosak, maka dorang terpaksa return sumer vaksin yg ada dalam peti ais itu. Maka kami pun terus pergi ke klinik Dr. Rozaida. Dr. Rozaida ni dulu doktor kat klinik panel ni, tapi sekarang nie dia dah bukak klinik sendiri. Dr. Rozaida ni kira doktor feberet kami lah.
dia tak tau yg dia nak kena enjet jap lagi tu
Masuk jer kat klinik terus jer bdk kecik ni gi main kat tempat permainan ni, buat klinik tu cam dia yg punya. Tak lama tu, turn kiterang masuk. Aku pulak yg rasa gabra semacam, sbb dah lama dah Marissa tak kena inject takut dia menangis ke apa kan. Pastu rasa kesian jer kat anak sbb nak kena inject. Tah apa2 lah kan? padahal nak enjet sikit je pun..
kena inject sambil berdokong
Dulu masa baby2 selalu tiarapkan dia kat atas katil, tapi kali ni doktor suh dukung jer, dia jab dari belakang. Very the pantas ok. Marissa pun rilex jer, tak sempat menangis pun. Yang aku dengar dia ek kejap mungkin time tu doktor tgh sapu punggung dia dengan tisu sejuk. Pastu doktor kata dah siap. Eh dah ke doktor? seolah tidak mempercayai sbb tgk Marissa cam tak rasa apa pun. Hah tulah aku suka dengan doktor ni, dari baby Marissa kena jab ngan dia memang tak menangis lah. Aku memang highly recommended doktor ni kat korang sumer.
Bukan takat tu jer, dah alang2 kat situ, dia siap cekkan bp asben, dulu masa dia kat panel klinik dia memang monitor lah bp, kolestrol asben sumer. Siap pesan kat asben jaga makan apa sumer.
tgh cek bp
free consultation
Masa tu patient takde, maka kiterang duk jelah dulu dalam bilik doktor tu sambil tanya2 itu ini. Dia pun tak kisah jer. Sgt tidak lokek.
Sambil tu sempat lah bertanyakan tentang ini...
utk suntikan ini harga lama RM135, harga terbaru mungkin dah naik sikit dah
Suntikan apakah ini? Sape yg pernah buat tu taulah kot, yg tak pernah buat nanti aku kongsi kan apa dan kenapa kena buat suntikan ini.
Sebelum pulang, marilah kita bergambar dengan doktor terlebih dahulu.
Dr. Rozaida and us
Klinik Dr. Rozaida ni ada pelbagai perkhidmatan yg ditawarkan, baik utk kanak2, utk wanita, utk lelaki, pendek kata tuk sumer org lah. Klinik beliau terletak di Sg. Buloh, betul terletak di tepi jalan besar. Dekat area pasaraya Econsave.
Oh ya tuk suntikan booster 18 bulan tuk Marissa berharga RM95. So, sila lah bawak anak anda disuntik oleh Dr. Rozaida, gerenti anak tak menangis. Tapi tak taulah kot sbb anak org sumer tak sama kan. Tapi anak aku memang tak nangis.