Monday, September 27, 2010

Beraya di Desa

Desa lah sgt kan. Alah kasi can lah aku feeling2 beraya di desa. Aku memang suka kalau raya di kampung, tambah lagi kalau kampung tu ada sawah padi ke sungai ker. Tapi nak balik kampung betul2 kat sawah padi tu takdelah. Takat balik ke Kajang tu, kampung lah sgt kan. Hehehe. Oklah tu, dari takde kan.

Sambung balik citer raya pertama hari tu. Giler lah, masih tegar nak citer pasal raya, padahal raya pun dah nak hujung2 dah. Pas sesi salam2 sumer kiterang gerak ke rmh nenek asben yg terletak di Kajang sana. Lupa pulak apa ker nama kampung dia.

Ok, mula2 layan gambar kami tiga beranak dulu eh.





Ok dah. Byk nau gambar yg lebih kurang sama. So, tak yah buh caption.

Dalam rmh nenek
Masih mengekalkan ciri2 tradisional. Walaupun nenek tinggal berdua dengan pembantunya, tapi rmh nenek asben sentiasa kemas dan bersih. Rajin pembantu dia. Yelah, nak harapkan nenek pun dah tak daya dah.

Marissa yg sentiasa dikerumuni

ciuman dari seorang moyang
First time bawak Marissa jumpa dengan moyang dia. Dulu masa pregnant, FIL ada bertanyakan kat nenek yg aku ni mengandung anak lelaki ke anak pompuan? Nenek jawab pompuan. Memang betul tekaan nenek.


Marissa cekci tak pakai kain
Semenjak dah jadi mak nie, dah takde dah nak bervogi da vas dah. Vouge nye kejap jer pastu, terus sanggul rambut. Panas weh. Nak touch up2 pun idaklah sempat.

Ewah nak cenyum2 pulak. Minum jelah susu tu

Since Marissa ni rambut pun tak berapa nak tumbuh balik, ramai yg ingat dia baby boy. Pastu pakai baju tu pulak dah ghoper baju melayu. Tu belum lagi yg cakap anak aku ni dah 6, 7 bulan. Apa2 lah. Janji anak saya membesar dengan sihat.

Bila org tanya kasi susu apa nie? Dengan bangganya aku menjawab "minum susu ibu". Ada org cam pelik jer bila aku cakap kasi breastmilk.

Go..Go..Go..Marissa

Erm

Uh

hoh

erk

Esok Marissa genap 4 bulan. Tapi Marissa belum pandai lagi meniarap dengan sendirinya. Tgk kawan yg sebaya Marissa ramai dah leh meniarap. Takpelah sayang, pelan2 yer. Baby kan tak sama, ada yg cpt itu, lambat ini, cepat ini, lambat itu. Apapun mama teruja dengan perkembangan Marissa.

Daniel Yang Comel


Ini adalah Daniel. Kelas ko kan kucing, nama pun dah nak sama ngan nama org. Daniel ni merupakan adik ipar aku punya kucing peliharaan. Cute giler si Daniel ni tau. Dia ada teddy bear tau. Cuba ko amik teddy bear dia, mau dia kejar ko sampai dapat. Kalau tuan dia takde rmh, kemain lagi dia gonggong teddy bear dia letak kat atas katil tuan dia. Comel kan.
Kucing pun org sayang, apatah lagi baby kan? Camnelah ada gak org tergamak nak buang2 bayi kan?

Sunday, September 26, 2010

Cam Gini Lah Selalunya


Siap memang dah siap awal dah. Tapi time nak kuar tulah dia nak susu lah, nak tido lah. Padahal tadi sumer dah kasi cukup2. Isy hjn2 ni memang sedap klu dpt tido. Hehe. Tapi pergi tetap pergi. Kasi can ayah marissa jumpa kengkawan lama dia.

Dah Siap.


Nak gi open house lagi. Minggu ni minggu open house berderet. Tapi hjn di luar. Rasa cam nak titon lah plak.

Friday, September 24, 2010

Di Pagi Aidilfitri

Hari ni dah Syawal ke berapa dah? Rasanya dah Syawal ke-15. Pada siapa yg nak buat puasa 6 tu masih ada masa lebih kurang 2 minggu lagi utk menunaikannya.

Tak terlewat lagi kan nak stori mori pasal hari raya. Ok tahun ni turn beraya dengan family suami. Ceh kecoh jer nak berturn2 bagai, mcm kawen ngan org jauh pada hal.. dokek jo.. Tapi turn tetap kena turn. Baru lah adil. Alah bukan apa pun, takat nak turn berpagi raya di mana jer. Sbb kiterang cam biasa pagi kat sini, petang kat sana, kang malam kat sini, kang besok kat sana. Memang ke sana sini sajer. So, itulah untungnya kawen ngan org dekat. Tapi letih sikit lah. Tambah lagi sekarang ni dah bertiga. Dulu berdua ok lah lagi.

Tahun ni ayah Marissa excited nak anak dara dia sendondon ngan dia. Nak wat persiapan awal memang tak leh lah sbb aku kan bersalin hujung bulan 5. Bulan 8 dah puasa. Nak beli tempah baju sumer kena awal2 kan. So, memang tak sempat early preparation pun. Tapi sempat gaklah masa dalam pantang hari tu keluar masa nak wat persiapan Aqiqah Marissa, kami gi beli kain. Tak nak pening2 beli kain sama jer. Tu pun pening gak. Nak kaler ni, kain tak cukup, kenan kaler tu, stok takde. Alih2 dapatlah kaler nie. Kaler maroon. Dah mcm kaler langsir rmh aku lah pulak. Kalau amik gambar kat dpn langsir harus nampak muka jer. Hehehe.



Ayah yg teruja nak tgk anak dara dia pakai baju kurung

Marissa baru jer 3 bulan 13 hari masa 1st Syawal hari tuh. Memang tak sesuai sgt lah nak pakai baju kurung. Kalau dah pandai duduk atau berdiri barulah nampak cute kan. Ni tau baring jer mana nak nampak baju kurungnya. Tapi takpe, Marissa ni baru jer 3 bulan lebih, tapi org dok bajet anak aku ni dah 6, 7 bulan.

anaklah bapak


anak mak lah jugak

Cer korang tgk. Time bergambar ngan ayah dia ok jer. Time ngan aku mula lah cam menyengit. Eh adakah word menyengit. Tapi bukan senget tau. Apa2 lah janji sampai mesej yg cuba disampaikan.

again.. maknye jelah yg over, anak wat dek jer



Ok kembali pada cerita raya. Biasalah pagi raya standardlah ada sesi bermaaf-maafan. Tahun ni kira kali ke-dua lah aku beraya (pagi raya) di rmh mertua. Rmh in-law aku sekarang ni tgh wat major renovation, so sementara waktu ni duk kat rmh sementara. Memang persiapan ala2 jelah. Aku pun takdelah membz sgt mengemas.

Maka di pagi raya mula lah sesi bermaaf-maafan.

Dimulai oleh asben selaku anak yg sulung
Stail belah asben memang ucapan ampun maaf memang panjang lebar lah. Cam ada text.

mula2 salam ayah

pastu mama pulak


restu mama

Turn aku pulak
Tapi aku tak reti nak cakap panjang2, kang lagi panjang aku cakap, cakap ke mana, menangis ke mana.

ngan mama pulak

Terima kasih mama, kerana sayang anak menantu sama rata. My MIL open-minded & sporting tau. Ceh bukan bodek yer. Mentang2lah mama pun baca blog ni kan.

Turn ngan suami paling tak tahan

Just cakap sesimple yg boleh. Sbb kalau tak akan beremo lah aku tak agak2. Ater byk dosa ngan laki kan. Tapi sebelum tu memang dah mintak maaf dah kat suami, siap kasi list tentang kesilapan yg pernah dilakukan. Kita laki bini kenalah mintak maaf kat suami tiap2 hari, bukan tunggu time raya je pun. Kan?.

sayang sayang


Keluarga kecil kami

Aku ingat lagi masa raya tahun lepas, masa duk dukung anak org aku pernah cakap, asyik dukung anak org jer, bila lah nak dukung anak sendiri. Tgk kat entry ni. Alhamdulillah, tahun ni rezeki kami dapat dukung anak sendiri.
mummy, daddy & baby

pak teh & mak teh, mama & ayah, Sharil & Yatie, me & family

Raya tahun dpn mama ngan ayah akan beraya ngan dua cucu. Oh ya, adik ipar aku tgh pregnant 5 bulan.
Lepas bergambar dan makan kami ke rmh nenek asben pula di Kajang. Tapi sebelum tu kasi Marissa susu siap2.


ayah mithali
Mr. mama

Ok pasni sambung citer pergi beraya ke rmh nenek pulak.


Thursday, September 23, 2010

Bukan Nak Mengajar Menjadi Mata Duitan

Yang seronoknya raya kali ni yelah dapat duit raya banyak2. Walaupun bukan lah tuk aku, tapi aku terasa tempias2 keseronokan itu. Memang syok kan kira2 duit raya. Teringat masa zaman budak2 dulu.

Tapi dun worry, aku ni seorang ibu yg amanah yer. Se sen pun takde nye aku nak ngambik duit anak aku tuh. Sejak lahir dulu lagi Marissa dah ada akaun tabung haji. Ni abis raya nanti nak masukkan pula duit2 raya yg dia dapat. Motif tunggu sampai abis raya? Yelah kot pas2 ni ada lagi org nak bagi kan..hehehe

Bak kata laki aku, Marissa yg naik haji dulu nanti. Sebab nyer??? mak ayah nye pun nan ado akaun tabung haji. Teruk kan.. ASB kemain, tapi tabung haji takde. Takpe pasni aku pun nak bukak akaun tabung haji jugak. Eh aku pun dapat duit raya aperr...


Sesi belajar memegang sampul raya oleh ucu Marissa


Sudah pandai


with ucu, acik and mama Marissa

Yang kelakar, tgh dok kira2 duit raya Marissa, adalah satu sampul berisi 2 keping note 50.

"Eh ni sape bagi yer?" tanya si asben. Masing cuba recall sape yg bagi.

Lar.. boleh pulak lupa yg duit tu dari dari mama dan ayah Marissa sendiri. Haruslah kena bagi kat anak sendiri. Walaupun dia tatau apa2 lagi.

Muntah-Muntah

Bukan aku yg muntah yer. Kalau aku yg muntah2 very the sesuatu. Hehe. Heloo Marissa kecik lagi yer..

Tak pernah2 pun Marissa muntah sebelum nie, malam tadi tiba2 jer dia muntah. Mula2 dia cam batuk2 sikit pastu tgk keluar susu selambak. Sampai basah lencun baju, bantal segala. Aku tgk pun panik. Rasa cam eh.. byk nye susu keluar.. .. eh membazir susu.. eh kesian Marissa.. eh penat Marissa hisap dan mcm2 eh lah...

Nasib dia tak nangis. Elok jer lepas luahkan segala isi perut dia, pastu dia pun senyum2 dan ngekek2. Mungkin rasa lega kot.

Adakah dia muntah sbb sebelum tu aku tak burp kan dia? Lepas menyusu, Marissa ngan aku dua2 tertido. Adakah dia terlebih susu? Sbb sebelum tu aku duk sumbat mulut dia, walaupun tgk dia takdelah nak nyusu sgt, tapi nak suh dia tido punya pasal, aku pun sedap jelah sumbat mulut dia.

"baiklah sayang.. next time mama akan cuba menjadi lebih peka, mama minta maaf kalau mama gagal memahami sayang".

Anyway, aku suka panggil Marissa sayang. Aku panggil ayah Marissa pun sayang jugak. Sudahnya bila aku panggil Marissa, laki aku pun nyahut sekali.

My two sayangs

Tuesday, September 21, 2010

Kita Mulakan Dengan Entry Ini Dulu

Raya dah nak sampai setengah bulan dah. Tapi update raya takde lagi. Tapi takpe walaupun lambat aku update jua blog ini. Ntahlah aku ni lepas2 raya ni suam2 kuku pulak nak update blog. Almaklumlah penat beraya. Bukan penat apa. Yelah baru first time beraya dengan baby. Memang lah syok tapi dia punya penat boleh tahan. Apa tak nya, nak siapkan anak nak siapkan barang2 anak, nak siapkan macam2 lah. Tapi apa2 pun best sgt raya tahun nie.

Ok citer2 hari raya nantilah dulu yer. Org kata lepas dah jadi mak ni, papehal anak dulu yg diutamakan. So papehal entry sempena bulan syawal ini dimulakan dengan gambar2 Marissa sahaja. Hehe.


Di atas carpet bulu2


Sekarang suka sgt si Marissa ni wat muncung


muncung lagi


semenjak dua menjak ni bulu mata dah semakin memanjang


nak kata lentik tidaklah lentik cam bulu mata pelesu..


ini memang pose kegemaran dia.. menguap


muka nak suh org cubit dia


bkn kata cubit memang aku gigit gak budak nie


meh lah join golek2


karpet cam ketupat

kerja ayah dia

kena buli
Kalau dulu laki aku memang suka jer amik gambar bini dia, tapi sekarang ni Marissa telah merampas segalanya. Sikit2 amik gambar anak. Takpelah dah anak dia kan.

Ok, kesimpulannya entry ini aku nak tunjuk gambar karpet baru yg aku beli tuk raya. Hehee. Sambil tu Marissa jadi model karpet. Kisah karpet tu takdelah apa sgt, tapi yg aku kesah kan sangat ni, org kedai tu sedap2 jer swipe kad aku sampai 3 kali. Pengsan aku tgk maybank2u aku.

Ni baru nak warming up je nie.. Entry2 lain bakal menyusul.. ceh yelah sgt tuh..