Thursday, April 2, 2009

Membawa Diri ke London

Tadi memang aku membara but now I'm a bit ok already. Not to worry ok.

Malam tadi aku hantar asben aku ke airport, dia nak sambung belajar kat London. Aku tak ikut. Sedih gaklah tapi apa nak buat. Dah itu pilihan dia.

Apsal korang cam terkejut jer? Memanglah aku tak pernah cakapkan perkara ni kat korang sebelum ni sbb benda ni datang tiba2 dalam mimpi aku malam tadi.

Tapi aku rasa cam betul2 siot laki aku gi London tinggalkan aku sorang2. Tapi nape London? Tetiba jer London masuk dalam mimpi aku. Padahal takde lah plan nak bercuti ke London ke apa ker. Takpelah dapat mimpi London for free.

Sebenarnya malam tadi sebelum tido aku ada cam teremo-emo sikit ngan asben tapi bukan sbb dia, emo sbb benda lain. Alar korang tak yah taulah sbb apa tapi adalah related ngan entry sebelum ni gak. But, apapun very not good lar to bring the problem balik rmh. Tapi tulah as mentioned sebelum2 ni, aku ngan asben akan bercerita kalau ada apa2 masalah atau apa2 jelah.

Bila aku ceritakan kat dia, memanglah dia menangkan aku. Tapi daripada citer citer terus aku lak yg emo sbb asben kata aku ni lembut sgtlah, tak tegas lah, tak itulah. Dia kata aku ni kejap jer marah2 esok aku baik balik dengan org tu. Yelah memang peel aku ni walaupun org tu pernah bersalah ngan aku pastu aku benci dia, tapi bila org tu berbuat baik balik ngan aku terus aku lupa yg aku benci dia. Pendek kata tak dendam lebih2 lah. Bila dah dia cakap cam tu aku pun argue ngan asben sampai aku tertido.

Tu bila tido aku mimpi anta asben kat airport dia nak gi London. Lawak siot. Yg kelakarnya aku baru hantar pastu tak lama tu aku call dia tanya dah sampai ke belum. Padahal dia dalam flight, pastu stewardess jawab kata dlm flight takde line. Boleh camtuh?. Pastu bila dah lama2 aku rindu asben aku. Pastu aku nyesal argue2 ngan dia, aku rasa bersalah.

Pastu tiba2 aku terjaga. Lar seb baik mimpi. Tgk asben tgh elok jer layan citer apa ntah kat laptop. Maka terjadilah conversation ini:-

Aku: Yang jgn tinggalkan org. Pergi London bawaklah deqna sekali yer..
Asben: yer yer shah bawak sekali lah.. (sambil layan citer tuh)
Aku: (eh asben aku ni tanyalah aku, mimpi ker? tapi dia tak tanya) bila dia tak tanya aku pulak explain kat dia satu2..
Aku: Org mimpi syg nak gi belajar kat londonlah.
Asbeb: InsyaAllah satu hari nanti.. (boleh dia layankan ajer aku nyer mimpi tu)

Pastu aku tido balik. Aku mimpi lagi yg aku sama2 dalam kelas ngan asben aku kat London. Tapi dalam kelas sumer org melayu.

Aduh apa2 tul tah aku mimpi nie..Boleh pulak main sambung2. Mimpi sambung study pulak tu. Nak suh aku study lagi kot. Pastu aku boleh jadi bos, pastu org takleh nak buli aku lagi. Agaknya lah tu.

I am Down

What was happened just now really make me feel down. I will forgive but will never forget that.

I AM SO STRESS!!!!!!!!!!!

HATE THEM!!!!!!!!!


p/s: Nilah org kata bagi lutut nak paha. Dah bagi paha nak sepak terajang pulak agaknya.

I am sorry to blog it out (sian blog jadi mangsa). This is the way how I could release it rather than talk to anyone else....

Wednesday, April 1, 2009

Segar dan Nyaman

Aku dapat merasakan keindahan, keseronokan dan keromantikan kalau aku & asben dapat pergi bersama-sama mereka. Tapi kita hanya merancang....

Ewah ayat cam jiwang karat pulak.

Ini penangan insiden malam tadi lah ni. Malam tadi tgh layan blog, tiba2 asben aku cakap sorang2.

"Hatiku berteka-teki, sampai bilakah begini .......................... (bunyi cam org berlakon teater)" selebihnya aku tak ingat lah apa yg dia rapukan. Aku yg tgh layan blog terus toleh kat dia dengan penuh tanda ???????

Terus asben aku cakap "Eleh shah pun ada bakat seni gak, shah pun nak memblog gak". eh tetiba lak mamat ni taw.. dahlah sejak 2 menjak ni sibuk jer menyelit kat sini..

ok ok aku dah merepek jauh dah, ni sumer laki aku punya pasal lah nie..

kita layan gambar jer yer...









Kredit to my bespren Neena for the nice photos. Aku curi gambar ni dari facebook dia. Citer lebih lanjut leh baca kat dalam blog dia yer.

Tuesday, March 31, 2009

Tiba-tiba lah Banyak

Kalau kowang perasan komen kat entry sebelum ni tetiba lak byk dari biasa, tak pernah2 sampai puluh2 tiba kali ni sampai 20 lebih pulak. Pada korang yg biasa blog dia banyak komen ataupun glamer memang tak heranlah setakat 20 lebih nie. Tapi aku adalah heran ok.

Tapi korang janganlah ingat reader aku ramai yg drop komen kat situ dah tentu2 yg komen lebih2 kat situ ialah asben aku. Tetiba pulak dia meroboh kat blog aku nie. Pastu pakai akaun email yg sama pulak dengan aku. Lagilah membuatkan korang kekonpiusan. So, dahlah entry aku tu gedik, asben aku pun sama gedik mengomen kat situ. Hahaha.

Tapi aku tak kisah pun, sbb aku bukak blog ni pun pakai yahoo akaun dia. Tu pun dah besar rahmat lah dia kasi aku berblog nie, cuba kalau dia tak support aku, maka takdelah aku nak update blog ni selalu. Yg paling tak larat, aku tak delah pernah nak suh org bukak blog aku suh baca, sbb aku segan. Lainlah kalau korang baca tapi aku tak tau. Ataupun korang termasuk sini secara kebetulan. Tu takpe. Tapi dia selamba jer promo blog bini dia kat sedara-mara, sahabat-handai dia atau sape2 jelah. Aku bkn tak suka tapi aku malu lah. Eleh tetiba lak nak malu kan. Yelah blog aku ni pun byk gak yg merapu dan meraban. Tapi bagus gak semenjak dia promo2 ni nuffnang aku cam cpt jer naik :)

Facebook pun sama. So, korang jgnlah konpius yer, sbb kengkadang asben aku yg selalu bukak facebook tuh.

Kesimpulannya kami memang berkongsi segalanya. Tapi kami tak kongsi baju walaupun dalam entry ni ngan entry ni baju kiterang sama. Kebetulan pulak.

Monday, March 30, 2009

Syok Sendiri













Gedik aku kan? jaja muka sendiri... boringlah.. tak tau nak wat ape semalam. Semlam lepak kat rmh kami je. Dah lama tak jengah sini. Sekali-sekala harus gak tgk2 rmh nie. Asben aku nie takmo kuar asyik duk melekat dpn tv jer. Tu pun kuar makan jer kejap pastu terus balik. Kalau ada dapur kan senang, tak yah nak kuar2 blh jer aku masak kat sini. Tapi takde pun takpe gak, tak yah aku bersusah-payah. Hahaha. Dasar pemalas lipass..

Sunday, March 29, 2009

Org Dah Bagi Kita Ambil lah!

Lepas balik dari hospital semalam kami terus ke pejabat pos. Ada urusan rasmi. Ala kalau dah gi pejabat pos tak lain tak bukan nak amik rebat lah kan. Yea.. makcik kayo!.

jangan jeles yer! korang ramai yg dah dapat kan? aku antara org yg lambat dapat lah.. korang nye dah abis kan? lalalala

Dah dapat duit haruslah kita belanja org yg menemankan. Ala setakat belanja makan apalah sangat kan.


asben makan mihun sup claypot

aku makan char kuew tiau



kami makan di station kopitiam sajer





tgh nak bodek aku lah tu, tapi aku belanja gak lah dia CD game sekeping.. cukup lah kan..

Pas makan kami pun kenyang. Ntah apa2 jer ending dia.

Saturday, March 28, 2009

Follow-Up

Pagi tadi ikut asben gi hospital. Dia ada appointment dgn Dr. Alan Teh kat SJMC.

Nampak sihat tak dia?

Cam biasa sementara menunggu, kami akan minum di kafe SJMC. Mahal2 pun makan gak kat situ.

Teh tarik sedap

hotdog 1901 - yg nie tapau dari luar

Sambil2 tu baca paper dulu

Satu jam gak lah kami menunggu. Bukan apa sebelum tu asben wat blood test. So, sementara menunggu result tu, kami lepak2 dulu lah di kafe.

tak abis2 kena 'enjet' jer dia

Syukur Alhamdulillah, seperti apa yg diberitahu oleh doktor asben dah sihat dan bebas daripada denggi. Terima kasih kat korang sumer yg ambil berat.

Eh! Nape Gelap Nie?



Pesal gelap tetiba nie? Takde letrik ker?
Ooo "Earth Hour" rupanya.

Patutlah gelap gulita jer.
Korang wat apa gelap2 nie?? Aku adalah sesuatu yg menarik nak dilakukan. Aktiviti adalah rehsia. Hehehe. Aktiviti update blog lar..

Gigih aku amik gmbr gelap2. Aku tunjuk satu tu maknanya satu jam. Pastu aku siap pakai jam laki aku sbb jam dia besar. So, boleh nampak jam di situ. Gitulah simboliknya gambar di atas tuk kempen 1 jam "Earth Hour" nie. Simbolik lah sgt kan. Gambar gelap buktinya aku tutup lampu lah.

Marilah sama2 kita mengambil bahagian dgn memadam lampu2 yg tak diperlukan during this Earth Hour. Tapi sebelum tu gi tengok pintu pagar, pintu rmh, pintu bilik sumer dah dikunci belum?? pintu bilik sudahnya.. hehehe

p/s: Sayangilah bumi kita

Friday, March 27, 2009

Menu Minggu Sudah

Terlupa pulak nak update menu minggu lepas. Kan aku biasanya seminggu sekali aku akan paparkan apa yg aku masak.









Apa korang ingat aku masak ker? Mana sempat nak masak pun, masak sup ketam adalah. Kata asben aku masuk wad, ngan2 aku sekali menginap kat wad tu.


Makanan2 di atas adalah makanan yg sediakan semasa berada disana. Boleh tahanlah. Persamaanya setiap kali lauk mesti ada sayur masak air tu pastu kat nasi pulak mesti dihiaskan dengan 'pokok kecik' tu.



Asben makan byk mana pun, selera tak berapa sgt time tu, jadinya aku jelah yg tukang abiskan.

Shopping is the Best Medicine

Semalam lepas aku abis kerja asben ajak gi shopping. Wah sesuatu sgt. Mungkin dia rasa bosan kot asyik duk rumah jer sepanjang dia MC ni. So, tuk mengrefreshkan diri dia ajaklah gi shopping. Aku takdelah benda nak beli cuma nak beli kasut kerja jer, tapi satu pun tak menarik perhatian.

Tapi dah alang2 kuar adalah amat rugi kalau tak membeli langsung, jadi aku pun try lah baju2. Aku memang suka main try jer, pastu kalau ok aku beli lah.


mula2 try ni


pastu try nie


t-shirt yg sama tapi angle dari tepi.. nak tunjuk lengan dia yg besar di bawah

pastu try ni pulak.


Yelah nak jadi model tak dapat, so jadi model syok sendiri jelah tukar2 baju kat fitting room tu. Asben aku memang dah masak dah. Tapi bagus gak mana dia rasa ok, dia suh beli, kalau tak ok dan dan tu jugak dia kata tak ok.

So, aku beli ke tak? Haruslah beli. Aku sekarang suka jer beli2 baju, tapi tak berpakai-pakai. Aku suka wat collection. Mana tau nanti boleh bukak butik secara on-line...hahaha. takde maknanya..
Hasil2 shoppingan aku semalam adalah:-

T-shirt Elle bercorak bunga cam batik & seluar 3 quarter dari Padini



kimono T-shirt leher besar Elle bercorak & seluar seperti di atas. Sebenarnya aku tak berapa suka fesyen cam ni sebab cam baju maternity jer. Bkn apa kang kalau aku pakai tak pasal2 org tanya aku "Dah berapa bulan?". Tapi aku beli gak sbb nampak smart jer pakai ngan suar tu.

seluar padini


Tak lupa juga cardigan pendek Radioaktif


Bukan aku sorang jer menyopping, asben aku beli gak dua helai kemeja. Satu warna putih kosong satu lagi jalur gemilang. Tapi gambar takde aku lebih fokus kat baju aku sajer. Padahal asben yg nak menyopping tapi aku pulak yg lebey.


p/s: Terima kasih kepada asben yg menaja. Tak sangka pulak dia nak bayarkan kalau aku tau aku amik sumer2 yg aku try tu.