The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today
Thursday, February 5, 2009
Jangan Marah Aku
Sebenarnya aku nak citer pasal tadi aku lunch Mc D. Tak padan ngan cibir (cirit birit). Aku sebenarnya memang tgh boikot Mc D pun sebelum ni, boikot sebab takut gumoks. hehe. Aku dah wat undang2 nak makan fast food kalau boleh sebulan sekali jer.
Tapi tadi terkantoi pulak. Ofismate aku lah ni. Dia yg ajak aku dia kata Mc D sekarang ni lunch time offer good price utk value meal set. Aku pun ikut jelah.
Sekang ni set2 itu hanya dikenakan RM5.95 sahaja. Murahkan. Aku beli dua set baru RM12 sumting. Bukan dua2 aku makan. Satu aku makan, lagi satu aku tapau utk asben aku. See baik aku kan, sediakan makan minum utk suami...hihi..
Tapi apa yg aku notice sekang ni, Mc D memang lenganglah tak macam dulu2. Dulu kalau time lunch time harus queue sampai ke pintu sekang ni, takyah queue2 dapat jer.. tempat duduk pun byk jer. tak yah nak rebut2.
Betul lah memang ramai dah boikot. Aku nak makan kat sana pun can segan2 jer ngan org kat luar, mesti org akan kata " isy budak2 ni tak reti2 lagi.. nak gak makan produk israel tu!". tapi apa nak buat kami hanya pengguna bijak, berbelanja pada waktu yg sesuai. RM5.95 for each set for every week days from 12.00pm to 3.00pm. Skius me, aku bkn nak promote kan, tapi utk korang wat perbelanjaan berhemah.
Hidup ini Penuh Cabaran
Masa mandi sakit perut. Gi toilet. Masa nak bersiap sakit perut gak. Gi toilet. Alamak aku kena cibir (cirit-birit). Lama gak aku memerut. Dalam pala otak time tu, masak aku ni dahlah kena gi kerja sendiri naik komuter, buatnya buat hal dalam komuter nanti camne.. Berfikir2 aku sama ada nak gi kerja atau pun mc sahaja.
Tapi aku tawakal ajer, teruskan bersiap-siap utk ke ofis. Aku memang tak retilah nak mc tetiba ni, unless memang dah tak larat sgt. Ni aku sihat, cuma tak larat asyik nak ke toilet ajer.
Dah siap sumer aku bukak handbag nak kuarkan duit siap2 utk byr duit parking & duit tiket komuter. What? My wallet takde dalam beg. Gosh.... fikir punya fikir rupanya wallet aku tertinggal kat ofis semalam. Seb baik aku cek awal2 buatnya bila dah sampai stesyen nanti baru gelabah nak cari duit semua.
... jap jap aku nak ke toilet jap. Panggilan cibir telah memanggil.
ok sambung balik..
Aku ni dahlah dah lama tak drive kete sendiri, asyiknya laki aku jer yg nak drive. Mula2 bawak dah rasa tak selesa. Apasal brek ni lain macam jer ketat nya. Takut gak kalau brek tak makan nanti. Aku pun testlah membrek byk kali. Seolah-olah baru dapat lesen kete. Mau org belakang menyumpah aku sbb ayik terbrek-brek, tapi tak, derang tak menyumpah kat aku sbb takde org pun belakang kete aku. Aku call asben tanya asben nape brek camtuh, dia kata biasa ajer tu cuma sbb aku dah lama tak drive. Banyaklah.
Masa on d way ke stesyen komuter tu, perut aku dah start dah meragam. Rasa cam nak patah balik rmh jer. Tapi kang lambat pulak sampai ofis nanti. Isy tak yah kerja lah hari nie. Tapi nak cakap camne ngan bos. Takkan nak citer satu2 masalah aku hari nie kat dia. Dalam pada berfikir2 tu tgk kat dpn JPJ buat road block. Ah sudah. Lesen, IC sumer takde ngan aku nie. Kalau aku kena tahan derang percaya ker ngan kata2 aku nie. Org kata kalau dalam kesulitan camtu elok baca ayat seribu dinar ker ayat apa ntah alah aku lupa lah pulak. sori yer. Tapi dalam panik camtu surah fatihah ngan ayat kursi jer aku ingat. Aku pun baca jer dalam hati. Sebijik2 kete derang cek siap suluh2 lagi. Kata pagi2 buta aku dah kuar rmh, memang gelap gelita lagi. Sampai turn aku. Aku menten jer. Buat muka selamba siap senyum lagi. Yes! aku lepas. Selamat.
Sampai stesyen parking kete kat bawah pokok biar kete tak berpanas. Tapi tgk ar balik kang mesti penuh ngan taik burung.
Kuarkan duit sepuluh ringgit yg aku amik siap2 dari rmh tadi, bayar duit parking pastu beli tiket komuter. Seb baik aku tak ketinggalan tren. Ngam ngam aku sampai tren pun sampai.
Tetapi tren adalah super penuh. Tapi still leh masuk gaklah cuma tak dapat duduk jer. Takpe aku masih lagi berupaya utk berdiri, daripada lelaki2 yg sedang duduk dan buat2 tido itu.
Perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 30 minit itu amat mendebarkan aku. Yelah mana tau kot2 tetiba perut aku wat hal. Mana aku nak buang? Memang tepat jangkaan aku kejap2 perut rasa memulas. Utk menghilangkan perasaan skt perut tu aku membzkan diri ngan sms asben.
ikutilah perbualan sms kami itu:-
aku: Syg deqna skt perutlah camne ni? Tadi kat rmh cirit.
asben: syg dah sampai mana.. jangan syg.. sampai bank baru yak..
aku: baru kat kepong. Syg doakan bini syg ni sampai bank dgn selamat dan selesa.
asben: ok amin.. kepala bawah bontot atas, kemut *tut* kuat2.. syg gemuruh tu
kepala..bontot sudahnya asben aku nie.. but it works... apa taknya dengan melayan sms tersebut aku dapat melupakan hasrat utk membuang itu..
Setelah menempuh onak dan duri akhirnya aku sampai gak kat tempat kerja yg aku kasihi ini. Menahan camne pun muka kena menten. Jumpa Dato' aku senyum, jumpa bla bla aku senyum. Menten seolah-olah takde apa yg berlaku.
Sampai kat workstation aku, on pc, letak barang sumer, baru terasa nak ke toilet.. bergegas ke toilet tapi toilet penuhlah pulak. isy korang pun cibir gak ker??
p/s: aku saspek nasi goreng paprik yg aku makan tgh hari semalam atau char kuew tiau yg aku makan petang semalam yg menjadi penyebab utama masalah aku hari ini.
Tuesday, February 3, 2009
Tolong! Tolong!
Ni kisah anak buah aku Adam yg baru berusia setahun lebih nie:-
kisah 1
(mengikut apa yg diceritakan oleh mak aku kepada aku)
Pada suatu pagi, mak aku tgh sidai kain kat luar. Sedang leka menyidai kedengaran si Adam menjerit meminta tolong. "Tolong! Tolong!".
Mak aku yg sedang menyidai kain terkejut dan cemas dengan jeritan meminta tolong itu. Lantas meninggalkan kain yg hendak disidai itu dengan terkocoh-kocohnya, sambil jatuh2 kain dibuatnya.
Masuk2 jer dalam rmh mak aku dapati si Adam sedang membuka peti ais sambil memeluk jug besar yg berisi air. Rupanya nak mintak tolong amikkan jag tu daripada jatuh ke lantai.
Tergelak aku dgr mak aku citer perihal Adam itu.
Kisah 2
Satu hari aku sekeluarga sedang menikmati KFC kat rmh akak aku. Ketika masing2 sedang khusyuk makan tetiba...
"TOLONG!... sayup2 jer bunyi tapi agak mencemaskan....
Rupa2 si Adam meminta tolong sbb dia tercekik tulang ayam.
Tulah kisah meminta tolong oleh anak buah aku si Adam tu. Memanglah kiterang ada nasihat kalau nak minta bantuan daripada seseorang kena minta tolong dulu... tapi dia sumer kes dia mintak tolong! tolong! alahai anak buah aku nie...
Friday, January 30, 2009
Tanam Pokok
Kami juga tidak ketinggalan utk mengusahakan tanah sekangkang kera di depan rmh kami juga. Yelah dari semak samun baik ditanam ngan pokok2 yg boleh membuahkan hasil.
Thursday, January 29, 2009
Dah Dua Malam
Kalau tak tido sana pun, kami akan cuma melepak di sana sampai tgh malam, pastu balik rmh mak tido. Cam malam tadilah, kiterang lepak & makan malam kat sana (makanan adalah ditapau dari rmh mak). Pastu bila nak tido balik rmh mak. Nak tido sana pun boleh jer tapi aku sehelai sepinggang sajer. Mana bawak baju kerja sumer. Tak lengkap lagi sebenarnya rmh kami tu. Kiranya rmh tu sekang ni jadi tempat istirehat jer lah.
p/s: kaki aku cedera malam tadi masa nak tutup pintu pagar. Hari ni gi ofis pakai sandal jer, aku tak biasa.Perabot Dah Sampai
Pasang Gril Lagi
Wednesday, January 28, 2009
Apa di Dalam Bag?
What’s the most important thing in your handbag?
Boleh aku nak eloborate more further? dalam beg duit dah tentu ada duit, kad bank yg mana penting gak tu. Resit2 pun penuh gak dalam beg
Dalam beg mekap pulak ada mcm2 ada bedak, blusher, lipstick, lipliner, eyeshadow, eyeliner dll.. dan yg terpenting sekali adalah sikat. Siyes, kalau aku tertinggal sikat ker atau sikat hilang ker mesti aku takde mood. Entahlah sikat ngan aku takleh dipisahkan. Member sekolah aku dah tau benar pangai aku yg satu nie.
yg merah tu beg mekap aku, dlm tu mcm2 ada. beg tu asben aku kasi masa bercintan cintun dulu, dia kasi aku estee lauder set dulu, tu yg dapat pouch tu sekali, dah lama aku guna beg tu.. cekelat tu wallet aku, pun asben aku kasi masa mula2 kawen dulu, pastu yg tu henpon tu aku beli sendiri, & lagi satu tu cermin mata aku yg jarang2 aku gunakan unless contact lense aku or mata aku prob.
What’s the most embarrassing thing in your handbag?
ada ker benda memalukan yer? ntah.. rasanya takde kot.. sbb normal lah kalau dalam handbage pompuan mesti ada pad ker panty liner ker. Tapi malu gak kalau org yg tak sepatutnya bkk dan ternampak benda2 nie.
What’s the smallest thing in your handbag?
Org kata sehalus jarum kan? maknanya jarum tu halus dan keciklah kan? so jawapannya dalam beg aku ni benda yg paling kecik adalah jarum. Aku memang ada standby jarum dan benang ni dalam beg utk waktu2 kecemasan. Pernah berguna masa kain aku berlubang sbb terpijak dek tumit kasut yg tajam.
Is there anything illegal in your handbag?
Confirm takde. semuanya sah aku nyer barang, takde barang curik, senjata merbahaya, barang2 curiga dan yg sewaktu dengannya.
Ok dah siap.... sori aku tak nak tag sesapa... sapa rajin buatlah yer...
Hadiah Birthday
p/s: Nape yer semenjak 2 menjak ni cam malas jer mengupdate blog? kalau private kan ok tak?
Thursday, January 22, 2009
Cuci Rumah
Kegunaan bahan2 tersebut tak lain tak bukan adalah utk tujuan pembersihanlah kan. Ater rmh baru siap haruslah kotor berabuk sana sini. Tambah lagi kiri, kanan, belakang sumer sibuk duk buat renovation.
Rajin gaklah asben aku ini, tapi aku rasa aku wat kerja lagi cepat..hehe. Aku dah settled sumer bahagian bawah dia tak abis2 lagi kat atas. Alih2 aku gak lah yg tolong mengabihkannya.