Thursday, February 5, 2009

Jangan Marah Aku

Aku tau sekang ni ramai jer yg memboikot produk Israel nie. Bagus tu. Tapi kadang2 tu tak leh nak elak nak gak beli or mkn produk dari Israel nie.

Sebenarnya aku nak citer pasal tadi aku lunch Mc D. Tak padan ngan cibir (cirit birit). Aku sebenarnya memang tgh boikot Mc D pun sebelum ni, boikot sebab takut gumoks. hehe. Aku dah wat undang2 nak makan fast food kalau boleh sebulan sekali jer.

Tapi tadi terkantoi pulak. Ofismate aku lah ni. Dia yg ajak aku dia kata Mc D sekarang ni lunch time offer good price utk value meal set. Aku pun ikut jelah.

Sekang ni set2 itu hanya dikenakan RM5.95 sahaja. Murahkan. Aku beli dua set baru RM12 sumting. Bukan dua2 aku makan. Satu aku makan, lagi satu aku tapau utk asben aku. See baik aku kan, sediakan makan minum utk suami...hihi..

Tapi apa yg aku notice sekang ni, Mc D memang lenganglah tak macam dulu2. Dulu kalau time lunch time harus queue sampai ke pintu sekang ni, takyah queue2 dapat jer.. tempat duduk pun byk jer. tak yah nak rebut2.

Betul lah memang ramai dah boikot. Aku nak makan kat sana pun can segan2 jer ngan org kat luar, mesti org akan kata " isy budak2 ni tak reti2 lagi.. nak gak makan produk israel tu!". tapi apa nak buat kami hanya pengguna bijak, berbelanja pada waktu yg sesuai. RM5.95 for each set for every week days from 12.00pm to 3.00pm. Skius me, aku bkn nak promote kan, tapi utk korang wat perbelanjaan berhemah.

Hidup ini Penuh Cabaran

Pagi ni cam biasa aku bangkit pagi2 utk pergi kerja. Cuma yg tak biasanya asben aku takde di sebelah. Dia kena kerja malam. Tak syuker...... tapi takpe demi masa depan aku turutkan juga..hehe

Masa mandi sakit perut. Gi toilet. Masa nak bersiap sakit perut gak. Gi toilet. Alamak aku kena cibir (cirit-birit). Lama gak aku memerut. Dalam pala otak time tu, masak aku ni dahlah kena gi kerja sendiri naik komuter, buatnya buat hal dalam komuter nanti camne.. Berfikir2 aku sama ada nak gi kerja atau pun mc sahaja.

Tapi aku tawakal ajer, teruskan bersiap-siap utk ke ofis. Aku memang tak retilah nak mc tetiba ni, unless memang dah tak larat sgt. Ni aku sihat, cuma tak larat asyik nak ke toilet ajer.

Dah siap sumer aku bukak handbag nak kuarkan duit siap2 utk byr duit parking & duit tiket komuter. What? My wallet takde dalam beg. Gosh.... fikir punya fikir rupanya wallet aku tertinggal kat ofis semalam. Seb baik aku cek awal2 buatnya bila dah sampai stesyen nanti baru gelabah nak cari duit semua.

... jap jap aku nak ke toilet jap. Panggilan cibir telah memanggil.

ok sambung balik..

Aku ni dahlah dah lama tak drive kete sendiri, asyiknya laki aku jer yg nak drive. Mula2 bawak dah rasa tak selesa. Apasal brek ni lain macam jer ketat nya. Takut gak kalau brek tak makan nanti. Aku pun testlah membrek byk kali. Seolah-olah baru dapat lesen kete. Mau org belakang menyumpah aku sbb ayik terbrek-brek, tapi tak, derang tak menyumpah kat aku sbb takde org pun belakang kete aku. Aku call asben tanya asben nape brek camtuh, dia kata biasa ajer tu cuma sbb aku dah lama tak drive. Banyaklah.

Masa on d way ke stesyen komuter tu, perut aku dah start dah meragam. Rasa cam nak patah balik rmh jer. Tapi kang lambat pulak sampai ofis nanti. Isy tak yah kerja lah hari nie. Tapi nak cakap camne ngan bos. Takkan nak citer satu2 masalah aku hari nie kat dia. Dalam pada berfikir2 tu tgk kat dpn JPJ buat road block. Ah sudah. Lesen, IC sumer takde ngan aku nie. Kalau aku kena tahan derang percaya ker ngan kata2 aku nie. Org kata kalau dalam kesulitan camtu elok baca ayat seribu dinar ker ayat apa ntah alah aku lupa lah pulak. sori yer. Tapi dalam panik camtu surah fatihah ngan ayat kursi jer aku ingat. Aku pun baca jer dalam hati. Sebijik2 kete derang cek siap suluh2 lagi. Kata pagi2 buta aku dah kuar rmh, memang gelap gelita lagi. Sampai turn aku. Aku menten jer. Buat muka selamba siap senyum lagi. Yes! aku lepas. Selamat.

Sampai stesyen parking kete kat bawah pokok biar kete tak berpanas. Tapi tgk ar balik kang mesti penuh ngan taik burung.

Kuarkan duit sepuluh ringgit yg aku amik siap2 dari rmh tadi, bayar duit parking pastu beli tiket komuter. Seb baik aku tak ketinggalan tren. Ngam ngam aku sampai tren pun sampai.

Tetapi tren adalah super penuh. Tapi still leh masuk gaklah cuma tak dapat duduk jer. Takpe aku masih lagi berupaya utk berdiri, daripada lelaki2 yg sedang duduk dan buat2 tido itu.

Perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 30 minit itu amat mendebarkan aku. Yelah mana tau kot2 tetiba perut aku wat hal. Mana aku nak buang? Memang tepat jangkaan aku kejap2 perut rasa memulas. Utk menghilangkan perasaan skt perut tu aku membzkan diri ngan sms asben.

ikutilah perbualan sms kami itu:-

aku: Syg deqna skt perutlah camne ni? Tadi kat rmh cirit.
asben: syg dah sampai mana.. jangan syg.. sampai bank baru yak..
aku: baru kat kepong. Syg doakan bini syg ni sampai bank dgn selamat dan selesa.
asben: ok amin.. kepala bawah bontot atas, kemut *tut* kuat2.. syg gemuruh tu

kepala..bontot sudahnya asben aku nie.. but it works... apa taknya dengan melayan sms tersebut aku dapat melupakan hasrat utk membuang itu..

Setelah menempuh onak dan duri akhirnya aku sampai gak kat tempat kerja yg aku kasihi ini. Menahan camne pun muka kena menten. Jumpa Dato' aku senyum, jumpa bla bla aku senyum. Menten seolah-olah takde apa yg berlaku.

Sampai kat workstation aku, on pc, letak barang sumer, baru terasa nak ke toilet.. bergegas ke toilet tapi toilet penuhlah pulak. isy korang pun cibir gak ker??

p/s: aku saspek nasi goreng paprik yg aku makan tgh hari semalam atau char kuew tiau yg aku makan petang semalam yg menjadi penyebab utama masalah aku hari ini.

Tuesday, February 3, 2009

Tolong! Tolong!

Bilakah kita menggunakan perkataan tersebut?

Ni kisah anak buah aku Adam yg baru berusia setahun lebih nie:-

kisah 1

(mengikut apa yg diceritakan oleh mak aku kepada aku)

Pada suatu pagi, mak aku tgh sidai kain kat luar. Sedang leka menyidai kedengaran si Adam menjerit meminta tolong. "Tolong! Tolong!".

Mak aku yg sedang menyidai kain terkejut dan cemas dengan jeritan meminta tolong itu. Lantas meninggalkan kain yg hendak disidai itu dengan terkocoh-kocohnya, sambil jatuh2 kain dibuatnya.

Masuk2 jer dalam rmh mak aku dapati si Adam sedang membuka peti ais sambil memeluk jug besar yg berisi air. Rupanya nak mintak tolong amikkan jag tu daripada jatuh ke lantai.

Tergelak aku dgr mak aku citer perihal Adam itu.


Kisah 2

Satu hari aku sekeluarga sedang menikmati KFC kat rmh akak aku. Ketika masing2 sedang khusyuk makan tetiba...

"TOLONG!... sayup2 jer bunyi tapi agak mencemaskan....

Rupa2 si Adam meminta tolong sbb dia tercekik tulang ayam.


Tulah kisah meminta tolong oleh anak buah aku si Adam tu. Memanglah kiterang ada nasihat kalau nak minta bantuan daripada seseorang kena minta tolong dulu... tapi dia sumer kes dia mintak tolong! tolong! alahai anak buah aku nie...


dah semakin besar & petah dah budak ni sekang

Friday, January 30, 2009

Tanam Pokok

Depan rmh kami takde rmh org, maknanya ada tanah kosong lah di depan rmh. Jiran2 sebaris ngan rmh kami sumer semangat bercucuk tanam kat seberang jalan depan rmh masing2.

Kami juga tidak ketinggalan utk mengusahakan tanah sekangkang kera di depan rmh kami juga. Yelah dari semak samun baik ditanam ngan pokok2 yg boleh membuahkan hasil.

Mungkin inilah pertama kalinya asben aku menggunakan cangkul.. tapi dia tak ngaku dia kata kecik2 dia biasa menyangkul masa duk ngan nenek dia.. ntah yer ntah tidak...

Mak aku yg gigih menanamkan pokok. Mak aku ni memang hobi dia gardening.. so tak heranlah setakat tanam pokok sepokok dua tu.. very the sekejapan



menyangkul menggunakan cangkul yg baru dibeli. aku pun try menyangkul gak, leh tahan berpeluh gak lah.. aku sarankan kat korang kalau nak cpt berpeluh rajin2 lah menyangkul



Antara pokok yg ditanam adalah pokok serai. Rata2 sumer jiran2 aku tanam pokok nie, aku pun tak ketinggalan..


Yang ni pulak pokok rambutan kahwin...

Selain tu ada gak kiterang tanam pokok nanas, tapi tiada di dalam gambar. Pokok serai dan nanas aku bawak dari rmh mak aku. Selain tu aku tanam pokok kacang panjang gak kat belakang rmh. Aku ada gak semai benih cili dalam kampit hitam tu, tapi sampai sekang tak tumbuh2 gak, susah2 tanam anak pokok jer.. cpt sikit dia besar..
Pokok2 bunga belum lagi ada kat rmh tu. Tgklah nanti rajin2 nanti leh lah gi nursery.. padahal kat rmh mak byk jer pokok2 bunga...
Cea kemain semangat bertani tuh..

Thursday, January 29, 2009

Dah Dua Malam

Walaupun kami secara rasminya belum lagi berpindah, tapi kami dah 2 malam bermalam di sana. Saje nak membiasa-biasakan diri. Ala tido dekat hall jer pun. Takut aku nak tido kat atas. Yelah lagipun kat atas masih kosong lagi.

bentang toto jer..

Kalau tak tido sana pun, kami akan cuma melepak di sana sampai tgh malam, pastu balik rmh mak tido. Cam malam tadilah, kiterang lepak & makan malam kat sana (makanan adalah ditapau dari rmh mak). Pastu bila nak tido balik rmh mak. Nak tido sana pun boleh jer tapi aku sehelai sepinggang sajer. Mana bawak baju kerja sumer. Tak lengkap lagi sebenarnya rmh kami tu. Kiranya rmh tu sekang ni jadi tempat istirehat jer lah.

p/s: kaki aku cedera malam tadi masa nak tutup pintu pagar. Hari ni gi ofis pakai sandal jer, aku tak biasa.

Perabot Dah Sampai

Weekend sebelum CNY hari tu memang aku laki bini bekerja-keras lah menyetelkan apa2 yg patut pasal rmh kami tu. Yelah time tulah lah perabotnya nak sampai lah, barang letrik lah sumer nya nak sampai hari yg sama. Letih wo.


Pekerja perabot tgh memasang kaki sofa


sign mana yg patut.. bukti barangan telah diterima


Minggu sebelum tu pulak ada gak lori perabot hantar barang. Tak menyabar tul dorang ni nak hantar. Kiterang kata nanti2 pun takpe, tapi derang dan dan tu jugak menghantar. Katanya pasni derang sibuk nak cuti raya cina, takde pekerja nak hantar. Kelam kabut kiterang bersihkan rmh buat kali kedua. Yelah, sebelum barang2 masuk haruslah nak pastikan rmh benar2 bersih.
Sedang mencuci-cuci rmh & lantai pun tak sempat nak kering, lori perabot dah tersedia kat depan pintu pagar. Sabar jerlah. Nak tak nak terpaksalah angkut gak masuk dlm. Time tu rasa memang nak pengsan dah. Penat giler.

Pasang Gril Lagi

Actually pemasangan gril kat rmh kami tu tak siap lagi kat ruang kat tingkat atas sbb hari tu org yg mengukur tu telah tersalah ukur.

pemandangan dari tangga

gini caranya nak pasang.. tangga adalah panjang sekali



Tinggi sebenarnya bahagian atas tu. Kalau nak ikutkan tak yah gril pun takper, sbb penyamun kalau nak masuk pun fikir 4 5 kali kalau nak terjun dari tingkap kecil tu. tapi dah alang2 dah buat gril tu kan, buat jer lah, lagipun penyamun2 sekang ni bijak2 belaka.

Wednesday, January 28, 2009

Apa di Dalam Bag?

Tag dari Tinit. Bagus gak tag ni, sekurang-kurangnya leh lah mengembalikan sedikit mood aku utk mengupdate blog ini.

Buat masa sekarang ni, inilah beg yg aku gunakan. Nanti dah muak aku tukar beg lain pulak. Memandangkan ini beg aku yg paling latest, 3 ketul beg aku yg lain telah aku ketepikan buat seketika.

Beg adalah besar. Aku suka sbb aku leh campak2 jer dalam beg tu. Tau2 bila sandang lama2 rasa sakit jer bahu ni sbb besar sgt. Pastu bila henpon berbunyi rasa sakit jiwa jer nak mencari hp tu di sebalik barang2 yg lain. Padahal ada jer poket utk letak hp tapi tulah kata suka men campak2 jer.

What’s the most important thing in your handbag?

Beg duit, Beg mekap, henpon, buku bank. Oh ya lagi satu adalah pas kerja & kunci locker.

Boleh aku nak eloborate more further? dalam beg duit dah tentu ada duit, kad bank yg mana penting gak tu. Resit2 pun penuh gak dalam beg

Dalam beg mekap pulak ada mcm2 ada bedak, blusher, lipstick, lipliner, eyeshadow, eyeliner dll.. dan yg terpenting sekali adalah sikat. Siyes, kalau aku tertinggal sikat ker atau sikat hilang ker mesti aku takde mood. Entahlah sikat ngan aku takleh dipisahkan. Member sekolah aku dah tau benar pangai aku yg satu nie.


yg merah tu beg mekap aku, dlm tu mcm2 ada. beg tu asben aku kasi masa bercintan cintun dulu, dia kasi aku estee lauder set dulu, tu yg dapat pouch tu sekali, dah lama aku guna beg tu.. cekelat tu wallet aku, pun asben aku kasi masa mula2 kawen dulu, pastu yg tu henpon tu aku beli sendiri, & lagi satu tu cermin mata aku yg jarang2 aku gunakan unless contact lense aku or mata aku prob.


What’s the most embarrassing thing in your handbag?

ada ker benda memalukan yer? ntah.. rasanya takde kot.. sbb normal lah kalau dalam handbage pompuan mesti ada pad ker panty liner ker. Tapi malu gak kalau org yg tak sepatutnya bkk dan ternampak benda2 nie.

buku bank, ubat sakit tekak, ubat selsema, dlm plastik tu benang & jarum & dalam plastik satu lagi tu erm.. alah takkan korang tak tau kan


What’s the smallest thing in your handbag?

Org kata sehalus jarum kan? maknanya jarum tu halus dan keciklah kan? so jawapannya dalam beg aku ni benda yg paling kecik adalah jarum. Aku memang ada standby jarum dan benang ni dalam beg utk waktu2 kecemasan. Pernah berguna masa kain aku berlubang sbb terpijak dek tumit kasut yg tajam.


Selain brg2 di atas ni ada lagi brg cenonet dalam beg aku ni... tisu berpaket-paket, eyedrop, nail clipper yg besar, inai mekah (ni kakak opismet aku kasi dia baru balik haji), perfurme miniature. Actually byk lagi tapi kamera aku dah abis bateri malas aku nak amik lagi.. tu tak termasuk lagi charger, kabel kamera, kamera & sampah sarap dalam beg aku ni..

Is there anything illegal in your handbag?

Confirm takde. semuanya sah aku nyer barang, takde barang curik, senjata merbahaya, barang2 curiga dan yg sewaktu dengannya.


Ok dah siap.... sori aku tak nak tag sesapa... sapa rajin buatlah yer...

Hadiah Birthday

Ingat lagi tak pasal citer ni?


Inilah dia birthday presentnya.

p/s: Nape yer semenjak 2 menjak ni cam malas jer mengupdate blog? kalau private kan ok tak?

Thursday, January 22, 2009

Cuci Rumah

Baldi, mop, penyapu, pencuci & tikar


Kegunaan bahan2 tersebut tak lain tak bukan adalah utk tujuan pembersihanlah kan. Ater rmh baru siap haruslah kotor berabuk sana sini. Tambah lagi kiri, kanan, belakang sumer sibuk duk buat renovation.
Walaupun dah baper kali dicuci still lah berabuk sokmo.

Memang aku dapat saksikanlah yg asben aku ni super rajin orgnya yg sebenarnya...


Rajin gaklah asben aku ini, tapi aku rasa aku wat kerja lagi cepat..hehe. Aku dah settled sumer bahagian bawah dia tak abis2 lagi kat atas. Alih2 aku gak lah yg tolong mengabihkannya.

tak caya? ni bukti aku tengah ngemop



bilik air licin berkilat hasil sentalan en. asben...

Rumah adalah kosong tanpa sebarang peralatan memasak apatah lagi perabot. Selepas penat membersihkan rmh duduklah kedua laki bini ini kata atas tikar ni untuk menjamu selera.


Mkn tengahari ketika itu hanyalah nasi ayam dan air mineral sajer

Sambil ditemani dengan sebuah tv kecik yg aku import khas dari dapur mak aku. Tak sia2 aku bawak tv ni sekali. Takdelah boring kat sana tu. Sementara waktu ni tv nilah yg akan kami gunakan kalau kami berkunjung ke rmh kami tu.

kecik2 pun leh tgk lagi


gambar tuan rmh

p/s: citer ni agak dah lama sebenarnya, sekarang ni nak makan tak perlu lagi duk atas lantai:)