Wednesday, January 21, 2009

Ni Citer Betul

Hahaha sori pada sumer yg telah tertipu dengan citer pasal nie. Yelah takkanlah secepat itu aku siap hias rmh sumer. Complete lak tu. Apa ingat kiterang ni berwang ker? Sebut betul2 bkn beruang yer...

Nak camtu boleh tapi kena amik masa sikitlah. Ater kiterang ni sumer bukan anak org ado2 nak dapat tu sumer dengan sekelip mata. Sumernya hasil titik peluh sendiri sambil lap peluh ni tanpa bantuan mana2 ahlong pun.

Tapi sebelum tu.. baca mcm intonasi pembaca berita kat era or sinar tu, asyiknya kalau nak baca berita mesti sebut tapi sebelum tu.... sekali lagi aku nak ingatkan sebenarnya aku takdelah nak sgt nak citerkan pasal rmh kami atau apa2 saja yg sewaktu dengannya dengan org2 sumer. Tapi based on the feedback from my readers yg ok jer dan ada yg memang menantikan aku citer pasal ni so, terpaksalah juga aku citer light2 je kat blog ni. Bkn apa takut nanti ada org kata nak show off jer padahal takde mende pun nak ditunjukkan. Apapun hanya blogger yg mengenal hati blogger...

Baiklah kali ni aku akan bercerita pasal lampu sajer. Seperti yg korang sedia maklum, lampu tu sumer kiterang beli peringkat demi peringkat. Lepas settled sumernya barulah kiterang panggil apek tu tolong pasangkan.

Ini adalah gambar gelas


aku tipu yg tadi tu bkn gambar gelas tapi gambar lampu ni hah. Dan jangan terpedaya sekali lagi yg asben aku ni terer pasang lampu segala.. kalau teror takdelah nak upah si apek tu..


Ni hah bukti apek tu wat kerja.. suka cara dia wat kerja.. sgt tersusun & teliti



kerja aku? bentang tikar dan duduk dan memerhati .. tapi jgn kata aku ni tak berkhidmat langsung.. sbb tanggungjawab aku pun penting gak.. since apek tu takde assistant & tangga dia pun satu jer, aku lah yg membantu dia tlg pegangkan lampu2 tu masa dia nak sangkut lampu tuh.. hah tulah untungnya dapat bini yg panjang ni...


Actually citer ni kira citer tertunggaklah sbb bab2 lampu ni sumer dah settled lama dah. Cumanya dulu aku cam malas jer nak share segalanya dalam blog, tapi bila ada jer follower yg mengikuti kisah ni, so aku pun citer jelah. Sharing is caring tak gitu?

Lampu ni aku beli satu percuma satu. Lagi satu aku letak kat bilik aku. Serius murah. Ni aku pakai dimmer. Kalau rasa2 nak mood romantik aku malapkan lah..


Kalau nak terang lagi bersuluh, aku ejaslah kasi terang..


Rmh aku ni takdelah konsep apa2 pun, cuma buat ikut suka dan ikut rasa jer.

Gambar di atas dan di bawah - sama tapi tak serupa

kalau mood putih pasanglah lampu putih - mood kuning pasanglah lampu kuning

Oklah rasanya cukuplah takat tu ajer, takkan aku nak ulas satu2 lampu yg aku pasang kat rmh aku ni. Kan aku cakap aku citer light2 jer..yelah takkan aku nak citer satu2 lampu aku tu agak2lah kan. dah tu ada 25 lampu sumer takkan satu2 aku nak citer?

p/s: Kedai JC Light kat Bandar Baru Sungai Buloh menawarkan harga yg terendah daripada kedai2 lampu yg lain.

Tuesday, January 20, 2009

Kopi Satu

Suatu malam sedang aku syok2 tgk tv, telefon rumah berbunyi. Kat rmh aku ni sekang masing2 malas nak jawab telefon. Yelah masing2 pakai hp, so masing2 tak heran lah ngan tipon kat rmh tu.

Since aku paling hampir ngan telefon aku pun jawablah.

Aku: Helo
Caller: Helo (suara sayup2 jer) suara lelaki

aku kalau suara lelaki aku cuak sikit, kot manalah tau kalau pakwe lama tipon ker apa, tak ke naya aku ngan asben aku. Hehe itu adalah mengarut..

ok sambung balik..

Aku: Helo... cakap kuat sikit.. tak dengarlah..
Caller: Buatkan air kopi, plis.....
Aku: ???

sambil toleh kat belakang tgk asben aku tengah cakap kat hp sambil tergelak-gelak. hampes.

Nak air cakap jelah, Ni sajer jer kasi aku penat jawab telefon.

Jom Jamu Mata!

Aku sebenarnya kalau boleh tak nak citer pasal rmh dah. Tapi rupanya ada gak reader yg suka baca pasal rmh2 ni. Macam aku gak lah suka jer baca pasal deco2 rmh ni, atlis dapat sikit panduan.

Malas nak citer panjang2. Kita jamu mata jerlah yer. Bkn nak menunjuk-nunjuk.. cuma nak share jer kot boleh dijadikan panduan..hehe


Tempat istirehat bersama keluarga

Tempat melayan tetamu

Tempat memasak.. masak sgt lah kan..

hall from different angle

Bilik tetamu..


Ruang menonton


cantik tak rmh kami? Kalau nak ikutkan sumer dah settle dah tapi still tak nak pindah gak...

eh, cop cop korang percaya ker tu rmh kami?? hehe sori tu semua adalah dusta.. itu hanyalah sekadar rmh contoh... hehe.. salahkah aku berangan?

:)

Apa perasaan korang kalau korang senyum kat member2 & say hye tapi org tu buat derk ajer. Muka cam takde perasaan. Rasa cam nak sepak laju2 jer kan? Eeei aku geram lah. Bukan kali pertama tapi dah beberapa kali.

Pernah gaklah aku berazam pasni bila jumpa dia aku nak wat bodo jer.. tapi aku aku tak mampu still gak nak sedekahkan senyuman kat dia..

Aku pernah dengar ceramah agama, ustaz/ustazah tu kata kalau org buat camtu, takpe kita jangan simpan dendam kita teruskan sajer amalan tu.

Ye memanglah aku senyum jugak, tapi lepas aku senyuman tak berbalas aku menyumpah seranah dalam hati. Tak baik gak kan??

p/s: kadang2 org tu rabun.. tak nampak tu pasal dia tak balas senyuman kita.. :) :) :)

Monday, January 19, 2009

Island Red Cafe

Malam minggu berlepakan dekat Island Red Cafe. Zali, hubby si Farah bermurah hati nak belanja dinner. Kebetulan Lily yg duk Sarawak tu ada kat KL. Cam biasa bila bini2 ni buat perjumpaan si suami2 pun haruslah mengikuti sekali. Setiap perjumpaan adalah pakej bersama2 suami masing.

terletak berhampiran dengan Uptown Danau Kota. 17 adalah no. meja kami

farah, lily Neena & me

Hampir setahun tak berjumpa dgn Lily ni. Masa jumpa tahun lepas dia belum kawen lagi. Jumpa kali ni dah kawen & datang bersama-sama dengan perut yg dah sarat. Sarat2 8 bulan dia tu boleh gak lepas naik flight tu.


Tukang belanja yg baik hati sedang mengambil order.

Actually, cafe ni konsep dia lain sikit. Aku tak berapa nak reti nak explain kat korang. Yg aku tau dianya konsep cam multi level lah.. Nak datang sini kira kena jadi member lah, atau mesti ada member yg jadi member lah.. Lagi satu tempat ni super penuh. Kalau setakat korang nak walk-in jer jangan haraplah ada tempat. Harus ditempah terlebih dahulu.

Ehsan & Nuar. Wah Nuar kemain lagi glowing muka tu yer.. maklumlah baru buat Bali Spa

Sehari sebelum dinner tu, aku, farah & neena telah berjumpa dan berpakat utk membelikan samting kepada lily. Yelah tak lama dia kan nak deliver, nak gi melawat dia kat Sarawak tu, tak taulah bilanya. So, alang2 dia dah ada kat sini kiterang kasi in advance jelah present tu. Oh ya, bab2 hadiah tu Farah mengofferkan diri utk mencari hadiah tersebut.

Bakal mummy & daddy... membaca kad yg ditandatangani oleh kami..
.
Member aku sorang ni bercita-cita nak produce anak sampai 10 orang. Cayalah beb. Aku tunggu lepas kuar sorang ni, ko nak teruskan cita2 ko tu ataupun tidak.

My food & beverage; fish & chip & falling in love (nama air tu) yg super lazatttt...

Makanan & minuman kat sini memang sedap belaka. Tetapi memandangkan org terlampau ramai, kengkadang lambat sikit lah nak sampai makanan tu. Ada satu customer sudah mengamuk abis dia tunggang nya meja tu sampai terbalik & terjatuh segala apa benda kat atas meja tu. Pastu terus blah. Sgt kurang ajar. Kesian pekerja2 tu. Aku tau memang penat nak layan customer kalau ramai2 camtuh.

the wifes

the husbands


masing2 nak pegang perut..



Inilah hadiahnya... baby bather


Apapun enjoy sgt jumpa korang sumer. Sori tak tak dapat join korang gi jalan2 kat uptown tu.
To Lily: Selamat melahirkan Rayyan (is it how to spell the name?) yg sihat dan putih gebu seperti yg yg ko harapkan itu. Take care:)
To Farah: Thank you to both of you for the the treats. Semoga bertambah-tambah lagi rezeki u ols.
To Neena: Ko jangan asyik nak 'meeting' lama2. Hehe.

Tujuh Nak Masuk Lapan

Malam tadi aku makan kat luar ngan asben. Masa tengah makan datanglah satu family. Kedatangan derang ni memang menarik perhatian aku.

Respek betul aku kat mak budak2 tu sumer. Walaupun nampak cam muda lagi tapi anak dah nak masuk lapan. Anak yg 7 org tu pun kecik2 ajer. Rasanya yg paling besar pun cam baru darjah 3 atau 4 camtulah. Yang kecik pulak masih baby lagi lah.

Tapi aku tak taulah pulak kalau antara budak2 tu sumer ada yg anak sedara atau anak angkat atau anak org lain. Tapi berdasarkan wajah2 mereka sumer, nampak cam serupa jer. So aku assume sumer tu adik beradiklah.

Rasa cam seronok jer anak banyak2 cam tuh. Seronok bila dah besarlah bak kata asben aku bila sorang jadi doktor, sorang jadi pilot, sorang jadi lawyer, sorang jadi bla bla, sorang jadi bla bla. Pendek kata sumer menjadi lah. Tapi jangan besar sorang jadi penagih, sorang jadi peragut, sorang jadi mat rempit sudahlah yer. Tak sejuk perut ibu mengandung.

p/s: Setiap anak yg dilahirkan itu ada rezekinya..

Thursday, January 15, 2009

Rupa Bentuknya

Oklah aku tunjuklah rupa bentuk gril yg tak seberapa itu. Memandangkan gambar hanya diambil menggunakan phone, gambar agak kurang kualitinya. Kalau nak ikutkan warnanya ialah lebih kurang kaler golden bronze lah...

Ini pintu

sliding door dari dalam


Yang bawah ni pulak gambar2 semasa proses nak pasang gril. Kalau korang perhatikan ada jer asben aku kat mana2 sibuk nak memerhatikan. Aku duk diam jer kat dalam sambil dengar lagu sambil tido jer & sambil2 snap gambar. Letih nak tunggu.




wooo berapi tu...selamba badak jer brader tak pakai apa pelindung kat muka dia tu

see.. laki aku memang suka jer menyibuk-nyibuk


aku rilex jer duk kat dalam berlapikkan tikar plastik semata


kat wet kitchen..





Sebelum


Selepas

Selepas (bahagian belakang sumer pakai gril biasa ni ajer)


sebelum (gambar tunggang terbalik aku malas nak susun)

Finally.... Home.sweet.home

Nak pindahnya bila? still tak tau lagi. Masih selesa duduk di rmh emak sendiri. Yelah 28 thn tinggal kat situ, tiba2 nak pindah.. sesuatu sgt tau...

Wednesday, January 14, 2009

Excited!

Bila rmh dah almost ready ni rasa cam excited sgt. Akak aku lagilah lebih2 excited dari kami nie ha. Hampir hari2 gaklah dia duk melawat rmh kami tu. Di samping kasi2 idea apa yg patut kami buat.

So far, everything dah settle. Cuma nak tunggu perabot & barang2 masuk jer. Yg lain2 sumer dah siap.

Apa yg telah kami buat terhadap rmh baru kami tu since kami dapat kunci bulan October tahun lepas. Ya, agak perlahan sedikit perkembangan rmh kami nie. Yelah kiterang ni bkn org ado2 pun nak wat sekali zap sumernya. Sikit2 lama2 jadi bukit, eh silap lama2 baru siap...hehe

Mula dapat kunci dulu perkara pertama yg kiterang buat ialah ubah suai sikit bahagian wet kitchen. Nak kata ubah suai tu tak jugaklah sbb takde apa yg diubah pun cuma naikkan dinding sikit jer. Tu pun dah memakan kos sebanyak RM2800. Tak taulah kiterang kena tipu ker, atau memang harga dia camtu, sbb jiran sebelah buat tak sampai pun byk tu. Tapi redha jelah.

Dalam masa yg sama kami juga telah menempah gril. Walaupun belek byk kali katalog semata nak cari design, tapi tak terpilih jugak, alih2 tokey kedai tu tu rekomen satu design terus kiterang agreed. Tokey kedai adalah org melayu dan harganya berpatutan. Betul tak tipu. Jiran2 aku wat sumer sampai 3 ribu lebih kiterang kena cuma RM2800 jer. Wrought iron utk bahagian depan dan gril biasa utk bahagian belakang.

Lepas wat tu wat wiring pulak. Yelah nak tambah sikit2 lah point2, kalau nak harapkan yg standard dari pemaju manalah nak cukupkan. So, sebelum berpindah tu eloklah kiterang wat wiring dulu, sbb kalau dah pindah nanti leceh. Yelah dah tentu berabuk punya bila derang nak tanam wire kat dinding tu. Kerja2 wiring ni telah dilakukan oleh Uncle Ah Fatt. Asben aku panggil apek jer dia nie. Apek ni wat kerja sangat teratur dan kemas. Kalau dia kata nak wat kerja pukul 8.30am, kul 8.00 dia dah terpacak dah kat pagar rmh. Ok, Apek ni telah dipertanggungjawabkan utk menambah 10 plug point, 8 downlight point, 1 ac point & 3 fan point. Ni aku main ingat2 jelah. Utk kerja2 itu apek telah mengecas kami sebanyak RM1250 siap plaster & cat balik dinding2 tu.

Selepas itu, kami wat plaster syiling kat keseluruhan bahagian bawah rmh. Mula2 ingat nak buat kat ruang tamu ajer, tapi tuk ruang tamu jer kami dicas RM1800, tapi kalau nak wat kat keseluruhan tingkat bawah RM2000 jer. So, alang2 sikit jer lagi, kami pun zas jelah buat utk tingkat bawah termasuk ngan porch & toilet sekali. Yang ni aku tak berapa pastilah sama ada berbaloi ke tidak, sbb ada org kata murah & ada org lain kata pulak mahal. Aku tak berapa pasti pulak. Kalau kiterang kena tipu gak, kiterang redha jugaklah. Yang penting hasilnya kemas dan cantik.

Dalam masa yg sama tu jugak kami juga gigih mencari & mengumpul lampu2 dan kipas2yg hendak dipasang. Proses membeli barang2 ni jugak makan masa. Sbb bukan hanya satu tempat sahaja yg dituju, byk tempat sbb setiap kedai offer harga yg berlainan. Lagi pulak, bukan setakat seketul dua yg ingin dibeli, tapi berketul-ketul. Mana larat nak beli sekali sumer. Yg paling tak larat ialah pembelian down light. Down light tu kiterang beli awal2 lagi kat Jalan Pudu. Ceh konon murahlah tu pasal lah beli awal2. Memang murahlah compared dengan tempat2 lain. Apa taknya RM11 satu set termasuk bulb. citer pasal ni nanti aku citer balik kat perenggan yg seterusnya ya. Utk kipas & lampu kiterang beli dari 5 tempat & kedai yg berlainan.

Bila dah complete beli sumer, kiterang panggil balik Apek yg wat wiring tu tuk pasangkan lampu2 & kipas2 tu sumer. Utk 6 kipas dan 25 lampu, upah pasang adalah RM345. Setiap satu kipas dicas RM20 dan setiap lampu dicas sebanyak RM9. Tetapi, semasa proses pemasangan lampu ni byk lah insiden yg haru. Antaranya lampu downlight yg kiterang beli tu tak ngam ngan lubang kat plaster syiling kiterang tu, downlight tu panjang sgt, dan bila dipasang dia terjembul keluar, nak tak nak terpaksa lah kami menukar semula lampu2 itu sumer. Konon2 nak murah alih2 dari RM11 punya harga kena tukar ker RM35 sebiji tak termasuk bulb. Nak belinya 8 set pulak. Aduhai lari bajet kiterang. Ada pulak tu, lampu stor pun wat hal gak, mula2 try kat kedai ok jer, tapi bila siap pasang tak nak nyala pulak, terpaksa pergi balik kedai tu, rupa2 apek tu tak ejas. Aduhai penat tau kerja ulang alik nie.

.. and finally semalam gril yg kiterang tempah tu dah siap dipasang. phew lega rasanya. Sumer perkara dah siap. Bab2 perabot & isi rmh yg lain2 tu nanti2 lah yer.. kasi bernafas dulu..hehe...

Oklah apa yg aku citer kat atas tu adalah sekadar utk memberi panduan kepada sesapa jer yg bakal mendapat kunci rmh baru masing2 nanti tu. Tak gitu kak piah & mummysya? Mana yg aku blh rekomen akan aku rekomen kan. No hal punya....

Rumahku Syurgaku... segala penat lelah & jerih perih terubat bila melihat hasilnya.... syukur Alhamdulillah segalanya dipermudahkan

p/s: tak yah tunjuk gambar aci tak?

Shopping-Shopping

Last Saturday ari tu aku gi Sale Preview kat Sogo ngan mak, akak & adik aku. All ladies. Laki masing2 tak ikut, termasuklah laki aku. Derang sumer sibuk nak tgk bola Selangor vs N. Sembilan.

Sampai jer kat Sogo masing2 berpecah. Masing2 ngan haluan sendiri tuk menyoping. Aku pun bergerak sendiri mencari-cari barang yg aku inginkan. Sebenarnya takde mende pun aku nak beli tapi nak gak buang duit tuk diri sendiri. Yelah semenjak 2 menjak ni kiterang asyik spend tuk rmh jer, sekali sekala kenalah belikan sesuatu utk diri sendiri kan.

Hasil rembatan aku ialah 2 helai baju dan sehelai short. Lepas habis beli barang2 aku, aku terus tuju ke Men's Department utk membeli barang yg dikirim oleh asbenku. Terpaksa aku menebalkan muka mencari seluar kecik asben aku tuh. Dahlah kat situ sumer lelaki. Ada pun seorang perempuan menemankan anak bujang dia membeli 'spender'. Suka hati asben aku jer suruh2 aku belikan nie, pastu demand pulak tu, asyik2 nak renoma jer. Sekotak jer 30 ringgit lebih, kalah aku punya tuh..

Mak aku pulak sibuk mencari handbag. Handbag murah2 dia tak nak, harus nak yg ratus2. Ikut perangai aku lah tu kot. Patutlah bila aku beli beg mahal2 (taklah mahal sgt pun sebenarnya) dia tak bising2 rupa2nya dia pun sama. Nak cari beg seketul pun makan masa tuh.. aduh layankan ajer. Bkn apa mak aku bengang pasal hari tu masa raya dia ada beli beg, baru bape kali pakai ada jer yg dah tercabut. Tulah sape suruh amik yg display? Tulah mak aku kalau kenan yg itu, yg itulah jugak dia nak.

Sambil2 tu aku sempatlah rembat sehelai comforter jean perry yg sangatlah murah. masa tgh jalan2 kat tgh2 tu dengar org cam terpekik2 wat lelongan, oh rupanya ada happy hour sale. Derang offer comforter tu dalam tempoh 10 minit dgn harga RM110, sebelum atau selepas waktu tu harganya ialah rm189 (after less). Aku apa lagi terus rebut2 sekali. Comforter tu kalau normal price biasa 5 6 ratus gaklah.

Akak2 aku pulak sibuk cari barang masing2. Sedar tak sedar hampir kul 11 kiterang kat sana. Seb baik hari tu waktu perniagaan dipanjangkan sehingga jam 11 mlm.

Selain hasil2 shopping yg diperolehi, aku juga mendapat voucher sogo sebanyak 90 ringgit. patutnya leh dapat 100++ tapi akak aku lambat kasi resit kat aku. Aku lak malas nak beratur lagi. Kalau dah sampai seratus voucher nya, korang kiralah berapa kiterang berabis dalam sekelip mata??

p/s: satu gambar pun tarak...

Tuesday, January 13, 2009

Sibuklah Sekarang nie

Aku memang nak update. Tapi sekarang ni aku adalah amat bz sekali. Letih jangan nak cakaplah. Hari ni aku cuti sbb nak menguruskan hal2 rmh kami nie.
Nanti settle sumer aku update yer.

.... & sori blog2 korang pun aku tak sempat nak jelajahi....

klah.... aku nak gi tgk org pasang gril ni. Ntah bape kali delay dah... harap2 hasil kerjanya oklah...


Bersandar keletihan..

Dah bersih.. bolehlah duduk2 atas lantai sambil goyang kaki (tu sbb gmbr kaki gegar)..

Apapun byk lagi nak kena buat nie.....takpe slow2 ma...