Monday, June 9, 2008

MidNite Movie

Saturday night hari tu aku ngan asben kuar berduaan ke MV. Niat di hati ni nak tengok citer Long Khong. Tapi tiket sold out.. Lagipun satu panggung jer utk citer tu. mungkin citer tu tak best kot... End-up kiterang tgk citer Indiana Jones (asben memang nak tgk citer ni pun). Show pukul 11.30pm. Oklah rasa tak nyesal pun tgk citer tu... bestlah jugak. Cuma aku sesekali aku terlelap gak, bukan sbb boring tapi kadar kemengantukan aku yg melampau.. dlm ngantuk2 tu aku paham lah jugak jalan citer tu pasal nak mengembalikan tengkorak tu ke tempat asalnya... lebih kurang camtulah.. tapi pada pendapat aku lah.. citer tu adalah sikit2 macam citer National Treasurer yg aku tgk sebelum nie... *4 stars*


Hanya kami berdua


Masa ni line dah tak panjang, tapi masa baru sampai tu que panjang lah jugak


Bahan bukti

Dah lama dah tak dating kat sini


_______________________________________________________



In 1957, Indiana Jones is thrust back in action, venturing into the jungles of South America in a race against Soviet agents to find the mystical Crystal Skull.

Also Known As:

Indiana Jones 4
Indiana Jones IV
Indiana Jones and The City of Gods
Raiders of the Lost Ark sequel
Untitled ("Indiana Jones" Sequel)

Production Status:
Released
Genres:
Action/Adventure and Sequel
Running Time:
2 hrs. 3 min.
Release Date:
May 22nd, 2008 (wide)
MPAA Rating:
PG-13 for adventure violence and scary images.
Distributors:
Paramount Pictures
Production Co.:
Amblin Entertainment, Kennedy/Marshall Company, Lucasfilm, Ltd.
Studios:
Paramount Pictures
Filming Locations:
Los Angeles, California USA
Undisclosed locations Around the World

Produced in:
United States

Saturday, June 7, 2008

Cepatnye..

Genap sebulan jer lagi aku akan menyambut wedding anniversary pertama ngan asben aku. Tak sangka dah nak setaun, tapi rasa cam baru jer lagi...

Sempena 1st anniversary ni apa aku nak buat yer?? Apa yer hadiah nak kasi kat dia? kowang ada idea??

Hari tu adalah aku borak2 ngan asben aku. Aku cakap ngan dia kalau boleh 1st anniversary ni nak gi dinner kat tempat eksklusif sikit, contoh cam kat Restoran Berputar kat KL Tower tu (ekslusif ke pon???) lagipun aku tak penah makan kat situ. Lepas cakap tu, adalah secara tak sengaja aku tersendawa (ke terkentut? tak ingat ar) ada bunyi lah.. Pastu boleh asben aku cakap "tulah bukan shah tak nak bawak gi tempat2 cam tuh, tapi kalau dah perangai cam ni, camne shah nak bawak, buat malu kat org jer nanti". Sabar jelah aku, ooo kalau time aku ter ter ni kemain lah dia bising.. tapi kalau dia tu aku rilex jer. walaupun sebenarnya kengkadang tu dia sengaja jer.. paling geram kalau dia korek idung pastu sajer jer kuis2 jari dia tu kat aku, tu pun aku sabar jerk.. (dia main2 jer tu tapi kadang2 rasanya ada gak betul2). Mesti korang kata tak senonoh kan perangai kiterang nie... tapi kadang2 tu perangai cam ni lah yg boleh menghiburkan kita.. tak caya cuba korang test...

p/s: Tak sabar nak gi second honeymoon.. nak ikut?

Friday, June 6, 2008

Dulu2

Hai, kengkawan ku yg ada dalam gambar seperti di atas tu... Rindulah kat korang.. walaupun keje satu bumbung. koser aku. Rindu zaman dulu2 (5-6 tawon lps), sungguhlah seronok sekali. Dulu sumer bujang2 belaka, sekarang masing2 ada yg dah kawen, dah ada anak, dah jadi tunang org, dah jadi artis (artis ker) dan ada gak yg still solo... ingat tak vacation kita dolu2?? PD giler karok sampai ke pagi, Melaka, Cameron? Sonok kan???

p/s: Kepada kalian2 di atas kalaulah terbaca blog aku ni, sila lah tinggalkan komen di sini.. aku nak wat jejak kasih...

Mid Nite Movie

Dah lama tak tengok wayang... rasa cam nak tengok citer Long Khong jer malam karang. Saper dah tgk citer nie? Best tak? Atau ada citer lain yg best?

Thursday, June 5, 2008

Sembunyi

Eh! pebenda yg aku buat tu?

Syyh... aku ada projek besar nie.. Nak tau aku kat mana tu?


Aku kat dalam almari nie...aku sebenarnya nak terkejutkan asben aku. Kira nak balas dendam lah ni. Dia tengah mandi .. aku standby dalam almari ni siap pegang kamera lagi. Nak amik gambar dia tgh terkejut. Sangguplah aku berpanas-panas duk dalam almari tu dengan harapan dia akan terkejut badak.

Tetapi adakah aku berjaya????? ta rannggg......


Oh, tidak! misi kali ni masih tidak berjaya.... dia cam tau2 jer aku ada kat dalam almari tu, siap dia ketuk pintu almari pastu siap sembur ridsect kat luar almari konon nak kasi aku lemas.. Gambar kat atas tu dia berpura-pura terkejut supaya tidak menghampakan aku.

"La nape tak terkejut?? penat tau... isy...."

"Yelah terkejut lah nie........ Camne org nak terkejut, nampak cahaya dalam almari tu"

Aku pun bengong salah timing, time tu pulak aku amik gambar aku sendiri...

p/s: dah pasni malas nak main nyorok2 lagi... misi asyik fail jerk..

Tuesday, June 3, 2008

Letih Tapi Puas

Wah sesuatu sungguh tajuk entry aku ni.
Kalau korang baca pasal Jom Camping tu takdelah aktiviti tu memenatkan sgt tau, tapi sebenarnya yg buatkan letih teramat tu adalah perjalanan balik dari PD itu + kurang tido pada malam tersebut. Oh ya, sebelum tu aku lupa nak story yang aku telah terpelecok kat batu kat PD tu dan mengakibatkan kecederaan pada kaki kiriku. Dah lah lupa bawak plaster, bekalan ubat yg lain kemain lah byk tapi plaster boleh lak asben aku lupa... korang kalau nak camping jangan lupa bawak plaster ok...

Ok back to the story...
Balik dari PD kami tak ikut highway, saja nak try jalan lama. Pastu bila sampai Kajang, singgah kat rumah nenek asben jap. Datang melawat kejap jer. Yelah kan asben aku tu cucu manja nenek dia tuh..

Pastuh singgah ofis aku pulak. Sbb kete watie di park di situ. So, drop kan mereka sumer kat situ. Nita & Yus follow Watie & Am balik. Aku & asben kena balik rumah in law untuk amik kete kami & nak pulangkan semula kereta yg dipinjam itu. Tapi sebelum itu, singgah cuci kereta dulu kat Bulatan Federal Bakery kat Jalan Chan Sow Lin tak salah aku. Abeh tu dah pinjam kete tak reti2 nak anta cuci.


hah dah kilat pun... pasni leh pinjam lagi


muka letih... tapi sebenarnya sunguh lah tak tahan ngan bau longkang kat car wash itu..


Dah settle cuci, terus balik rumah in law, borak2 kejap, cuci muka pastu gerak. Tak terniatlah lagi nak mandi waktu tu sbb ingat lps tu nak balik terus jer.


Tapi dah alang2 kat rumah in law, aku ajak asben aku gi Taman Tasik Permaisuri nak cari sengkuang yg pernah diceritakan oleh Ceera di dalam blognya. Cam org mengidam aku mencari sengkuang itu. Sesungguhnya memang dah lama aku mencari sengkuang yg disapu dengan 'sos merah' (tak tau nak panggey ape) dan di atasnya ditaburkan kacang. Dulu masa sekolah rendah selalu beli kat depan pagar sekolah. Aku rasa korang pun tau kan?? Pastu bila dah besar ni cam dah pupus jer, tak pernah jumpa pun, sengkuang ngan asam boi tu biasa lar..


So, bermulalah operasi mencari org yg berniaga buah-buahan kat situ. Mula2 terjumpa ngan lori yg jual buah2han & minuman. Sampai2 jer terus aku tanya "Makcik, ada jual sengkuang tak?" Tapi makcik tu kata takde.. aku cam dah nak nanges jer.. yelah kat situ mana ada org lain berniaga dia sorang jer, so aku ingat tak dapatlah aku cari sengkuang yg diidamkan itu. Tapi seb baik anak makcik yg berniaga tu, bagi tau aku. "kak, kalau akak nak sengkuang cuba tengok kat taman permainan sana, biasanya kat situ adalah, tapi dia kurang perasan sikit tau sbb dia berniaga kat but kereta jer". Sebagai tanda terima kasih aku pun beli lah buah jambu ngan mangga dari makcik tu.


Pastu apa lagi segeralah kami ke tempat yg dicakapkan itu. memang tak nampak cam ada tanda2 org berniaga kat situ. Oh ya sebenarnya kawasan di situ memang tidak dibenarkan berniaga, DBKL sentiasa meronda dengan kuda. Sibuk jer derang tu tau. Org nak berniaga pun tak senang. Cam org bengong jer aku setiap bonet kete yg park kat situ aku tengok satu2. Finally, yes! i found it.


Aku yg sgt teruja.


Sampai 4 keping aku beli tau. Sengkuang dia besar2 sekali. Lepas beli, tak nyempat2 terus duk kat bangku kat situ terus makan. Cam mengidam siot. Ntah apa2 lah aku ni. Sori pic tak sempat nak snap. Tengok2 dah abis. Taklah abis sampai empat2 keping tu, aku makan sekeping jer siap kongsi ngan asben. Lagi 3 bawak balik, ingat sampai rmh baru nak amik gambar tapi dah lembik, cam dah tak cantik so malaslah nak amik.


Ingatkan lepas tu bolehlah balik rumah terus, badan aku pun dah letih. Tapi tetiba asben nak jumpa nak jumpa ayah dia pulak yg ada function kenduri kawen kat Dewan Belia kat Flat Sri Sabah. Aku dah sound awal2 kat asben aku yg aku takmo turun kete sbb aku rasa aku tersangatlah serabai. Tapi bila dah sampai, takkan lah aku nak duk dlm kete jer kan. Apa jenis menantu kalau camtuh. So, nak tak nak terpaksalah jua aku keluar dari kereta. Dan dah tentu2lah bapak mertua aku suruh makan kat situ. Siap dia yg tolong amikkan lauk. Aku kata aku segan sangat, dia kata tak yah segan2 tuan rumah ni kawan ayah.. yolah senang lah cakap, aku ni terasa tersangatlah selekeh di kala itu.. tapi taklah selekeh sgt pun, aku jer rasa camtuh. Apapun, inilah pertama kali seumur hidup aku gi majlis org dengan tak sempurnanya - tak mandi taw, pastu pakai jeans jerk.. huk eleh burok perangai... tapi takpe time tu pun dah kul 4 lebih tetamu pun dah takde sgt dah.. fuh selamat... tapi makanan dia memang syiok.. ker memang kiterang memang tgh lapar..


Selepas itu barulah kami terus pulang ke rumah. Sampai rumah pun dah pukul 5 lebih. Aku memang dah weng time tu.. rasa melayang-layang jer.. masuk rumah boleh aku terlanggar dinding pulak, sakit tau bahu aku.. tak tau camne leh terlanggar dinding tu, yg aku tau aku jalan nak menyenget jer, aku jalan straight tapi badan cam di tolak ke tepi ajer.. letih sangat kot.. pastu masuk bilik pulak boleh pulak kaki aku ni terlanggar kaki katil pulak.. meraung lagi sekali aku.. sakit tau.. pastu tak tau nape aku emo tak tentu pasal terus aku campak segala beg aku kat bawah katil pastu menjerit sekuat hati... LETIH!!!! BAB* BETUL. ntah apa2 betul aku ni.. bodoh punya aku.. nak marah2 kat sapa ntah... pastu mandi, terus landing.. wah baru terasa nikmatnya tido..


Monday, June 2, 2008

Jom Camping

Maka setelah dirancangkan sejak minggu lepas, maka bergeraklah kami ke Port Dickson untuk bercamping. Kami berlapan (4 couples) telah sebulat suara untuk sama2 bergathering pada malam minggu lepas, tetapi gathering kali ni berlainan sedikit sbb kiterang nak berkhemah.. syok oooii..

L-R: Watie, Am, Asben aku, Yus & Nita.. ooops ni tak adil aku takde di situ..

Me & Asben, baru adil cam nie kan..

Kata berlapan, tu baru 6 orang mana lagi 2 orang? Oh yer, Cikgu wan & Cikgu lanun (nama sebenar Husnul) gi separate, kiterang terus jumpa derang kat sana. Derang sampai giler awal, kiterang sampai kul 11 lebih. Sbb apa lambat? Sbb last minute Nita kata transport dia problem, so kiterang terpaksa rombak balik planning asal. Planning asal aku ngan watie pergi satu kete. Wan & Nita satu kete. Since wan dah gi separate & nita takde transport kiterang terpaksa bwk dua kete. So, kalau bawak 2 kete tak enjoylah kan sebab kalau nita & yus naik kete aku, watie & am akan pergi berdua sahaja dan begitu juga sebaliknya.. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk pergi naik MPV ajer. So, dapatlah kami berenam pergi bersama-sama.

Ketibaan kami semua telah pun disambut dengan senapang cicak yg dibeli lanun di pasar malam, boleh derang bengang kan kiterang derang nak main tembak2 pulak.

Tak cukup dengan itu, bini lanun juga agak bengang di atas kelewatan kami, dia juga telah menyambut kami dengan sebuah penumbuk yg turut dibeli di pasar malam di PD itu. Tu korang nampak penumbuk yg dia pegang tu? Penumbuk tu sebenarnya adalah alat bantuan untuk mengurut, tetapi telah disalahgunakan oleh mereka. Begitu juga pistol tembak cicak itu, telah disalahgunakan juga.



Selepas itu, tanpa membuang masa kami sama2 bergerak utk mencari port yg sesuai utk mendirikan khemah. Akhirnya, pantai Cermin (dekat ngan kem askar) menjadi pilihan kami sumer. Sampai2 dah tentulah byk khemah dah sedia terpacak kat tepi pantai tu kan. Yg kami ni barulah terkial-kial nak mendirikan khemah. Tak sesuai betul tau kiterang ni, org kalau nak camping siang2 dah ready sumernya, ni kiterang dah tengah malam baru nak pasang khemah bagai. Tapi ada kiterang kisah? takde ok.. yg penting kami happy...


Memandangkan hari pun memanglah dah gelap, so kami memerlukan bantuan cahaya lampu kereta utk menyuluh kami sewaktu mendirkan khemah. Ya.. sesungguhnya kami berada di dalam kegelapan pada waktu itu.
Muafakat membawa berkat. Akhirnya 3 biji khemah berjaya didirikan oleh kami sumer... Hebat tak kami? Dalam gelap pun boleh pasang khemah tau..

Lepas tu, haruslah lapar kan... so, aktiviti seterusnya ialah makan malam bersama-sama. Camping ni sumer instant ajer, takdelah nak barbeku2 sumer, leceh tau, so kami hanya makan KFC yg telah ditapau siap2 kat Stesyen Mingak Sungai Besi.


Sesambil makan, sambil berbual-bual dan bergelak ketawa. Riuh tul, khemah sebelah menyebelah dah sunyi sepi dah, seb baik tak kena sound sbb bising. Tapi ada gak ramai yg masih tak tido lagi, cari apa ntah kat tepi pantai tu.

Lepas2 makan, kami duduk bersama-sama sambil bercerita dan mengimbau masa2 lampau. Kami sumer tak kering gusi dengan lawak jenaka si Am.


Khemah ada 3 biji, tapi sumer lepak kat luar khemah baring2 sambil2 tengok bintang2..
Nita & Yus yang merindui 2 org jejaka hatinya. Yes, Nita is a mother of 2 kids. Thanks for spending your time with us... best tak? & derang yg paling risau sbb tak bawak sijil/kad kawen
Watie & Asben.. Am yg tak abis2 mintak pegawai agama datang ambush, tak abis2 nak saman malu nak juta2 konon. Banggalah sgt dengan sijil kawen dia tuh..
Aku ngan asben... yang sentiasa bersamaku.. Ntah nape aku pegang kepala dia sebegitu sekali..

Wan & Lanun. Wan tengah peknen 4 bln, tapi masih aktiflah sgt. Esoknya pulak derang berdua nak celebrate anniversary kat Pulau Tioman.

Kiterang bercadang tak nak tido pun malam tu, tapi bila jam dah pukul 4 lebih, memasing mata pun cam dah kuyu jer, so kiterang pun masuk khemah tido. Ala tido pun takdelah nyenyak sgt pun, sekadar nak merehatkan badan jerk.

Morning.. hari dah pagi pun...


tak nampak ar.. kita close up sikit yer

Us.. friendships will never end..

Pagi2 tanpa mandi sumer, apatah mandi laut (tak plan nakmandi laut pun) selepas merobokan khemah kami pun bertolak pulang. Lagipun cuaca macam nak hujan, that's why cepat2 berkemas..

Sebelum pulang, kami singgah bekfes kat satu kedai kat PD. Kedai Pak Kassim kalau tak salah aku. Adoi servis kat situ amatlah fail sekali. Dengan waiter yg garang ala2 tentera yg mengambil order membuatkan kami semua terpana. Serius giler beb.. yg lawak nyer si lanun mintak kopi jantan, tapi waiter tu kata kopi jantan takde, kopi janggut adalah..ntah mana datang janggut tu pun aku tak taulah, mungkin sbb terlihat janggut si lanun tu terus si waiter tu sebut janggut. Yang nyatanya terang2 paket kopi jantan tu ada tergantung kat kedai tuh. Lagi satu, si Watie nak order roti telur, tapi dia kata telur takde. Aku pulak order roti bawang kosong. Alih2 roti bawang yg dia hantar kat aku tu siap ada telur sekali.. tak tau aku mana datang telur tuh.. aduh fail sungguh..

Kesimpulannya, walau dah kawen & beranak pinak, tak semestinya kita tak leh enjoy ok.. malah lebih enjoy sbb nak satu khemah pun no problem punya...Memang penat teramatlah sangat. But, we had fun & enjoyed so much.

Mari kita Berkhemah

Cuti hujung minggu aku diisi dengan satu aktiviti yang mencabar. Ia.. kami bercamping.. tapi apa kejadahnya camping kat depan rumah?


Takde maknanyelah aku nak camping kat depan rumah. Apa kes kan. Takde.. ni sajer jer aku set- up khemah ni untuk si Ain ngan Adam bermain-main. Selain tu, saje.. nak uji skill pasang khemah sbb aku, asben & the gang akan berkhemah pada mlm itu..
Lepas kita main camping2 kita sapu laman rumah pulak.. Rajin tul si kecik tuh, tapi puting senantiasa melekat kat mulut tu... isy anak sapalah nie..

Thursday, May 29, 2008

Did I Marry the Right Person?? + Tag Pasal Suami

This is a very good article. Forwarded e-mail by a fren of mine. Those who are still single may learn something from here... Those who are already married may take it as a guideline to improve your marriage & relationship ...

*****************************************************************************

DID I MARRY THE RIGHT PERSON?

During one of our seminars, a woman asked a common question. She said, "How do I know if I married the right person?". I noticed that there was a large man sitting next to her so I said, "It depends. Is that your husband?". In all seriousness, she answered "How do you know?"

Let me answer this question because the chances are good that it's weighing on your mind.

Here's the answer.
EVERY relationship has a cycle. In the beginning, you fell in love with your spouse / partner . You anticipated their call, wanted their touch, and liked their idiosyncrasies (unconventional behavior/habit).

Falling in love with your spouse wasn't hard. In fact, it was a completely natural and spontaneous experience. You didn't have to DO anything. That's why it's called "falling" in love... Because it's happening TO YOU .

People in love sometimes say, "I was swept of my feet." Think about the imagery of that __expression. It implies that you were just standing there; doing nothing, and then something came along and happened TO YOU .

Falling in love is easy . It's a passive and spontaneous experience. But after a few years of marriage, the euphoria (excitement) of love fades. It's the natural cycle of EVERY relationship. Slowly but surely, phone calls become a bother (if they come at all), touch is not always welcome (when it happens), and your spouse's idiosyncrasies, instead of being cute, drive you nuts.

The symptoms of this stage vary with every relationship, but if you think about your marriage, you will notice a dramatic difference between the initial stage when you were in love and a much duller or even angry subsequent stage.

At this point, you and/or your spouse might start asking, "Did I marry the right person?" And as you and your spouse reflect on the euphoria of the love you once had, you may begin to desire that experience with someone else. This is when marriages breakdown. People blame their spouse for their unhappiness and look outside their marriage for fulfillment.

Extramarital fulfillment comes in all shapes and sizes. Infidelity is the most obvious. But sometimes people turn to work, a hobby, a friendship, excessive TV, or abusive substances.
But the answer to this dilemma does NOT lie outside your marriage. It lies within it. I'm not saying that you couldn't fall in love with someone else.
You could.

And TEMPORARILY you’d feel better. But you'd be in the same situation a few years later. Because (listen carefully to this):

THE KEY TO SUCCEEDING IN MARRIAGE IS NOT FINDING THE RIGHT PERSON; IT'S LEARNING TO LOVE THE PERSON YOU FOUND.

SUSTAINING love is not a passive or spontaneous experience. It'll NEVER just happen to you. You can't "find" LASTING love. You have to "make" it day in and day out. That's why we have the __expression "the labor of love." Because it takes time, effort, and energy. And most importantly, it takes WISDOM. You have to know WHAT TO DO to make your marriage work.

Make no mistake about it. Love is NOT a mystery. There are specific things you can do (with or without your spouse) to succeed with your marriage.

Just as there are physical laws of the universe (such as gravity), there are also laws for relationships. Just as the right diet and exercise program makes you physically stronger, certain habits in your relationship WILL make your marriage stronger. It's a direct cause and effect. If you know and apply the laws, the results are predictable... you can "make"love .

Love in marriage is indeed a "decision"... Not just a feeling.

Remember this always:
"God determines who walks into your life. It is up to you to decide who you let walk away, who you let stay, and who you refuse to let go."

______________________________________________________

Hari tu aku blog hoping terjumpa tag ni kat beberapa blog (nak link satu2 cam malas jer). Rasa cam berminat jer nak buat walaupun org tu tak tag aku pun. Lagipun tag ni cam kena jer ngan artikel kat atas tu.

APA YANG SUKA TENTANG SUAMI ANDA

1. Saya suka suami saya sebab dia suka saya.
2. Sangat sabar melayan karenah isterinya yang kadang2 naik angin tak tentu pasal. Contoh:- kalau aku cari barang aku tak jumpa, aku bising kat dia, aku cakap dia yg alihkan lah, ubah barang2 aku sesuka hati, padahal aku yg letak kat mana ntah, tapi dia tak marah pun tapi dia yg tolong cari sama.

3. Suka mengemas. Tu pasal lah barang2 sentiasa berubah tempat. Kalau boleh katil, almari sebulan sekali dia nak ubah kedudukan. Kalau berkemas tu sebutir habuk pun takde. Bagus, aku ni memang allergik habuk – sure bersin kalau tersedut abuk.
4. Tak cepat naik angin. Cool jerk. Susah nak tengok dia marah. Kalau dia marah hah amik ko.. boleh meroyan dibuatnya. Tapi best gak kalau kena marah, baru rasa feel gituh.. kenkadang aku sajer jer cari pasal biar gaduh2 sebab bila lepas gaduh rasa sayang tu lagi bertambah-tambah. Amaran: amalan ini tidak boleh dipraktik sebarangan sebab kalau salah praktik boleh mengakibatkan pergaduhan yg betul2.
5. Pandai bawak diri. Ko campaklah dia kat mana, Insyaallah pandailah dia sesuaikan diri. Contoh kalau aku gi mana2 keramaian/kenduri dia akan bergaul ngan sedara-mara, kalau aku gathering ngan member2 dia turut join gak.
6. Sentiasa mengutamakan aku dalam apa jua hal. Really appreciate that.
7. Kengkadang tu pandai gaklah wat kejutan kat aku. Cth: Surprise Birthday Party. Kalau dia baik sikit, tanpa pengetahuan aku dia letak duit dalam beg duit aku. Tgk2 duit ada jer.

* Syyh.. ni tektik tau, korang kalau nak laki korang kesian kat korang jgn biarkan beg duit korang sentiasa berisi, biar wallet kosong, tapi kat bank ada..*


ADAKAH ANDA SEORANG YANG ROMANTIK?
Aku rasa sumer org ada sifat romantik. Cuma cara penyampaian sahaja yg berbeza. Aku ngan asben walaupun dah kawin still calling2, SMS, e-mail to each other mcm cintan cintun dulu. Selalu cakap I love u. Pastu biasanya sebelum tido atau lepas solat mesti salam tangan dia minta maaf, sbb byk buat salah. Pastu suka tengok dia tengah tido sambil doakan yg terbaik utk dia.

LUAHKAN PERASAAN SAYANG YG LAHIR DR HATI YG IKHLAS UNTUK ORG TERSAYANG
I love u so much. Thanks for everything darling.


APE YG ANDA MAHU DARI PASANGAN ANDA
Saya tak mahu apa2. Kebendaan saya boleh cari (tapi kalau nak bagi tak tolak punya – kalau dah nama pompuan tu sifat materialistik tetap ada jugak). Lawak jer tu, yg penting, aku tak nak dia berubah. Berubah jadi sesuatu yg lebih positif takpe tapi jgn sebaliknya. Aku nak dia tetap jadi dia. Aku nak dia sentiasa rasa happy dan bahagia.

TAG PADA YANG DAH BERUMAH TANGGA JER (klu u ols rajin yer)
Pn. Erin
Pn. Ila
Mama - Syirah

Watie (bila ko dah ada blog nanti)

Wednesday, May 28, 2008

Api

Pagi ni aku rajinlah pulak nak wat bekfes utk dibawak ke ofis. Aku kena wat hari ni jgk tak leh nak pospon dah sebab roti yg aku beli tu dah nak expired esok, aku beli dari minggu lepas lagi, tapi biasalah tak terbuat buat.. dah berapa pagi aku plan nak buat tapi bila bangkit pagi jer, ala malaslah, esoklah, so hari ni tak leh nak escape lagi..

So dalam kul 5.45am camtuh aku pun bangkitlah.. dalam keadaan yg mamai yg tak begitu mamai tu aku bukak api, panaskan kuali. Oo aku plan nak wat hotdog jer.. sementara tunggu kuali panas aku sediakan salad, sos, mayonis sumerlah.. bila kuali dah panas aku masukkan lah daging hotdog kat dalam kuali. Tiba2 "MAK!!!!!!!" aku menjerit. Dug dag dug dag jantung aku. Mata yg mamai tadi terus segar bugar.. Nape aku menjerit camtuh? aku terkejut bila tetiba kuali aku kena sambar ngan api, api besar tau. Terkejut gila babi aku, panik pun yer...abislah aku.. nak wat ape ni? api tengah besar time tu.. nasib tengah2 panik2 tu terus tingat kat email dulu yg pernah aku dapat, pasal dapur terbakar, dlm video tu kata jgn simbah air, nanti api bertambah besar. Seb baik aku tingat, kalau tak memang aku simbah air jerk.. pastu tanpa sempat nak fikir apa lagi terus aku angkat kuali tu aku campak terlangkupkan kat atas lantai. Fuh! seb baik api tu padam, kalau tak aku yg padam kot...

Bila dah ok aku teruskan memasak. Dan hasilnya ni aku baru lepas makan hotdog yg aku wat tu.. sedap...