L-R: Watie, Am, Asben aku, Yus & Nita.. ooops ni tak adil aku takde di situ..
Me & Asben, baru adil cam nie kan..
Kata berlapan, tu baru 6 orang mana lagi 2 orang? Oh yer, Cikgu wan & Cikgu lanun (nama sebenar Husnul) gi separate, kiterang terus jumpa derang kat sana. Derang sampai giler awal, kiterang sampai kul 11 lebih. Sbb apa lambat? Sbb last minute Nita kata transport dia problem, so kiterang terpaksa rombak balik planning asal. Planning asal aku ngan watie pergi satu kete. Wan & Nita satu kete. Since wan dah gi separate & nita takde transport kiterang terpaksa bwk dua kete. So, kalau bawak 2 kete tak enjoylah kan sebab kalau nita & yus naik kete aku, watie & am akan pergi berdua sahaja dan begitu juga sebaliknya.. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk pergi naik MPV ajer. So, dapatlah kami berenam pergi bersama-sama.
Ketibaan kami semua telah pun disambut dengan senapang cicak yg dibeli lanun di pasar malam, boleh derang bengang kan kiterang derang nak main tembak2 pulak.
Tak cukup dengan itu, bini lanun juga agak bengang di atas kelewatan kami, dia juga telah menyambut kami dengan sebuah penumbuk yg turut dibeli di pasar malam di PD itu. Tu korang nampak penumbuk yg dia pegang tu? Penumbuk tu sebenarnya adalah alat bantuan untuk mengurut, tetapi telah disalahgunakan oleh mereka. Begitu juga pistol tembak cicak itu, telah disalahgunakan juga.
Selepas itu, tanpa membuang masa kami sama2 bergerak utk mencari port yg sesuai utk mendirikan khemah. Akhirnya, pantai Cermin (dekat ngan kem askar) menjadi pilihan kami sumer. Sampai2 dah tentulah byk khemah dah sedia terpacak kat tepi pantai tu kan. Yg kami ni barulah terkial-kial nak mendirikan khemah. Tak sesuai betul tau kiterang ni, org kalau nak camping siang2 dah ready sumernya, ni kiterang dah tengah malam baru nak pasang khemah bagai. Tapi ada kiterang kisah? takde ok.. yg penting kami happy...
Sesambil makan, sambil berbual-bual dan bergelak ketawa. Riuh tul, khemah sebelah menyebelah dah sunyi sepi dah, seb baik tak kena sound sbb bising. Tapi ada gak ramai yg masih tak tido lagi, cari apa ntah kat tepi pantai tu.
Lepas2 makan, kami duduk bersama-sama sambil bercerita dan mengimbau masa2 lampau. Kami sumer tak kering gusi dengan lawak jenaka si Am.
Khemah ada 3 biji, tapi sumer lepak kat luar khemah baring2 sambil2 tengok bintang2..
Nita & Yus yang merindui 2 org jejaka hatinya. Yes, Nita is a mother of 2 kids. Thanks for spending your time with us... best tak? & derang yg paling risau sbb tak bawak sijil/kad kawen
Watie & Asben.. Am yg tak abis2 mintak pegawai agama datang ambush, tak abis2 nak saman malu nak juta2 konon. Banggalah sgt dengan sijil kawen dia tuh..
Aku ngan asben... yang sentiasa bersamaku.. Ntah nape aku pegang kepala dia sebegitu sekali..
Wan & Lanun. Wan tengah peknen 4 bln, tapi masih aktiflah sgt. Esoknya pulak derang berdua nak celebrate anniversary kat Pulau Tioman.
Kiterang bercadang tak nak tido pun malam tu, tapi bila jam dah pukul 4 lebih, memasing mata pun cam dah kuyu jer, so kiterang pun masuk khemah tido. Ala tido pun takdelah nyenyak sgt pun, sekadar nak merehatkan badan jerk.
Pagi2 tanpa mandi sumer, apatah mandi laut (tak plan nakmandi laut pun) selepas merobokan khemah kami pun bertolak pulang. Lagipun cuaca macam nak hujan, that's why cepat2 berkemas..
Kesimpulannya, walau dah kawen & beranak pinak, tak semestinya kita tak leh enjoy ok.. malah lebih enjoy sbb nak satu khemah pun no problem punya...Memang penat teramatlah sangat. But, we had fun & enjoyed so much.
7 comments:
best2..
tp mcm takut la aktiviti outdoor nih..
sbb malam2..gelap2..then tepi laut lg tuh..takoott..huhu..
sangat kagum ok..
korg pergi semata2 nak camping je..xde mandi laut ke apa..bagus betul..
kiterang pun sebenarnya nak kata berani tu takdelah.. takut memang takutlah tambah lagi tepi laut, ngan cuaca tak menentu.. tapi bila dah ramai2 kurang sikit takut tu..
Ha'ah memang semata nak camping jer.. tu pasal lah siang jer terus cabut balik.
bukan kalau namanya bercamping syarat wajib mesti masak ke? ni pehal camping bawak bekal KFC nih??????
camping tak aci.
Green Apple - Eh kira aci tau camping ni sebab syarat sebenar camping mesti ada khemah..
KFC pun KFC lah labu.. abih nak wat camne kiterang ni semangat camping tu ada tapi sumer nak yg mudah2 ajerk..
main tipu..mana ada camping makan KFC...tak acik..ha ha ha
banyak nyamuk tak? last pegi camping zaman kesatria uitm dulu. hahaa
s2mer- tak kita orang tak main tipu, kita org main camping2 jerk..hiks
mama-syira - Nyamuk ada kot.. aku tak perasanalah pulak.. tapi tak terasa kena gigit pun..
kira oklah last camping masa kesatria, aku last camping masa form 4.
Post a Comment