-27th May-
The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today
Tuesday, May 27, 2008
Sunday, May 25, 2008
Picnic yg Tak Dirancang
Mula2 kita cari tapak dulu. Seb baik pagi lagi, so kira org pun tak ramai lagi..senang nak cari port.
Hah kat sini ok lah kot.. redup pun redup, dah jom punggah barang2 letak kat sini jer... ala bkn bwk barang byk pun, tak plan kata kan.. cuma saje nak bawak budak2 kecik tu main2 air ajerk..
Mula2 jejak2 kaki kat air jer. Tak larat siot. Sejuk giler. Mungkin sebab tak mandi pagi kot. Tapi aku tengok si Ain ngan Adam relax jer. Tercabar lah jugak aku kan.
Start rendamkan badan sikit2, sejuk tak hengat...
Pastu, bila dah berendam baru tak rasa sejuk. pastu terus aku berjakuzi kat celah batu tu... syiok tau rasa diurut kerusi osim jer... syiok2 gak ar, lagi syiok aku terhantuk kat batu.. adoi sakit kat belakang aku, ada lagi kesan lebam besar kotak rokok kat belakang aku.
Lepas tukar baju sumer, akak aku belanja eskem sorang satu... eskem jer? pewot lapar nie.. bekalan yg dibawa ternyata tidak mencukupi.. takpe jap gi terus cari mana2 kedai makan..
Sebelum pulang, sempat benti kat kolam (ke empangan?) yg cantik itu utk gedik2 bergambar.. Pastu terus gi makan. Masa kat kedai makan ni, hujan turun amatlah lebat sekali.. sib baik kami sumer dah abis mandi-manda, kalau tidak bkn kata mandi sungai, mandi hujan sekali...
p/s: Mandi sungai/air terjun lagi best daripada mandi swimming pool, mandi laut & mandi kat sunway lagoon sbb bdn tak melekit dan rambut tak keras...
Friday, May 23, 2008
Emo
Baru jap tadi aku turun nak beli lunch. Aku ngan Shim. Shim order mee goreng mamak. Mula2 aku pelik nape makcik pulak yg masak selalunya pakcik (suami dia), tapi takpelah. Dalam hati terniat gak nak tanya kat makcik tu mana pakcik, tapi tak terkeluar pulak kata2 tu. Sedang menunggu makcik tu masak, tetiba seorang makcik cleaner panggil dia, cam kecemasan lah jugak. Pastu, makcik tu pun stop masak, dia kata kejap yer, pakcik tak sihat tu sambil tunjuk pakcik tu yang duduk tersandar kat meja tepi dinding.
Aku pun perhatikanlah dari jarak yg tak berapa jauh. Nampak pakcik tu macam dah tak sedarkan diri & makcik tu tengah tepuk2 muka dia, kasi sedar. Tapi masa tu aku rasa cam dah sedap hati dah tengok keadaan macam tu. Dalam hati aku mintak2 adalah staff lelaki yg kasi bantuan kat pakcik tu. Tapi tak ado! diulangi takde! yg ada tlg tgk2 kan yelah makcik2 cleaner, staff f&B. staff lelaki lain kebanyakannya sumernya buat tak reti sahaja malah terus menyuap makanan tanpa ada sedikit perasaan pun dalam hati. Aku rasa sebak sgt. Time aku taip ni pun aku rasa lagi perasaan tu. Adalah sorang staff tu cakap 'call security, call security' pastu dah duk balik kat tempat dia. hello time2 cam ni bkn ke sepatutnya korang kaum lelaki especially, tlglah baringkan pakcik tu ke, angkat kan kaki dia tu ke, bagi bantuan pernafasan ke atau apa2 yg lain yg patut. Ni memasing macam takde perasaan. Ini bukan tugas sesape pun, bkn tugas security ker apa ker, ni tugas kemanusiaan, di mana rasa kemanusiaan korang tu hah! emo di sini yer..
Dah lama sikit barulah ada sorang dua, yg datang tengok tlg bantu. Tapi apapun aku respek pada yg datang membantu itu. Di sini, aku nampak lah mana org yg ada rasa tanggungjawab, mana org yg tak reti buat apa2, mana org yg takde perasaan, dan sebagainyelah.. cuba kalau kita di tempat pakcik itu atau di tempat makcik itu, dah takde sape kisah kat kita.. apa perasaan ko? terlebih sudah emo aku ni..
dah aku tak mo nak citer dah... tgh taip ni aku dapat berita yg pakcik tu dah takde, Innalillah... semoga Allah mencucuri rahmat..
p/s: seolah-olah nyawa tak bernilai lagi
Thursday, May 22, 2008
Manchester United vs Chelsea
Di sebalik kisah bola ni:-
Malam tadi asben aku (ngan aku2 sekali) tido awal. Blm kul 10 dah tido pun. Asben set jam kul 2 pagi. Aku pun terjaga sekali. Dia bangun, calling2 kawan dia mana nak jumpa. Bola nyer pasal cargas btl dia. Aku nak ikut? Koser, baik aku sambung tido aku yg lena itu..
kul 5 pagi aku terjaga, tengok dia tak balik lagi, aku call tanya nape lambat sgt, dia kata game lambat abis ada masa tambahan, pastu ada penalti lagi tu lambat. Ape2 ajelah janji esok jgn nak merungut mengantuk sudah. 5 lebih dia sampai rumah. Dia tido kejap.
Pagi nie gi keje kuar rumah cam biasa. Sampai ofis, member aku text aku " hebat tul laki kita subuh baru balik". Nak wat camne dah itu derang minat...
p/s: nilah first time asben aku kuar malam/pagi sorang2; hanya kerana bola. kalau tak mana pernah dia melepak tanpa aku..
Tuesday, May 20, 2008
Sabtu, Ahad, Isnin
Aku dah kata, asal amik gambar jer muka mesti jadi cenggini
Aku pun sama.. muka tak siap.. Dah tau mulut aku penuh time tu gaklah nak snap
Dah penat berjalan-jalan kami ke Angah Station pulak, lepak kat sana pulak. Pesal aku asyik ke sana? sbb FIL aku ada share kat situ.. suke2 jer aku. Minum2 kat situ sambil layan bola sambil dengar org karaoke. Dah pagi baru balik rumah.
Ahad:
Bangun lambat sbb tido pun lambat kan. Dalam kol 11 baru kuar cari b'fast. Makan nasi lemak kat Tarbus. Bukan Restoran Tarbus tu, tapi ni gerai kat ngan rumah aku jerk. Sedap nasi lemak kat situ. Pastu balik rumah tak ke mana pun.. duk rumah jerk layan DVD. Best fren janji nak kuar malamnya, aku pun standby jer lah kat rumah, alih2 kiterang tunggu sampai ke pagi, tak jugak derang call. So otomatik program cancelled.
Isnin:
Pun masih beristirehat di rumah. Cuci segala kain baju, kemas bilik. As asben dah janji nak bwk aku gi facial, petang tu kuar jap wat facial. Sedap tul. Sungguh rilex sekali.
Aku ajak asben aku wat sekali, tapi dia takmo dia lebih suka kalau.......
... aku sendiri yg facialkan dia... lagipun aku tak sanggup nak kasi awek kat kedai tu pegang2 muka dia...
Dah macam bibik rupa aku ni, citer pasal bibik ni baru aku tingat hari tu aku tgh masak2 kat dapur, ain letak cawan kotor kat sinki leh dia cakap "nah bibik". kurang asam tul budak tuMother's Day Lagi
yutrueryryyjikoldoljgjglopkjokjlllsls
Jgn betulkan komputer anda, tulisan di atas memang sengaja ditaip begitu oleh asben aku... patutlah aku dengar dia menaip laju semacam ajer, rasa aku mau 60 words per minute tu. Yg tak boleh blah tu, leh lah dia cakap 'eh laju gak shah taip yer'.. aku tgh iron baju time tu.. aku suh dia siapkan citer celebration mother's day mama dia, dan bila aku tengok, hasilnya seperti perenggan di atas itu.. Aku memang saje tak nak delete. Dia memang cam tuh asal aku suh create post kat blog ni mesti dia refuse, dia kata ayat dia skema, apa ingat ayat aku ni tak skema ker.. sama ajerlah.. , bila aku lambat update pandai lak dia nak berbunyi..
Dipendekkan cerita, Mira (SIL) yg plan nak wat surprise yg tak berapa surprise ni, so pada malam 11/5 hari tu bertempat di Angah Station, maka berkumpul lah kami sumer untuk meraikan hari Ibu buat mama kepada asben aku... merangkap mak mertua aku..
Kek yg disponsor adik2 ipar aku
Aku, mama & Mira
Who next? your mother
Who next? your mother
and then your father
ingat yer anak2
Friday, May 16, 2008
Suker
Assalamualaikum sayang selamat pagi...mana nak shopping arie nie?
Aku pun reply:
Waalaikumsalam sayang..selamat pagi...shopping kat sogo lah... tapi takde duit (sambil wat muka kesian)
Dia reply balik:
berapa nak??? (sambil buat kening berkerut)
Amboi, harus ke nak berkerut-kerut nie.. tak kisahlah janji dah di offer... Berapa aku nak mintak yer? jap aku nak congak2.. tapi cukup ke masa nak shopping time lunch time nie.. takpe kalau tak cukup sambung weekend plak.. lagipun Hari Isnin kan COTI...
p/s: Tgk ar, klu rajin aku kuar tgh hari ni, klu mls aku postpone dulu shopping nie...
Selamat Hari Guru
p/s: Ada cikgu baca blog aku tau..
OKB
p/s: Tahniah syg... "jgn lupa ai nye portion yer... "
Thursday, May 15, 2008
Apa ntah
Asben: Lapar tak? Rasa cam nak makan Sate Kajang lah...
Aku: Tak lah lapar sgt. Tapi cam best jer yer.. sambil dah terbayang-bayang keenakan sate samuri itu
Asben: Nak makan ke.. tak? Asben tanya kat diri dia sendiri
Aku: Suka kan cam tu.. dah buat org terbayang-bayang.. jgn tak jadi lak.. kalau tak nak jangan cakap tadi..
Asben aku ni memang selalu cam tu kalau time balik kejer, memacam lak dia pk nak makan itu ini, tapi end up dia akan kata "takpelah makan kat rumah lagi best". Nasib hari ni tak. Memang aku dah terlior pun dah..
Maka, kami pun singgahlah Restoran Hj. Samuri yg ada kat Restoran Jenjantas tu.. Orderlah 20 cucuk untuk dua orang. Cukuplah tu kan. Aku paling kuat pun leh telan 8 cucuk jer. Lepas makan maka kami pun teruskan perjalanan ke rumah.
Aku: (Sendawa..) AlhamdulillahAsben: Syg jgn mkn byk.. Nanti badan naik, jangan nanti sampai Shah cari......
Aku: (Dia tak abis cakap aku dah potong).. Hah, cari ape?
Asben: Cari ubat diet utk syglah... isy org tak abis cakap lagi...
Aku: Eleh.. dia yg makan byk... org makan sikit jer..
Tak sesuwei betul lah... aku ni dahlah underweight tapi makan pun kena control...ape lah.. ala sebenarnya aku tau, dia saje nak balas dendam sebab aku selalu control diet dia..