Sunday, March 30, 2008

Hilang Lagi?

Dulu hp aku hilang. Semalam gelang tangan aku pulak hilang. Aku ni takdelah suka sgt pakai brg2 kemas, biasa aku pakai cincin ngan subang ajerk. Tapi semalam aku teringat kat satu gelang aku ni, aku lupa aku simpan kat ne, aku cari2 lah, jumpa. Pastu rasa cam gatal jelah nak pakai masa nak gi keje semalam, aku mintak mak aku pakai kan.

Kekdahnya, bila dah lama sgt tak pakai gelang ni, aku sampai tak perasan sama ada gelang masih di tangan atau tak. Tahu2, petang semalam masa kat rmh mak mertua, masa nak nunjuk kat asben aku sambil selak lengan baju kurung aku tu baru aku perasan yg gelang tu memang takde kat tangan aku. Aku tak pasti mana cicirnya.. kalau cicir kat tempat keje Insyaallah leh jumpa, kalau cicir kat Sogo semalam.. camne? . Takpe, bukan rezeki aku kot. Sabar yer. Mula2 asben cam marah2 kata aku careless tapi bila tengok aku sedey dia kesian pulak. Ayat power aku "Takpelah, takde rezeki kan. Nanti sayang gantikan yang baru, kan?". Hahahaha...

Kalau gelang kawen yg hilang harus aku nangis2. Tapi yg ni pun sedey gak.

p/s: Aku rajin berblog petang2 ni sebab aku nak elakkan daripada tido, nanti muka aku tembam. Tambah lagi hari ni tak kemana. Patutnya ikut asben main bolah, tapi aku cam malas, sbb hari pun cam nak hujan jer ni. Takut cam minggu lepas game cancelled.

Untuk Aku, Untuk Dia & Untuknya

Nie benda2 yang aku beli semalam selepas berurusan ngan Bank yg ntah apa2 itu. Alang2 dah buang masa kat situ, mari kita buang duit pulak. Aku telah membelikan diriku mekap2 spt gambar di bawah. Tidak lupa juga kapas muka untuk buang mekap dah mekap2 nak buang pulak. eei membazir tul pompuan kan. Beria-ia beli mekap ni, cantiknya idaklah jugak.. ala2 ajer. Selain itu, aku jugak beli solution untuk contact lense aku. Solution aku pakai yang murah ajer. Korang kalau nak beli contact lense beli kat kedai kat Semua House kat situ (dekat ngan Habib Jewel) pada aku murah sikit. Iklan sebentar.



Untuk dia pulak (asben) aku belikan hanya 2 helai singlet spt gambar di bawah. Asben aku singlet pun nak cerewet. Dia hanya pakai singlet ni sahaja dia kata selesa. Layankan ajer. Segan siot masa nak beli singlet ni, dahlah aku sowang2 masuk kat men's dept, masuk lak kat tmpt pakain dalam lelaki, time tu sorang pompuan pun takde harapkan sales girl jerk. Tapi demi ingin menjadi isteri yg taat aku ketepikan sahaja perasaan segan itu.





Untuknya pulak (kucing aku yang garang itu), aku belikan dia makanan dialah. Seperti gambar di bawah. Kat rumah ni harapkan aku jelah yg rajin belikan makanan dia tu, tapi still nak cakar2 aku jugak. Tak kenang budi tul kucing aku ni. Dapat percuma shampoo. Ntah bila aku boleh mandikan dia, dia kan garang. Dia mandi sendiri ajer. korang caye ke? abaikan ajerk.






Itu sahaja perbelanjaan berhemah aku utk kali ni.


p/s: Buyeen kucing M&FIL kesayangan aku tu sudahpun tiada lagi di dalam dunia ini. sob sob sob. Korang jgn amik gambar kucing lagi tau.

Saturday, March 29, 2008

Special Note

Thank you to my beloved reader kak... alamak nak letak nama takot dia marah pulak... takpe org itu tau sape yg aku maksudkan. Dia kata dia rajin baca blog aku. Santai ajer. Dia kata. Bukan aku kata. Walaupun pada zahirnya masih byk kekurangan lagi kan.. I'm new to dis world ok Dia kata hari2 dia lawat blog, dia kata hari tu aku lmbt update, tak best. Aku bukan saje tak nak update, tapi aku saje jerk, sebenarnya byk mende nak diciterkan tapi bila aku letak byk2 nanti org kata aku takde kerja pulak asyik ngadap blog ajerk.. tapi tidak.. aku very the efficient ok.. taip blog kejap ajer pastu tutup pastu wat keje.. dah.. & i dont chat ok. Lagi satu saje lambat2 update sebab kecik hati kadang2 masuk blog org tu jarang2 jer updatenya.. penat wei hari2 masuk tapi citer takde citer baru...

Kepada kakak ku itu thank u for the support & can't wait for your coming blog this May. ok.
Thanks to the rest too...... terima kasih.. :)

p/s: Harus ke nak tunggu sampai bulan 5 kak oii? yg aku tak tahan ayat dia "sambil menyelam minum air" maksud dia kat sini menyelam tu berbloging minum air tu bekerja. Tak sesuwei...

Bengang & Bengong

Aku ni kan jarang lah kuar time lunch time kan. Tapi hari ni aku kena kuar jugak sebab aku ada urusan kat bank. Dah alang2 kuar tu haruslah nak shopping sekali kan, so, aku pun pilihlah Maybank Sogo untuk kemudahan dan kesenangan aku.

Aku sebenarnya nak simpan duit kat ASB ni pun nak citer gak ker, tapi kena citer gak kalau tak citer, citer ini tak dpt diteruskan. Aku pun isilah borang, satu borang kuar duit & satu borang simpan duit. Sebab aku malas nak carry cash kan.. membahaya.. Tgh que2 sorang pekerja Maybank tu panggil aku since kat sana tak pakai sistem nombor pun.

Staff M: ASB ker?
Aku: Ya
Staff M: Kerja kat B*** ****** ke?
Aku: Ya
Staff M: Nape tak gi Caw. Raja Laut jer? Dkt sikit.
Aku: Eh, suka hati aku lah nak gi bank mana2 pun ni ckp dalam hati jerk tu. Senang nak shopping.
Staff M: Tunggu sebentar ya. Kejap lagi kami panggil.

A few minutes later

Staff F: (Panggil nama aku)
Aku: (pergi semula ke kaunter)
Staff F: Cik nak keluarkan duit dari Maybank akaun then transfer ke ASB kan. Mintak buku akaun.
Aku: Mana pakai buku lagi.
Staff F: Mintak ATM kad.
Aku: (Aku dah start pelik dah, tapi aku hulur gak lah)
Staff F: Maaf Cik kami tak leh proses. Cik kena keluarkan dulu duit dulu kat ATM machine.
Aku: ??? Bkn ke kita tak digalakkan pegang cash byk2 cam lah byk benar aku simpan ni oi. Cashless kata.
Staff F: Ya betul, tapi kita memang tak leh nak proses ni, tambah lagi kad ni pun takde signature.
Aku: (bertambah pelik) Apsal lak ATM kad pun bersignature-signature bagai, bkn kredit kan pun.. kalau nak sign sekarang pun aku leh sign lah sekarang .. ni pun ckp dlm hati, nasib tak terkeluar mcm si Zoela (Sindarela) tu.. Apsal lak tak boleh ni bkn kali pertama saya buat cam ni, dah byk kali pun. Tu Maybank Jalan Raja Laut ok ajer tak pernah ada prob pun & tak pernah pun dorang request buku akaun & ATM kad pun.. Isi borang ajerk.
Staff F: Mungkin derang pakai sistem lain.
Aku: (malas aku nak bertekak ngan pompuan ni, buat mcm aku ni bodo ajerk). Dah tu U nak I beratur panjang2 kat ATM tu kuarkan duit pastu datang sini balik. Tak payahlah. Cancel. I'll check on this matter. Thank you.

Staff F: Female staff
Staff M: Male staff


Aku terus blah... Agenda seterusnya shopping.. next entry ya

p/s: Aku pun tak taulah aku yang tak betul ker atau pun Maybank staff tu yg bengong... anyone can explain??

Friday, March 28, 2008

SMS

Ada citer lawak. Petang semalam aku nak hantar sms kat kawan aku. Tapi anta2 asyik fail ajerk. Aku pelik lah kan, nak kata takde kredit aku baru jer top-up 30 hengget. Ker hp aku yg problem ni. Aku cuba lagi tetap fail. Aku tak puas hati. Aku pun try lah test anta sms kat kawan yg lain pulak. Aku tulis 'test' ajer pastu aku send. (Note: aku tak try anta kat hp asben sbb hp dia tak hidup, bateri ilek). Msg sent. Tak lama lepas tu, leh lak kawan aku tu reply sms aku. "A' ah ni tgh tunggu paper, lps ni habislah. hjg minggu ni aku merdeka. nak enjoy".

Hahahahahaha aku ngan asben gelak kuat2. Kebetulanlah pulak member dalam kelas tengah test. Aku tak tau lah yg dia memang tengah test pun.

Sembunyi

Bukan lagu Misha Omar ngan Andy tu yerk tuan-puan. Tapi mengisahkan seorang suami yg suka main nyorok2 dalam lemari baju. Dah baper kali aku warn asben aku jgn terkejutkan aku, tapi dia wat gak.. geram tul tau. Apa tak terkejutnya aku, kadang2 tu kita tak expect lah yg dia duk sembunyi dalam kabinet tu, tup-tup kita nak amik baju bukak je pintu lemari tu tengok ada mahkluk yg terpacul. Mau tak menjerit aku. "Mak!!!!" "eiiii.. bengong tul lah!!.. hah kan dah kena bengong free2"! Len kali wat lagi yerk". Tapi memang dia buat lagi pun. Walau camne pun aku still terkejut badak. Aku ni kan lemah semangat nasib tak lemah jantung.

Kdg2 aku cuba lah try gak nak balas balik apa dia buat tu, tapi setiap kali aku buat tu asyik tak menjadi ajer. Buat semput nafas aku jer duk peluh2 dalam lemari tu. Sikit pun takde reaction. Ada pulak tu langsung dia tak bukak pun pintu lemari tu, aku yg dah kepanasan terkurung akhirnya menyerah keluar saje.. pastu kena gelak.. hampess

p/s: hahaha cam bebudak jer kiterang nie

Rombakan Kabinet

Bukan kabinet kat parlimen tu, tapi kabinet kat bilik aku. Aku pun tak taulah last weekend aku dah rombak, tapi hasilnya macam tak dirombak jugak. Ntah di mana silapnya aku pun tak pasti. Mungkin sebab kabinet tu dah overloaded sgt kot. Apa taknya baju asben aku jer mau penuh satu lemari, tu pun ada satu beg pakaian yang aku tak bukak lagi. Aku bior jer baju2 tu dalam beg tu. Sebab apa, klu dikeluarkan pun bkn dipakainya pun. Alih2 yg dipakai baju2 peberet dia jugak. Rasanya weekend ni nak buat rombakan lagi sekali lah.



p/s: Segan nak letak gambar, rombak tak rombak nampak cam sama ajerk.

Wednesday, March 26, 2008

Takziah & Kehilangan

Takziah kepada sahabatku Neena Johari di atas kehilangan ibunda tercinta semalam 24 Mar 2008. Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.


*************************************************************************

Tuan punya kucing yang aku pamirkan kat blog aku ni baru kejap tadi call aku. Dia kata anak kucing dia yg kaler hitam itu sudah hilang dan tidak dapat dikesan dan dikhuatiri sudah mati. Lagi satu ada ke patut dia mintak royalti sbb aku siarkan gambar anak kucing dia untuk tatapan umum.

p/s: Ada org kata jgn amik gmbr kucing nanti kucing tu mati... ye ker?

Sunday, March 23, 2008

Hari ini hari Sabtu

Hai selamat berhujung minggu semua. Mlm2 minggu ni mesti ramai yang keluar kan. Tapi aku duk rumah ajer. Cam malas jer nak kuar malam ni, lagipun aku pun baru balik ni. Ini aktiviti aku di hari Sabtu ini.

Pagi Sabtu sonot sikit sebab aku dapat bermain ngan anak2 buah aku. Sebab akak aku hari Sabtu dia keje & dia anta bebudak tu kat rmh mak aku, so ada can lah aku berjumpa ngan derang ni. Time keje tak sempat sbb aku selalu blk lmbt. Puaslah main dengan derang tadi.


Derang ni pantang aku ada kat rumah suka lepak kat bilik aku




"Amboi2 buat hp aku macam menan korang je yer.."

Petang tadi pulak ikut asben aku gi main bola kat Bangi sana. Patutnya team dia lwn MBSB hari ni kat pdg INSPEN, tapi memandangkan hujan yg tidak berhenti-henti dan keadaan padang yg dah jadi sawah, pihak penganjur menukar tmpt ke padang Maybank. Tapi tang mana ntah silap penganjur game terpaksa ditangguhkan ke hari Isnin (mlm). Sbb padang Maybank telah di book oleh team lain.Penganjur pun satu, bkn nak inform awal2, player2 sumer dah warming up kat padang & masing2 dah ready pun, tup tup kata game tak dpt nak diteruskan. Dahlah masing2 dah kuyup dlm hujan. Buang karen ajer.

Aku dengan semangat jitunya mengikut si suami utk memberi sokongan padulah kononnya..

Cuba teka asben I no. bape? Ye betul no. 7. Masa ni derang tengah warm-up & time tu hujan tau. Tapi alih2 organiser kata game kena stop.. tak patut..

Aku ngah tunggu asben aku salin pakaian, aku tunggu dlm kete je sebab pemain2 tu sumer selamba badak aje bukak baju bukak suar kat depan public.

Masih menunggu. Untuk mengisi masa lapang aku poyo posing sensorang. Tetiba asben aku bukak pintu kete.



Dah game tak jadi asben ajak gi jenguk nenek dia kat Kajang. Since kiterang dah ada kat area Bangi tu pe salahnya singgah Kajang sejap. Kira tak jauh lagi tu. Duduk2 kejap borak2 pastu kiterang balik. Asben aku ni memang cucu kesayangan nenek dia tu.


" Sayang nenek"


Nenek masih mampu tertawa, walaupun keadaannya agak uzur.

Ingat nak singgah rmh f/mil tapi derang sumer takde rumah. Ayah ada function Sensasi Karaoke lah kat Tmn Melawati. Sensasi Karaoke diundang ke majlis perkahwinan anak somebody from PKR kat sana.


*TAMAT*

Saturday, March 22, 2008

Dialog Kotaraya

Dialog 1

Aku: Syg, syg dah pernah tengok tak iklan kat tv yang Ali ngan sorang staff bank tu berlakon?
Asben: Eh, dah kuar tv dah ke? Hari tu nampak lah derang tengah shooting kat Kafe.
Aku: Oh, derang shooting kat Cafe ke? Mesti ramai org tengok kan?
Asben: Ha'ah. Byk kali take jugak lah. Siap ada Director sumer. Rashid Sibir tu yg direct.
Aku: Huh? Rashid Sibir mengarah iklan tu? masa ni rasa cam excited jerk & nak tanya dengan lebih lanjut lagi..
Asben: Wakakakakaka gelak tahap guling2. Syg, takkan lah mende cam ni pun nak caya bulat2. Hahahaha Rashid Sibir buat iklan..hahahaha time ni dia gelak macam siot jer..

Aku ni memang lurus bendul. Kengkadang apa org cakap tu aku cayer jer..


Dialog 2

Aku: Syg, syg tengok.. wah2 ada bas dalam tv tu (sambil tunjuk bas rapid KL kat sebelah)
Asben: Hahahaha bas dalam tv..
Aku: eh, tv dalam bas lah... bas rapid KL ada tv yer sekang ni.. 2 bijik lagi.. selesa jer naik bas, dahlah tak penuh..

Pesal lah aku ni selalu cakap tak sama dengan apa yang fikir