Friday, March 21, 2008

Perarakan Maulidur Rasul @ Stadium Bukit Jalil

Taun ni asben aku terlibat dengan perarakan sempena Maulidur Rasul. So, mereka2 yang terlibat telahpun diberikan sepersalinan baju melayu berwarna purple I like berserta samping, songkok dan butang baju melayu. Kalau aku dapat gi kan sonot, tapi tak dapat sebab dept aku pompuan leh anto sorang jerk.


Segaknyer..


Selawat ke atas Junjungan Kita

Ramainye..


Eeei.. syg nampak tembam skt ar...


p/s: Credit to Arifsaid's photo. Asben aku bawak kamera tapi satu pun takde gambo dia.

Thursday, March 20, 2008

Night Outing

Malam Rabu lepas si Am ajak gi Down Town kat Cheras tu. Apelah derang tu, janji kol 10.00pm nak amek kiterang. Ni dah kol 10.30pm tak gak muncul2. Asben aku dah siap tertido-tido dah. Aku pun msg lah derang, kot kot tak jadi ke. Aku pk kalau tak jadi pun takpe sebab esoknya asben aku ada perarakan Maulidur Rasul tu, kalau kuar sure blk lmbt punye, dah lah kena berkumpul suboh2 gitu. Rupe-rupenya laki bini tu pun sudah tertido jugak. Wei pehal ni masing2 tido awal2 ni??

So, dalam kol 11 gitu kiterang pergi lah ke Down Town tu. Jalanlah kiterang ni kat sana tanpa hala tuju accept si Am tu dia ada mende nak cari. Jalan punya jalan lalulah kat tempat org buat urut2 tu. Tetiba rasa cam gatal je nak wat urutan tu.. yelah kakipun dah ala2 lenguh gitu.. Aku ni memang tak pernah berurut, terjerit-jerit gak lah aku masa org tu dok picit kaki aku.. gediks sekali. Tapi memang sakit tau. Tapi lama2 cam syok ajer.

Aku tingin makan benda yang cucuk2 tu apa nama dia tuh.. aku panggil stimbot jelah yer.. kat sana cam ramai org jer, pastu am ajak gi kat pertama, dia kata kat situ cucuk2 tu ok gak.. So, dari Cheras kiterang pergilah ke pertama tu, dekat Medan Mara, semata-mata nak makan cucuk2 tu. Duduk kat tangga kat pertama tu sambil makan2.. sgt merempat ok. Tapi ramai gak org kat situ.

Ntah ape ape ntah eh cam nama blog aku jer kiterang ni, kat situ pun boleh duduk lama jugak. Tak happening sugguh kan.. tapi ada kiterang kesah... takde.. sekali sekala bkn selalu pun.

Dah agak penat kat situ, kiterang pun gerak lah. Tapi mamat 2 org tu tak taunye letih, ada je tempat yang derang nak pergi. Aku ngan Watie dah tertido-tido dalam kete. Boleh pulak derang singgah mamak pulak. Nak minum panas lak katanya. Aku ngan Wati cam malas jer nak kuar kete, kiterang tido jer dalam kete. Mamat berdua tu jer yang turun minum. Aku tido siap mimpi2 mamat dua org tu still tak abis2 lagi. Aku pun dah nak naik bengang dah, yelah si laki aku tu esok dahlah nak berarak, baju dia pun aku tak iron lagi ni. Aku pun msg kat derang suruh balik. Nasib mendengar kata.

Gedebak gedebuk dekat 4 pagi aku sampai rumah. Sesampai jer aku terus iron melayu asben aku. Pastu tido.

Kol 6.30am asben bangun nak bersiap nak kuar. Sepatutnya kul 6.30am berkumpul, dia baru nak siap.


p/s: Salah pengisian sungguhlah kami ni

Esok 12 Rabiulawal

Salam Maulidur Rasul dari kami.
p/s: Asben ada perarakan esok.

Fotogediks yg tak fotogeniks

Idoklah pernah teman sesaje pakai baju kaler oren. Ater nak sama, so terpaksalah pakai gak..












sama sgt lah konon tu kan

road tax kete aku yg baru aku renewkan. Ni gambar takde kene ngene ngan tajuk, tapi saje nak letak sebab kaler dia pun oren..

p/s: Bln depan road tax asben lak expired

Si Comel

Asben siap tanya pesal blog aku takde new story since Monday. Almaklumlah dia kan loyal reader aku. So, entry ni aku tujukan khas untuk asben aku yang terlalu sukakan kucing sebagai hadiah sebab jadi pembaca setia.

Ini kucing aku yang garang sekali. Dia tak macam kucing lain & tak reti nak bermanja-manja. Ia dipelihara oleh mak aku since dia baby lagi. kucing yatim ni. Masa kecik2 kucing ni diberi minum susu tin Ain. Kucing ni sebaya ngan Ain. Memang takde can nak pegang2 dia. Walaupun dia garang aku tetap syg kat dia. Oh ye kucing ni takde nama, hanya dipanggil sebagai 'Meow'.


Ini pulak kucing kesayangan bapak & mak mertua aku. Nama dia Buyeen. Amatlah gemuk sekali perut dia itu. Buyeen amat manja dengan bapak mertua aku, tido pun sekatil tau. Pandai ikut arahan.




Anak kucing ini pulak merupakan kucing angkat asbenku. Kucing2 ini adalah kepunyaan Watie. Cute jerk. Asben aku terpaksa main ngan kucing2 angkat dia ni ajer sebab kucing kat rumah aku tak leh dibawa bermanja.



Dua beradik, sorang eh silap sekor jantan sekor betina



Si hitam yang comel. Blm ada nama lagi.


Asben aku memang suka kucing. Senang jer dia buat kucing jinak kat dia.

Tuesday, March 18, 2008

Perlu ke?

1st SMS: A’mkum.. lame x dngr brita.. ko n shah ape kbr skrng? Ape cite tbaru skrg? Dh pregnant ke?

Aku tanya balik itu sape sbb hp aku kan ilang hari tu, so byk contact no yg hilang

2nd SMS: Yeke? Ilang kt mane? Ni xxxx la. Hehe. Dh pregnant ke?

Tak puas hati lagi tu nak jugak tau tu.. Eh, makcik ni sibok benar nak tau aku dah pregnant ke belum ke pehalnya?

3rd SMS: Adk aku xxxx dh pregnant dh.. sblan.. ko ble lg ni? Umo 2 dh lnjut. Nnt xda energy nk push tau. Hehe

kekdahnya??!! What to do??Ada gak org nak tolong jaga tepi kain aku ni..



p/s: We are happy :)

Monday, March 17, 2008

Ain's 5th Birthday







Happy Birthday to u
Happy Birthday to u
Happy Birthday to u Ain
Happy Birthday to u...


Ayang sayang Ain sgt...


gift for the birthday girl
Dora is her favourite


Thank u Ayang... syg ayang jugak


p/s: Biru utk Adam, pink utk Ain. Dua2 mesti dapat punye..







Saturday, March 15, 2008

Mujurlah ada Penyelamat

Aduh sakit telinga aku pagi tadi tau.. memang tak dapat ditahan lagi. Sakit yg takde ubatnya. Sib baik ada nokia classic aku tu, boleh aku layan mp3 dengar lagu kuat2...

eh ape kene ngene sakit tinger ngan dengar lagu nie?

Gini citernya, aku naik train hari ni (lar tak abis2 citer psl train aku ni), Naik2 tren, baru aku terperasan yang aku ni dah tersilap tempat duduk (eh bleh silap2 lak yer?). Bukan silap apa pun tersilap amik port untuk duduk, sebab aku dah terduduk dekat dengan segerombolan rombangan cik Ki Ah (bkn cik kiah sebab, ahlinye sume merupakan ca ya nun alif).

Korang tau lah kan bila si ca ya nun alif2 ni bercakap-cakap memang tak hengat donialah, tambah2 lagi dah segerombolan gitu, memang gegak gempita abis lah. Mereka bukannya 3, 4 orang jer tetapi mereka semua berjumlah 15 org keseluruhannya (aku sampai siap kira ni). Cakap sikit punya kuat macam tren tu tren sewa khas bapak derang jer.. Kira satu coach tu penuh ngan org dia jelah, pastu kalau setakat berbual ngan org kat sebelah tu boleh lah diampun lagi kan, ni boleh lak dia pakat borak ngan member yang duk sepelaung(sepelaung ni dekat ke jauh ha? maksud aku kat sini jauh yer) dari dia. Terjerit-jerit.

Hanya org yang berada di tempat kejadian jelah yang tau betapa bingitnya suasana di dalam tren itu. Mat bangla duk sebelah salah sorang ca ya nun alif tu aku tengok cam dah nak meletup jer tapi dia tahan jer. Aku lak nak tukar tempat malas, sebab seat sumer dah penuh. Nak tak nak aku duk ajerk, wat bodo je kat situ sambil dengar lagu kuat2. Tapi still tak leh nak menandingi kehebatan suara2 mereka sumer. Tapi at least tak lah aku rasa angin sangat kan sebab aku layan jiwang sambil tutup mata. Tapi dalam hati takut gak kalau terlepas station sebab dah tak dengar announcement dari tn pilot tren tu.

-tamat-

Friday, March 14, 2008

Ntah ler..

Bila bercinta org sibuk tanya bila nak bertunang
Bila bertunang org sibuk tanya bila nak kawen
Bila dah kawen org sibuk tanya bila nak ada anak
Bila dah anak org sibuk tanya bila nak tambah lagi
Bila dah tambah lagi & tambah lagi org sibuk kata "eh si polan tu keje nya asyik nak terberanak ajer"


serba tak kena semuanya...


p/s: mulut tempayan boleh ditutup

Thursday, March 13, 2008

Sambungan pada Cerita itu

Ingat tak ari tu aku ada citer pasal bapak mertua aku ada main karaoke kat satu wedding tu. Kali ni aku nak citer pasal wedding tu pulak.

Majlis kahwin tu merupakan perkahwinan anak lelaki kak lela & abg nandong (nama glamer. nama sebenar tak ingat). Kira pengantin ni merupakan sedara kepada kawan aku (Am & Watie).

Apa sebenarnya aku nak citer ni yer?.. oo ye apa yg menariknya pelamin dan hiasan bilik pengantin sumernya dilakukan oleh mak pengantin. Si mak pengantin ni memang pandai menjahit especially jahit langsir. Langsir kat rumah aku masa aku kawin dulu pun dia yg jahitkan eh lari topik lak. Pada pengamatan aku, walaupun simple tapi pelamin yg dihasilkan nampak kemas & elegan. Makanan pun masak sendiri ajerk ok. Masih mengekalkan ciri2 semangat gotong-royong gitu. Itujelah kot yg aku nak citer... lain2 kita tgk gambar ajer..

Pelamin Apakah bendanya ini?

Tu kat belakang montot aku tu

Benda itu adalah tempat letak kaki kat pelamin. Kalau sewa takkan dapat tempat letak kaki yg siap berbungkus bagai..




Asben ngan Ayahnya (Pak mertuaku)


me with asben's mama (Mak mertua aku)



Pn. Nora & Pn Dilla (mereka ni org kuat Sensasi Karaoke ittew)



Ni adik ipor aku pulak; Mira




Gmbr aku ngan asben haruslah tak tinggal ok. eh cam jelita jer aku ni..keji sgt! Sila muntah ok.



Kekdahnya aku tunjuk gambar kaum kerabat pulak.. gambar pengantinnya mane?


ada mana leh takde kan.. teruskan menscroll..





Ni dia.. Pengantin tengah buat ucapan sikit


"Ti, pesal ko nampak kurus sekang ni hah? Taulah sekang ni ko tgh amik paper"

aik penanggah (am yg berbaju ijau) pun makan sekali? biorlah dia nak makan ngan bini dia tu

Itu sajelah laporan buat kali ini. Ooo ada satu citer lagi.. masa si am dukung anak buah dia yg comel itu terjadilah perbualan ini

Pn. Dilla: Am, anak ko ke ni? Baper org dah?

Am: Taklah, ni anak adik. Am mana ada anak gi.. Watie tak mengandung, Am ajer yg mengandung (sambil tunjuk pewot dia)

Wakakaka.. tapi aku respect kat am tu sekang ni dia gigih berusaha untuk mengecikkan balik badan dia tu, makan pun sikit ajer sekang nie. Tapi aku nak bocor rahsia kat bini dia ni, "Ti, ari tu kan lepas ko dah balik kan, laki ko join kiterang makan lagi sekali, pastu dia pesan ngan aku jangan bagi tau kat ko". (Matilah aku.. lari....)