Tuesday, March 11, 2008

Sambungan Promosi Itu

Ini bisnes kad FiL aku seperti yang dijanjikan dulu (refer my previous entry on Sensasi Karaoke ye tuan puan).

Ni part time bisnes dia jer


Pada hari Ahad lepas aku berkesempatanlah menghadiri perkahwinan anak sedara kawan aku yang mana mereka telah mengambil 'Sensasi Karaoke'untuk menceriakan majlis perkahwinan tersebut. Keseluruhannya pihak tuan rumah amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Kita layan gambar ok.


Sedang bertugas

Memperkenalkan... DJ yg tidak asing lagi.. Mr. Jamil


Dibantu oleh brader Zack, Kamal, mama & Pn Dilla (tiada dalam gambar)

Apa lagi... jika berminat silalah hubungi nombor yg tertera


p/s: Thn depan punya function pun dah org book tau & ada org kata price yg bapak mertua aku letak tu very reasonable


(susah nahlah nak post gambar kat blog ni skang)


Sunday, March 9, 2008

Perlu ker?

Org lain ada column 'recent reader' kat blog memasing aku pun nak jugaklah letak (tgk kat tepi belah kanan). Perlu ke aku letak walaupun bkn ada org pun bukak blog nie... ada tu adalah tapi very the lil.

Saturday, March 8, 2008

Kantoi!

Untuk pertama kalinya blog aku ni telah di'view' di ofisku ini. Ni sumer si ryn punya kojer. Dia lah gatal2 tanya aku ada blog ke tak? Aku katalah ada, takkan nak nipu lak kan. Tak baik. Sudahnye elok dia bukak, ada reramai lak kat tempat dia. So, dengan ini blog aku ini tidak lagi diview oleh aku sorang + asben + watie, mungkin telah telah di'view' jugak oleh org lain (mcm lah ada sgt pun). With that, I would like to welcome anyone of you yg terjah blog aku ni. Namanya pun blog kan, kalau tak nak org baca takyah lah berbloging bagai..kan? Tapi aku bukan apa, aku segan sebenarnya & aku takut entry2 aku ini akan ada menyebabkan ada pihak yang tak senang ke, apa ke, dan aku takut gak kalau org kata blog ni sekadar nak menjaja citer sendiri. (pasni aku kene kaber2 kalau nak citer)

Apapun ingin aku ingin katakan di sini, blog ini aku punya, I treat my blog as my diary, aku tulis (eh taip) apa yang aku nak citer, takde niat lain sekadar untuk kepuasan diri sendiri (sebab aku suka sgt baca org lain, mcm2 pengalaman yg aku dapat). Kalau suka baca.. layan... tak suka...zaz ajer... read it or leave it.. takde hal ngan aku...

Lastly, Happy reading to all.... :)

p/s: Segan siot..

Something to Share

Gambar sekadar hiasan


Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 anda.

Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Bagi yang sedang bersiap-siap mengadakan majlis perkahwinan tidak lama lagi, ketahui lah. sesungguhnya, persiapan itu bukan sahaja datang secara fizikal sahaja. Tetapi penerapan nilai dan persiapan rohani itu yang penting. Tanggung jawab ibu bapa pada kita kini beralih pada pasangan dan keturunan2 kita seterusnya. Besarnya makna tanggung jawab itu. sanggupkah kita galas untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat. Bukan sahaja nilai hantaran yang kita harus banggakan, tetapi, nilai diri yang kita akan bawa setelah berkahwin nanti. Tanya la pada mana- mana sumberpun. Mana ada pasangan yang sudah berkahwin yang tidak pernah diuji dan didatangkan dugaan padanya. Sekalipun selepas bertahun2 melayari alam rumah tangga. Perhatikan bagaimana dia dan org2 disekelilingnya menangani ujian tersebut. Maka akan terlihatlah betapa masing2 duduk di kedudukan ilmu dan iman yang berbeza-beza serta bagaimana usaha mereka menjadi insan yang lebih baik untuk hari-hari yang akan datang. Pada saat itulah juga akan terlihat siapa yang menjadi pendorong, dan siapa yang menjadi pemusnah...

Dirikanlah rumah tangga itu dengan kederat dan titih peluh sendiri. Kerana akan lahirlah dalam jiwa betapa susahnya mahu memulakan suatu alam baru dalam hidup ini. Insafnya diri akan harga sebuah pengorbanan. Kita selalu ingin menjadi seperti ibu bapa kita yang hidup bahagia hingga ke nafas terakhir mereka. Tetapi kita lupa, mereka juga pernah lalui apa yang pernah kita lalui itu ....

Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada' .


p/s: Aku suka baca 3 perenggan yg akhir itu.

Announcement

Gambar sekadar hiasan

Hari ini 7hb. Maka hari ini genaplah 8 bulan kami hidup bersama sebagai suami dan isteri.


Setelah 8 bln, maka, dengan ini kami suami isteri telah pun bersedia untuk...










to be continued...

(Korang jangan nak mandai buat spekulasi yerk)



p/s: Aku baru je hantar sms kat asben hantar ucapan sempena anniversary ni (eh blm cukup setaun lah-kecoh je aku)

Friday, March 7, 2008

Penat

Letih tul hari ni, dah kul 6 lebih aku masih lagi kat depan pc kat ofis ni. Naik berpinar dah mata aku ni asyik tengok skrin pc ni. Sekarang ni aku ada keje yang kena disiapkan by 17 Mar ni. Tapi aku rasa aku leh siapkan awal 1 week prior to the deadline. Syabas.

Lagipun sementara tunggu asben aku main bolah leh baik aku siapkan keje2 aku ni. Tak lama lagi dia ada game, tu pasal lah asyiknya ada training ngan frenly memanjang. Tu lum masuk lagi dia punya game badminton gan taekwando lagi tu. Byk tul aktiviti dia. Tapi aku ? sekarang ni dah lama tak turun gym. Abislah gemuk nanti.

Letih gak hari2 balik lambat kena tunggu dia. Aku abis keje kul 5.30pm tapi kadang2 tunggu dia sampai kul 8.30pm. Aku leh gak kalau nak balik dulu, tapi aku gak yang gatal nak tunggu dia balik sesama. Tapi bila dia lambat, aku bebel tak ingat.

Thursday, March 6, 2008

Drama Swasta

Setelah disiasat betul2, ternyata asben aku ada hubungan dengan perempuan ini. Sanggup mereka bercium mesra di hadapan aku tanpa rasa bersalah.



Aku tak leh sabar, aku perlukan penjelasan sekarang jugak.


Dia kesal.

Mereka mengaku. Dan mohon berdamai sahaja.




Aku maafkan kerana aku pun sama; berpeluk ngan lelaki lain :P



TAMAT...

Pelakon utama: Ain, Asben, aku & Adam

p/s: Takde maknenya lakonan di atas itu.

Sensasi Karaoke

Ada sesape yang memerlukan khidmat DJ/Karaoke/PA Sistem untuk sebarang majlis sama ada Kahwin, Birthday, Dinner, Family Day dll?

Ya.. Sensasi Karaoke ada menawarkan perkhidmatan2 tersebut. Selain perkhidmatan2 di atas, pihak Sensasi Karaoke ada jugak menyediakan perkhidmatan seperti penyanyi, penari kebudayaan, Cameraman & Catering.

Gerenti anda akan berpuas hati dengan servis yang diberikan. Pasti tidak menghampakan. Setakat ini Sensasi Karaoke telah banyak menerima tempahan-tempahan untuk sekecik-kecik majlis hinggalah ke sebesar-besar majlis. Pernah mendapat jemputan di Legend Hotel, Le Meridien, Dewan Felda, Seremban, JB dan byk tempat lagi khasnya majlis2 perkahwinan di serata negeri.

Harga yang ditawarkan memang memadai dan boleh dirunding. Berminat? Boleh contact bapak mertua aku. Nanti aku tempek bisnes kad dia.


p/s: Saje nak promo bisnes bapak mertua.

Tak de citer lah wei


Ntah nape aku cam takde citer jer nak update kat blog. Maybe sekang ni aku agak sibuk sikit kot. Tapi nak kat bz, takdelah sgt sebab ada je masa aku baca blog org. Ni tgh godek2 pc jumpa lak gambar ni. Gambar masa attend wedding org.


Encem gak asben aku ni.. (sape lagi nak puji kalau bkn wife sendiri kan)


Wife dia pun apa kurangnye. hiks. Cuba tgk budak kecik yang terselit tu.. cute jerk

Saturday, March 1, 2008

Demam Bersama-sama

Kesian kami laki-bini telah dilanda demam hari Rabu & Khamis lepas. Oleh itu, kami juga telah diberikan cuti sakit selama 2 hari. Terima kasih kat asben aku kerana menjaga aku dengan baik sekali semasa aku demam, walaupun time tu pun dia tak sihat.

p/s: Sudahnya masing2 buat speculation yang mengatakan aku kini ...