Setelah penat berjalan-jalan di Cultural Village tu, kami pulang ke hotel bermandi-manda. Kemudian terus menuju ke sini.
D Puri Spa Village
Kalau dah ke sini, paham2 lah kan, nak buat apa. Haruslah nak memanjakan diri sendiri.
Spa village ni terletak kat resort aku menginap tu, tapi terpisah sikit tempat dia dari bilik hotel, betul2 kat tepi pantai. Utk menambahkan ketenangan lah tu.
Gambar2 berikutnya ini tidak tersusun. Tidak mengikut urutan yg betul. Tapi lantar ar. Aku kemalasan.
Gambar2 berikutnya ini tidak tersusun. Tidak mengikut urutan yg betul. Tapi lantar ar. Aku kemalasan.
Dekat sini macam2 massage ada. Tapi kami memilih Ballinese Spa Massage. Serius, aku tak pernah bermassage2 nie, kalau massage dengan husband tu biasalah selalu.
Aku pun saje nak try, yelah badan kan dah penat2 berjalan sebelum tu, so, utk mendapatkan semula kesegaran apa salahnya kita memanjakan diri sendiri kan. RM150 utk full body massage utk 1 jam.
Mula2 aku ingat aku yg nak sponsor buat2 spa ni, tapi asben aku tetiba lak baik hati.. so, rejeki jgn ditolak..
Aku tak dapat nak abiskan air yg secawan itu, tapi asben aku minum sampai abis. Tak biasalah nak minum2 tuh.
Mereka2 ni memang didatangkan khas dari Bali. Yang memassage aku adalah si Indah. Sungguh muda lagi budaknya.
Aku time massage tu tgk jer bagaimana keadaan laki aku kat sebelah. Walaupun sebenarnya aku tak berapa rela dirinya diperlakukan sedemikian. Ewah aku drama lebih. Dah memang sumer tukang massage kat situ pompuan kan.
Gambar masa massage tidak boleh dipampangkan utk tatapan umum yer kerana menghormati sensitiviti masyarakat. Hahaha.
Gambar masa massage tidak boleh dipampangkan utk tatapan umum yer kerana menghormati sensitiviti masyarakat. Hahaha.
Tak ingat aku sapa nama managernya ini. Tapi yg tak boleh blah dia tanya aku actress kah? Wah ada rupa selebriti kah? Hahaha, Aku tau dia saje nak kasi aku ferasan lah tu. Tapi takpe.
Selepas bermassage, rasa badan sungguh ringan sekali seolah-olah mau terbang. Tapi kesimpulannya massage seperti itu rupanya aku dah biasa dapat dari asben aku sendiri dah. Tak sangka skill dia tu rupa2nya ala2 bali. Hehe.
Utk keterangan lanjut bolehlah melayari laman web D' Puri Spa Village.