Thursday, March 6, 2014

Aktiviti Weekend Lepas

Last weekend takde aktiviti sangat, cuma bawak anak2 gi Aeon Anggun jer. Budak2 memang suka gi situ sbb boleh main2 dengan tempat mainan budak2 tuh. So, sementara mereka bermain-main di situ aku boleh lah window2 shopping sikit, try2 baju ker. Hobi aku dari dulu suka try2 baju kat fitting room. Kalau beli on-line aku tak kisah plak beli baju tanpa dicuba terlebih dahulu, tapi kalau tak on-line wajib utk aku mencuba terlebih dahulu. Bawaklah 2 3 pasang kat fitting room pastu try. Nak tunjuk kat asben dia takde, sbb dia jagakan budak2 kat luar tuh, maka kita selfie jelah nanti kasi tunjuk kat dia. kalau approve kita beli.


blouse and skirt cokelat

blouse yg lain dengan skirt yg sama

blouse yg sama di atas dengan skirt oren kemerahan

Kesudahannya satu pun tak memikat hati aku. Takpelah kita window2 shopping jelah.. kalau ada yg menarik hati baru kita beli nanti yer.

Lps lunch dekat food court terus shopping barang2 dapur dan keperluan rmh dekat supermarket. Sedap jer kerja aku ngan marissa amik barang dan masukkan dalam troli. Penuh satu troli. Sampai kat cashier tanpa disedari Inara telah mengambil sebijik telur yg ada kat dalam troli dan mencampakkannya kat atas lantai. Good job baby. Pastu buat muka tak bersalah. Tersengih lagi ada. Dah short sebijik telur kami. Haha.

Seharian suntuk kami di sana. Lunch kat sana. Solat pun kat sana. Tu yg aku suka kat Aeon ni, family friendly, so takde masalah tuk berlama-lamaan kat sana. Surau selesa, baby's room ada, kalau nak bancuh susu pun senang, air panas air sejuk semua ada. Tak yah susah2 nak bawak.

Kalau ke surau, aku ngan asben take turn, mula2 aku masuk dia jaga anak dan barang, pastu baru dia pulak masuk. Tapi tiap kali aku singgah surau, Marissa mesti akan ikut aku. Dia ni jenis teruja kalau ikut pergi surau. Kalau kita kata kat dia takyah ikut dia kata "Ica pun nak solat jugak". Ok ikutlah nak. Sampai surau, dia tau nak buat apa. Pandai lah dia bawak diri. Masuk jer surau dia bukak sandal dia pastu terus pergi kat paip amik wudhuk. Aku perati jer apa yg dia buat. Takde dia tanya2 or pandang2 aku konfiden jer amik wuduk dari awal hingga akhir. Betul pulak tu step dia. Pastu tadah tangan ala2 baca doalah. Pastu dia pun solat sekali. Tapi tak pakai telekung lah. Sembahyang pakai baju gaun. Pasni aku kena make sure bawak telekung dia sekali.

Pastu sementara menunggu asben, lets selfie ngan anak2.

elak bergambar sama

terus malas nak pakai mekap. maka neutral beauty sajer.. puiiii

Inara dari dulu sampai sekarang bawak dia kemana-mana memang takde hal. Rasa2 ngantuk beliau tido. Rasa nak makan dia mintak jer makanan kami. Tapi yang paling best sekarang, pantang nampak minuman kami dia pun sibuk nak rebut. Pastu nak pegang sendiri. Pastu cabut straw keluar. Pastu comot2 basah. Takpe asal dia tidak mengamuk.

3 comments:

InaAchik said...

good girlnya marissa...

Rizziela said...

syok kalau bawa anak x meragam..anak2 akk..pergh..penat nak mengejar

Suria Amanda said...

dah besar dah inara...selalu tgok marissa je....