Alhamdulillah syukur, kami dah selamat pulang dari mengerjakan umrah petang kelmarin. Walaupun sudah pulang, tapi hati kami masih berada di sana. Masih teringat-ingat keadaan di Madinah dan Mekah. Hanya kesyukuran yg dpt kami panjatkan kerana Dia menjemput kami menjadi tetamunya.
Alhamdulillah kami sihat sepanjang di sana, cuma time nak balik tu, ada batuk2 skt sampailah sekarang. Marissa pun sgt2 ok sepanjang di sana. Syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya.
Sekarang ni dah pukul 3 pagi, tapi mata ni tak mau lelap lagi, kalau kat mekah sekarang ni mesti dlm pkl 10 mlm. Argh masih terngiang2, terasa pantas 15 hari, 13 malam di sana, rasanya baru semalam bertolak. Rindunya.
Selama dua minggu tu jgk, hati ini tak terfikir benda2 lain pun, memang kita lupa pada dunia buat sementara waktu, lupa masalah dan lain2. Now, bila dah blk, baru teringat pasal kerja. Takpe ada 3 hari lagi sebelum memulakan tugas seperti biasa.
InsyaAllah, jika ada masa, kami akan kongsikan perjalanan umrah kami. Kenangan terindah dlm hidup ini.
Salam buat semua sahabat yg dirindui. Terima kasih atas doa2 kalian.
5 comments:
Alhamdulillah... Allah telah mudah urusan deqna n suami di sana...
x sabar nak dgr pengalaman kamu...
seronoknya deqna dah sampai sana..
tak sabar nak baca pengalaman deqna ke sana
Alhamdulillah n tahniah utk Deqna sefamily yg bertuah menjadi tetamu Allah. Mudah2an lepas ni rezeki Deqna sefamily bertambah murah n hidup lebih bahagia. Suami Suked pun baru balik dari sana 12 Mac hari tu...X sabaq rasanya nk pi sana jugak...insyaAllah...
Deqna, tiba2 rasa sebakkk. Mudah mudahan diberi kesempatan ke sana juga suatu hari nnt. ;-)
alhamdulillah..syukur...bestnya dapat jejak kaki ke sana...dapat menjadi tetamu ALLAH....
Post a Comment