Seperti yg sedia maklum, Marissa adalah tidak berapa sihat masa hari raya tuh. Dia kena cirit-birit dan muntah2 beberapa sebelum raya dan berlarutan sehingga beberapa hari raya. Dugaan buat si ibu dan ayahnya. Mujur lah kiterang nie jenis raya tak yah nak balik2 kampung, kalau tidak mesti susah hati kuasa dua. Mana ada mood nak balik kampung dengan anak camtuh kan. So, beruntunglah kawen dengan org dekat2 nie. Tak yah nak gaduh2 dah nak balik mana. Oh ya tahun ni, pagi raya ada lah di rmh mak aku. Ini jelah yg kiterang rotatekan. Takat sungai buloh, sungai besi apalah sgt kan. Pagi di sini, petang di sana, malam di sinun.
purple in da house
Dari anak ke bapak sumernya aku purplekan. Ntah lah aku ni makin fanatik dengan purple, laki aku siap geleng kepala bila tgk koleksi baju purple aku. Bila time nak beli jer, eh bukan dah ada ke camnie???
Eh tak.. tak.. aku bukan nak citer pasal baju, ala baju biasa2 jer takde lah vouge macam baju2 korang pun, ni pun nasib baik aku ada beli kain masa bulan 2 hari tuh. Katanya Masterpiece. Maksudnya kain ni aku sorang jer yg ada, tak sama ngan org lain, kalau ada pun corak tak sama atau pun warnanya tak sama. Apa2 jelah pun. Tapi aku bukan kisah sbb apa pun, yg aku kisah sbb ianya purple. Nampak terus terpikat. Dan dan tu jugak terus beli kain baju melayu asben dan kain tuk kurung Marissa jugak.
Marissa yg tidak cehat
So, pagi2 raya sumer org pun bersiap sedia lah ke Masjid utk sembahyang Sunat Aidilfitiri. Aku dah 2 tahun tak pergi. Tahun lepas Marissa baby sangat lagi, tahun ni nak gi bawak dia, tapi dia pun tak sihat, so duk lah diam2 dua beranak aku kat rmh pagi tuh. Sementara Marissa tgh tido, aku siapkan lah juadah pagi raya. Just potong2 ketupat, nasi himpit dan hidangkan kuah lodeh, rendang ayam, daging segala. Pastu tunggu sumer family member balik dari masjid dan makan sama2. Tapi kan bila tgk2 balik gambar2 yg diambil nie.. takde satu pun gambar masa makan, apatah lagi gambar makanan.
Lepas makan baru lah duduk kat ruang tamu, sambil salam bermaafan. Kelam kabut sikit kali nie. Dengan Adam wat perangai lah, Marissa tido lah.. so, nak dapat masa serentak sumer tu memang payah sikit.. Tapi adalah jugak gambar dari takde.
Redha suami adalah penting sekali
.Sbb banyak dosa kat suami, so salam pun memang kena banyak kali. Hehe.
mintak2 maaf pun sempat lagi pandang kamera
meh sayang sikit
Marissa pulak salam mama
Marissa ni kalau tidak, bila kita suh salam dia salam jer, tapi pada hari kejadian dia moody sikit, suh salam pun malas jer dia. Sian dia. Yelah badan lemah kan. Cuba kita yg kena cirit pun.. ke laut gak mood kita kan.
salam ibunda tercinta
semoga diampunkan segala dosa
salaman dari menantu
adik bongsu
hepi dapat duit raya
kakak sulung
Yang lain2 tak sempat nak bergambar dan tak nak bergambar. Dorang kata dorang dah salam awal2 tadi, so malas nak repeat. Lagipun kiterang pun dah lewat nak ke pusara arwah ayah.
Apa2 pun gambar reramai kena ada. Walaupun sorang menangis lah, sorang wat hal lah... padahal baru ada 3 org budak jer pun... isy tak terbayang kalau ada berbelas anak buah, mau pitam dibuatnya.
satu
dua
tiga
empat
lima
Cer tgk, dalam lima2 gambar nie, kemain masam semedang jer si Adam tuh, ni pun mujur lah jugak dia nak duk kat situ. Oh ya, tahun ni kurang sorang korum, abang ipar aku, merangkap pak long Marissa tiada dalam ini gambar. Beliau bertugas di tgh lautan. Org minyak memang tak kira hari, hari raya pun kena kelija jugak. Nasib baik jugak adik aku tu pun dapat cuti time raya, kalau tidak nasib dia pun sama cam abang ipar aku.
sesi kasi duit raya
Anak buah tak byk, boleh lah kasi lebih sikit. Adam ngan Ain target nak beli PSP dengan duit raya tahun nie. Tu yg gigih ngikut jer mak apaknya gi beraya. Yang lawaknya si Ain nie dia tiap kali dapat duit raya dia akan total kan jumlah keseluruhan. Contoh: petang raya dia dah kira ada RM265 tetiba ada org kasi lagi kat dia RM15, pastu mula lah wat muka tension.. sbb payah nak kira2... bengong kan.. org suka dapat duit dia tensen pulak... tapi sebenarnya suka lah...
apa motif gambar nie... separuh jer
Raya tahun nie Ain pilih utk bertudung. Agaknya bila dia tgk
Marissa dan Ain
Sian Marissa, bersandar jelah yg dia mampu. Time tu pun perut dia pun kembung. Bila tepuk2 memang bergema jer bunyi. Kasi angpau kat dia pun, takde perasaan jer. Tapi apapun, di pagi raya jer pun Marissa dah dapat byk duit raya. Terima kasih kat mak2 sedara n pak sedara dan jugak nenek.
Lepas amik2 gambar sumer, kami pun menziarah kubur arwah ayah. Tahun ni genap 23 tahun arwah ayah meninggalkan kami. Doa kami sentiasa buatnya.
Cam biasa, lepas ziarah kubur kami akan berkunjung ke rmh sedara-mara yg berhampiran.
Petang baru ada kat rmh semula. Eh tajuk entry di pagi hari raya, ni dah sampai petang lah pulak. Takpe kita habiskan jer lah sampai ke petang raya yer. Petang tu dapat sms dari bos, katanya nak datang ke rmh. Aku pun prepare lah apa2 yg patut. Cam biasa time bos aku datang mesti sama dengan time sedara-mara aku datang. Memang meriah dibuatnya. Tak menang tangan. Apapun terima kasih kat bos kerana sudi datang. Siap bawak hamper dan kasi duit raya lagi.... Yea hepi2.. dapat duit raya lagi...
Patutnya petang tu aku balik ker rmh in law, tapi disebabkan org tak putus2, maka kami balik ke sg. besi lewat sikit pada malamnya. Lagipun ptg tu mama dan ayah pun ada datang rmh jugak.
Ok sambung lagi citer raya di next entry yo.
6 comments:
firstly aku nak ckp baju ko memang gorjes my fren..
secondly... kesian kat marrisa tak sihat yer..
thirdly... selamat hari raya maaf zahir batin.. insyallah kalau ade masa terluang di hujung minggu... aku akan berjalan raya umah ko... apa2 aku roger ko dulu... nuar pun sibuk shooting dah bulan nie... so tak leh nak janji biler gamaknyer.. apa2 aku roger ko nanti yer.. :)
Selamat hari raye sis.. Wah tema pepel.. same dgn kita.. pepel jugak.. sbnrnye kite nk hijau, tp asben sibuk nk pepel..
Sian Marissa monyok je..
sian marissa xsihat nyek...amani pun sama..tapi nasib baik la dah di hari raya ke-4 baru start xbrapa sihat...selsema..sampai kena amik NEB la...huhuhuhuhuh..now alhamdulilah dah ok..cuma masih selsema jerk...
selamat hari raya maaf zahir batin dekna dan family...lawa baju korang sedondon..terutama ko nya gojes weh
selamat hari raya kamu...
cantik sgt baju raya kamu. :)
nway, selamat hari raya aidilfitri kamu...
selamat hari raya deqna maaf zahir batin...
cntiklah kaler bj deqna sekeluarga, purple..betul bj deqna sgt cntik
alahi siannya marissa xsihat..cirit yer..samalah mcm kwn dia...
Post a Comment